Friday, 29 August 2014

Sedikit perkongsian apa yang aku faham maksud dan erti Jihad...

Photo: Bismillah...

Sedikit perkongsian apa yang aku faham maksud dan erti Jihad... 

Jihad bukan sekadar mengangkat senjata...

Jihad di dalam Islam bermaksud mengerah sepenuh tenaga atau berjuang untuk menunaikan perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan demi kebaikan... Jihad adalah sebahagian dari ajaran Islam yang menganjurkan kepatuhan kepada Allah SWT
dan hubungan damai dengan semua pihak...
Jihad melawan musuh yang memerangi hanyalah sebahagian dari pengertian...

 Jihad boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk... boleh dilakukan dengan lisan iaitu menasihati orang lain atau dengan tenaga iaitu dengan melakukan kerja kemasyarakatan untuk golongan yang kurang bernasib baik...
 Jihad bersenjata hanyalah salah satu dari bentuk jihad yang ada dalam Islam...
Manakala tujuan jihad juga adalah luas... antaranya menundukkan  nafsu yang ada dalam diri kita... Orang Islam dituntut untuk membangun kekuatan rohani dan moral untuk mengatasi segala cabaran hidup dengan penuh keyakinan... Oleh itu kita diwajibkan berjihad untuk melawan dan mengawal nafsu yang ada dalam diri agar tidak mendorong kepada kejahatan... Ini boleh dilakukan dengan melalukan proses pembersihan diri dari sifat-sifat yang keji dan memupuk sifat-sifat yang terpuji melalui ibadah2 yang dianjurkan oleh Islam seperti membaca Al-Quran...
berzikir... berpuasa... bersedekah dan mengamalkan adab yang mulia dalam tingkah laku...
 Jihad ini sebenarnya mendahului segala bentuk jihad yang lain termasuk jihad bersenjata kerana sukar sekali untuk seseorang itu melakukan kerja-kerja kebaikan dan pengorbanan yang besar di jalan Allah taala jika nafsu menguasai dirinya dan hatinya kosong dari keikhlasan... Orang Islam perlu berjihad untuk mempertingkatkan minda dengan ilmu dan menggunakan akal untuk kebaikan semua pihak... Ini boleh dicapai dengan membangun sikap terbuka untuk belajar sehingga diperingkat tamadun lain... Hanya dengan kesediaan untuk menerima dan membangun ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber sahaja Orang Islam benar-benar dapat menjadi rahmat...
Orang Islam juga perlu berjihad untuk membimbing golongan ini dengan penuh hikmah melalui nasihat... teguran atau apa jua aktiviti yang boleh mengembalikan 
mereka ke jalan yang benar...

 Apabila negara di mana seorang Muslim itu tinggal diserang atau diceroboh secara tidak sah dan adil... wajiblah ke atas Muslim untuk mempertahankannya 
walaupun dengan mengangkat senjata...

Bentuk2 jihad yang relevan hari ini bergantung kepada keadaan sesuatu masyarakat Islam di sesuatu tempat... Para pemimpin masyarakat Islam di sesuatu tempat hendaklah membuat penilaian akan masalah2 besar dan utama yang dihadapi oleh mereka dan menetapkan keutamaan mereka...
Atas dasar ini... jihad bersenjata bukan sesuatu yang semestinya dilakukan oleh semua masyarakat Islam di tempat mereka berada dalam semua keadaan kerana setiap tempat mempunyai perbezaan permasalahan yang perlu ditangani dan keutamaan yanag perlu didahulukan...

Wallahualam....
Ahmad Salman Abdul Rahim
Bismillah...

Mengimbas kembali apa yang sebenarnya berlaku di Syria...

Photo: Mengimbas kembali apa yang sebenarnya berlaku di Syria...

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945... telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun... Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator...

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah... yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI... yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum... diharamkan sembelihan mereka... mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid Ahli Sunnah Waljamaah.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya... bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.

Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri... begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad...

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama... Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama...

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku... permulaan  revolusi berlaku di Hama kemudian merebak ke bandar2 lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria...
Punca kebangkitan bermula sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka...

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat...
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini... mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan... salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan...
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu... mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan)... maka berlakulah kebangkitan di Syria...

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1 . Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2 . 39,000 orang telah cedera... mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja...

3 . Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma...

4 . 9000 tahanan ditahan...

5 . 413 orang telah syahid di dalam penjara.

6 . Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui... Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2... ayah... anak2... dan ahli keluarga mereka... Sebelum dirogol... mereka digari terlebih dahulu...

7 . Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims... di Madinah Khalid bin Al-Walid... Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.

Tetapi beliau melawan... Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat... Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik... lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau...

8 . Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai...

9 . Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad...

10 . Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar...

6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..

Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..

hasbunallahu wa neemal wakeel..

Usia bukan penghalang...

Photo: Bismillah... Usia bukan penghalang...

 Kenangan bergambar bersama Syuhada Abu Turob ketika ini baru tiba di bumi Syam pada pertengahan april 2014... Abu Turob telah gugur ketika bertugas menjaga persempadanan mujahideen yang baru ditawan di El Shiyha 5km dari utara Hama... Abu Turob yang berusia 52 tahun kelahiran Kg.Gajah juga senang aku panggil sebagai pakcik Zainal seorang yang tidak banyak bercakap dan tegas orangnya... insan yang aku kenal lebih 4 bulan banyak berkongsi kisah perjuangan dan arwah berpengalaman berjihad di Ambun,Indonesia selama 6 bulan yang lebih mencabar dengan hanya menggunakan senjata tangan pisau dan panah... kembali berehat di Malaysia selama 14 tahun sebelum membuka semula langkahnya di Syria... 
 Abu Turob bersama 4 rakan Malaysia yang lain telah diserang ketika cuba bertindak balas dengan pihak musuh... dalam situasi tegang... secara tiba2 bomb mortar telah menyinggah kurang dari 10 meter kedudukan bersama 3 yang lain... Abu Turob rebah diatas seorang lagi sahabat yang juga cedera ringan ditangan... serpihan besi panas yang memakan leher dan dada Abu Turob menyebabkan beliau gagal bernafas... dengan tenang Abu Turob meninggalkan semangat dan legasi kepada kami untuk terus menyambung perjuangan... 
 Abu Turob seorang yang terlalu kuat semangat dan kental jiwanya tidak menghalang beliau berganding tenaga beberapa kali bersama aku menyertai operasi walau kesihatan dan badannya kadang agak lemah dik faktor usia... diantara sifat2 Abu Turob tidak pernah menolak apabila terpanggil menyertai sesuatu operasi malah beliau bersungguh merungut jika tidak terpilih menyertai bersama sahabat2 yang lain...
Kini Abu Turob telah pergi... tiada lagi senda gurau gelak dan tawa di medan... doa aku semoga segala bakti yang arwah taburkan dan segala ibadat2 diterima dan terpilih bersama insan mukmin...

 inshaAllah...
Ahmad Salman Abdul Rahim

Bismillah... Usia bukan penghalang...

Syaikh Abdullah Azzam rahimahullah pernah berpesan...

Photo: Bismillah... 

Syaikh Abdullah Azzam rahimahullah pernah berpesan...

“Menghentikan jihad sejenak sama ertinya dengan menghentikan gerak laju dien Allah dalam kehidupan ini.”

Jihad tidak boleh dipandang dalam skop yang kecil... perlu difahami bahawa terdapat banyak ruang untuk berjihad pada zaman serba moden ni... jihad dengan tulisan... jihad mendidik anak-anak...  jihad membina empayar perniagaan Islam dan banyak lagi.... jihad boleh menjelma dalam pelbagai sudut kehidupan asalkan kita mahu dan tahu bagaimana...

Jihad perlukan perancangan yang rapi...kerjasama yang ampuh... persefahaman yang jitu dan istiqomah dalam setiap gerak kerja... jika jihad hanya bertakhta di hati tetapi anggota tidak pernah mengamalkan jihad... maka kita masih jauh dari matlamat... umat Islam khususnya anak muda ayuhhhh kita tanamkan cita-cita untuk berjihad agar gerakan dien ini tidak berhenti.... 

. pesan Syaikh Abdullah Azzam rahimahullah

Photo: Bismillah... pesan Syaikh Abdullah Azzam rahimahullah lagi...

Yang melakukan ibadah pada hakikatnya bukanlah badanmu... akan tetapi hatimu... yang sanggup memikul beratnya ibadah adalah hatimu... Yang menjadikan kamu tetap bertahan di atas jalan jihad ini adalah hatimu... badan tidak memiliki pengaruh dalam pelaksanaan suatu ibadah kecuali hanya sedikit...
Yang sabar juga adalah hati... yang tabah dan kukuh adalah hati... Yang  berani adalah hati dan ghairah itu hanya ada pada hati... semakin bertambah keimanan dalam hati... maka akan semakin bertambah keghairahannya dan akan semakin bertambah pula semangat dan keberanian... apabila asupan gizi untuk hati sedikit... maka hati menjadi sakit dan apabila hati sakit... maka  ia  tidak  dapat  mengerjakan ibadah atau pun  memikul beban kesulitan... 

ayuhhhh anak muda jagalah hati kamu... jangan kamu alpakan hati kamu... yang pasti kamu tidak akan dapat lari dari sesalan bila tibanya saat tua macam aku...
Ahmad Salman Abdul Rahim
Bismillah... pesan Syaikh Abdullah Azzam rahimahullah lagi...

Alhamdulillah musuh berjaya dipatahkan...

Bismillah...

Ribat mempertahankan Khattab disempadan pinggiran Hama semalam tercetus satu serangan musuh menceroboh benteng dalam kumpulan berperingkat... dua rakan dari qatibah aku yang cedera parah awal petang dikejarkan ke hospital... pertempuran reda seketika dan bersambung sehingga lewat malam... musuh yang datang cuba mengepung dari depan kiri dan kanan menyukarkan kami bertindak balas ditambah serangan udara berangkai...

Alhamdulillah musuh berjaya dipatahkan... belasan askar basyar daripada sudut kawasan kawalan aku dan rakan2 telah terkorban... sebuah kereta perisai berjaya ditawan berserta senjata dan peluru...

Allahuakbar...

Allahuakbar.

AS, Assad berpakat

Jumlah militan didakwa terus meningkat di Syria. Foto: AFP
Jumlah militan didakwa terus meningkat di Syria. Foto: AFP
DAMSYIK - SYRIA. Laman web berita di Al-Araby mendedahkan, Amerika Syarikat (AS) secara rahsia bekerjasama dengan rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad untuk menyerang Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq.

Menurut East Monitor, laporan itu diperoleh selepas Presiden Barack Obama mengarahkan serangan udara terhadap kumpulan militan berkenaan diperluaskan bukan sahaja di Iraq tetapi meliputi Syria.

Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest bagaimanapun menolak kerjasama itu walaupun Assad menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Washington.

Damsyik terdahulu memberi amaran kepada AS supaya tidak melakukan serangan pencerobohan udara tanpa kebenarannya.

Sumber rasmi Syria pula mendedahkan, AS mula menyalurkan maklumat tentang IS kepada Damsyik melalui Baghdad dan Moscow.

Pengarah Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdulrahman mendakwa, sebuah pesawat bukan milik Syria dilaporkan berada di ruang udara negara itu semalam bertujuan mengumpul semua data pergerakan IS.

Dalam perkembangan sama, Kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengutuk kegiatan militan di Iraq dan Syria dan berjanji akan menghentikan penyebaran virus golongan terbabit ke negara Asia Tenggara.

MILF dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengekang ideologi ganas kumpulan terbabit daripada menular ke negara berkenaan.

43 tentera pengaman ditahan militan Syria

NEW YORK 28 Ogos - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melaporkan, seramai 43 tentera pengaman di Golan Heights ditahan oleh kumpulan militan Syria dan usaha untuk membebaskan mereka sedang dijalankan.
Dalam satu kenyataan, PBB menjelaskan, kumpulan tentera pengaman Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) itu ditahan ketika pertempuran berlaku kelmarin antara kumpulan militan dan tentera Syria dalam kawasan Golan Heights. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_02/43-tentera-pengaman-ditahan-militan-Syria#ixzz3BjYV3XGD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 28 August 2014

Presiden Assad bentuk kerajaan, lantik 11 menteri baharu

KHAMIS, 28 OGOS 2014 @ 11:02 AM
 Presiden Bashar al-Assad

DAMSYIK: Presiden Bashar al-Assad semalam membentuk kerajaan baharu, dua bulan selepas pemilihannya semula, dengan mengekalkan Perdana Menteri Wael al-Halaqi.

Turut dikekalkan adalah Menteri Luar Walid Muallem dan Menteri Pertahanan Jeneral Fahd al-Freij selain Menteri Dalam Negeri, Keadilan, Hal Ehwal Agama, Penerangan dan Hal Ehwal Presiden.

Barisan kabinet Assad mengandungi 11 menteri baharu termasuk Hassan al-Nuri yang pernah menentangnya dalam pertandingan presiden pada 3 Jun lalu.

Assad menang pilihan raya itu, iaitu yang pilihan raya pertama di mana beberapa calon dibenarkan bertanding.

Sebahagian daripada menteri baharu dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal ekonomi bertujuan mengukuhkannya dalam bidang berkenaan. - AFP

Syria didakwa guna senjata kimia

GENEVA 27 Ogos - Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) percaya, kerajaan Syria mengunakan senjata kimia klorin di lapan kawasan orang awam berbeza pada bulan April lalu.
"Berdasarkan bahan bukti munasabah, bahan kimia dari jenis klorin digunakan di kawasan selatan Syria iaitu Kampung Kafr Zeita, al-Tamana dan Tal Minnis dalam lapan kejadian berasingan untuk tempoh masa 10 hari pada bulan April lalu.
"Pasukan keselamatan kerajaan menggugurkan tong berisi bahan peledak yang sesetengah daripadanya berisi bahan kimia di kawasan orang awam dan mereka perlu didakwa," kata penyiasat tersebut dalam satu laporan setebal 45 halaman.
Jelas penyiasat itu lagi, kerajaan Syria dan kumpulan militan Negara Islam (IS) turut didakwa melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan apabila saling berperang di antara mereka. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140828/lu_09/Syria-didakwa-guna-senjata-kimia#ixzz3BdmKTOy4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 27 August 2014

Nada Awni, dibunuh kejam di Saraqib, Idlib dalam satu serangan udara semalam.

Wanita AS dijadikan tebusan militan Syria

RABU, 27 OGOS 2014 @ 10:22 AM

WASHINGTON: Seorang wanita Amerika Syarikat yang melakukan kerja kemanusiaan dikatakan kini ditahan sebagai tebusan oleh pergerakan militan di Iraq.

Wanita berusia 26 tahun itu adalah tebusan ketiga dari Amerika yang diculik oleh kumpulan radikal terbabit.

Pergerakan Negara Islam (IS) itu baru-baru ini mengancam untuk membunuh tebusan Amerika bagi membalas dendam berikutan serangan udara AS terhadap militan yang sedang mara ke Bukit Sinjar dan ibu negara Krdis, Irbil.

Wanita berkenaan diculik tahun lalu ketika bekerja dengan kumpulan kemanusiaan di Syria. Wakil keluarga dan pegawai Amerika Syarikat meminta agar nama wanita itu tidak disiarkan atas sebab keselamatan.

Kira-kira seminggu lalu, wartawan bebas Amerika James Foley dipancung kepalanya oleh pergerakan terbabit, yang menculiknya pada November 2012. Foley, 40, bekerja di zon konflik di sekitar Asia Barat termasuk Iraq, Libya dan Syria. - AP

Wartawan AS kembali selepas diculik di Syria

RABU, 27 OGOS 2014 @ 1:14 PM
Peter Theo Curtis bersama ibunya, Nancy, selepas pembebasannya di Boston semalam.- Foto AP
 
WASHINGTON: Wartawan yang ditahan selama hampir dua tahun oleh militan berkaitan Al-Qaeda di Syria kembali ke Amerik Syarikat semalam, dua hari selepas Qatar merundingi pembebasannya.

Peter Theo Curtis, 45, ditemukan semula dengan ibunya Nancy Curtis di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan, selepas terbang dari Tel Aviv ke Newark, New Jersey.

"Saya begitu terharu dan sedih bila ditemui ramai orang - mereka yang tidak dikenali di dalam pesawat, atendan penerbangan dan paling istimewa anggota keluarga saya sendiri, yang mengucapkan selamat kembali," kata Curtis.

Tambahnya, beliau juga terhutang budi dengan pegawai Amerika Syarikat yang berusaha untuk kesnya dan ingin menyatakan penghargaan kepada kerajaan Qatar kerana masuk campur bagi pihaknya.

Keluarga Curtis berkata kerajaan Qatar berkali-kali menegaskan bahawa pembebasan itu tidak diperoleh dengan bayaran wang tunai, berikutan perbahasan mengenai dasar Amerika yang enggan membayar wang tebusan kepada pengganas.

Washington berpegang teguh pada pendirian tidak membayar wang tebusan atas alasan tindakan itu akan hanya membahayakan rakyatnya di seluruh dunia.

Wartawan bebas dan penulis itu dibebaskan Ahad lalu, kurang seminggu selepas video ngeri menunjukkan pembunuhan seorang tebusan AS, wartawan James Foley oleh satu lagi pergerakan berlainan.

"Saya lega anak saya kini sedang berdiri bersebelahan saya. Namun ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana apa yang berlaku minggu lalu. Saya turut bersimpati dengan keluarga lain yang turut ditimpa kesedihan ini.

"Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada orang awam dan semua pihak di seluruh dunia yang membantu membawa pulang Theo," kata Nancy Curtis."

Curtis ditawan sejurus sebelum masuk ke Syria pada Oktober 2012 dan ditahan oleh kumpulan serpihan Al-Qaeda yang dikenali sebagai Barisan Al-Nusra, menurut keluarganya. - AFP

Malaysia kutuk tindakan dan jenayah Militan Negara Islam di Syria dan Iraq - PM

RABU, 27 OGOS 2014 @ 4:19 PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serta jenayah yang dilakukan Militan Negara Islam di Syria dan Iraq atas nama Islam yang sebenarnya agama keamanan.

Perdana Menteri, dalam satu kenyataan semalam, berkata Malaysia kesal dan amat sedih dengan kekejaman yang dilakukan atas nama Islam dan menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera mengekang keganasan yang berlaku.

"Kita mesti menentang keganasan dengan kesederhanaan dan berusaha untuk mengikat semula semula jalinan antara masyarakat yang terputus akibat peperangan.

"Umat Islam di serata dunia melihat dengan penuh ketakutan apabila konflik baru tercetus di Syria dan Iraq. Terdedahnya laporan mengenai pembunuhan beramai-ramai dan bukti bergambar mengenai kekejaman yang berlaku amat mengejutkan kita.

"Perbuatan Militan Negara Islam di Syria dan Iraq ini bercanggah dengan agama kita, budaya kita, malah bertentangan dengan segala aspek kemanusiaan. Semua ini bertentangan dengan ajaran Nabi kita, seorang manusia yang berpegang kepada keamanan dan kesederhanaan," katanya.

Tuesday, 26 August 2014

syria berdarah

Telah berlaku pada hari ini pada tahun 636
Orang Islam dipimpin oleh Khalid Bin Al Walid 
Telah mengalahkan Rome yang dipimpin oleh Baahan dalam peperangan Yarmuk yang terkenal itu
Terbunuh dari pihak Rome 50 ribu tentera dan 3 ribu sahaja dipihak muslimin dengan itu dibukalah negeri Syam ..
حدث في مثل هذا اليوم من العام 636 - المسلمون بقيادة خالد بن الوليد ينتصرون على الروم بقيادة باهان في معركة اليرموك الشهيرة، وقد قتل من الروم 50 ألفاً ومن المسلمين 3 آلاف، وتم في إثر هذه المعركة فتح باقي بلاد الشام وسقوط الإمبراطورية الرومانية

Pengganas: 17 dipenjara sehingga 33 tahun di Arab Saudi

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 9:09 AM

RIYADH: Mahkamah Khas Arab Saudi menjatuhi hukuman antara sembilan hingga 33 tahun terhadap 17 rakyatnya kerana menyertai 'rangkaian pengganas' di negara itu serta di luar negara.

Agensi berita tempatan SPA hari ini melaporkan, kumpulan berkenaan didapati bersalah kerana 'menerima ideologi ekstremis, ingkar dengan perintah pihak berkuasa dengan melakukan perjalanan ke luar negara serta menyertai 'rangkaian pengganas'.

Kumpulan berkenaan juga menghubungi anggota pertubuhan pengganas, menubuhkan media untuk membantu dan membiayai aktiviti keganasan, demikian menurut satu kenyataan yang merujuk kumpulan berkenaan sebagai al-Qaeda.

Semua 17 lelaki berkenaan juga dituduh memiliki senjata dan bahan letupan untuk melakukan kekacauan terhadap pihak keselamatan.

Mereka adalah sebahagian kumpulan yang besar mengandungi 67 orang yang menghadapi tuduhan yang sama di mahkamah khas itu.

Pada Julai 2011, Arab Saudi memulakan siri pendakwaan terhadap mereka yang terbabit dengan keganasan dan membantu rangkaian al-Qaeda.

Pada Februari lalu, Raja Abdullah mengeluarkan perintah iaitu hukuman penjara sehingga 20 tahun kepada warga negara itu yang ke luar negara untuk berjuang terutama ketika tercetusnya konflik di Syria yang menarik beberapa ratus golongan muda negara itu keluar berjihad. - AFP

Monday, 25 August 2014

Tebusan Amerika ditahan di Syria dua tahun dibebaskan

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 10:37 AM
Gambar yang diperoleh daripada video tidak bertarikh menunjukkan lelaki dipercayai Peter Theo Curtis, seorang warga Amerika Syarikat yang ditahan sebagai tebusan di Syria, dibebaskan semalam.
 
WASHINGTON: Seorang rakyat Amerika Syarikat yang ditahan sebagai tebusan selama 22 bulan oleh pergerakan pemberontak di Syria dibebaskan, semalam dan diserah kepada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bukit Golan.

"Akhirnya dia akan kembali," kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dalam satu kenyataan, mengesahkan pembebasan Peter Theo Curtis, seorang penulis berusia 45 tahun dan wartawan bebas di Bukit Golan.

Berita pembebasannya diperoleh kurang seminggu selepas penyebaran video yang menunjukkan pembunuhan wartawan Amerika, James Foley.

Curtis diserahkan kepada pasukan pengaman PBB di kawasan perkampungan Al Rafid, Quneitra di Bukit Golan dan selepas melalui pemeriksaan kesihatan, dia diserahkan kepada wakil Amerika, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Selepas seminggu kita menghadapi tragedi yang dahsyat, pada hari ini kita berasa lega apabila mendapat khabar yang Theo Curtis akan kembali berikutan penahanannya di Jabhat Al-Nusrah," kata Kerry, merujuk kepada Barisan Al-Nusra, satu lagi pergerakan pemberontak di Syria.

Kerry berkata Amerika Syarikat sebelum ini cuba memperoleh bantuan daripada banyak negara dalam usaha pembebasan Curtis, dan mana-mana rakyat Amerika yang ditahan sebagai tebusan di Syria.

Sementara itu Penasihat Keselamatan Nasional AS, Susan Rice, berkata beliau menjangka Curtis akan kembali ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.

Keluarga Curtis memberi penghargaan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Qatar dan pihak lain yang membantu dalam rundingan pembebasannya. - AFP

Saturday, 23 August 2014

MENYEMBELIH MUSUH - PERBUATAN YANG TIDAK DI IKTIRAF ISLAM

Memotong kepala musuh untuk dipertontonkan kepada orangramai bukan perbuatan yang diiktiraf oleh Islam. Apatahlagi membunuh mereka yang tidak terlibat di medan perang seperti wartawan. Ia sama sekali diharamkan oleh Syariat Islam yang mulia.

Tokoh besar tabi’i (murid para sahabat Nabi s.a.w) iaitu al-Zuhri menyatakan:

“Tidak pernah dibawa kepada Rasulullah satu kepala pun, tidak sekalipun dalam Perang Badar. Pernah dibawa kepala kepada (Khalifah) Abu Bakar, beliau membantahnya”. (Sunan Said bin Mansur, al-Mu’jam al-Kabir oleh al-Tabarani, Marasil Abi Daud dan Sunan al-Baihaqi).

Pada zaman dahulu, peperangan dan pembunuhan memang membabit pancung kepala. Semua pihak tanpa mengira agama. Pelbagai cara pembunuhan dilakukan dan pancung termasuk salah satu dari cara manusia membunuh. Kristian dalam sejarahnya sangat kejam, sering membakar manusia hidup-hidup. Sementara itu, Islam pula menjadikan pancung kepala sebagai cara hukuman bunuh dijalankan kerana ia paling pantas membunuh pesalah dan mengelakkan kesakitan. Apabila dengan pantasnya terputus badan dan kepala maka, tiada lagi nyawa. Bukan menyembelih manusia seperti yang ISIS lakukan. Nabi s.a.w bersabda:

“Allah telah menetapkan simpati untuk setiap perkara. Apabila membunuh maka elokkanlah cara pembunuhan”. ( Riwayat Muslim)

Disebut Perang Badar dalam kenyataan al-Zuhri tadi disebabkan perang tersebut membabitkan ramai musuh utama umat Islam termasuk Abu Jahal yang sangat zalim yang telah menyeksa dan membunuh dengan kejamnya ramai pengikut Nabi s.a.w. Dalam Perang Badar Abu Jahal telah dibunuh. Pun begitu tidak dibawa kepalanya kepada Nabi s.a.w.

Cerita kepala al-Aswad al-‘Ansi yang dibawa kepada Nabi s.a.w juga satu kekeliruan kerana al-Aswad itu dibunuh pada tahun ke sebelas Hijrah, di masa Nabi s.a.w telah pun wafat. (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Talkhis al-Habir jld 4 ms 287. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)

Ketika dibawa kepala musuh iaitu Yannaq yang menjadi ketua di pihak Rome kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau membantah. Lalu mereka berkata:

“Wahai Khalifah! mereka itu melakukan yang sama kepada kita”. Jawab Khalifah Abu Bakar: “Apakah kamu jadikan Parsi dan Rome sebagai contoh teladan?!! Jangan bawa kepadaku kepala, cukuplah sekadar surat dan berita”. (Riwayat Said bin Mansur).

Abu Bakar as-Siddiq membantah perbuatan seperti itu sekalipun pada zaman tersebut yang manusia memang membunuh dengan demikian cara. Bahkan Abu Bakar tidak benarkan umat Islam meniru teladan buruk musuh sekalipun mereka berbuat demikian pada umat Islam.

Perbuatan ISIS di samping menyanggahi Islam, ia hanya menimbulkan fitnah terhadap umat Islam terutama di zaman ini. Pasti, tiada siapa yang waras menyukai apa yang dibuat oleh ISIS.

~ Petikan dari karangan Dr. Maza.

http://drmaza.com/home/?p=2742
 
Sah tiga individu bekas ahli KMM

Laporan Sinar Harian, semalam.
Laporan Sinar Harian, semalam.
SHAH ALAM - Polis mengesahkan tiga rakyat Malaysia yang ditembak kereta kebal mengakibatkan seorang daripadanya terbunuh, manakala dua lagi cedera ketika berjuang di Syria, merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang pernah ditumpaskan pihak berkuasa negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua ahli itu, Mat Soh atau Abu Turab dan Zainuri Kamarudin, 47, juga pernah ditahan di bawah Akta Senjata Api kerana bersubahat merompak sebuah bank di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 15 Jun 2001.

Menurutnya, seorang lagi dikenali sebagai Mohd Rafi Udin, 49, adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kita percaya Mat Soh yang terbunuh di Wilayah Hama merupakan lelaki yang bernama Zainan Harith, 52, menetap di Petaling Jaya dan merupakan anggota KMM.

“Manakala Mohd Rafi yang kini kritikal merupakan pemandu teksi yang menetap di Cheras dan pernah ditangkap polis Indonesia pada 22 April 2003 di Pulau Sulawesi, Indonesia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, Mohd Rafi pernah diusir keluar dari negara itu setahun kemudian sebelum ditangkap di bawah ISA dan dibebaskan pada 18 Ogos 2006.

“Zainuri yang cedera di paha dan tengkuk merupakan juruteknik yang berasal dari Bota, Perak. Pernah ditangkap pada tahun 2001 kerana memiliki senjata api dan bahan letupan serta dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 18 sebatan,” katanya.

Menurutnya, Mohd Rafi dan Zainuri juga pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan.

“Kira-kira 30 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq untuk berperang dengan tentera pemberontak dan jumlah ini meningkat berbanding hanya 20 orang sepanjang tahun lalu.

“Kita telah kenal pasti 22 rakyat Malaysia yang berada di negara-negara berkenaan dan terlibat dalam konflik. Ada yang dilaporkan telah meninggal dunia, namun agak sukar untuk polis mengesahkan perkara itu," katanya.

Beliau berkata, tiada bukti kukuh yang membolehkan polis menangkap mereka di bawah undang-undang baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti tiga individu yang terlibat dalam aktiviti militan di Syria.

Berita itu tersebar melalui blog dan laman sosial yang mengatakan salah seorang individu terbabit dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab terbunuh ditembak kereta kebal.

191,369 korban di Syria

Geneva: Sekurang-kurangnya 191,369 orang terbunuh dalam pertelingkahan bersenjata di Syria, lebih separuh daripada jumlah dicatatkan setahun lalu dan mungkin masih rendah berbanding jumlah sebenar.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam disediakan berdasarkan data daripada empat kumpulan dan pihak berkuasa Syria.

Ia menggambarkan keadaan sebenar pembunuhan dan penderaan ketika perang saudara itu tidak lagi menjadi tumpuan antarabangsa, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay.

“Dengan laporan terbaru mengenai kematian pada peringkat awal, ditambah pula dengan pembunuhan baru yang berlaku, jumlah itu lebih sekali ganda daripada yang dicatatkan setahun lalu,” kata Pillay dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 51,593 pembunuhan yang dilaporkan tidak mempunyai maklumat mencukupi dan dikeluarkan daripada laporan itu.

Dia juga berkata, sejumlah besar kematian mungkin tidak dilaporkan kelima-lima sumber itu.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Rakyat Amerika Syarikat antara anggota kumpulan militan di Syria

WASHINGTON 22 Ogos - Kira-kira 12,000 rakyat asing dari 50 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), telah menyertai kumpulan penentang kerajaan dan kumpulan militan di Syria sejak konflik di negara itu bermula, kata Jabatan Negara AS semalam.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf berkata, pihaknya menjangka 12,000 rakyat asing tersebut termasuk sejumlah kecil rakyat AS pergi ke Syria dan menyertai kumpulan penentang kerajaan Syria dan kumpulan militan termasuk Negara Islam (IS) sejak tiga tahun lalu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140822/lu_07/Rakyat-Amerika-Syarikat-antara-anggota-kumpulan-militan-di-Syria#ixzz3BAF74hZF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

70 militan IS terkorban di Syria

BEIRUT 22 Ogos - Sekurang-kurangnya 70 anggota militan Negara Islam (IS) terbunuh dalam tempoh 48 jam, selepas bertempur dengan tentera kerajaan Syria di utara wilayah Raqa.
Ketua Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, IS telah melancarkan serangan besar-besaran di Lapangan Terbang Tentera Tabqa dan kubu terakhir tentera di Raqa lewat Selasa lalu, kawasan yang sebahagian besarnya sudah ditakluk oleh kumpulan militan.
Militan IS menggunakan bom kereta dalam serangan tersebut, namun begitu gagal mengakibatkan kecederaan dalam kalangan tentera Syria.
"Sekurang-kurangnya 70 anggota IS terkorban sejak kelmarin akibat serangan tentera Syria dengan menggunakan peluru berpandu dan periuk api," jelas Rami. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140823/lu_08/70-militan-IS-terkorban-di-Syria#ixzz3BAEYB8BX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 22 August 2014

Penculik tuntut AS$132 juta tebusan untuk pembebasan Foley

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 10:01 AM

WASHINGTON: Penculik James Foley daripada pergerakan jihad menuntut wang tebusan 100 juta euro (RM422 juta) bagi pembebasannya, kata majikannya, GlobalPost berikutan video ngeri yang menunjukkan kepalanya dipenggal.

Ketua Eksekutif GlobalPost, Philip Balboni mengesahkan bahawa tuntutan awal daripada penculik Jim Foley adalah 100 juta euro.

Foley membuat laporan untuk GlobalPost dari Syria dan diculik pada November 2012 dan Balboni turut terbabit dalam usaha untuk mengesan wartawan foto itu.

Balboni berkata penculik terbabit melakukan perhubungan dengan GlobalPost dan keluarga Foley kurang daripada 12 kali dan penculik terbabit tidak pernah berunding mengenai jumlah wang tebusan yang besar itu dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Selasa lalu ia mengeluarkan video yang menunjukkan salah seorang anggotanya memenggal kepala Foley. - AFP

Malaysia kenal pasti dakwaan tiga rakyatnya terbabit aktiviti militan di Syria

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 9:04 AM

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengenal pasti dakwaan terhadap tiga rakyatnya, yang disyaki terbabit dalam aktiviti militan di Syria.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sedang mengesahkan maklumat berkenaan dengan pihak berkuasa Syria.

"Seperti yang dilaporkan di dalam media, di mana seorang daripadanya didakwa terbunuh dan dua orang lagi tercedera, menurut kenyataan itu.

Media hari ini melaporkan tiga rakyat Malaysia yang didakwa berjuang di Syria, dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad, mengakibatkan seorang daripadanya terkorban manakala dua lagi cedera, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian terbaru di wilayah Hama, mangsa yang terbunuh semalam dikenali sebagai Mat Soh atau nama panggilannya, Abu Turab manakala rakannya yang tercedera ialah Mohd Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia tidak menyokong mahupun membenarkan sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk rakyatnya sendiri.

"Rakyat Malaysia sentiasa dinasihati supaya mengamalkan sikap berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk keganasan dan unsur ekstremisme," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

AS tingkat serangan

Washington: Amerika Syarikat (AS) semalam melancarkan serangan udara terbaru ke atas kumpulan bersenjata Sunni yang bertanggungjawab dalam pembunuhan wartawan negara itu, James Foley.

Presiden Barrack Obama bertekad untuk terus memburu kumpulan berkenaan dan White House mendedahkan AS sudah melancarkan operasi menyelamat rahsia di Syria sebelum ini namun gagal menyelamatkan Foley.

Beberapa rakyat Amerika juga masih berada dalam tawanan kumpulan itu.

Obama dalam ucapannya kelmarin berkata AS akan melakukan apa yang termampu untuk melindungi rakyatnya.

Dalam pada itu, Jabatan Negara AS enggan menolak kemungkinan terbabit dalam ketenteraan di Syria pada masa akan datang walaupun Obama mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam perang saudara yang berlaku sejak tiga tahun lalu.

Pembunuhan Foley dilihat sebagai satu tindakan balas dendam IS terhadap AS yang melancarkan serangan udara ke atas mereka di Iraq dan turut menegaskan bahawa lebih ramai tawanan akan berdepan nasib sama jika serangan itu berterusan.

Bagaimanapun, AS terus melancarkan 14 lagi serangan udara terbaru selepas video pembunuhan itu tersebar menjadikan jumlah serangan udara sejak ia mula dilancarkan 8 Ogos lalu sebanyak 84 serangan.

Dua pegawai AS berkata, pasukan tentera tambahan mungkin digerakkan ke Iraq bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Baghdad yang juga lokasi kedutaan AS di negara itu.

Ia akan menjadikan jumlah tentera AS yang berada di Iraq kini melebihi 1,000 anggota namun perkara itu masih belum diputuskan.

Sementara itu, Jordan dan Arab Saudi yang bersempadan dengan Iraq menempatkan tentera mereka di kawasan sempadan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan serangan IS.

Iran pula menghantar penasihat tentera bagi membantu menguruskan militia Syiah di Iraq dan melindungi tempat suci Syiah.- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22

Syria pusat kumpulan bersenjata Sunni

Damsyik: Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria semalam berkata, negara itu menjadi pusat kepada kira-kira 50,000 anggota kumpulan Negara Islam (IS) termasuk 6,000 anggota baru yang menyertai kumpulan itu Julai lalu.

Dalam satu temubual dengan AFP, Pengarah kumpulan pemerhati itu, Rami Abdulrahman berkata: “Jumlah anggota IS di Syria sudah melebihi 50,000 orang termasuk 20,000 bukan warganegara itu.” Menurutnya jumlah terbesar yang menyertai kumpulan berkenaan sejak pembabitannya dalam peperangan di Syria adalah pada Julai lalu.

“Tidak kurang daripada 5,000 pejuang Syria yang menyertai IS di Raqqa dan Aleppo pada Julai.

Hampir 800 daripadanya adalah anggota batalion lain manakala selebihnya tidak pernah mengangkat senjata sebelum ini,” katanya.

Kumpulan itu juga dikatakan menarik penyertaan hampir 1,100 pejuang asing termasuk Chechnya, Arab, Eropah, Asia dan China.

“Kebanyakan mereka masuk ke Syria melalui wilayah di Turki.

Dalam pada itu, hampir 200 pejuang asing juga berada di Syria untuk berjuang bersama Barisan Al-Nusra dan kumpulan lain,” kata Rami.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22

Pernah ditahan ISA, rompak bank

KERATAN Utusan Malaysia semalam.
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Tiga rakyat Malaysia yang ditembak kereta kebal mengakibatkan seorang daripadanya terbunuh manakala dua lagi cedera ketika berjuang di Syria kelmarin, merupakan bekas anggota kumpulan militan yang ditumpaskan pihak berkuasa ialah Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Dua daripadanya iaitu Mat Soh atau Abu Turab dan Zainuri Kamarudin, 47, juga pernah ditahan di bawah Akta Senjata Api kerana bersubahat merompak sebuah bank di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 15 Jun 2001.
Mohd. Rafi Udin, 48, pula adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan, pihaknya percaya Mat Soh yang terbunuh di wilayah Hama kelmarin merupakan lelaki yang bernama Zainan Harith, 52, yang menetap di Petaling Jaya dan merupakan anggota KMM.
Katanya, Mohd. Rafi yang kini kritikal merupakan pemandu teksi yang menetap di Cheras dan pernah ditangkap polis Indonesia pada 22 April 2003 di Palu, Sulawesi, Indonesia.
"Dia kemudian diusir keluar dari negara itu setahun kemudian dan ditangkap di bawah ISA seterusnya dibebaskan pada 18 Ogos 2006.
"Zainuri pula yang cedera di bahagian paha dan tengkuk merupakan juruteknik yang berasal dari Bota, Perak. Ketika ditangkap polis pada 15 Jun 2001, dia memiliki senjata api dan 412 peluru serta bahan letupan. Dia kemudian dipenjara 10 tahun dan 18 kali sebatan.
"Selain daripada itu, kedua-dua mereka (Mohd, Rafi dan Zainuri) pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ayob Khan turut menjelaskan, dianggarkan sehingga kini seramai 30 rakyat Malaysia berada di negara bergolak seperti Syria dan Iraq untuk berperang dengan tentera pemberontak.
Katanya, angka itu terus meningkat berbanding hanya kira-kira 20 orang, sepanjang tahun lalu.
"Pihak polis telah mengenal pasti seramai 22 rakyat Malaysia yang berada di negara-negara berkenaan dan terlibat secara langsung dalam konflik terbabit.
"Ada yang telah meninggal dunia namun kita menghadapi kesukaran untuk mengesahkan perkara tersebut," katanya.
Mengulas lanjut beliau memberitahu, pihak polis mempunyai maklumat awal tentang pemergian sebahagian daripada mereka yang terlibat ke Syria, bagaimanapun terdapat kekangan untuk mengambil tindakan.
"Kami tidak mempunyai bukti kukuh untuk menangkap mereka di bawah undang-undang baharu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menggantikan ISA," katanya.
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, tiga rakyat Malaysia yang sedang berjuang di wilayah Hama, Syria, dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad, mengakibatkan seorang daripadanya terkorban manakala dua lagi cedera.
Kejadian itu menjadikan seramai tiga rakyat Malaysia telah terbunuh di negara bergolak iaitu seorang pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu.
Seorang lagi iaitu, Abu Faz yang belum dikenal pasti identitinya pula maut ditembak di Damsyik, Jun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140822/je_02/Pernah-ditahan-ISA-rompak-bank#ixzz3B4P8ao2s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 21 August 2014

Misi rahsia AS selamatkan tebusan di Syria gagal

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 8:54 AM

GAMBAR fail tanpa tarikh menunjukkan James Foley ketika berada di Benghazi, Libya.
 
WASHINGTON: Presiden Barack Obama yang menghantar askar Amerika Syarikat (AS) ke Syria pada musim panas lalu untuk menyelamat beberapa rakyat negara itu yang ditahan oleh kumpulan ekstrimis, termasuk wartawan James Foley, gagal menemui tebusan berkenaan.

Perkara itu didedahkan pegawai kanan pentadbiran Obama, hari ini.

Pegawai berkata, misi penyelamat itu dilancarkan selepas agensi perisikan percaya mereka sudah mengenal pasti lokasi di Syria di mana tebusan berkenaan ditahan.

"Namun beberapa operasi khas yang dilakukan oleh askar yang diterbangkan menerusi pesawat dan memasuki Syria gagal menemui mereka. Malah mereka terpaksa bertempur dengan militan Islam Syria sebelum dapat mendarat," katanya.

Pegawai berkata, dalam pertempuran itu bagaimanapun tiada askar AS yang terkorban, sebaliknya militan Islam mengalami kehilangan nyawa yang ramai.

Pegawai terbabit tidak menyatakan secara spesifik bila dan di mana operasi berkenaan dilakukan sambil berkata ia perlu dirahsiakan demi melindungi maklumat untuk misi seterusnya. - AP

Penculik ancam bunuh Foley minggu lalu

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 9:10 AM
GAMBAR fail tanpa tarikh menunjukkan James Foley ketika berada di Benghazi, Libya.
 
BOSTON: Syarikat media kepada wartawan yang diculik di Syria, James Foley mendedahkan penculik mengancam untuk membunuh wartawan berkenaan minggu lalu, susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) membedil Iraq.

Ketua Eksekutif (CEO) GlobalPost, Philip Balboni, syarikat media berpangkalan di Boston di mana Foley menjadi wartawan bebasnya, berkata ancaman itu dihantar menerusi emel kepada keluarga Foley namun tidak memberikan sebarang tuntutan.

Beliau berkata, penculik bagaimanapun menolak agar Forley dibebaskan demi kemanusiaan.

Balboni berkata, syarikat itu sedia membelanjang jutaan dolar AS dalam usaha membebaskan Foley termasuk mengambil khidmat firma keselamatan antarabangsa.

Wartawan berusia 40 tahun dari New Hampshire itu ditangkap oleh pejuang Pergerakan Negara Islam Syria dan video mengenainya disebarkan kepada umum semalam.

Foley dilaporkan memasuki utara Syria pada November 2012 dan sejak itu tiada berita mengenainya. - AP

Wartawan AS kena penggal di Syria

Foley dipercayai dibunuh oleh ahli kumpulan ISIL. Foto: AFP
Foley dipercayai dibunuh oleh ahli kumpulan ISIL. Foto: AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. ISIL mendakwa membunuh wartawan Amerika Syarikat (AS) dan mengancam untuk membunuh seorang lagi wartawan sebagai membalas dendam terhadap serangan udara AS.

Kumpulan itu mengeluarkan satu video menunjukkan seorang ahli ISIL bertopeng memenggal kepala James Foley yang dipercayai diculik kumpulan terbabit di Idlib, Syria pada November 2012.

Jurucakap Majlis Keselamatan AS Caitlin Hayden berkata, perisikan AS sedang meneliti video itu.

“Pembunuhan itu adalah sangat kejam kerana wartawan itu tidak bersalah,” katanya dipetik AFP.

Difahamkan, Foley adalah wartawan berpengalaman yang membuat liputan perang di Libya sebelum menuju ke Syria bagi mengikuti pemberontakan menentang rejim Bashar al-Assad untuk Agence France-Presse , GlobalPost dan media lain.

Kementerian Luar siasat aktiviti militan rakyat Malaysia di Syria

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Kementerian Luar sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan tiga rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti militan di Syria.
Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, siasatan tersebut berdasarkan laporan di laman sosial mendakwa seorang daripada tiga rakyat Malaysia terbunuh akibat bertempur dengan tentera Syria manakala dua lagi cedera.
“Kementerian sedang mengenal pasti dakwaan tersebut dengan beberapa pihak berkuasa yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140821/dn_34/Kementerian-Luar-siasat-aktiviti-militan-rakyat-Malaysia-di-Syria#ixzz3B059by7g
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat Malaysia maut di Syria

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Tiga rakyat Malaysia yang sedang berjuang di Syria, dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad, mengakibatkan seorang daripadanya terkorban manakala dua lagi cedera, awal pagi semalam.
Dalam kejadian terbaharu di wilayah Hama negara itu, mangsa yang terbunuh semalam dikenali sebagai Mat Soh atau nama panggilannya, Abu Turab manakala rakannya yang tercedera ialah Mohd. Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.
Berita kematian lelaki itu dinyatakan di dalam Facebook milik seorang individu dikenali sebagai Ustaz Lotfi dari Baling, Kedah yang turut berada di Syria untuk berjuang bersama pasukan pemberontak di sana sejak awal tahun ini.
Menurut Ustaz Lotfi, Mat Soh terkorban ketika mereka sedang berperang di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Syar'aya.
"Ketika itu, saya ke depan untuk mempertahankan kampung tersebut dan tiba-tiba peluru kereta kebal jatuh ke arah Mat Soh dan dia terkorban.
"Mat Soh sungguh taat dan patuh kepada arahan yang diberi, tak pernah membantah walaupun dia lebih berusia daripada saya," katanya dalam laman sosial itu.
Kejadian itu menjadikan seramai tiga rakyat Malaysia telah terbunuh di negara berkenaan iaitu seorang pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu dan seorang pemuda, Abu Faz yang belum dikenal pasti identitinya yang maut ditembak di Damsyik, Jun lalu.
Mat Soh telah dikebumikan di perkampungan itu pada hari kejadian dan rakannya, Mohd. Rafi kini dipercayai sedang dalam keadaan kritikal kerana cedera parah, manakala Zainuri pula cedera di bahagian tengkuk dan paha.
Utusan Malaysia difahamkan, identiti Mat Soh itu belum dapat dipastikan lagi namun dia dipercayai ke Syria untuk menyertai perjuangan atas nama jihad sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, kematian tersebut menjadikan tiga rakyat Malaysia telah terkorban ekoran menyertai kancah peperangan di negara bergolak berkenaan.
"Mat Soh dan dua rakannya yang tercedera itu dipercayai menjadi ahli kumpulan rakyat Malaysia yang sedang berperang dengan tentera Bashar al-Assad di Timur Hama.
"Sehingga kini kita tidak mempunyai sebarang latar belakang tentang Mat Soh," katanya.
Sebelum ini, sebilangan rakyat Malaysia dilaporkan ke Syria atas nama jihad meskipun tindakan itu menjadi kesalahan di sisi undang-undang Malaysia.
Bahagian Counter Terrorism turut menahan 19 militan yang dipercayai mahu ke negara bergolak itu untuk berperang. Tujuh daripada mereka telah didakwa.
Utusan Malaysia sebelum ini juga mendedahkan, seorang lelaki yang digelar 'ustaz' dan seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan terkenal era 80-an telah berada di Syria untuk berjuang bersama pasukan pemberontak di Syria sejak beberapa bulan lalu.
Dianggarkan puluhan rakyat Malaysia pergi ke Syria sejak dua tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140821/je_03/Rakyat-Malaysia-maut-di-Syria#ixzz3AybfuWVB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 18 August 2014

Penggal kepala puak minoriti di Syria

Kumpulan ISIL meningkatkan serangan di Syria.
Kumpulan ISIL meningkatkan serangan di Syria.
DAMSYIK - SYRIA. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria mendedahkan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang beroperasi di Syria memenggal lebih 700 kepala penduduk awam terdiri daripada kelompok minoriti Sheitat sejak dua minggu lalu.

Menurut laporan itu, ISIL melakukan pembunuhan beramai-ramai di beberapa buah kampung didiami oleh puak al-Sheitat di Ghranji, wilayah Deir Ezzor.

"Ramai penduduk puak itu dipancung selepas mereka ditangkap. Dianggarkan 100 mangsa yang terkorban dari puak itu adalah mereka yang terlibat dengan peperangan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad," katanya dalam dalam laporan Al Arabiy.

Menurutnya, kini penduduk kelompok minoriti itu terpaksa menjadi pelarian selepas meninggalkan kampung masing-masing untuk mendapatkan perlindungan di kem pelarian yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Saturday, 16 August 2014

14 terkorban dalam serangan bom kereta di Daraa

KAHERAH 16 Ogos - Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dalam satu serangan bom kereta di wilayah Daraa, yang terletak di selatan Syria, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, letupan bom itu berlaku di luar sebuah masjid di bandar Nemr, yang terletak di dalam wilayah yang dikuasai oleh puak penentang kerajaan. - DPA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_01/14-terkorban-dalam-serangan-bom-kereta-di-Daraa#ixzz3AVHpd6LI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 14 August 2014

Militan tawan bandar penting

Beirut: Kumpulan ekstrem Islam menawan dua bandar penting dan beberapa perkampungan berhampiran sempadan Syria-Turki semalam selepas mengusir kumpulan saingan mereka dalam pertempuran sengit, kata aktivis.

Pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, sekurang-kurangnya 31 anggota kumpulan bersenjata dan lapan ahli Negara Islam terbunuh dalam pertempuran itu.

Pegawainya berkata, perang berakhir selepas kumpulan militan terbabit mengawal enam perkampungan di wilayah Aleppo.

Penguasaan bandar itu pula kejayaan terbaru untuk militan Negara Islam yang menampilkan kerajaan sendiri di timur dan utara Syria serta barat Iraq.

Kata aktivis, militan Negara Islam menguasai bandar Akhtarin dan Turkmanbareh selepas bertempur dengan pejuang antikerajaan yang cuba menggulingkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Kata aktivis, militan Negara Islam juga menguasai sejumlah kampung berhampiran, termasuk Masoudiyeh, Dabiq dan Ghouz.

Komander pejuang antikerajaan, Abu Thabet berkata, penawanan Akhtarin adalah strategik kerana ia dianggap pintu kepada kawasan pinggir Aleppo.

“Nampaknya matlamat sebenar Negara Islam adalah menguasai bandar Marea yang terletak beberapa kilometer ke barat kawasan kubu kuat mereka serta Azaz, bandar bersebelahan Bab al-Salama yang bersempadan dengan Syria,” katanya.

Abu Thabet berkata, Negara Islam melancarkan serangan besar-besaran ke atas Akhtarin kelmarin dan pertempuran berpanjangan semalaman.- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14