Adakah anda benar-benar percaya bahawa campur tangan US dan sekutu mereka termasuk UK, Britain, Perancis dan PBB sendiri di Syria adalah semata-mata untuk menyelamatkan Syria dari kekejaman Rejim Tirani Basyar Assad? Alasan campurtangan ini adalah sebagai membantu 'penentang' untuk melemahkan dan 'manurunkan' Basyar dari kerusi presiden yang dipegang keturunan Assad selama hampir 50 tahun.
Jawapannya tidak! Kerisauan mereka hanyalah pada bendera ini! Panji hitam yang akan berkibar di bumi Syam tidak lama lagi.
Sekiranya mereka benar-benar mahu menolong rakyat, pertolongan sepatutnya telah sampai lama dahulu. Selama hampir 3 tahun mereka hanya duduk membincangkan untuk memberi bantuan. Kini bantuan telah sampai setelah Basyar sudah lumpuh!
Mungkin sekarang kita telah melihat Syria sebagai satu 'planet' yang sudah tidak layak untuk dihuni...kita hanya perlu membayangkan bahawa kemusnahan ini adalah hanya sebahagian kecil daripada kemusnahan yang akan dilakukan oleh 'para penyelamat' Syria yang baru sampai itu. Penduduk Syria akan terus menerima himpitan ini. Darah syuhada' akan terus tumpah dan membanjiri tanah mulia Syam.
Basyar semakin lemah dan semakin berada di ambang kejatuhan (semoga Allah mempercepatkan) kerana mujahidin telah menguasai hampir 80% daripada perang di Syria. Mereka tidak akan membenarkan pejuang-pejuang kebenaran ini memenangi perperangan menentang kebatilan ini dengan cepat dan seterusnya mengawal seluruh Syria.
Segalanya berlalu dengan tergesa-gesa. Dalam tempoh beberapa hari sahaja satu pengkalan ketenteraan US yang lengkap kukuh terbina di Syria. Setujukah kalau dikatakan bahawa tentera US dan sekutunya juga mungkin turut terlibat dengan serangan kimia ke atas Al-Ghouta beberapa hari lepas. Kerana sehingga sekarang tiada laporan lengkap mengenai siapa yang bertanggungjawab melancarkan serangan. Setujukah kalau dikatakan iti hanyalah helah untuk mereka mengambil peluang untuk turut bersama-sama menghancurkan Syria? Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui.
Tentera-tentera dajal ini tidak akan sekali-kali membenarkan panji hitam ini berkibar di sana. Setelah kejatuhan Basyar sudah pasti pemimpin-pemimpin yang akan dilahirkan adalah dari kalangan manusia yang cintakan syahid, manusia yang cintakan kebenaran dan manusia yang berpegang teguh kepada Islam, Al-Quran dan hadis.
Sekiranya Basyar jatuh (Basyar pasti akan jatuh-semoga Allah mempercepatkan) tentera dajjal ini sudah pasti mahukan boneka-boneka yang menggantikan anjing-anjing rejim ini terdiri daripada puak-puak sekular yang akan terus-terusan memporak-perandakan dan membuat kehancuran.
Syria bukanlah satu negara yang kaya dengan hasil bumi sebagaimana Iraq yang membuatkan mereka tertarik...tetapi kerana sebagaimana kita yang mengetahui dan meyakini bahawa kemuliaan bumi Syam telah diangkat, dan di sini akan bermulanya hari Malhamah, mereka juga mengetahuinya.
Semoga iman kita akan terus teguh bilamana ditakdirkan untuk berhadapan dengan hari yang penuh cubaan itu nanti. Semoga kita akan teguh berpegang pada kalimah Lailaha Illa Allah. Muhammadurrasulullah!
No comments:
Post a Comment