Friday, 28 October 2016

Anggota militan bersiap boloskan diri ke Syria


28 Oktober 2016 12:33 AM
Pasukan polis persekutuan Iraq melancarkan serangan roket  terhadap

Pasukan polis persekutuan Iraq melancarkan serangan roket terhadap militan di selatan Mosul.
KHAZIR, Iraq 27 Okt. – Anggota kumpulan pengganas Daesh kini terpaksa mencukur jambang dan menukar tempat persembunyian mereka di bandar Mosul beriku­t­an kemaraan tentera Iraq, kata penduduk tempatan.

Kemaraan tentera berkenaan ke Mosul yang kini memasuki hari ke-10 memberi peluang kepada ketua-ketua pertahanan dari Barat menyasarkan serangan kepada kubu kuat kumpulan Daesh yang seterusnya iaitu Raqa di Syria.

Menurut penduduk tempatan, pada masa ini, tentera elit Iran berada dalam jarak lima kilometer dari Mosul manakala anggota kumpulan Daesh dilihat sedang bersiap sedia untuk menyerang bandar tersebut.

‘Saya ternampak beberapa anggota Daesh dan penampilan mereka kelihatan berbeza daripada sebelumnya, mereka telah mencukur jambang dan menukar pakaian, mungkin mereka takut atau sedang bersiap sedia me­ninggalkan Mosul,’’ kata seorang penduduk Mosul, Abu Saif.

Pnduduk tempatan dan pegawai tentera berkata, ramai anggota Daesh telah berpindah lokasi di Mosul iaitu dari kubu lama mereka di barat tebing sungai Tigris ke kawasan yang memudahkan mereka memboloskan diri ke Syria.

Pertempuran di utara dan timur Mosul juga boleh didengari dalam bandar tersebut manakala pesawat pejuang tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dilihat terbang lebih rendah daripada kebiasaannya.

Dalam pada itu, ketua pasukan tentera AS, Jeneral Joseph Votel mendakwa kira-kira 900 anggota Daesh berjaya dibunuh sejak operasi menawan semula Mosul oleh tentera Iraq bermula.

Serangan tentera Iraq dibantu dari udara dan darat oleh tentera pakatan tersebut yang turut dianggotai Britain dan Perancis.

Tentera Iraq dan sekutunya, pejuang Kurdish berjaya menawan beberapa bandar dan kampung serta semakin mara ke bandar itu sejak seminggu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter dan rakan sejawatnya dari Britain, Michael Fallon semalam menjangkakan serangan terhadap Raqa akan dilancarkan dalam minggu ini. – AFP

No comments:

Post a Comment