Tuesday, 28 October 2014

Pejuang serang bandar Idlib


Beirut: Pejuang antikerajaan diketuai penyokong kuat al-Qaeda melancarkan serangan besar-besaran terhadap bandar Idlib semalam dalam cubaan mereka mengukuhkan penguasaan di wilayah barat laut.

Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, pejuang antikerajaan mengawai hampir semua daerah Idlib di peringkat awal perang tiga setengah tahun lalu.

Bagaimanapun, tentera kerajaan masih bertahan di ibu negeri wilayah itu dan menerima bekalan dari semasa ke semasa hanya melalui udara.

Pertubuhan itu berkata, pejuang Barisan al-Nusra dan unit lain menyerang bandar itu dari segenap arah.

“Sejak Subuh, pertempuran sengit tercetus di semua penjuru Idlib,” kata pegawainya.

Sekurang-kurangnya lima pejuang antikerajaan terbunuh.

Namun, pertubuhan itu belum mendapat sebarang maklumat mengenai kematian di pihak tentera Syria.

Pejuang antikerajaan pernah melancarkan cubaan menawan bandar itu awal bulan ini tetapi serangan semalam jauh lebih besar.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4544#sthash.8CztjVGl.dpuf

No comments:

Post a Comment