Tuesday, 27 August 2013

Libya

 Libya

Pasukan mujahiddin dari Libya iaitu Ansar Al-Sharia mengkritik Ikhwan Muslimin di Mesir kerana menyertai proses demokrasi dan kegagalan mereka melaksanakan undang-undang shariah. Sebelum ini pemimpin Al-Qaeda Ayman al Zawahiri dan mujahiddin dari Somalia as-Shabaab turut mengkritik Ikhwan Muslimin.

Di bawah adalah transkrip kenyataan mereka :

"Apakah yang telah kamu perolehi dengan menyertai demokrasi? Kamu menyertai demokrasi kerana ingin melaksanakan shariah? Inilah alasan yang kamu berikan dahulu walaupun kamu tahu jalan ini dan alasan yang diberikan ini adalah tidak benar. Setelah kamu bertolak ansur dan berkompromi dan menunjukkan sikap sederhana kamu di mata barat dan United Snakes of America, kamu memperolehi kuasa dan kamu tidak melaksanakan syariah seperti yang kamu janjikan. Dengan demokrasi sekular yang karut ini, rejim antarabangsa yang kamu harapkan seperti sebelum ini telah meninggalkan kamu dan membiarkan kamu bersendirian didalam 'pusaran air'."

"Oleh itu, sekarang adakah kamu telah sedar bahawa jalan yang kamu pilih adalah salah? Ini bukanlah jalan yang haq jika ingin melaksanakan syariah walaupun kamu benar-benar ingin melaksanakan syariah. Sekarang pemimpin kamu dipenjarakan dan rumah mereka diserbu dan dikepung. Kamu telah dihina dan selama-lamanya akan dihina jika kamu tidak pulang ke jalan yang benar dengan meninggalkan demokrasi."

"Rakyat dan penyokong kamu dibawa dan turut diheret bersama-sama kamu. Mereka dibunuh semata-mata kerana mahukan kamu diangkat semula menjadi pemerintah secara sah. Kami melihat tidak ada seorang pun dari kalangan kamu yang keluar memberitahu penyokong dan rakyat bahawa kamu telah melakukan kesilapan. Kamu harus menyeru rakyat supaya kembali melaksanakan syariah"

Revolusi Islam juga telah memberikan pandangan peribadi/mengkritik/menegur kepada Ikhwan Muslimin pada 28 Julai lepas. Boleh baca di sinihttp://on.fb.me/1dJ8tyq

No comments:

Post a Comment