Friday, 28 August 2015

Bot Bawa Pelarian Karam Di Libya


Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 8:53 AM

TRIPOLI: Sebuah bot yang dipenuhi pelarian, karam di pesisir bandar Zuwara di Libya.

Dipercayai insiden berkenaan menyaksikan ratusan orang terkorban.

Seorang pegawai keselamatan di Zuwara berkata, beratus-ratus orang berada atas bot dan ada yang terperangkap ketika ia karam.

"Kira-kira 100 pendatang haram mungkin terselamat," katanya sambil menambah operasi menyelamat sedang dijalankan.

Seorang pegawai lain dan seorang wartawan dari Zuwara mengesahkan berita itu tetapi tidak mempunyai maklumat jumlah korban.

Pegawai keselamatan itu berkata, semua pendatang dalam bot itu adalah dari negara Sahara Afrika, Pakistan, Syria, Magribi dan Bangladesh.

Gencatan senjata 48 jam


28 OGOS 2015Gencatan senjata 48 jam
Gencatan senjata 48 jam Gencatan senjata itu dikuatkuasakan selepas pertempuran semakin meningkat di Zabadani.

BEIRUT - LUBNAN . Gencatan senjata baharu selama 48 jam antara tentera prokerajaan Syria dan kumpulan pemberontak telah dipersetujui, menurut kumpulan pemerhati hak asasi manusia (SOHR), semalam.

Jurucakapnya memaklumkan pertempuran telah dihentikan selepas ia akan berkuatkuasa di Zabadani dan dua perkampungan Fuaa dan Kafraya.

Terdahulu, Setiausaha Agung parti Tadamun, Mohammed Abu Qassem dan pengantara rundingan tersebut mengesahkan gencatan senjata tersebut bermula pada jam 6 pagi (waktu tempatan).

Difahamkan, gencatan senjata pertama selama dua hari telah dikuatkuasakan pada 12 Ogos lalu, namun tempoh tersebut dilanjutkan selepas perunding gagal untuk mencapai persetujuan baharu.

Sebelum ini, rundingan itu turut berbincang mengenai penarikan semula kumpulan pemberontak dari Zabadani sebagai pertukaran untuk memindahkan orang awam dari Fuaa dan Kafraya atau menghantar bantuan kepada penduduk.

Selain itu, kumpulan pemberontak juga menuntut pembebasan tahanan dan perkara itu masih dalam perbincangan.

Fuaa dan Kafraya adalah satu-satunya perkampungan di wilayah Idlib, barat laut Syria yang masih dikuasai kerajaan selepas perikatan pemberontak semakin mara pada awal tahun lalu. - AFP

Gencatan senjata di Syria, Ukraine


Seorang askar Ukraine melancarkan serangan menggunakan pelancar
Seorang askar Ukraine melancarkan serangan menggunakan pelancar bom tangan di Avdiivka, Donetsk, baru-baru ini. AFP
BEIRUT 27 Ogos – Pihak bertelagah di Syria memulakan gencatan senjata selama dua hari berkuatkuasa hari ini di tiga lokasi utama bagi memberi laluan perbincangan menamatkan peperangan di kawasan terlibat.
Gencatan senjata yang kedua dilaksanakan pada bulan ini melibatkan tentera Syria dibantu kumpulan bersenjata Hezbollah dari Lebanon dan kumpulan penentang kerajaan Syria di pekan Zabadani bersempadan dengan Lebanon dan dua kampung iaitu Kefraya dan al-Foua di wilayah Idlib.
Selain itu, gencatan senjata ter­ba­bit dipersetujui bagi memberi ruang kepada kumpulan penentang berundur dari Zabadani dan pemindahan penduduk di dua kampung berkenaan.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Rusia, menunjukkan tanda-tanda positif untuk melaksanakan gencatan senjata secara penuh bermula 1 September ini, sekali gus menamatkan keganasan antara kedua-dua pihak di timur Ukraine yang berlanjutan sejak lebih setahun lalu.
Perjanjian gencatan tersebut di­tandatangani pada Februari lalu se­bagai membuka laluan kepada penyelesaian secara politik termasuk usul mengadakan pilihan raya tempatan dan penubuhan sebuah pengurusan khas bagi wilayah yang dikuasai puak pemisah pro-Rusia.
Gencatan senjata itu diusahakan oleh wakil Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) dengan melibatkan wakil puak pemberontak, kerajaan Ukraine dan Rusia.
Pegawai OSCE, Martin Saidik berkata, ketiga-tiga pihak terbabit bersetuju terhadap kepentingan men­capai perjanjian gencatan senjata yang kukuh menjelang sesi persekolahan baharu.
Selain itu, ketua pemberontak, Vladislav Deinego menyuarakan harapan agar serangan meriam akan dihentikan bermula 1 September.
“Semua pihak menunjukkan petanda positif terhadap pelaksanaan penuh gencatan senjata yang dipersetujui ini,” katanya. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gencatan-senjata-di-syria-ukraine-1.129308#sthash.GNlaUFsT.dpuf

Thursday, 27 August 2015

Gencatan senjata 48 jam pihak bertelagah di Syria

KHAMIS, 27 OGOS 2015 @ 10:03 AM

KUMPULAN pemberontak Syria, tentera dan kumpulan Hezbollah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 48 jam di bandar Zabadani yang ditawan pemberontak di sempadan Lubnan dan dua perkampungan Syiah di Wilayah Idlib. - Foto AFP

BEIRUT: Kumpulan pemberontak Syria, tentera dan kumpulan Hezbollah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 48 jam di bandar Zabadani yang ditawan pemberontak di sempadan Lubnan dan dua perkampungan Syiah di Wilayah Idlib. Sumber yang rapat dengan pelan rundingan itu berkata, gencatan bermula jam 6 pagi waktu tempatan hari ini. Gencatan senjata sama dikuatkuasakan awal bulan ini di kawasan sama namun ia dicabuli selepas tempoh gencatan dilanjutkan 72 jam lagi, disusuli dengan pertempuran semula pihak yang bertelagah. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77611

Wednesday, 26 August 2015

AS sedia terima pelarian Syria


26 OGOS 2015AS sedia terima pelarian Syria
AS sedia terima pelarian Syria Jumlah pelarian Syria melebihi empat juta pada bulan lalu dan dijangka mencecah 4.27 juta menjelang akhir tahun ini.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menjangka untuk menerima antara 5,000 dan 8,000 pelarian Syria menjelang tahun depan.

Kelmarin, jurucakap Jabatan Negara, John Kirby berkata, kira-kira 15,000 pelarian Syria juga akan diletakkan di bawah program penempatan semula di negara tersebut.

"Kami sangat komited untuk membantu merealisasikan peralihan politik di Damsyik bagi membolehkan penduduk kembali semula ke negara itu selepas keadaan benar-benar selamat," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas AS menerima kritikan banyak pihak kerana tidak memberi respons terhadap pelarian Syria yang terpaksa mencari perlindungan di negara luar.

Difahamkan, Washington telah memberi bantuan kemanusiaan berjumlah AS$4 bilion (RM17 bilion) kepada penduduk Syria yang terjejas akibat konflik tercetus sejak 2011.  - al-Arabiya

Tuesday, 25 August 2015

Zalim: Rejim Assad sasar serang hospital


25 OGOS 2015Zalim: Rejim Assad sasar serang hospital
Zalim: Rejim Assad sasar serang hospital Seorang ayah memandang sayu jenazah anaknya selepas terlibat dalam serangan udara Assad di Douma, Damsyik pada 24 Ogos. - Foto Facebook Ikram for Syria

DAMASCUS - SYRIA. Tentera kerajaan pimpinan presiden, Bashar al-Assad menyasarkan hospital dalam usaha melemahkan kegiatan pemberontak.

Menurut laporan Business Insider, para doktor dan badan bukan kerajaan (NGO), Assad berbuat demikian sebagai mesej bahawa cuma kerajaan yang menolong rakyat, dan bukannya pemberontak.

"Kerajaan tidak mahukan sesiapa pun hidup di kawasan-kawasan yang ditakluki pihak pemberontak," kata Pengarah Syrian Network for Human Rights, Fadel Abdul Ghani.

"Tujuan Assad adalah ujntuk menambah lagi seksa penduduk," katanya kepada BuzzFeed.

Doktor melaporkan bahawa pihak tentera menyasarkan hospital secara strategik dalam serangan udara pada 7 Ogos hingga 10 Ogos.

Tindakan tersebut jelas menyalahi undang-undang Konvensyen Geneva.

AS akan terima 5,000 hingga 8,000 pelarian Syria pada 2016

SELASA, 25 OGOS 2015 @ 8:50 AM

MIGRAN berjalan berhampiran di sebuah kampung Miratovac, di selatan Serbia dan bergerak dengan berjalan kaki dari Macedonia menuju ke Presevo, Serbia. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dijangka menerima antara 5,000 hingga 8,000 pelarian Syria tahun depan. Jurucakap Jabatan Negara, John Kirby, berkata 15,000 pelarian Syria sudah dirujuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penempatan semula di AS. Disember lalu, Washington berkata ia sudah menerima lebih 9,000 nama untuk ditempatkan semula di AS. Sebelum ini, AS dilaporkan berkata akan menerima antara 1,000 - 2,000 pelarian Syria pada tahun ini, dan jumlah itu akan terus bertambah mulai 2016. AS dikritik hebat kerana tidak mengambil lebih ramai daripada dianggarkan kira-kira empat juta pelarian akibat perang saudara di Syria sejak 2011. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77128

Monday, 24 August 2015

Angka kematian meningkat


Beirut: Angka kematian akibat pengeboman terbaru tentera Syria ke atas kubu penentang di luar Damsyik meningkat kepada 34, semuanya orang awam, termasuk 12 kanak-kanak.

Perkembangan itu didedahkan pengerusi Pemerhati Hak Asasi Syria Rami Abdel Rahman.

Menurutnya, lapan wanita juga mati dalam serangan yang dilancarkan tentera Syria di Douma, bandar yang dikuasai penentang, Sabtu lalu.

“Jumlah kematian meningkat selepas lebih banyak mangsa ditemui di bawah runtuhan bangunan,” kata Rami.

Sukarelawan dan pasukan pertahanan awam tempatan semalam masih berusaha mencari tujuh lagi penduduk yang dipercayai turut terbunuh.

Jawatankuasa Penyelaras Douma, kumpulan aktivis tempatan, menyiarkan nama dan gambar mangsa yang terbunuh dalam laman Facebooknya.

Satu daripada gambar itu menunjukkan seorang bayi, yang menurut kumpulan itu diselamatkan dari runtuhan kediaman keluarganya, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dalam serangan terbaru semalam, enam serangan udara dilancarkan tentera Syria terhadap kawasan sekitar Ghouta Timur, yang juga termasuk Douma.

Bagaimanapun, belum ada maklumat mengenai kemalangan jiwa.

Pada 16 Ogos lalu, beberapa serangan udara rejim Syria menyebabkan 117 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh di Douma.

Ia mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Ghouta Timur dikepung sejak dua tahun lalu dan sering menjadi sasaran serangan udara tentera rejim Syria.

Perang Syria yang bermula Mac 2011 berikutan tunjuk perasaan antikerajaan, merebak menjadi konflik bersenjata yang sehingga ini sudah meragut lebih 240,000 nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 7:14 AM

beberapa penduduk berusaha mengangkat mayat seorang mangsa dari runtuhan bangunan selepas serangan udara rejim Syria di Douma, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72526#sthash.XRGpVz1V.dpuf

Itali selamatkan 3,000 pendatang di Mediterranean


Itali selamatkan 3,000 pendatang di Mediterranean

24 OGOS 2015
Operasi menyelamat kumpulan pelarian di Mediterranean giat dijalankan sejak minggu lalu.

ROM - ITALI. Pengawal pantai Itali, kelmarin berjaya menyelamatkan kira-kira 3,000 pelarian di Mediterranean selepas menerima panggilan kecemasan daripada lebih 20 kapal yang hanyut di perairan Libya.

Jurucakapnya memberitahu ia adalah operasi menyelamat terbesar yang dilancarkan dalam tempoh 24 jam tanpa menerima sebarang laporan kematian.

"Dua kapal tentera laut, Cigala Fulgosi dan Vega terlibat dalam operasi tersebut. Kira-kira 900 pelarian turut diselamatkan dari dua bot kayu yang hampir karam tidak jauh dari Libya," katanya.

Sementara itu, polis di Palermo, Sicily mengesahkan mereka telah menahan enam warga Mesir dipercayai anggota sindiket pemerdagangan manusia susulan operasi menyelamat pada 19 Ogos lalu.

Maklumat diperoleh daripada kira-kira 432 pelarian mendapati kapal tersebut membawa muatan berlebihan sebanyak 10 kali ganda daripada had dibenarkan dan golongan wanita serta kanak-kanak turut dikunci di bawah dek.

Selain itu, mereka juga terpaksa membayar 2,000 euro (RM9,520) kepada sindiket untuk perjalanan dari Mesir ke Itali. - AFP

Tuesday, 18 August 2015

96 lagi maut

Beirut: Beberapa serangan tentera udara Syria di bandar Douma yang dikuasai kumpulan penentang kelmarin menyebabkan 96 orang terbunuh.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, tentera yang setia kepada kerajaan Presiden Bashar al-Assad melancarkan sekurangnya 10 serangan udara di Douma yang kebanyakannya mengenai sebuah kawasan beli-belah popular.
“Jumlah kematian yang direkodkan meningkat kepada 96 orang termasuk sekurangnya dua wanita dan empat kanak-kanak,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan awal pagi semalam.
Menurutnya, 240 orang lagi cedera dan ramai yang parah.
Douma dikepung tentera Syria sejak hampir dua tahun lalu selepas ia jatuh ke tangan kumpulan penentang dan sering menjadi sasaran serangan udara.
Bagaimanapun, serangan kelmarin dianggap yang terburuk sepanjang empat tahun perang saudara di negara itu.
Seorang jurugambar AFP di Douma menggambarkan serangan itu adalah yang terburuk sejak dia membuat liputan di situ.
Di sebuah klinik sementara, satu bahagian dipenuhi mayat mangsa yang terbunuh dan sukarelawan bertungkus-lumus merawat ramai penduduk yang cedera.
Ketua sebuah kumpulan penentang, Pakatan Kebangsaan, Khaled Khoja mengutuk serangan itu yang dianggapnya pembunuhan beramai-ramai dan berikrar untuk menghukum kerajaan Syria.
Serangan itu berlaku ketika ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephen O’Brien yang baru dilantik pada Mei lalu sedang dalam rangka lawatan ke Syria.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 10:11 AM


PASUKAN penyelamat mengusung seorang lelaki yang cedera dalam serangan tentera Syria di Douma, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71183#sthash.qN8fVqtM.dpuf

AS, sekutu lancar 22 serangan udara di Iraq, Syria


Orang ramai membantu mangsa yang cedera dalam pertempuran dengan polis Turki selepas tentera gelombang baharu menentang IS.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT.  Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya melancarkan 22 serangan udara terhadap kumpulan militan IS di Iraq dan Syria dalam tempoh 24 jam lalu, menurut tentera AS, semalam.

Di Syria, tiga serangan berhampiran Hasaka di timur laut negara menyasarkan unit taktikal dan memusnahkan kedudukan kumpulan berkenaan, kubu serta jentolak milik mereka.

Gabungan Bersama Pasukan Petugas memberitahu, satu serangan berhampiran Aleppo terkena unit taktikal IS, manakala serangan berhampiran Kobani dekat sempadan Turki memusnahkan unit taktikal dan tiga kedudukan kumpulan.

15 serangan lagi dilancarkan di Iraq berhampiran Baiji, Fallujah, Mosul, Ramadi, Sinjar, dan beberapa kawasan lain dengan kerjasama kerajaan.

Serangan memusnahkan bangunan IS, bersama peralatan termasuk kenderaan, tiub mortar, mesingan dan jengkaut. - Reuters

Lebih 100 korban serangan jet Syria

Damsyik: Jumlah kematian akibat serangan udara tentera Syria terhadap sebuah pasar di Douma, utara Damsyik, kini lebih 100 orang menjadikannya serangan paling dahsyat sepanjang perang empat tahun.
Menurut sumber tentera Syria, tentera udara melancarkan serangan itu sejak Ahad lalu, terhadap bandar Douma yang dikuasai pemberontak, Islam Army, selepas serangan terhadap Damsyik baru-baru ini.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, 96 orang terbunuh dalam serangan terhadap pasar itu yang terletak 16 kilometer dari pusat bandar raya Damsyik manakala menurut pasukan penyelamat, sembilan mayat masih belum dikenal pasti.
Dianggarkan lebih suku juta penduduk Syria terbunuh dalam perang saudara Syria itu yang mendorong 10 juta orang menjadi pelarian.
Pertempuran sekitar Damsyik meningkat sejak beberapa hari lalu dan slam Army, antara kumpulan pemberontak paling kuat di timur Damsyik, melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera kerajaan di Harasta, Sabtu lalu.
Tentera Syria menafikan serangan mensasar orang awam dengan alasan pemberontak berkubu di kawasan penempatan penduduk.
Douma berada dalam wilayah Ghouta Timur yang sudah lama menjadi medan berdarah pertempuran, termasuk pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata kimia pada 2013.
Amnesty International melaporkan 160,000 orang awam yang terperangkap, kini menunggu mati dan antara Januari hingga Jun lalu, 500 orang mati akibat serangan udara kerajaan. Orang awam juga mati akibat kebuluran dan kekurangan perubatan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 9:04 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71058#sthash.GN4Azmqr.dpuf

Monday, 17 August 2015

80 maut serangan udara di Syria


Berpuluh-puluh mayat penduduk yang terkorban dalam serangan udara
Berpuluh-puluh mayat penduduk yang terkorban dalam serangan udara tentera Syiria dikumpulkan di kawasan pasar di bandar Douma, timur Damsyik, semalam. AFP
BEIRUT 16 Ogos - Sekurang-kurangnya 80 orang terkorban dalam beberapa siri serangan udara yang dilancarkan tentera kerajaan Syria di sebuah pasar di Douma, berhampiran Damsyik, semalam.
Menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, hampir 200 orang lagi cedera, kebanyakan mereka orang awam.
“Sebanyak empat serangan udara dilancarkan di sebuah pasar di tengah Douma,” ujar Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman.
Beliau berkata, penduduk tempatan berkumpul di sebuah kawasan selepas serangan udara pertama dilancarkan bagi membantu memindahkan mangsa yang cedera parah.
Satu video yang dimuat naik oleh seorang aktivis di internet, menunjukkan satu persimpangan jalan dipenuhi dengan runtuhan bangunan akibat serangan udara itu.
Douma merupakan kawasan kubu kuat penentang kerajaan di Timur Ghouta, kawasan yang sering dijadikan sasaran serangan udara oleh tentera kerajaan.
Awal minggu ini, Amnesty International menuduh kerajaan Syria melakukan jenayah perang di timur Ghouta. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/80-maut-serangan-udara-di-syria-1.125118#sthash.LGNlH7e6.dpuf

Sunday, 9 August 2015

Laut Mediterranean kubur pelarian

Palermo, Itali: Datuk Bandar Palermo di Itali, Leoluca Orlando, menempelak pemimpin Eropah kerana gagal menghalang ‘pembunuhan beramai-ramai’ dalam bencana yang mengorbankan ribuan pelarian mencari perlindungan di negara benua itu.
“Kita sedang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai yang disebabkan sikap mementingkan diri Eropah,” katanya sehari selepas lebih 200 pelarian dikhuatiri lemas selepas bot nelayan usang yang membawa 700 pelarian, sebahagian besarnya dari Syria, terbalik kira-kira 70 kilometer di luar pantai Libya.
Sehari sebelum itu, ratusan pelarian diselamatkan dari sebuah bot yang amat sesak di Laut Mediterranean.
Bot berkenaan terbalik ketika pelarian berasak-asak ke sisi selepas melihat kapal tentera laut Ireland menghampiri mereka menyebabkan bot berkenaan senget lalu terbalik.
Kapal tentera laut Ireland itu yang menyelamatkan 370 pelarian ialah antara pasukan misi Triton Kesatuan Eropan yang diperluaskan selepas kejadian kira-kira 800 pelarian lemas awal tahun ini. Pengawal pantai Itali mengesahkan 25 mayat ditemui termasuk tiga kanak-kanak.
Hari ini, polis Itali menahan lima lelaki disyaki memandu bot yang karam itu serta berkemungkinan mempunyai kaitan dengan penyeludupan migran.
Kapal tentera laut Itali dan Ireland serta agensi kemanusiaan Medecins Sans Frontieres (MSF) tidak lagi menemui mangsa yang selama selepas semalaman mencari.
Hari ini, seorang pelarian lelaki terjun dari sebuah bot berenang ke kapal penyelamat. Bot berkenaan didapati membawa ratusan pelarian termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi dan mereka diselamatkan kira-kira 16 kilometer dari pantai Libya oleh kapal agensi bantuan Stesen Bantuan Pendatang Luar Pesisir (MOAS) dan MSF.
Pelarian itu yang disyaki menjadi mangsa penyeludupan manusia dari zon perang di Afrika dan Asia Barat.
Orlando yang bercakap melalu televisyen Itali, mendesak pemimpin Eropah melakukan lebih lagi bagi mengelak bencana seperti itu, termasuk membenarkan lebih ramai pelarian berlindung di negara mereka atas dasar kemanusiaan.
Semalam, PBB menyatakan sehingga Julai lalu, lebih 224,000 pelarian menyeberangi Laut Mediterranean untuk ke Eropah tahun ini.
“Apa yang ada di depan pintu Eropah ialah krisis pelarian,” kata jurucakap agensi pelarian PBB, William Spindler.
Menurutnya, mereka datang dengan bot usang dan 124,000 orang mendarat di Greece manakala 98,000 lagi di Itali.
Namun, Spindler berkata, lebih 2,100 orang lemas di laut itu atau hilang. - Reuters/Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 6:15 PM

Seorang pelarian kanak-kanak menangis selepas dibawa naik ke atas kapal Stesen Bantuan Pendatang Luar Pesisir (MOAS) hari ini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68890#sthash.pmJTQmIN.dpuf

Tribunal PBB dibentuk siasat serangan kimia Syria


Gambar yang disediakan oleh PBB menunjukkan anggota Majlis Keselamatan
GAMBAR yang disediakan oleh PBB menunjukkan anggota Majlis Keselamatan badan dunia itu bersetuju meluluskan resolusi mewujudkan sebuah panel penyiasat bagi mencari dalang yang bertanggungjawab menggunakan senjata kimia di Syria dalam satu pengundian di New York, kelmarin. AP
NEW YORK 8 Ogos – Majlis Ke-selamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam sebulat suara meluluskan penubuhan sebuah panel bagi mengenalpasti dalang serangan gas klorin di Syria yang didakwa negara Barat dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden, Bashar al-Asad.
Rusia yang merupakan sekutu Syria turut menyokong langkah itu, tindakan yang jarang berlaku dalam menangani konflik di negara itu yang setakat ini menyaksikan lebih 240,000 penduduk terbunuh.
Di bawah perbincangan sejak beberapa bulan lalu, Amerika Syarikat (AS) menggubal resolusi untuk menubuhkan tribunal terdiri daripada sekumpulan pakar yang ditugaskan untuk mengenalpasti dalang yang terlibat dalam serangan gas klorin itu sekali gus membuka laluan mengenakan tindakan sekatan sebagai hukuman ke atas pelaku serangan tersebut.
Di bawah resolusi tersebut, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon diberi mandat untuk membentuk barisan anggota panel dalam tempoh 20 hari dan bekerjasama dengan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkalan di The Hague, Belanda.
Panel itu akan membentangkan keputusan pertama kajian mereka kepada majlis dalam tempoh 90 hari selepas siasatan itu bermula yang mungkin memakan tempoh selama setahun.
AS, Britain dan Perancis berulang kali menuduh tentera Presiden Syria itu melakukan serangan gas klorin selepas menggugurkan bom tong daripada helikopter.
Washington, London dan Paris menyatakan hanya tentera Syria memiliki helikopter manakala Rusia bertegas, tiada bukti kukuh bahawa Damsyik mendalangi serangan tersebut.
“Kita perlukan perpaduan yang sama untuk segera mencari satu penyelesaian politik,’’ kata Duta Amerika, Samantha Power yang menambah, resolusi itu membawa mesej yang jelas dan kuat. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tribunal-pbb-dibentuk-siasat-serangan-kimia-syria-1.122193#sthash.DwkpbebT.dpuf

Saturday, 8 August 2015

IS culik 230 orang awam di Homs, Syria

JUMAAT, 7 OGOS 2015 @ 4:42 PM


BEIRUT: Kumpulan militan Negara Islam (IS) menculik puluhan keluarga beragama Kristian selepas menawan sebuah bandar di daerah Homs, Syria. Pertubuhan hak asasi manusia Syria menyatakan sekurang-kurangnya 230 orang telah diculik, termasuk sekurang-kurangnya 60 orang yang beragama Kristian. Sebahagian penduduk Kristian terbabit ditangkap ketika bersembunyi dalam gereja di Qaryatain apabila berlakunya pertempuran ISIS dengan tentera Syria. - Reuters

GEREJA di Qaryatain di Beirut tempat persembunyian penduduk Kristian.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73028

Militan IS culik 230 orang awam


Tindakan dibuat semasa tawan bandar al-Qaryatain, Syria

Gambar dikeluarkan Rased News Network di halaman Facebook berkaitan
Gambar dikeluarkan Rased News Network di halaman Facebook berkaitan militan IS pada 5 ogos lalu, memaparkan seorang anggota kumpulan itu memegang bendera pergerakan mereka di atas kereta kebal selepas berjaya menawan bandar al-Qaryatain di tengah Syria. AGENSI
BEIRUT 7 Ogos - Kumpulan militan Negara Islam (IS) menculik sebanyak 230 orang awam termasuk sekurang-kurangnya 60 penganut Kristian di bandar al-Qaryatain di tengah Syria beberapa jam selepas mereka menawan bandar itu, kata sebuah kumpulan pemerhati, hari ini.
Badan Pemantau Hak Asasi bagi Syria berkata, orang awam itu dilarikan semalam selepas kumpulan berkenaan menawan bandar itu, kelmarin.
“IS menculik sekurang-kurangnya 230 orang termasuk 60 penganut Kristian semasa menawan bandar al-Qaryatain,’’ kata ketua badan itu, Rami Abdel Rahman.
Kebanyakan penduduk Kristian telah meninggalkan wilayah Aleppo di utara Syria bagi mencari perlindungan di al-Qaryatain.
Rami berkata, mangsa yang diculik merupakan mereka yang amat dikehendaki oleh IS kerana bekerjasama dengan tentera kerajaan Syria dan nama mangsa turut berada dalam senarai individu yang dikehendaki kumpulan militan berkenaan.
Tambahnya, keluarga yang cuba melarikan diri atau bersembunyi berjaya dikesan dan dibawa kumpulan militan tersebut.
Al-Qaryatain berada di persimpangan antara wilayah IS di timur wilayah Homs dan sebelah barat di kawasan Qalamun.
Kawasan itu mempunyai penduduk seramai 18,000 orang termasuk pengikut Sunnah dan kira-kira 2,000 penganut Kristian Syria dan Kristian Ortodoks.
Menurut seorang penganut Kristian Syria yang tinggal di Damsyik dan berasal dari al-Qaryatain, jumlah penduduk Kristian di bandar itu telah menurun kepada 300 orang sahaja sejak konflik meletus di negara itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/militan-is-culik-230-orang-awam-1.121877#sthash.8GDyw7Gr.dpuf

Friday, 7 August 2015

AS, Rusia capai persetujuan


Keputusan itu dibuat selepas dua diplomat Majlis Keselamatan mengadakan perbincangan secara tertutup, kelmarin lapor al-Arabiya.
Draf akhir telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan proses pengundian dijangka dilakukan pada hari ini jika tidak mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Washington dan Moscow gagal untuk mencapai persetujuan berhubung langkah bagi menamatkan konflik di Damsyik yang berlarutan selama hampir lima tahun.
Difahamkan, dokumen tersebut turut menuntut Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bekerjasama Ketua Pengarah Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Uzumcu mengemukakan cadangan kepada UNSC untuk menubuhkan Mekanisme Siasatan Bersama PBB-OPCW.
Sebelum ini, AS telah berulang kali mendesak UNSC untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang bertanggungjawab susulan peningkatan serangan gas klorin di negara bergolak tersebut. 

Turki akan mula perangi IS dalam wilayah Syria - Menteri Luar

RABU, 5 OGOS 2015 @ 5:30 PM



 MEVLUT Cavusoglu, ketika menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di Malaysia. - Foto

Reuters KUALA LUMPUR: Turki akan mula memerangi kumpulan IS dalam wilayah utara Syria, kata Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu, ketika menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di Malaysia. "Kini kami sedang melatih dan memperlengkapkan pihak pembangkang (Syria) sederhana bersama AS dan kami akan mula memerangi puak Daesh tidak lama lagi," kata Cavusoglu kepada pemberita pada permulaan mesyuarat dengan Kerry, menggunakan akronim Arab bagi merujuk kumpulan IS. "Selepas itu keadaan akan menjadi lebih selamat untuk pembangkang sederhana yang memerangi Daesh," katanya. Kedua-dua mereka bertemu di sebuah hotel di sini di luar mesyuarat keselamatan serantau yang dihoskan ASEAN. Washington sudah lama menggesa sekutunya Turki untuk meningkatkan peperangan terhadap IS, iaitu sesuatu yang Ankara keberatan melakukan sehinggalah baru-baru ini. Pendirian itu bagaimanapun berubah apabila serangan maut di wilayah Turki yang dikatakan dilakukan oleh IS. Sejak itu, Turki melancarkan beberapa siri serangan udara yang didakwa menyasarkan kedudukan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq serta militan IS. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72575

AS bom IS dari Turki buat kali pertama



AP - DUA pesawat Tentera Udara Turki mendarat di Pangkalan Udara Incirlik, selatan Turki pada 30 Julai lalu.


ANKARA – Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara pertama dari Turki ke atas satu kedudukan kumpulan Islamic State (IS) di Syria kelmarin selepas Ankara berikrar meningkatkan usaha untuk memerangi militan berkenaan.
“Sebuah dron AS melancarkan serangan udara di Syria dekat bandar Raqa,” kata seorang pegawai Turki.
IS menjadikan Raqa sebagai ibu kota dan pusat pemerintahannya.
Dron itu berlepas dari Pangkalan Udara Incirlik di selatan Turki yang dibuka kepada tentera AS untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan IS di Syria sejauh 200 kilometer.
Pada awal minggu ini, Menteri Luar Mevlut Cavusoglu mengumumkan bahawa Turki dan AS bersedia untuk melancarkan perang menyeluruh terhadap militan IS di Syria selepas Akara bersikap berpeluk tubuh sejak beberapa bulan lalu.
Turki yang merupakan anggota pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diterajui AS mula bertindak selepas insiden pengeboman di sebuah bandar sempadannya pada Julai lepas yang didakwa dilakukan militan IS.
Dalam pada itu, menurut laporan media, kira-kira 30 jet pejuang AS dijadualkan tiba di pangkalan udara Incirlik dalam tempoh beberapa hari lagi untuk menyertai operasi mengebom kedudukan IS di Syria.
“Jet-jet AS itu mulai tiba dan tidak lama lagi, kami akan melancarkan serangan menyeluruh ke atas IS,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3i51IAwan 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 6 August 2015

Kumpulan IS Campak Gay Dari Bangunan Tinggi


Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 9:36 AM

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) bertindak mencampak seorang lelaki yang didakwa gay dari sebuah bangunan tertinggi di utara Iraq sebagai hukuman.
Hukuman itu dilakukan di depan penduduk tempatan termasuk kanak-kanak selepas penerangan mengenainya dilakukan oleh wakil kumpulan berkenaan.
Ketika hukuman dijalankan, tangan lelaki yang didakwa gay itu diikat ke belakang manakala matanya ditutup, sebelum dicampak oleh tiga ahli kumpulan IS.
Tidak cukup dengan itu, IS turut mendakwa akan mengesan lelaki yang mengamalkan gay di kawasan yang telah dijajah mereka untuk dihukum.
Hukuman yang dipercayai dijalankan pada bulan lalu itu baru dedahkan kepada umum menerusi laman sosial kumpulan berkenaan.
Selain di Iraq hukuman sama terhadap gay turut dilakukan IS di Syria.
Menerusi video yang dimuat naik ke laman sosial mendapati, penduduk turut bersorak apabila hukuman dijalankan terhadap mangsa.

Turki akan mula perangi IS dalam wilayah Syria - Menteri Luar

RABU, 5 OGOS 2015 @ 5:30 PM




MEVLUT Cavusoglu, ketika menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di Malaysia. - Foto Reuters


 KUALA LUMPUR: Turki akan mula memerangi kumpulan IS dalam wilayah utara Syria, kata Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu, ketika menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di Malaysia. "Kini kami sedang melatih dan memperlengkapkan pihak pembangkang (Syria) sederhana bersama AS dan kami akan mula memerangi puak Daesh tidak lama lagi," kata Cavusoglu kepada pemberita pada permulaan mesyuarat dengan Kerry, menggunakan akronim Arab bagi merujuk kumpulan IS. "Selepas itu keadaan akan menjadi lebih selamat untuk pembangkang sederhana yang memerangi Daesh," katanya. Kedua-dua mereka bertemu di sebuah hotel di sini di luar mesyuarat keselamatan serantau yang dihoskan ASEAN. Washington sudah lama menggesa sekutunya Turki untuk meningkatkan peperangan terhadap IS, iaitu sesuatu yang Ankara keberatan melakukan sehinggalah baru-baru ini. Pendirian itu bagaimanapun berubah apabila serangan maut di wilayah Turki yang dikatakan dilakukan oleh IS. Sejak itu, Turki melancarkan beberapa siri serangan udara yang didakwa menyasarkan kedudukan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq serta militan IS. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72575

Wednesday, 5 August 2015

Britain lanjutkan operasi ketenteraan

5 OGOS 2015
LONDON - BRITAIN. Britain, semalam mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan operasi serangan udara ke atas kumpulan militan IS di Iraq dan Syria sehingga Mac 2017.

Setiausaha Pertahanannya, Michael Fallon memberitahu keputusan itu dibuat demi untuk mengekalkan tempo misi Skuadron 12 yang kini berpangkalan di Cyprus.

Britain lanjutkan operasi ketenteraan
Pesawat pengebom Tornado GR4 melakukan operasi peninjauan dan pengawasan di Iraq.
Menurutnya, pesawat pengebom Tornado GR4  kini sedang melakukan operasi peninjauan, pengawasan dan turut melancarkan serangan udara di bawah operasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) sejak Ogos tahun lalu.

Difahamkan, Britain tidak menyertai operasi ketenteraan yang menyasarkan sasaran IS di Syria selepas Parlimen meluluskan misi serangan udara ke atas Iraq pada September lalu.

"Kami perlu mendapatkan kelulusan Parlimen terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan antarabangsa melancarkan serangan udara terhadap kedudukan IS di utara Syria," katanya.

Dalam perkembangan lain, AS memaklumkan mereka menggunakan kekuatan tentera udara di Syria sebagai pertahanan bagi melindungi kumpulan angkatan bersenjata yang menyertai operasi untuk menyekat kemaraan kumpulan militan di negara itu.   

Pentagon mengesahkan serangan udara telah dilancarkan pada Jumaat lalu sebagai sokongan kepada Angkatan Baharu Syria yang dilatih oleh tentera AS sejak beberapa bulan lalu.  - al-Arabiya

Lihatlah dengan mata sendiri


Lihatlah dengan mata sendiri, betapa dasyatnya penderitaan yang ditanggung oleh saudara Muslim Syria kita. Pembunuhan terancang ini tidak mengenal usia mangsa samada masih kecil mahupun lanjut usianya.. Telah Syahid 30 orang hanya dalam satu serangan dari regim Basyar.. Segala penyiksaan mahupun pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan keatas mereka ini hanyalah disebabkan mereka teguh mempertahankan kalimah suci tauhid.. Allahuakbar,, Betapa tingginya martabat mereka disisi Allah!!

Benarlah firman Allah :

لايستوي أصحاب النار وأصحاب الجنة

Tidak sama penghuni naar (neraka) dan penghuni jannah (surga). (QS. Al Hasyr: 20).

Harga untuk memperoleh Syurga Allah itu mahal harganya.. Tidak cukup hanya dengan kita mengaku sebagai seorang Muslim tanpa kita melakukan apa-apa pengorbanan..

* Jangan pernah berhenti untuk mendoakan kepada saudara-saudara kita di Syria agar dikuatkan iman mereka dalam mengharungi ujian yang dasyat ini...

اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين في سوريا وكل بلاد المسلمين...
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات الاحياء منهم والاموات اللهم احفظ اخواننا المستضعفين في كل مكان وفك كربتهم واعنهم في محنتهم...
اللهم وأجعل هذه المحنة برداً وسلاماً عليهم أجمعين...


Tuesday, 4 August 2015

AS lancar serangan udara pertahan sekutu di Syria

SELASA, 4 OGOS 2015 @ 12:13 PM

 AMERIKA Syarikat (AS) menyatakan ia menggunakan kekuatan udara di Syria bagi mempertahankan kumpulan pemberontak yang disokongnya. - Foto EPA

 WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia menggunakan kekuatan udara di Syria bagi mempertahankan kumpulan pemberontak yang disokongnya, sekali gus menunjukkan pembabitan lebih mendalam dalam perang saudara empat tahun itu. Pentagon mengesahkan satu serangan udara dilancarkan Jumaat lalu bagi membantu kumpulan New Syria Force, sekutu kepada AS. "Kami akan mengambil tindakan bagi mempertahankan New Syria Force yang kami latih dan lengkapkan dengan senjata," kata jurucakap Pentagon, Komander Bill Urban. "Serangan Jumaat lalu adalah yang pertama," katanya merujuk serangan udara di Syria itu. Terdahulu, seorang pegawai pentadbiran berkata AS menyerang sekutu Al-Qaeda, Al-Nusra Front, sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kumpulan yang dilatih AS itu. Pentadbiran Presiden Barack Obama menyatakan ia bersedia mengambil "langkah tambahan" bagi mempertahankan pasukan yang dilatih dan diberikan senjata dan memberi amaran kepada Presiden Bashar al-Assad supaya "tidak campur tangan". - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72240

Pesawat tentera Syria terhempas, 23 terbunuh


Gambar dikeluarkan kumpulan aktivis antikerajaan Syria, Ariha
Gambar dikeluarkan kumpulan aktivis antikerajaan Syria, Ariha Today, memaparkan rangka pesawat pejuang Syria yang terhempas di Ariha, ketika penduduk mencari mangsa yang terselamat, semalam. AGENSI
BEIRUT 3 Ogos – Sebuah pesawat pejuang Syria terhempas semasa menyertai operasi melancarkan serangan ke atas kedudukan pemberontak di barat laut bandar Ariha, hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh.
Pasukan Pemerhati Hak Asasi bagi Syria berkata, masih tidak jelas berapa ramai yang terkorban dalam nahas itu dan berapa ramai yang terkorban dalam pengeboman tersebut.
“Pesawat itu terbang rendah apabila tiba-tiba menghadapi kerosakan,” kata ketua pasukan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman.
“Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak,” kata Rami memetik pegawai perubatan dan penduduk.
Katanya, sebanyak 70 orang turut cedera dalam serangan itu.
“Enam orang dilaporkan terperangkap dalam runtuhan, dan keadaan mereka masih tidak diketahui,” katanya.
Menurut penduduk, pesawat itu terhempas dekat sebuah pasar, menyebabkan berlaku letupan kuat.
Pasukan pemerhati itu berkata, nasib juruterbang juga tidak diketahui.
Tentera Syria melancarkan serangan udara bagi melumpuhkan ke­dudukan penentang di bandar-bandar yang mereka kuasai sejak konflik meletus di negara itu empat tahun lalu.
Pada pertengahan Januari lalu, sekurang-kurangnya 35 askar kerajaan terbunuh apabila sebuah pesawat tentera terhempas di wilayah Idlib.
Wilayah itu dikuasai pakatan pemberontak termasuk sekutu al-Qaeda, Barisan Al-Nusra yang menawan Ariha pada 28 Mei lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pesawat-tentera-syria-terhempas-23-terbunuh-1.120139#sthash.G42apkRU.dpuf