Irbid: “Kehidupan bahagia bersama suami dan anak bertukar tragedi apabila kediaman kami musnah dibom tentera Bashar sebelum beberapa bulan kemudian suami meninggal dunia akibat ditembak,” kata pelarian Syria yang ingin dikenali Khatimah, 38, menceritakan penderitaan ditanggungnya akibat kekejaman Bashar.
Khatimah berkata, dia bersama tujuh anaknya berusia enam hingga 17 tahun kini hilang tempat bergantung selepas suaminya meninggal dunia pada 2012.
Dia yang berasal dari Homes, Syria berkata, dia sekeluarga terselamat ketika tentera Bashar menyerang dan mengebom kediamannya kerana tiada di rumah ketika kejadian itu.
“Suami yang bimbangkan keselamatan anak kemudian membawa kami sekeluarga berpindah ke kawasan lain di pinggir bandar.
“Namun beberapa bulan selepas itu suami pula mati ditembak tentera Bashar hingga menyebabkan kami ketakutan,” katanya.
Menurutnya, selepas ketiadaan suami, dia dan anak hidup dalam keadaan tidak tenteram menyebabkan dia nekad melarikan diri ke negara ini untuk mencari perlindungan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 8:39 AM
KHATIMAH bersama anaknya gembira menerima bantuan baju sejuk.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92096#sthash.2UMYMrwz.dpuf
No comments:
Post a Comment