Thursday 28 March 2013

3 TERBUNUH, RAMAI YANG TERCEDERA DALAM PENGEBOMAN KERETA DI DAMSYIK

Photo: 3 TERBUNUH, RAMAI YANG TERCEDERA DALAM PENGEBOMAN KERETA DI DAMSYIK  

Sekurang-kurangnya tiga orang telah terbunuh dan ramai lagi cedera dalam pengeboman kereta pengganas di ibu negara Syria, Damsyik.

Menurut agensi berita rasmi Syria SANA, letupan itu berlaku dalam kejiranan Rukn Eddin pada hari Selasa dan bahawa kesemua mangsa adalah dikalangan orang awam.

Agensi terbabit tidak segera melaporkan berapa ramai mangsa yang tercedera dalam letupan itu.

Pengeboman kereta terbabit terjadi selepas beberapa jam serangan pusingan mortar melanda ibu kota Syria, yang telah membunuh kanak-kanak dan mencederakan beberapa orang yang lainnya.

Terdahulu, pada hari Selasa, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan lima yang lain tercedera dalam serangan mortar berhampiran ibu pejabat SANA dalam kejiranan Baramkeh Damsyik.

Sementara itu, tentera Syria telah berkata bahawa ia telah menemui berpuluh-puluh mayat anggota kumpulan militan bersandarkan warga asing di taman di Baba Amr.

Tentera Syria berjaya mengambil kembali kawalan ke atas kejiranan Amr Baba di bandar tengah Homs pada hari Isnin selepas dua minggu berturutan terjadinya pertempuran sengit.

Syria telah mengalami pergolakan selama dua tahun dan ramai orang awam, termasuk sebilangan besar pasukan tentera dan anggota keselamatan, telah terbunuh dalam keganasan.

Beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah menuduh kumpulan militan asing melakukan jenayah perang.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment