Syria - Pembunuhan Syaikh Al-Buthy masih dalam tanda tanya. Di sini kami menghadirkan pernyataan Syaikh Ali Ash-Shabuni, ahli tafsir Abad ini dan Ulama Mekah asal Syria, tentang pembunuh Syaikh Al-Buthi yang diupload di YouTube pada hari Sabtu (23/03/13). Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Salawat dan salam tercurah kepada semulia - mulia Rasul, Sayyidina Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Saya katakan tidak ada yang dapat mengelak dari kematian. Semua yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Akan tetapi rahmat Allah Nampak pada hamba-hamba Nya, di mana sama di antara yang zalim dan yang dizalimi. Kemarin dunia seluruhnya telah menyaksikan pembunuhan seorang 'Alim yang memutuskan drinya membela kezaliman dan thoghut menurut kebenaran dan keadilan. Kita telah berselisih dengan Syaikh Al-Buthi semenjak priode penjahat lagi zalim Hafez Assad, di mana pada waktu itu ia berdiri di samping Hafez kemudian mensolatinya dan berdiri untuk jenazahnya. Sedangkan Allah Taala berfirman: "Dan janganlah kamu menshalat jenazah yang mati di antara mereka (munafiq) selamanya dan janganlah berdiri di kuburannya" [At-Taubah: 84] Apa makna jangan berdiri di kuburannya. Ertinya jangan menyaksikan jenazahnya kerana murka Alla Azza wa Jalla turun ke jenazah itu. Kemudian pada revolusi yang penuh berkat ini, Al-Buthi telah menyelisihi bukan hanya rakyat Syria sahaja, bahkan menyelisihi para ulama umat ini. Dan Maha benar Allah yang Maha Agung "Siapa yang menentang Rasul setelah jelas baginya Al-Huda dan mengikuti jalan selain jalan kaum muslimin, Kami palingkan ia sebagaimana ia berpaling dan Kami masukkan ke jahannam" [An-Nsa ': 115] Apa maksud firman Allah Kami palingkan ia sebagaimana ia berpaling dan Kami masukkan ke jahannam?. Iaitu kami rasakan ia siksa jahannam. Allah tidak berfirman siapa yang menentang Rasul dan kitab Allah, tapi Ia berfirman dan mengikuti selain jalan kaum muslimin. Ulama telah berpendapat wajibnya memberontak kepada Musailamah Al-Kadzdzab yang dinamakan Bashar Assad setelah ia memperlihatkan kethoghutannya dan kejahatannya, membunuh manusia serta mencedari rumah Allah dengan bom. Ia juga menghina kitabullah dan merampas kehormatan wanita - wanita yang beriman. Namun Al-Buthy malah menyokong kezaliman ini dan kefajiran Bashar seraya melupakan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam "Siapa yang menolang orang yang membunuh seorang mukmin walau dengan sepotong kata (jangankan mengatakan bunuh, tapi bun.Syaikh), ia akan menjumpai Allah Azza wa Jalla sedangkan di antara kedua matanya tertulis Ayisun min rahmatillah (berputus asa dari rahmat Allah)" Sungguh Al-Buthi terus berlangsung menentang para pembangkang Bashar, di mana ia menyebut mereka sebagai sampah. Dan menyamakan para pembunuh iaitu tentera Bashar dengan kedudukan sahabat. Kalau saja ia diam, maka hal itu lebih baik buat dia. Al-Buthi telah datang dengan sesuatu yang belum pernah ada sebelumnya. Saya katakan sesungguhnya Dr Al-Buthi yang telah dipanggil Robb Nya telah membawa di lehernya darah yang banyak. Fatwa-fatwanya membenarkan pembunuhan atas nama agama. Hingga Allah menjadikan sumbangan Bashar yang membunuh rakyat itu berada di dadanya, di mana Al-Buthi membuat fatwanya yang terkini mengajak jihad di bawah panji tentera kerajaan Bashar Assad. Fatwa dan seruan ini membuat Bashar menyelesaikan hajatnya. Orang-orang yang keluar dari masjid dengan menyambut seruan Allah Labbaikallah, mustahil mencederakan kehormatan rumah Allah. Apalagi dengan masjid Al-Iman, di mana di sana menjadi tempat mengajarnya Syaikh Syam, Syaikh Muhammad Awadh rahimahullah. Perbuatan ini (mengebom masjid) menyelisihi prinsip agama. Sesungguhnya penglibatan pasukan Assad dalam operasi jahat ini sangat jelas seperti terangnya matahari. Siapa yang mengambil manfaat atas pembunuhan Al-Buthi? Bukan kah ia adalah pemerintah. Dengan ini ia boleh menyemangati manusia untuk memerangi pejuang Syria dengan alasan mereka membunuh orang-orang yang menyelisihi mereka. Pasukan Assad adalah musuh kemanusiaan seperti zionis jahat. Mereka tidak pernah menunggu-nunggu waktu untuk membunuh siapa sahaja, walaupun orang itu membela mereka. Jika dalam membunuhnya dapat mewujudkan tujuannya yang buruk. Pada suatu hari, di mana pembangkang menekan. Seorang Kurdi dijadikan oleh kerajaan sebagai Perdana Menteri. Pasukan Assad membunuh Syaikh Kurdi pada hari besar Kurdi. Dan ini bukan suatu kebetulan bagi orang yang merenung dengan baik sejerah kerajaan ini dan kelebihannya dalam kejahatan. Kemudian, lihat bagaimana pasukan Assad langsung masuk ke masjid selepas peristiwa pembunuhan itu dengan penuh tenang dengan para pegawai perubatan tanpa rasa takut dan malu. Dan sebahagian lagi pura - pura menangis. Pemerintah ini (rejim syiah Bashar) juga telah membunuh Khotib masjid Al-Muhammadi, Syaikh Riyadh Ash-Sha'b rahimahullah, semoga Allah menerima beliau di kalangan syuhada. Mereka mengebom kereta beliau ketika menuju majlis ilmu sebelum 24 jam. Sebelum 24 jam juga mereka mengebom masjid Al-Iman. Apakah dengan ini semua kita membebaskan pasukan Bashar dari pembunuhan seseorang, baik itu orang tua atau anak-anak atau wanita atau yang membela mereka. Saya katakan sesungguhnya para pejuang yang mulia mereka mempunyai orang yang lebih penting dari Al-Buthi di barisan tentera dalam sandraan untuk dibunuh. Jika mereka benar - benar berhak untuk dibunuh. Sesungguhnya kami di Syria yakin bahawa di balik insiden pembunuhan ini adalah pasukan kerajaan Assad. Kami lebih tau tentang mereka dan mod-mod mereka yang membuat kami terbiasa dengan itu puluhan tahun. Mereka adalah pembunuh. Mereka membunuh ulama Lebanon seperti Syaikh Hasn Khalid, Mufti Lubnan rahimahullah. Dan juga membunuh puluhan ulama di Syria. Dan bapanya yang zalim, Hafez Assad, telah membunuh tiga puluh ribu lebih warga Syria di Hama. Kami meminta kepada muslimin untuk mendoakan rahmat untuk mereka yang terbunuh dan syahid di bawah panji Al-Haq. Ketika mati, semua manusia sama. Kami bersedih atas setiap titisan darah dari anak-anak, orang tua dan wanita yang terbunuh setiap hari. Kami tidak membezakan, yang satu mati kita diamkan dan yang satu kita marah kerana terbunuh. Itulah Dinul Islam. Yang mengharamkan darah di antara kita. Maka pada hari dibunuhnya Al-Buthy, terbunuh pula 150 lebih orang Syria oleh ditang thoghut yang jahat iini (Bashar). Ya Allah terimalah syuhada kami, ampuni mereka. Jadikan amal-amal yang baik kami pada akhir hayat kami. Siapa yang beramal baik walau sebiji zarrah ia akan melihatnya. Siapa yang beramal buruk sebiji zarrah ia akan melihatnya pula. Saya katakan mereka adalah pembunuh dan penumpah darah orang-orang yang tak bersalah. Mereka yang berkaitan kepada kerajaan ganas lagi bertaring yang menamakan dirinya Bashar Assad. Dia tidak lain murid musailamah Al-Kadzdzab. Walhamdulillahi Rabbil 'alamin " Abu Asybal Usamah |
Thursday, 28 March 2013
Pernyataan syaikh Ali ash-Shabuni tentang pembunuhan al-Buthi Saif Al Battar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment