Friday, 6 September 2013

Tak akan mengalah

Foto
AKTIVIS berhaluan kiri membawa poster diubah suai memaparkan wajah Obama ketika menyertai protes di depan Kedutaan AS di Kiev, Ukraine semalam.
Damsyik: Syria semalam berkata, negara itu menggerakkan sekutunya menghadapi kemungkinan serangan asing diketuai AS dan tidak akan mengalah sekali pun tercetus Perang Dunia Ketiga.
Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Muqdad berkata, negara itu “mengambil semula langkah perlu” untuk bertindak balas terhadap kemungkinan serangan itu. 
Bagaimanapun Faisal enggan memberi sebarang bayangan mengenai maksud kenyataan itu.

Menurut Faisal, Russia juga tidak akan mengalih sokongannya terhadap Syria di sebalik komen Presiden Vladimir Putin mengenai kemungkinan Moscow menyertai gabungan negara Barat menyasarkan Syria semalam.


“AS kini menggerakkan sekutunya untuk menyerang Syria.

“Justeru Damsyik juga melakukan perkara sama dan sekutu kami menawarkan segala bentuk sokongan,” katanya.

Faisal berkata, Iran, Russia, Afrika Selatan dan beberapa negara Arab menolak cadangan serangan ke atas Syria dan bersedia berdepan dengan perang yang diisytiharkan AS.

Katanya, kerajaan Syria tidak akan mengubah pendiriannya walaupun Perang Dunia Ketiga tercetus.

“Tiada rakyat Syria akan mengorbankan kemerdekaan negara ini,” katanya.

Presiden AS Barack Obama kini giat meyakinkan Kongres untuk merestui serangan terhadap rejim Damsyik kerana didakwa menggunakan senjata kimia ke atas orang awam pada 21 Ogos lalu.

Cadangan itu turut mendapat sokongan Perancis.

Faisal berkata, pendirian Paris adalah memalukan kerana kelihatan Perancis hanya bergantung kepada kelulusan diberikan Kongres AS. - AFP

No comments:

Post a Comment