Beirut: Kumpulan Negara Islam (IS) mara ke Aleppo, bandar raya kedua terbesar Syria walaupun dengan serangan udara Russia sejak 10 hari lalu yang Moscow dakwa bertujuan menumpaskan kumpulan berkenaan.
Kejayaan IS itu dicapai selepas tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan disokong dengan serangan udara Russia dan pembabitan militan Hizbullah dari Lubnan meningkatkan serangan mereka terhadap kumpulan penentang di barat daya Iraq.
IS tidak beroperasi di kawasan itu.
Barat berkata, sebahagian besar serangan Russia menyasarkan kumpulan penentang lain, bukan IS, dalam usaha untuk mempertahankan pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.
Kejayaan IS itu dicapai selepas pertempuran dengan kumpulan penentang Bashar yang menguasai kawasan itu.
“Puluhan anggota kedua-dua belah pihak terbunuh,” kata Rami Abdel Rahman, ketua kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.
Militan IS itu mengusir penentang dari bandar Tall Qrah, Tall Soussin, Kafar Qares dan pangkalan Madrasat al-Mushat.
“Mereka kini hanya berada kira-kira 10 kilometer dari utara bandar raya Aleppo dan kemaraan paling besar kumpulan itu,” kata Rami.
Bandar raya Aleppo dikuasai kumpulan penentang di timur dan tentera kerajaan di barat.
IS sebelum ini tidak pernah hadir di bandar raya berkenaan. Bagaimanapun, semalam, mereka mengumumkan: “Kami sudah berada di pintu masuk Aleppo.”
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 5:05 AM
GAMBAR menunjukkan militan IS bersiap sedia menembak mortar dengan menyasarkan ke arah tentera Syria di Aleppo, Syria, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83927#sthash.OkiokkSL.dpuf
No comments:
Post a Comment