Asap tebal menyelubungi sebuah kawasan penempatan di Raqa selepas AS melancarkan serangan udara ke atas kedudukan IS di bandar itu. |
6 Julai 2015
DAMSYIK - SYRIA. Enam orang awam termasuk seorang bayi adalah antara sekurang-kurangnya 22 yang terbunuh dalam serangan udara terbaharu Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan kepada kumpulan militan IS di bandar Raqa.
Menurut kumpulan pemerhati asasi manusia di Syria, serangan udara itu dilancarkan sejak semalam dan kelmarin.
"Sebahagian besar yang terbunuh dalam serangan itu adalah pejuang IS," katanya.
Sementara itu, jurucakap tentera AS, Leftenan Kolonel Thomas Gilleran berkata, serangan udara besar-besaran ini bagi mematahkan cubaan IS untuk menggerakkan tentera dari seluruh Syria ke Iraq.
IS muncul di Syria pada 2013 dan kini menguasai hampir separuh wilayah negara itu, walaupun majoriti kawasan dikuasainya adalah gurun tidak berpenghuni, lapor al-Jazeera.

No comments:
Post a Comment