Sunday, 12 January 2014

Kisah Benar dari Syria

Kisah Benar dari Syria pada hari ini:

Lokasi: Checkpoint askar Basyar Al-Assad

Askar Basyar Al-Assad: Apa yang ada pada kau binatang?
Abdullah: Buah-buahan dan pakaian baru untuk family saya.
Askar Basyar Al-Assad: Semua tu? Berapa ramai isteri dan anak yang kau ada?
Abdullah: Saya ada seorang isteri dan 3 orang anak.
Askar Basyar Al-Assad: Bagus, beritahu aku nama mereka dalam bahasa Iran (parsi)
Abdullah: (Senyap)
Askar Basyar Al-Assad: Siapa yang tidak tahu bahasa rakan-rakan dan saudara-saudara kita?!
Askar Basyar Al-Assad: (Mengosongkan setiap bungkusan plastik dan mencampakkan buah dan pakaian ke tanah setiap satu secara perlahan-lahan)
Askar Basyar Al-Assad: Bawa ke mari sampah-sampah itu masukkan ke dalam plastik, pemeriksaan dah habis.
Abdullah: (Menolak, tidak berganjak, masih berdiri)
Askar Basyar Al-Assad: Apa nama kau binatang?
Abdullah: Abdullah
Askar Basyar Al-Assad: Bukan, nama kau sebenarnya Abd Bashar
Abdullah: Tidak! Nama aku Abdullah.
Askar Basyar Al-Assad: Bagus, kita tengok macam mana Allah akan tolong kau dalam penjara kami.

Saudaraku yang hanya sekali saya jumpa di dalam seumur hidup di checkpoint tersebut, nama yang dikenali adalah Abdullah. Saya mendoakan Allah Subhanallahu Taala supaya memberikan kebebasan dan pembalasan terhadap askar Syiah Basyar Al-Assad tersebut secara persendirian serta dapat kembali pulang ke rumah keluarga dan 3 orang anaknya.

Umat Islam sekalian, Kencangkanlah senjata perisai kita iaitu DOA. Berdoa dan berdoalah siang dan malam, bagi saudara kita ini dan juga bagi lebih daripada 200,000 Mujahideen di penjara Syiah.
 

No comments:

Post a Comment