Sunday, 31 March 2013

Salam pada semua...mesej ini hanya untuk mereka (Muslim) yang dapat merasai kesakitan kami di Syria ketika ini..

Salam pada semua...mesej ini hanya untuk mereka (Muslim) yang dapat merasai kesakitan kami di Syria ketika ini..

Mungkin pada saat ini anda sedang hidup aman- jauh daripada apa yang kami rasai tiap-tiap hari di bumi Syria ini. Untuk 1 minit, tolong lihat video klip ini "Masjid Khalid Al-Waleed, Homs- Syria" dan letakkan diri anda dalam situasi di mana bedilan, serangan roket, letupan, tangisan dan jeritan derita yang disebabkan oleh kekejaman Syiah.

Khalid AlWaleed adalah seorang pahlawan yang sangat berani sehingga Rasul SAW kita menggelar beliau Saif Allah Al Maslul- Pedang Allah. Beliau juga pakar taktik perang Islam dan seorang ketua yang disegani.

Sebelum memeluk Islam, beliau mengetuai Mushrikin Quraish untuk menang dalam Perang Uhud menentang Islam. Selepas memeluk Islam, beliau mengetuai Jihad menetang musuh2 Islam (Syiah- Musaylimah Al Kaddhab) di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar & Umar RA

Khalid Al-Walid tidak pernah tewas dalam mana2 peperangan menentang musuh Islam seperti tentera Roman, Bizantin & Persia (Iran). Tetapi selepas 4 tahun di medan peperangan, Khalid Al-Waleed akhirnya mengundurkan diri dan meninggal dunia. Dalam satu kata-katanya yang masyur, beliau berkata- "aku telah terlibat dalam lebih 100 peperangan, tiada ruang di badanku yang tidak ditembusi pisau/pedang/ benda tajam, tetapi hari ni aku nazak di katilku seperti unta, NAMUN,,jangan biarkan mata-mata pegecut tertidur, jangan biarkan mata-mata pegecut tertidur, jangan biarkan mata-mata pegecut tertidur".

Beliau disemadikan di perkarangan sebuah masjid yang dinamakan "masjid Khalid Ibnu Al Waleed"

Walau bagaimanapun, kini Mujahedden tidak dapat melindungi masjid ini daripada serangan kuat tentera Syiah Basyar kerana mereka mendapat bekalan senjata berterusan daripada Iran.

Kami tidak meminta apa2 daripada anda, minta kongsikan info ini supaya umat Islam yang lain dapat membuka mata mereka dan megetahui apa yang sedang berlaku di saat ini.

http://www.youtube.com/watch?v=2S-b-xQOSyo&feature=youtu.be
.........
Untuk sumbangan derma kpd rakyat Syria:
MAYBANK: 562106630487
PAYPAL: alehsidek@gmail.com
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

No comments:

Post a Comment