Wednesday, 4 May 2016

Hampir 90,000 Kanak-Kanak Pelarian Mohon Suaka


Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 11:09 AM

BRUSSELS: Hampir 90,000 pelarian kanak-kanak dikatakan sedang mencari perlindungan di 28 negara sepanjang tahun lalu, demikian menurut Eurostat.
Laporan agensi statistik Kesatuan Eropah (EU) itu menyebut, kira-kira 88,300 kanak-kanak itu adalah pelarian negara yang bergolak dan berdepan masalah kemiskinan.
Dokumen itu menunjukkan lebih sejuta pelarian melarikan diri dari zon perang dan kemiskinan di Timur Tengah dan Afrika.  
"Golongan bawah umur meliputi satu pertiga daripada 1.2 juta permohonan suaka yang dikemukakan di EU pada tahun lalu. 
"Lebih 90 peratus budak merentasi Mediterranean secara berseorangan adalah lelaki dan lebih separuh daripada mereka berumur antara 16 dan 17 tahun," menurut laporan itu.    
Difahamkan, Sweden, Hungary dan Austria telah dikenal pasti sebagai destinasi utama golongan tersebut.
Setakat ini, pihak berkuasa Perancis dilaporkan telah memindahkan kumpulan pelarian di kem sementara utara ibu negara yang menempatkan lebih 1,000 migran. - AFP

No comments:

Post a Comment