Kerajaan Qatar menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh negara itu membiayai IS. |
Menurut mereka, kerajaan hanya memberi sokongan kepada gerakan militan sederhana dengan penyelarasan bersama Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan beberapa agensi risikan di rantau Arab.
"Kami hanya membantu pejuang Syria yang bertempur dengan tentera kerajaan Syria dan tidak ada sebab untuk kerajaan menyembunyikan kebenaran itu," kata seorang daripada pegawai kanan terbabit.
Sebelum ini, kerajaan Doha dan beberapa individu kaya di negara terbabit didakwa menyalurkan bantuan kewangan serta bekalan senjata kepada kumpulan ekstremis di Syria termasuk Jabhat al-Nusra.
Difahamkan menurut BBC, Qatar adalah antara negara Arab yang terawal menyokong Amerika Syarikat (AS) melancarkan tindakan ketenteraan ke atas IS di Syria pada September lalu.
No comments:
Post a Comment