Thursday, 22 August 2013

Sedikit info untuk pengunjung yang budiman sekalian.



Kita banyak membaca atau mendengar perkataan 'Ghuttah' atau 'Ghouta'. Ghuttah adalah gelaran atau nama yang diberikan kepada tanah subur yang mengililingi Kota Damsyik. 

Kawasan ini subur dan menjadi kawasan pertanian untuk penduduk Damsyik sejak ribuan tahun dahulu lagi. Kawasan ini menjadi sumber untuk bermacam-macam jenis tanaman seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan.

Ghuttah terbahagi kepada 2 iaitu Ghuttah Timur (Eastern Ghouta) dan Ghuttah Barat (Western Ghouta). Ghuttah Barat turut dikenali dengan nama Ghuttah Selatan. Tidak ada Ghuttah Utara kerana utara Damsyik adalah kawasan padang pasir dan bergunung ganang.

Tujuan admin menceritakan tentang Ghuttah ini adalah kerana rejim Iblis telah menyerang Ghuttah Timur dengan bom kimia sehingga mengorbankan hampir 2000 penduduk awam dan 5000 lagi mengalami kecederaan. Bom ini menyebarkan gas beracun. Sesiapa yang terhidu gas beracun ini akan mengalami kesesakan nafas dan jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut.

No comments:

Post a Comment