Friday, 28 October 2016

Serangan udara bunuh 22 kanak-kanak






AFP - KEADAAN sebuah kelas yang musnah akibat serangan udara di perkampungan Hass, selatan Syria kelmarin.

DAMSYIK – Sekurang-kurangnya 22 kanak-kanak dan enam guru terbunuh selepas serangan udara mengenai sebuah sekolah di wilayah Idlib yang dikuasai pihak penentang di barat laut Syria, kata Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) kelmarin.

“Pengeboman ini satu tragedi. Ia mencetuskan kemarahan dan sekiranya serangan ini sengaja dilakukan, ia adalah jenayah perang,” kata pengarah UNICEF, Anthony Lake.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, jet-jet perang kemungkinan milik Rusia atau Syria telah melancarkan enam serangan udara di perkampungan Hass termasuk ke atas sebuah bangunan sekolah, membunuh sekurang-kurangnya 35 orang awam termasuk 11 murid sekolah.

Lake berkata, pekarangan sekolah itu diserang berulang kali sambil menambah, serangan itu adalah yang pa­ling dahsyat ke atas sekolah di Syria sejak perang saudara tercetus lebih lima tahun lalu.

Ketika ditanya mengenai serangan itu, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Rusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vitaly Churkin menjawab: “Ia dahsyat, amat dahsyat. Saya berharap Rusia tidak terlibat.

Tentera Syria dan sekutunya, Rusia bagaimanapun sering dituduh oleh melancarkan serangan secara sembarangan termasuk ke atas infrastruktur awam.

Serangan udara kelmarin mengenai perkampungan Hass sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), kata seorang aktivis. Wilayah Idlib dikuasai oleh gabungan penentang yang dikenali sebagai Tentera Penakluk. Pakatan tersebut turut dis



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4OM01o8Xw
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment