Sunday, 31 March 2013

Beratus-ratus tentera rejim Basyar berhampiran sempadan dengan Israel meninggalkan kedudukan mereka pada hari Khamis

TERKINI

Beratus-ratus tentera rejim Basyar berhampiran sempadan dengan Israel meninggalkan kedudukan mereka pada hari Khamis, tanda terbaru yang Dimasyq semakin hilang kawalan di Bukit Golan, Syria. 

Seramai kira-kira 170 askar yang berkawal berhampiran bandar Kuneitra, beberapa kilometer dari sempadan dengan Israel, telah meninggalkan kedudukan mereka, menurut laporan Al-Arabiya. 

Pertempuran di selatan Syria bertambah hebat sejak beberapa hari lepas, dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditempatkan di antara Israel dan Syria terperangkap dalam pertempuran. 

Pinggir selatan Dimasyq juga menyaksikan pertempuran sengit pada hari Khamis. Aktivis berkata mujahidin FSA menyerang pusat pemeriksaan tentera di dalam dan sekitar bandar utama selatan yang merupakan pintu masuk ke Dimasyq.

No comments:

Post a Comment