WASHINGTON 5 Sept. - Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk melaksanakan operasi ketenteraan ke atas Syria melepasi halangan pertamanya, semalam selepas ia diluluskan Jawatankuasa Hubungan Luar Dewan Senat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130906/lu_01/Senat-AS-sokong-serang-Syria#ixzz2e6m8gYEq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dalam pengiraan undi itu, sebanyak 10 anggota senat menyokong, berbanding tujuh menentang, undian yang akan membenarkan campur tangan ketenteraan AS dalam tempoh 90 hari dan mengharamkan penggunaan tentera darat bagi tujuan pertempuran.
Usul penggunaan ketenteraan itu akan dibentangkan di Dewan Perwakilan (Kongres) untuk diluluskan.
Menurut pemimpin Dewan Senat, semua anggota Dewan Perwakilan akan membahaskan dan mengundi usul penggunaan ketenteraan itu pada minggu depan berikutan tindakan Presiden Syria, Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya.
''Apa yang kita lakukan, hari ini merupakan satu langkah ke arah yang betul,'' kata Senator Dick Durbin.
Durbin orang nombor dua dalam Parti Demokrat sebelum ini mengundi menentang perang di Iraq, namun beliau menyifatkan operasi kali ini 'sedikit berbeza'.
Dalam perkembangan berasingan, Obama menggesa dunia menyokong operasi ketenteraan ke atas Syria atas dakwaan penggunaan senjata kimia ketika Damsyik berikrar untuk membalas dan bertahan daripada serangan itu, walaupun ia bermaksud Perang Dunia Ketiga.
Ketika bercakap di Stockholm, Obama berkata, dunia kini telah menetapkan 'satu garisan merah' untuk Syria.
''Saya tidak menetapkan garisan merah tetapi sebaliknya, dunia yang menetapkan had itu,'' kata Obama merujuk kepada peraturan antarabangsa yang melarang penggunaan senjata kimia, walaupun dalam perang.
Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Saint Petersburg, Rusia esok dengan beliau dijangka meneruskan usaha mencari sokongan antarabangsa untuk menghukum kerajaan Assad kerana menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130906/lu_01/Senat-AS-sokong-serang-Syria#ixzz2e6m8gYEq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment