Rakaman video yang dikeluarkan oleh kumpulan militan IS memaparkan sekumpukan askar Syria menjalani hukuman tembak di gelanggang teater di bandar purba Palmyra sambil disaksikan sekumpulan penduduk pada 25 Mei lalu. AGENSI
BEIRUT 5 Julai – Kumpulan militan Negara Islam (IS) semalam menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan puluhan tentera kerajaan Syria ditembak mati oleh sekumpulan remaja di gelanggang teater di bandar purba Palmyra.
Rakaman video itu yang dilaporkan berlaku sejurus kumpulan tersebut menawan bandar purba itu pada 21 Mei lalu itu menunjukkan seramai 25 orang askar ditembak mati di atas pentas di hadapan bendera kumpulan militan itu.
Video itu dimuat naik di laman sosial Twitter, menunjukkan hukuman tersebut berlaku sejurus kumpulan militan berkenaan menawan Palmyra.
Ia merakamkan beberapa anggota tentera berpakaian seragam berwarna hijau dan coklat ditembak mati di atas pentas teater di hadapan bendera kumpulan IS berwarna hitam dan putih.
Petugas yang ditugaskan untuk melaksanakan pembunuhan itu kelihatan seperti kanak-kanak atau remaja yang memakai pakaian penyamaran padang pasir.
Hukuman itu dilaksanakan di hadapan sekumpulan penonton terdiri daripada lelaki dewasa dan kanak-kanak yang menonton dari tempat duduk di gelanggang teater berkenaan.
IS dilaporkan melakukan lebih 200 hukuman bunuh termasuk ke atas orang awam di dalam dan di sekitar Palmyra dalam tempoh selepas militan itu menawan bandar berkenaan. – AFP/Agensi
No comments:
Post a Comment