27/04/2013 3:08am
WASHINGTON - Rumah Putih mengeluarkan kenyataan semalam bahawa pihaknya akan terus menyiasat sekiranya kerajaan Syria menggunakan senjata kimia, namun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi mendapatkan laporan yang menyokong kemungkinan tersebut.
“Saya tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa, kerana fakta-fakta perlu mendorong penyiasatan ini dan bukannya menetapkan tarikh akhir laporan itu perlu siap,” kata jurucakapnya, Jay Carney kepada pemberita pada satu taklimat di sini.
Menurutnya, Washington akan terus membuat siasatan berdasarkan penilaian yang dibuat oleh komuniti perisikan kerana maklumat yang diterima mengenai perkara itu adalah berbeza-beza.
Carney berkata, Presiden Barack Obama akan mempertimbangkan pelbagai pilihan penyelesaian tetapi ia tidak semestinya melibatkan pasukan tentera sekiranya terbukti Syria menggunakan senjata kimia. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2RcU9Kbfn
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment