Saturday 10 October 2015

Rusia nafi empat peluru berpandu masuk Iran


Rusia nafi empat peluru berpandu masuk Iran

10 OKTOBER 2015
Rusia nafi empat peluru berpandu masuk Iran Imej rakaman video Kementerian Pertahanan Rusia di laman webnya menunjukkan sebuah kapal perang melancarkan peluru berpandu ke Syria. Foto: AFP

MOSCOW - RUSIA. Kementerian Pertahanan Rusia menafikan dakwaan pegawai Amerika Syarikat (AS) bahawa empat peluru berpandu yang dilancarkan Moscow telah terhempas di Iran.

"Kami sentiasa menetapkan sasaran sebelum dan selepas tembakan. Semua peluru berpandu kami mencapai sasaran," menurut jurucakap kementerian Jeneral Igor Konashenkov dalam satu kenyataan.

Menurt AFP, sebelum ini, seorang pegawai AS memberitahu media CNN bahawa peluru berpandu Rusia telah mendarat di Iran, Rabu lalu, namun tidak memaklumkan dengan terperinci di mana lokasi sebenar pendaratan dan sama ada ia menyebabkan sebarang kerosakan.

Pegawai itu juga tidak memberikan maklumat tepat tentang jenis peluru berpandu, kecuali mengatakan ia adalah antara tembakan serentak dari kapal perang Rusia di Caspian.

Susulan dakwaan itu, Kementerian Pertahanan menyiarkan gambar 26 peluru berpandu merentasi Iran dan Iraq sebelum menyerang Syria di laman webnya.

No comments:

Post a Comment