Beirut: Russia dan Syria semalam menyelaraskan serangan mereka, pertama kali dilakukan sejak Moscow melancarkan serangan udara di negara itu minggu lalu.
Bagaimanapun serangan itu disasarkan terhadap penentang berfahaman sederhana Syria, bukan militan Negara Islam (IS).
Serangan yang diselaraskan itu dilancarkan terhadap bandar berhampiran lebuh raya utara-selatan yang merentasi beberapa bandar utama di barat Syria yang kebanyakannya di kuasai kerajaan, lapor kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.
Ketua kumpulan, Rami Abdulrahman berkata, serangan darat yang dilancarkan tentera Syria dan sekutu militia mereka menggunakan misil bumi ke bumi disasarkan terhadap empat kedudukan penentang rejim Presiden Bashar al-Assad.
Pertempuran sengit berlaku di kawasan berkenaan, kata Rami.
Operasi tentera Syria itu dibantu dengan serangan udara jet pengebom dan kapal perang Russia.
Russia mula melancarkan serangan udara di Syria minggu lalu dengan mendakwa ia menyasarkan kumpulan Negara Islam yang menguasai sebahagian besar Syria sejak perang saudara merebak, bermula dengan tunjuk perasaan antikerajaan pada 2011.
Bagaimanapun, pejuang berkata, serangan Russia itu kebanyakannya tertumpu pada kumpulan penentang berfahaman sederhana yang menguasai kawasan barat negara itu dan bertujuan mengukuhkan kedudukan Presiden Bashar al-Assad.
Di Moscow, Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu mengesahkan empat kapal perang negara itu di Laut Caspian melancarkan 26 serangan roket terhadap kedudukan penentang bagi a membantu kempen darat tentera Syria. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 8:59 AM
SEORANG penduduk memeriksa bangunan yang runtuh selepas serangan udara Russia di bandar Babila, pinggir wilayah Idlib, Syria, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83434#sthash.AQ0nuS2I.dpuf
No comments:
Post a Comment