27 April 2013
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mendakwa tentera rejim, Presiden Bashar al-Assad, menggunakan senjata kimia sewaktu bertempur dengan kumpulan pemberontak walaupun dalam kelompok kecil, semalam.
Menurut bahagian perisikan AS, laporan sokongan yang diterima daripada pembangkang Syria berjaya merungkaikan sedikit persoalan sama ada tentera Assad menggunakan gas sarin dalam dua pertempuran sejak tercetusnya pemberontakan lebih dua tahun lalu.
"Kami berjaya mengesan beberapa punca yang menunjukkan rejim Assad ada menggunakan senjata kimia," kata jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan AS, Caitlin Hayden dalam laporan Al-Jazeera.
Hayden mendakwa, penilaian berkenaan dilakukan berdasarkan contoh fisiologi, kewujudan gas sarin dan agen buatan manusia digunakan dalam serangan di Jepun pada 1990-an yang menyebabkan kekejangan, kegagalan bernafas dan kematian," katanya.
Bagaimanapun, Hayden berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada tentera Assad ada menggunakan senjata kimia itu kerana bukti tidak mencukupi.
Sementara itu, Assad sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyiasat kumpulan pembangkang yang didakwa sebagai dalang sebenar dalam insiden terbabit.

No comments:
Post a Comment