Tuesday, 9 April 2013

15 maut susulan pengebom berani mati di Syria



DAMSYIK: Sebuah kereta pengebom berani mati meletup di tengah-tengah bandar Syria hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang, dan memusnahkan pusat bank berhampiran serta merosakkan beberapa kenderaan di kawasan kejiranan terbabit.

Serangan itu adalah terbaru dalam siri pengeboman yang melanda Damsyik berikutan perang saudara, ditengah-tengah desakan ke atas Presiden Bashar Assad. Pejuang pemberontak berjaya menyekat kuasa rejim di utara dan timur Syria serta menguasai wilayah selatan, dengan bantuan kemasukan senjata asing yang dibiayai.
Letupan itu berlaku di Dataran Sabaa Bahrat, berhampiran Agensi Pelaburan Syria, Bank Negara Syria dan Kementerian Kewangan. - AP

No comments:

Post a Comment