Saturday, 31 August 2013

Israel ambil langkah berjaga-jaga


Baitulmaqdis: Israel menempatkan sistem pertahanan Kubah Besi di Tel Aviv semalam ketika AS semakin hampir melancarkan serangan tentera ke atas Syria, lapor media.

Stesen radio tentera Israel melaporkan, satu daripada pelancar roket diletakkan di kawasan bandar raya itu pagi semalam.


Laman sesawang berita Ynet pula melaporkan, tidak seperti kedudukan pada November lalu apabila misil pemintas menembak jatuh roket yang dilancarkan dari Gaza, peluru berpandu itu kini dihalakan ke utara menuju Syria. Kelmarin Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, penghantaran sistem pertahanan itu dibuat bagi memenuhi keperluan keselamatan semasa.

“Kami tidak terbabit dalam perang di Syria tetapi jika ada sesiapa yang cuba mengancam warga Israel, tentera akan bertindak keras,” katanya. Sementara itu, kaji selidik akhbar Maariv semalam menunjukkan 77 peratus responden berpendapat, jika Washington tidak menyerang rejim Presiden Bashar al-Assad, Israel perlu mengambil tindakan itu sendirian. - AFP

No comments:

Post a Comment