- Foto dikeluarkan didakwa mangsa terbaru serangan senjata kimia ketika pasukan siasatan PBB berada di Syria.
Kumpulan yang mengaku sebagai aktivis berkata, tentera rejim Bashar menembak roket berisi gas ke kawasan orang awam.
Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria berpangkalan di Britain melaporkan, serangan mencetuskan ketegangan di pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma.
Bagaimanapun, dakwaan serangan gas beracun itu masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.
Menurut pegawai, serangan itu dipercayai bertujuan mahu menakutkan kumpulan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditugaskan memeriksa isu penggunaan senjata nuklear.
"Jelas sekali, ia adalah usaha pembangkang untuk menggagalkan dan mencari kesalahan penyiasat PBB terhadap misi mereka di Syria," katanya dipetik dari laporan Al-Jazeera.
Minggu lalu, sekumpulan pakar senjata PBB tiba di Damsyik bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan pemberontak menggunakan senjata kimia yang membunuh penduduk serta tentera Syria.
No comments:
Post a Comment