Friday 6 September 2013

janganlah kamu ambil menjadi TEMAN KEPERCAYAANMU orang-orang yang di luar kalanganmu

[Info terkini Syriacare] Senator Amerika Syarikat, John Mc Cain ketika ditemubual pemberita , beliau mengatakan pejuang pembebasan Syria adalah pejuang yang berani dan melahirkankan kekecewaan atas tindakan kejam rejim Syiah Assad yang membunuh rakyatnya menggunakan senjata kimia. Pemberita turut mempertikaikan tindakan pejuang FSA melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Namun dengan tenang , John Mc Cain menegaskan ia cuma kalimah memuji Tuhan sebagaimana penganut Kristian mengucap 'Thanks God' untuk memuji Tuhan mereka. P/s : Di sini seolah-olah John Mc Cain cuba menujukkan keprihatinan Amerika terhadap umat Islam Syria dan rasa hormat terhadap pejuang-pejuang FSA. Namun, sekiranya mereka benar-benar ingin menumbangkan rejim Syiah Assad, ayuh silakan, namun ketahuilah mereka memiliki kepentingan lain yang disembunyikan. Firman Allah dalam Al-Qur'an melarang menjadikan orang kafir sebagai teman setia,
dalam surah Aali 'Imraan : 118.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi TEMAN KEPERCAYAANMU orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya."



LINK ASAL : https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=56D8m6RAgj0
 

No comments:

Post a Comment