Sunday, 12 January 2014

Tahukah anda Ikhwanul Muslimin pernah cuba bergerak di Syria suatu masa dahulu,sekitar tahun 1970-an?

[SEJARAH SYRIA 3]

Tahukah anda Ikhwanul Muslimin pernah cuba bergerak di Syria suatu masa dahulu,sekitar tahun 1970-an?

Menurut sahabat Syria kami,gerakan Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut (yang jelas bertentangan dengan Syiah Alawi keluarga AlAssad) berpusat di Hama,sebuah daerah di Syria di mana majoriti penduduk di kawasan itu adalah ahli Ikhwanul Muslimin.

Namun,pada Februari 1982,Hafez AlAssad telah MEMBUNUH hampir semua ahli Ikhwanul Muslimin di kawasan itu.

Hafez telah mengarahkan tentera-tenteranya menjalankan pembunuhan beramai-ramai tersebut selama 27 hari demi menghentikan gerakan Ikhwanul Muslimin secara TOTAL di Syria.

Tragedi ini dikenali ramai sebagai 'The Hama Massacre'.

Laporan rasmi dari Syrian Human Rights Committee mengatakan 40,000 orang dibunuh di dalam tragedi tersebut,namun sahabat Syria kami mengatakan yang rakyat Syria tahu angka yg maut sebenarnya jauh lebih banyak,mungkin lebih 80,000.

Kejam.

Sahabat-sahabat Syria kami mendengar pelbagai cerita yang mengerikan tentang cara ahli-ahli Ikhwanul Muslimin ini dibunuh.Kami akan kongsikan lagi detail-detail 'The Hama Massacre' ini nanti enshaAllah.

Apa yang pasti,sejak tragedi itu,sangat susah untuk Ikhwanul Muslimin bergerak dan berdakwah di Syria,memandang mungkin mereka akan dibunuh bila-bila masa oleh Tentera AlAssad jika berbuat demikian.

Sedarkah anda akan sejarah hitam Syria ini?

Sedarkah anda betapa kejamnya AlAssad terhadap kita,Ahli Sunnah Wal Jamaah?Sedarkah anda yang mereka sedang cuba menghapuskan kita dari muka bumi ini?

Sungguh berat dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin sejak dulu hinggalah sekarang,bukan sahaja di Mesir,malah di Syria dan pelbagai negara lagi...

Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus menegakkan agama Islam yang sebenar di seluruh muka bumi ini,enshaAllah..

-Coordinator Amir Rizvan-
 

No comments:

Post a Comment