Wednesday, 11 November 2015

Moscow rebut peluang ‘takluk’ Timur Tengah?


MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin

10 NOVEMBER 2015
Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin

RUSIA sebenarnya mahu penglibatan mereka dipandang serius di Timur Tengah selepas Amerika Syarikat (AS) telah memainkan peranan utama di rantau terbabit.

Washington dikatakan gagal untuk mencapai satu kejayaan diplomatik selepas setahun kempen ketenteraan dilancarkan ke atas IS.

Moscow melihat ia sebagai satu peluang untuk mengeksploitasi perbezaan pendapat dalam kalangan negara Barat berhubung kegagalan untuk mencari penyelesaian konflik yang melanda Damsyik sejak 2011 selain menyatakan kebimbangan mereka terhadap kebanjiran pelarian di Eropah Barat pada masa hadapan.

Beberapa pihak menyifatkan pencerobohan itu adalah langkah strategik bagi memastikan Moscow dapat bertahan untuk merealisasikan ‘rampasan kuasa diplomatik’.

Pengkaji sejarah Rusia moden, Ulrich Schmid di Universiti St Gallen, Switzerland berpendapat Putin mahu membuktikan Moscow sebagai satu-satunya kuasa besar di dunia yang mampu memerangi IS di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan lain, Penolong Ketua Setiausaha bagi Rundingan dan Dialog Strategik di Majlis Kerjasama Teluk (GCC),  Abdel Aziz Abu Hamad Aluwaisheg berkata, campur tangan ketenteraan itu dipercayai akan mencetuskan konflik berbahaya antara Rusia dan AS.

“Ia juga dikhuatiri akan memberi peluang kepada kumpulan militan untuk merekrut lebih ramai anggota baharu,” jelasnya.

Sementara itu, Komander Nato di Eropah, Jeneral Philip Breedlove mendedahkan Rusia telah menempatkan pesawat pejuang dan sistem pertahanan udara di Latakia yang didakwa bukan sekadar untuk melancarkan serangan ke atas IS serta melindungi pangkalan tentera mereka di Tartous.

“Moscow juga telah membangunkan sistem antipesawat yang canggih di timur Mediterranean dan mustahil ia digunakan untuk kempen memerangi IS,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan Rusia akan mengenakan zon larangan terbang di Syria pada masa hadapan yang bertujuan untuk menghalang kempen ketenteraan pakatan antarabangsa diketuai AS berikutan kebanyakan negara anggotanya adalah penyokong kumpulan penentang Bashar.

No comments:

Post a Comment