Saturday, 13 September 2014

31,500 sertai IS


Perangkaan itu melebihi anggaran 10,000 anggota sebelum ini. 
Di kalangan mereka yang berjuang di Syria, 15,000 adalah warga asing termasuk 2,000 warga Barat yang menyertai IS. 

Jumlah berkenaan didedahkan sehari selepas Presiden Barrack Obama berikrar meluaskan operasi menentang IS dalam rancangan yang mungkin menyaksikan serangan udara baru ke atas kumpulan itu di Syria, peningkatan serangan di Iraq dan bantuan tambahan untuk tentera Iraq.
Foto
GAMBAR fail menunjukkan anggota IS berarak di Raqqa, Syria, selepas menawan bandar itu beberapa bulan lalu.

Jurucakap CIA, Ryan Trapani dalam satu kenyataan menyebut anggaran berkenaan adalah berdasarkan semakan terbaru terhadap semua sumber laporan perisikan dari Mei hingga Ogos tahun ini.

“Jumlah terbaru ini menunjukkan peningkatan keanggotaan kerana proses merekrut anggota baru yang giat dijalankan sejak Jun lalu berikutan kejayaan di medan perang dan pengisytiharan penubuhan khalifah yang dilakukan IS,” katanya 

Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran pejuang asing dikalangan warga Barat dalam kumpulan bersenjata Sunni itu kerana ia mewujudkan kemungkinan mereka akan melakukan serangan di Eropah dan AS apabila kembali dari Syria dan Iraq. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Syria mahu sertai pakatan


“Keganasan tidak bermula di Syria hari ini.
Ia bermula empat tahun lalu apabila kebangkitan menentang kerajaan bermula.
“Kerana ia mangsa keganasan, maka adalah penting Syria ikut serta dalam pakatan itu,” kata Buthaina Shaaban, penasihat Presiden Bashar al-Assad semalam.
Dia berkata demikian sebagai mengulas langkah Amerika Syarikat membentuk pakatan untuk memerangi IS yang beroperasi di Syria dan Iraq.
Pakatan itu secara terang tidak mahu Damsyik menyertainya sementara Washington berkata, ia merancang serangan udara di Syria, menyasarkan IS, tetapi tidak akan bekerjasama dengan rejim Bashar.
Sekutu Bashar lain, termasuk Russia, China dan Iran, juga tidak dipelawa menyertai pakatan itu.
“Semua negara yang menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam IS mesti menjadi sebahagian daripada pakatan yang memerangi keganasan,” kata Buthaina.

- AFP
Foto
SEORANG askar Iraq memeriksa mayat anggota IS yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di pinggir bandar Haditha, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Serangan udara di Syria, 42 terkorban


BEIRUT 12 Sept. - Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak adalah antara 42 orang yang terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di kawasan yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik, semalam.
Pertubuhan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, serangan itu menjadikan bandar Douma dan Ghouta di timur bandar ini sebagai sasaran.
Kumpulan pemantau berpangkalan di Britain itu menjangkakan angka korban akan terus meningkat dan ramai yang cedera dalam serangan itu.
Tentera Presiden Bashar al-Assad telah mengepung kubu pemberontak di Douma lebih setahun lalu dan beberapa minggu kebelakangan ini telah meningkatkan serangan ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menguasai wilayah utara dan timur Syria. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_09/Serangan-udara-di-Syria-42-terkorban#ixzz3D90yyMzp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Malaysia bawa isteri, dua anak 'berperang' di Syria


SINGAPURA 12 Sept. - Seorang lelaki rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang membawa keluarganya warga Singapura ke Syria untuk berjuang menyertai kumpulan militan dan jihad di negara itu.
Akhbar The Star melaporkan, isteri lelaki itu yang merupakan warga Singapura adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 18 dan 14 tahun.
Laporan yang memetik sumber berkata, lelaki itu membawa keluarganya ke Syria pada November tahun lalu tetapi mereka tidak tinggal bersama.
"Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra dan anak lelaki (anak tirinya) menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS)," katanya sumber kepada akhbar tersebut.
Menurut sumber itu, isteri lelaki itu pula bekerja sebagai tukang masak, manakala anak perempuan (anak tiri lelaki itu) mengajar kelas bahasa Inggeris kepada anak-anak anggota kumpulan militan di Syria.
Keluarga tersebut dipercayai berada di beberapa lokasi di Syria, dan kemungkinan tinggal di timur Hama, lokasi kumpulan militan ditubuhkan.
Pihak berkuasa cuba menyiasat mengapa mereka membuat keputusan untuk ke Syria, dan menurut sumber, pihak berkuasa percaya keputusan mereka itu mempunyai kaitan dengan bekas suami wanita tersebut.
Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan perkara itu di Parlimen dan menyatakan terdapat beberapa rakyat Singapura menyertai 12,000 warga asing mengambil bahagian dalam konflik bersenjata di Syria termasuk pasangan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak mereka.
Seorang lagi lelaki, Haja Fakkurudden Usman Ali, 37, membawa isteri dan tiga anaknya berusia 2 hingga 11 tahun ke Syria.
Haja merupakan rakyat Singapura kelahiran India, kata Teo ketika mengumumkan kes tersebut pada Mac lalu.
Beliaumendedahkan beberapa orang rakyat Singapura merancang menyertai kumpulan pemberontak di Syria tetapi mereka berjaya ditahan sebelum berlepas dan sebahagian daripada mereka masih disiasat.
Akhbar The Star sebelum ini melaporkan lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan di Syria.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_05/Lelaki-Malaysia-bawa-isteri-dua-anak-berperang-di-Syria#ixzz3D8zbzz00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS dapat sokongan lancar kempen agresif ke atas IS


KERRY bergambar bersama menteri-menteri luar negara Arab semasa sesi bergambar di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah selepas menandatangani pakatan antara Amerika dan sepuluh negara Arab bagi menyelaras kempen ketenteraan ke atas IS, kelmarin. - REUTERS
JEDDAH 12 Sept. - Amerika Syarikat (AS) berjaya mendapatkan sokongan Perancis dan 10 negara Arab dalam kempennya untuk melancarkan serangan 'lebih agresif' ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS).
Hasrat AS itu disokong 10 negara Arab yang bersetuju membentuk pakatan bagi menyelaraskan kempen ketenteraan menentang kumpulan IS, satu langkah besar dalam memberi sokongan serantau kepada rancangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk menyerang kumpulan militan itu.
Pakatan itu disertai Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Iraq, Jordan dan Lebanon selepas satu pertemuan menteri-menteri luar negara Arab itu dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di sini.
Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande tiba di Baghdad, Iraq hari ini bagi menyatakan sokongannya kepada rakan sejawatnya, Fuad Masum dalam melaksanakan langkah serupa.
Perancis dilaporkan sudah bersedia untuk menyertai serangan udara ke atas kumpulan militan IS di Iraq, sekiranya diperlukan dan menganjurkan diadakan persidangan antarabangsa tentang Iraq pada 15 September ini.
Dalam pada itu, Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan kira-kira 20,000 hingga 31,500 anggota IS kini berada di bumi Iraq dan Syria, jumlah yang lebih tinggi daripada anggaran sebelum ini iaitu 10,000 orang.
"Jumlah baharu ini menggambarkan peningkatan keahlian mereka (IS) kerana pengambilan keanggotaan yang lebih banyak dilakukan sejak Jun lalu ekoran kejayaan pertempuran dan pengumuman pembentukan kerajaan Khalifah, peningkatan aktiviti pertempuran dan ditambah dengan faktor risikan,'' kata jurucakap CIA, Ryan Trapani.
Bagaimanapun, Presiden Syria, Bashar al-Assad dan sekutu kuatnya, Rusia mengutuk rancangan Amerika untuk campur tangan di bumi Syria.
"Sebarang tindakan dalam apa juga bentuk tanpa mendapat kebenaran kerajaan Syria adalah merupakan satu serangan ke atas Syria," kata Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar.
Jurucakap kementerian luar Rusia berkata, tindakan satu pihak itu adalah satu 'perlanggaran mentah-mentah' ke atas undang-undang antarabangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_04/AS-dapat-sokongan-lancar-kempen-agresif-ke-atas-IS#ixzz3D8yb2XAX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 12 September 2014

'Saya tak akan balik Malaysia'

Jenazah Mohammad Fadhlan disemadikan di bumi Syria
Jenazah Mohammad Fadhlan disemadikan di bumi Syria
ALOR SETAR - “Saya tak akan balik ke Malaysia,” itu kata-kata, Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir, setelah menjejakkan kaki ke Syria untuk bersama sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sana, menyertai perjuangan Ajnad As Syam.
Ketegasan itu seiring dengan niatnya untuk berjihad selain bersedia berdepan apa jua keadaan, walaupun berdepan kematian.

Mohammad Fadhlan antara kumpulan kecil yang berhijrah ke Syria bersama puluhan rakyat negara ini untuk memerangi tentera Bashar al Assad, yang berpusat di Kafr Zayta, Hamah.

Mereka yang menganggotai kumpulan itu diberi gelaran seakan nama penduduk tempatan dan dia digelar Abu Muhajir.

Mohammad Fadhlan yang masih bujang itu, turut aktif mengemas kini aktivitinya di Syria melalui laman Facebook dan kali terakhir Allahyarham berbuat demikian pada 23 Ogos lalu.

Anak muda berusia 21 tahun dari Kulim, Kedah ini sanggup meninggalkan ahli keluarga tercinta demi mengejar ‘jihad’ di bumi Syam (Syria).

Dia dilaporkan meninggal dunia pagi kelmarin, setelah kumpulan yang dianggotainya, Ajnad As Syam yang memerangi tentera Bashar al-Assad di Syria diserang hendap.

Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian itu, manakala Mohd Lotfi Ariffin masih tidak sedarkan diri serta seorang lagi, Abu Afghan cedera di kedua belah kakinya.

Mereka adalah antara sebahagian rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, memilih jalan berjihad dan berani mati dalam mempertahankan saudara Islam daripada terus ditindas kerajaan Bashar.

Sebelum terkorban, Mohammad Fadhlan sempat berkongsi pandangannya mengenai jihad yang ingin dicapai serta perjalanannya ke Syria.

Temubual eksklusif ini dibuat melalui laman Facebook kira-kira sebulan lalu.

Mohammad Fadhlan berkata, di Malaysia tidak ramai yang mengambil berat mengenai jihad kerana kurang pendedahan.

“Niat untuk berjihad sudah lama ada, cuma tidak tahu caranya. Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi saya peluang mendalami agama sebelum berangkat ke Syria. Semuanya ada hikmah,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia bertanya pada rakan-rakan yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah, namun tiada maklumat diperoleh untuk membolehkan dirinya berjihad.

“Apabila saya dimaklumkan, Mohd Lotfi berada di Syria, saya menghubungi dia melalui Facebook. Dia maklumkan apa yang perlu untuk saya buat persediaan ke sana, selain pesan, jangan tinggalkan solat sunat hajat, agar diberikan hidayah,” katanya.

Tambah Mohammad Fadhlan, bukan mudah untuk dirinya berhijrah ke luar negara, kerana berdepan pelbagai kesukaran.

“Kesukaran tu ada, sebab saya perlu sediakan belanja perjalanan, bukan sedikit jumlahnya.

"Alhamdulillah, bila kita niat nak buat benda elok, Insya-ALLAH, akan mendapat pertolongan.

"Berbekalkan belanja tu, saya beli tiket dan uruskan semuanya, susah juga sebab maklumlah selama ini tinggal di kampung sahaja, mana tahu semua tu tapi dipermudahkan,” katanya.

Ditanya sama ada wujud aktiviti merekrut ahli dari Malaysia, diketuai Mohd Lotfi, seperti didakwa, Mohammad Fadhlan tegaskan, ianya tidak wujud.

“Tidak ada aktiviti rekrut ahli, cuma ALLAH SWT gerakkan hati saya, untuk cintakan jihad. Tambahan pula selepas lihat saudara Islam di sini diseksa, dibunuh, ditanam hidup-hidup tanpa sebab hanya kerana berlainan fahaman,” katanya.

Tambahnya, insiden itu menimbulkan keinsafan pada dirinya kerana pembunuhan berlaku setiap hari di bandar-bandar didiami saudara Islam.

“Tentera Bashar sengaja sasarkan tempat orang ramai, selalunya di masjid pada hari Jumaat dan hospital.

"Bunyi bom barmil dan bom kimia menjadi lumrah. Susah payah di sini tak terasa sangat, sebab sejak kecil hidup sederhana. Penduduk pula terima kami macam ahli keluarga, rasa seperti berada di Malaysia,” katanya.

Mengulas segelintir pihak yang melabel rakyat Malaysia yang berjihad di Syria sebagai militan, Mohammad Fadhlan berkata, tidak dinafikan berasa sedih dengan tuduhan itu.

“Sedih juga bila orang panggil kami macam tu, tapi saya tak kisah. ALLAH SWT tahu apa yang kami buat. Rasulullah SAW pun banyak menyertai peperangan, Baginda cintakan jihad. Takkan kita yang cintakan Rasulullah nak tinggalkan jihad?,” katanya.

Ustaz Lotfi makin stabil

 Gambar kenangan Mohd Lotfi semasa di Syria.
Gambar kenangan Mohd Lotfi semasa di Syria.
ALOR SETAR - Keadaan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang dilaporkan koma selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria, semakin pulih.

Perkara itu dimaklumkan oleh abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan di laman Facebook bahawa Ustaz Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan.

“Sehingga kini, saya belum terima apa-apa gambar atau lain-lain bukti yang boleh mengesahkan perkara itu, tetapi besar harapan saya supaya beliau kembali stabil dan dapat meneruskan perjuangannya,” katanya.

Mohd Zainon juga gagal menghubungi Ustaz Lotfi sejak beberapa hari lalu.

Sinar Harian hari ini melaporkan, salah seorang rakyat Malaysia yang bersama kumpulan Ajnad As-Syam memerangi tentera Bashar as-Assad di Syria, Mohd Lotfi dikatakan koma selepas diserang hendap pada Selasa.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak akan balik Malaysia']

Menurut laporan itu, berdasarkan maklumat yang dipetik daripada laman Facebook milik Abu Talhah II yang turut berada di Syria, pasukan itu dikatakan sedang bersedih kerana kehilangan seorang rakan, manakala dua lagi cedera parah.

Serangan itu berlaku apabila pasukan dari Malaysia diserang hendap menyebabkan Ustaz Lotfi koma.

Berdasarkan maklumat terakhir yang diperoleh, keadaan Ustaz Lotfi tidak sedarkan diri dan cedera di bahagian kaki, tangan serta muka.

‘Memang tak mahu balik’


Kuala Lumpur: “Aku memang tak mau (mahu) balik dah. Kalau tak syahid pun, mungkin aku akan terus berjihad ja. Biarlah hidup aku untuk berjihad, tak ada lain”. Itu antara kandungan mesej menerusi aplikasi WhatsApp dihantar Allahyarham Mohd Fadzlan Shahidi, 21, kepada ahli keluarga dua bulan lalu selepas mereka bertanya khabar masing-masing.
Menurut seorang ahli keluarga Fadzlan yang enggan namanya didedahkan berkata, Fadzlan yang maut di Syria kelmarin sering berkongsi perasaan dan gambarnya di Syria termasuk gambar bom mortar.
Katanya kali terakhir mereka berjumpa ketika meraikan perkahwinan sanak saudara lebih setahun lalu sebelum arwah Fadzlan ke luar negara bersama kumpulan dikenali sebagai mujahidin.

“Saya hanya mengetahui pembabitannya di Syria menerusi Youtube. Dia mengaku sudah berada di Syria dan akan berjuang di sana selepas kami berhubung melalui laman sosial Facebook.
Foto
KUBUR Fadzlan di Syria dilawati rakan seperjuangannya. Gambar kecil, Muhammad Fadzlan Shahidi (atas) bersama rakan perjuangannya.

“Arwah seorang pendiam dan tak banyak cakap. Memang saya sedih, namun itu jalan yang dia pilih. Saya doakan dia dicucuri rahmat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/11

Thursday, 11 September 2014

Serang IS di Syria

Washington (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berikrar untuk menyerang Militan Negara Islam (IS) dengan melancarkan serangan udara besar-besaran di Syria buat pertama kali dan meluaskan operasi di Iraq.

Dalam ucapan yang disiarkan di AS awal pagi ini, Obama berkata mereka akan melancarkan serangan besar-besaran di Timur Tengah dan berjanji untuk membantu pasukan keselamatan Iraq serta Syria.
Katanya IS, yang telah menyembelih dua wartawan AS serta merampas sejumlah tanah di Iraq dan Syria adalah kumpulan yang amat kejam dan bertekad untuk menghapuskan mereka.
"Objektif kami jelas: kami akan melumpuhkan dan menghancurkan IS melalui strategi anti-keganasan yang lengkap.
"Saya tegaskan bahawa kami akan memburu pengganas yang mengancam keselamatan negara kami walau di mana mereka berada," katanya.
Bagaimanapun dia menjelaskan askar AS tidak akan terlibat secara langsung dalam pertempuran dan tidak memaklumkan bila serangan udara akan bermula.
Anggota IS dilaporkan membunuh tahanan serta penduduk yang enggan mengikuti arahan mereka.
Malaysia sebelum ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dan perbuatan jenayah IS di Syria dan Iraq yang memberi alasan melakukannya atas nama agama sedangkan Islam agama keamanan.

- Agensi
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/11

Ikhwan SYRIA Tolak ISIS, Tapi Lebih Tolak Assad

TURKEY-SYRIA-POLITICS-UNRESTOrganisasi Ikhwanul Muslimin Syria menyatakan penolakannya atas setiap serangan asing yang akan mensasarkan milisi Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta faksi Revolusioner Syria lainnya.

Menurut gerakan politik yang menjadi pembangkang terbesar rejim Bashar Al Assad menyatakan ini adalah bentuk kemunafikan Barat, “Saat yang sama Aliansi antarabangsa ingin menghapuskan ISIS, tapi pada mas ayang sama mereka enggan untuk menggulingkan Assad.”

Ikhwanul Muslimin beralasan bahawa serangan pasukan antarabangsa kepada ISIS akan sangat menguntungkan tentera pemerintah Syria.

“Pertempuran pertama kami dengan ISIS adalah masalah ideologi dan pemikiran mereka. Jelas antara mereka ada kelompok-kelompok di dalam ISIS yang salah dalam memahami Islam dan mungkin akan kembali kepada pemikiran Islam yang lurus dan benar, dengan mereka (kelompok di dalam ISIS) yang memiliki agenda asing untuk merosak jalannya revolusi rakyat Syria dan mencoreng citra Islam. Mereka ini (kelompok ke 2) adalah musuh yang mesti diperangi sampai berakhirnya kejahatan yang mereka tebarkan di Syria,” ujar Ikhwanul Muslimin dalam keterangannya.

Kelompok yang banyak tersebar di berbagai belahan dunia ini mengingatkan bahawa perang sebenarnya adalah melawan rejim Bashar Al Assad yang telah membunuh ratusan ribu rakyat Syria.

Selain Ikhwan, beberapa kelompok Islam lainnya seperti Salafi menyatakan menentang perbuatan yang dilakukan oleh milisi ISIS, “Akan tetapi kami tidak dapat membenarkan ataupun menyokong perang melawan ISIS yang dilakukan Barat.” (Skynewsarabia/Ram) sumber

Read more: http://satuumat.blogspot.com/2014/09/ikhwan-syria-tolak-isis-tapi-lebih.html#ixzz3D14BSWxy

Syria digesa segera tamat perang saudara


ABU DHABI 10 Sept. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini menggesa Presiden Syria, Bashar al-Assad menggunakan pendekatan politik bagi menyelesaikan perang saudara di negara itu, sekali gus membantu pihak antarabangsa memerangi militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq.
Dalam temu bual bersama Pan-Arab Daily yang dilaporkan oleh akhbar al-Hayat, Ki-moon berkata, perang yang sudah berlanjutan selama beberapa tahun antara kerajaan Syria dan penentang kerajaan telah membolehkan kumpulan militan seperti IS bertapak di negara berkenaan.
Katanya, Assad boleh memain peranan menjadi penentang kepada IS dengan menamatkan segera perang saudara di Syria.
"Assad boleh memainkan peranan menamatkan krisis tersebut dengan segera melalui dialog politik," jelasnya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140911/lu_09/Syria-digesa-segera-tamat-perang-saudara#ixzz3CxI765qz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 9 September 2014

Berita gembira


. Saudara kita dari Malaysia ini termasuk dalam senarai ratusan ribu yang telah syahid di Syria. Terkorban ketika terlibat di dalam operasi di Ham...

Monday, 8 September 2014

53 terkorban serangan udara di Syria


Kepulan asap dari sebuah kawasan yang menjadi sasaran serangan udara tentera Syria di pasar Tal Abyad di tengah Raqqa, kelmarin. - AGENSI
BEIRUT 7 Sept. - Seramai 53 orang terkorban, termasuk 31 orang penduduk tempatan dalam lapan serangan udara yang dilancarkan tentera Syria ke atas kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Raqqa.
Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, antara yang terbunuh ialah lima orang wanita, tiga kanak-kanak dan lapan orang daripada sebuah keluarga.
Seramai 15 anggota IS turut disahkan maut, termasuk tujuh yang lain yang tidak dikenali akibat serangan udara yang dilancarkan tentera Presiden, Bashar al-Assad yang menjadikan kedudukan militan IS di utara dan timur Syria sebagai sasaran.
Tentera kerajaan, semalam turut menyerang bangunan yang dipercayai digunakan sebagai mahkamah Islam IS serta kem latihan kumpulan militan tersebut.
Dalam perkembangan lain, badan pemerhati tersebut turut melaporkan 15 orang terbunuh akibat serangan udara tentera Syria di kawasan yang ditawan IS di bandar Aleppo pada Jumaat lalu.
Di Damsyik tentera kerajaan yang turut dibantu pejuang pergerakan Hezbollah merampas semula kampung Hteitet Jarash daripada penguasaan kumpulan militan itu.
Kampung itu yang terletak berdekatan bandar Mleiha merupakan benteng kumpulan militan IS yang dikepung tentera selama lebih setahun. - AFP


Artikel Utusan Melayu (M) Bhd 
 

Sunday, 7 September 2014

35 maut serangan udara terbaharu di utara Syria



KEPULAN asap tebal menjulang ke udara selepas diserang tentera udara yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad di pasar Tal Abyad, tengah Raqqa, hari ini. - Foto Reuters
BEIRUT: Serangan udara di kubu kuat kumpulan jihad di Raqa, utara Syria semalam, mengorbankan 35 orang termasuk 15 anggota pergerakan Negara Islam IS).
"Pesawat tentera rejim kerajaan melancarkan lapan serangan udara dengan mensasarkan Raqa dan kawasan sekitarnya," demikian menurut Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, hari ini.
Sekurang-kurangnya 20 orang awam termasuk seorang wanita dan tiga kanak-kanak maut. Lapan daripada mangsa berkenaan adalah daripada satu keluarga.
Serangan itu susulan peningkatan operasi ketenteraan yang dirancang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang mensasarkan kubu dan lokasi IS di utara dan timur Syria. - AFP

JIM seru wanita sertai jihad nikah di Syria, Iraq



KERATAN Kosmo! 21 September 2013.


KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat sebuah akaun Facebook disyaki milik kumpulan Jemaah Isis Malaysia (JIM) yang memuat naik sebuah poster program jihad nikah di Syria dan Iraq.
Satu sumber memberitahu, siasatan itu bermula dengan polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut yang menyeru golongan wanita menyertai jihad nikad.
Maksud jihad nikah ialah mencari wanita yang mahu berjihad dengan cara memberi khidmat seks kepada mana-mana lelaki yang sedang berperang demi memperjuangkan undang-undang Islam di Syria dan Iraq.
Konsep itu merupakan ideologi yang berkembang sekitar 2013 dan menyeru tampil melakukan jihad seks terhadap regim Bashar al Assad di Syria.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3CbHzRNs2 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, 6 September 2014

18 ahli jihad terbunuh dalam serangan udara Syria

AMMAN: Kira-kira 18 warga asing yang menyertai pergerakan jihad Negara Islam (IS), termasuk seorang rakyat Amerika terbunuh dalam serangan udara Syria di sebuah bandar berhampiran kubu kuat militan terbabit di Raqqa di timur Syria.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria, yang memantau keganasan yang berlaku di semua pihak dalam konflik tiga tahun itu, berkata sumber yang layak dipercayai melaporkan bahawa pemimpin tertinggi IS yang berada di bangunan perbandaran Ghabiya adalah antara anggota asing yang terbunuh.
Bangunan itu digunakan sebagai ibu pejabat pergerakan terbabit, menurut badan pemantau berkenaan.
Satu lagi serangan semalam berlaku di bekas ibu pejabat perisikan di bandar Abu Kamal berhampiran sempadan Iraq, yang digunakan oleh IS, juga mengakibatkan sebilangan anggotanya terbunuh. - Reuters

Friday, 5 September 2014

“Siapa Pasukan Berbaju Putih yang Kebal Ditembak Itu?”

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/siapa-pasukan-berbaju-putih-yang-kebal.html

Ayaturrahman Fi Jihadi Syria, menjadi kisah yang berkali-kali diceritakan para ulama Syria kepada Pasukan Wartawan Bersatu ( JITU ) di tengah-tengah Muktamar Ulama Syria yang di Turki pada 11 hingga 12/4/2014 lalu. Kisah pertama diceritakan pejuang asal Idlib, berhama Hasan. Dia datang ke Muktamar untuk menemani ayahnya, seorang ulama. 

Hasan bercerita, sebuah pesawat tentera Syria berlegar di udara untuk menyerang kampung-kampung kaum muslimin. Penduduk dan pejuang yang tidak mempunyai senjata canggih hanya boleh bertawakal kepada Allah. Mereka berdoa agar bom-bom tersebut tidak mencederakan mereka. Akhirnya mereka sepakat untuk bertakbir sekuat-kuatnya ketika bom-bom itu dimuntahkan dari udara. 

Ketika bom tersebut jatuh ke tanah, bom itu gagal meletup. Begitu juga ketika bom kedua jatuh. Muntahan roket dari langit itu terhempas bak bola api yang bersedia memusnahkan kampung mereka. Penduduk dan pejuang kembali bermunajat kepada Allah selepas bertakbir. Luar biasa, lagi-lagi bom itu gagal meletup. Menariknya, hal ini terus berlaku hingga berkali-kali. Hingga saat bom terakhir dilepaskan, tiba-tiba saja bom itu boleh meletup. "ketika itu para penduduk dan pejuang tidak bertakbir," kata Hasan. 

Cerita lain lahir dari penjelasan Anggota Ikatan Ulama Homs, Syeikh Anas Ahmad Suwaid. Di awal revolusi, beliau dan pejuang pernah bertakbir secara serentak di bandar Homs untuk melawan kuasa rejim. Tiba-tiba saja takbir mereka disambut dengan petir-petir yang menyambar mengarah ke tentera-tentera rejim." Banyak sekali telefon yang masuk kepada kami, "lihatlah ke langit, lihatlah ke langit". Subhanallah, seakan-akan petir bertakbir bersama kita. Inilah salah satu karamah yang saya saksikan sendiri dengan kedua mata saya" ujarnya. 

Kisah lain terjadi pada salah seorang mujahid. Ketika berada dalam keadaan parah, mujahid itu ditahan oleh rejim. Dalam tahanan itu, dia harus menghadapi soal siasat dengan pelbagai soalan. Salah satu soalan dari pihak rejim adalah kehairanan mereka berkaitan sejumlah pasukan berwarna putih yang tidak mampu dilumpuhkan tentera Bashar." Siapakah mereka? Ketika kami tembak, mereka tidak merasakan apa-apa!" Tanya tentera rejim. Si mujahid itu lalu menjawab" Demi Allah, tidak ada seorang pun dari kami yang memakai baju putih." Syeikh Anas tersenyum lalu berkata kepada pasukan JITU, "Mereka adalah para malaikat. Seperti apa yang difirmankan oleh Allah ta'ala dalam surat Al Anfal ayat 12," tegasnya.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Tuesday, 2 September 2014

Syria: 75 tentera pengaman Filipina lepas kepungan pemberontak


 
MANILA: Semua 75 askar Filipina yang berkhidmat sebagai tentera pengaman PBB di Bukit Golan, selamat selepas kumpulan terakhir melepaskan diri dalam kegelapan malam daripada kepungan pemberontak Syria, menurut jurucakap tentera.

Pasukan itu adalah sebahagian daripada tentera pengaman PBB yang ditempatkan di Bukit Golan sejak 1974 bagi memantau gencatan senjata antara Israel dan Syria.

"Semua anggota berada dalam keadaan selamat. kami meninggalkan kedudukan kami tetapi membawa semua senjata kami," kata Leftenan Kolonel Ramon Zagala.

Menurut tentera Filipina, kumpulan pertama 35 tentera Filipina diambil dari kedudukan mereka oleh askar pengaman dari Ireland dengan kereta perisai semalam selepas pemberontak Syria menyerang kedudukan rakan mereka kira-kira 5km dari situ.



Baki 40 askar Filipina bertempur tujuh jam dengan pemberontak Syria yang cuba merempuh pagar kem dengan kenderaan pacuan empat roda yang membawa senjata anti-pesawat.

Puak pemberontak itu termasuk kumpulan Al-Qaeda Syria, Al-Nusra Front yang turut menawan 44 tentera pengaman Fiji. - AFP

Pemberontak Syria buat tiga tuntutan bebas 45 askar Fiji diculik

SELASA, 2 SEPTEMBER 2014 @ 10:51 AM

 
SUVA, Fiji: Komander tentera Fiji berkata pemberontak Syria membuat tiga tuntutan bagi pembebasan 45 anggota pasukan pengamannya yang ditahan selama lima hari.

Brig. Jen. Mosese Tikoitoga berkata Barisan Nusra yang berkaitan al-Qaeda menuntut agar ia dikeluarkan daripada senarai pengganas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mahukan supaya bantuan kemanusiaan dihantar ke beberapa bahagian di ibu negara Syria, Damsyik dan menuntut pampasan bagi tiga anggotanya yang terbunuh dalam kejadian tembakan dengan pasukan PBB.

Tikoitoga tidak menyatakan sama ada tuntutan itu akan dilayan dengan secara serius.

Katanya, PBB sudahpun menghantar perunding tebusan ke Syria bagi mengambil alih rundingan daripada pemimpin tentera.



"Rundingan sudah dianjak satu tahap lagi di mana perunding profesional dipanggil," katanya.

Barisan Nusra itu menculik askar Fiji terbabit pada pagi Khamis lalu dan menahan mereka di tempat yang tidak diketahui. Pemberontak terbabit juga mengepung unit Filipino yang berkhidmat dengan misi PBB.

Tikoitoga juga mengumumkan nama 45 askar yang ditahan itu, diketuai Kapten Savenaca Siwatibau Rabuka. - AP

Perancis, UK akan gila ke atas Syria

Ini foto fail menunjukkan Isil Takfiris di bandar Syria Raqqa.
Sebagai kengerian Negara Islam yang dipanggil di Iraq dan Levant (Isil) pergi virus, tindak balas di Paris dan London menunjukkan sejenis kekeliruan diri sendiri apabila pemimpin cuba untuk berkaitan dengan krisis.

Mungkin yang paling mengejutkan semua tindak balas telah datang dari Presiden Perancis Francois Hollande pada Khamis, 28 Ogos. Befuddled dengan pendirian hipokrit sendiri keganasan di Syria, beliau baru-baru ini membuat Gaffe menggambarkan Isil pengganas, yang telah mengejutkan dunia dengan tercela massa hukuman mereka askar Syria tawanan, sebagai "sekutu" kerajaan Syria.

Untuk membuat kenyataan terang-terangan paradoks ini, Hollande telah menjadi serius sama ada otak yang rosak, atau lebih digunakan di pembohongan sendiri bahawa dia kini tidak mampu berkata apa-apa selain daripada pernyataan sendiri bercanggah di Syria. Dalam gila, gambaran twisted Hollande mengenai apa yang berlaku di Syria, masalah ini adalah penyelesaian, dan penyelesaian masalah.

Dalam satu lagi kenyataan yang pelik, Hollande mendakwa keengganan UK Parlimen untuk mengebom negara Syria pada tahun 2013 atas dakwaan peranan mungkin dalam serangan kimia Ghouta tahun yang membolehkan kebangkitan Isil.

Ini adalah menarik untuk dia berkata, kerana ia memberitahu kita sedikit lebih lanjut mengenai yang dirancang 2013 kempen pengeboman di Syria daripada Hollande mahu kami tahu. Ia menunjukkan bagaimana, bertentangan dengan kenyataan Amerika Syarikat, yang diterangkan pengeboman yang dirancang sebagai "terhad", serangan itu akan menjadi operasi perubahan rejim seperti yang berlaku di Libya. Berdasarkan hujah bodoh ini, Hollande meletakkan dipersalahkan kerana kebangkitan Isil kepada keputusan Parlimen UK untuk tidak pergi berperang dengan Syria pada tahun 2013 - satu keputusan yang jelas diambil melalui takut tidak sengaja membantu kumpulan pengganas seperti Isil.

Pertimbangkan Ironinya kedudukan Hollande mengenai isu ini. Jika anda melihat dengan teliti, anda akan mendapati bahawa kata-kata beliau sendiri walaupun mengkhianati hakikat jelas bahawa Isil dibuat dan masih disokong oleh penentang kerajaan Syria: Hollande memberitahu kita bahawa jika rejim-perubahan telah berlaku pada tahun 2013, akan terdapat tidak Isil pada 2014. Kenapa begitu? Dengan apa mekanisme akan pengganas Isil hilang apabila pemerintahan Bashar al-Assad, berakhir, jika kenyataan Hollande ini tidak boleh disamakan dengan pengakuan bahawa Isil telah disokong dan tersandar pada negeri Syria?

Rasional Hollande seolah-olah untuk pergi lebih jauh daripada mengatakan bahawa kerajaan Syria secara tidak langsung harus dipersalahkan kerana kekejaman, amputasi dan kanibalisme disokong oleh Perancis selama tiga tahun di Syria, kerana keengganan negeri untuk runtuh. Sudah tentu, jika Syria telah melepaskan rintangan, kempen angkuh sokongan kepada kumpulan pengganas berleluasa di Syria oleh negara-negara penyangak seperti Perancis akan berakhir. Tentangan terhadap AS rejim-perubahan, menurut Hollande, adalah punca pertumpahan darah sendiri.

Untuk mengatakan rintangan yang punca pertumpahan darah sendiri tidak lebih baik daripada rasional pekeliling yang sama diberikan oleh Zionis untuk pencerobohan berulang mereka terhadap penduduk awam di Semenanjung Gaza.

Apabila semua hujah-hujah yang lain gagal, Israel mengatakan bahawa Gaza adalah harus dipersalahkan kerana penderitaan mereka sendiri, kerana mereka enggan menyerah rintangan. Jadi, sama seperti Israel memberi hujah ini, Perancis memberi hujah bahawa Syria adalah harus dipersalahkan kerana penderitaan mereka sendiri dari Perancis yang disokong amputasi, pembunuhan dan keganasan kerana mereka enggan menyerah rintangan.

Hollande berpendapat "tidak ada pilihan untuk dibuat antara dua barabarisms". Ini akan menjadi agak satu kenyataan yang adil, jika pilihan yang diperjuangkan oleh Hollande tidak lebih kejam daripada kedua-dua beliau nampaknya dipertimbangkan. Alternatif ketiga, dalam fikiran Hollande ini, untuk mengebom kedua-dua pihak, walaupun membunuh orang yang tidak bersalah dan lebih dahsyat lagi negeri telah dilanda perang tanpa membuat apa-apa keputusan yang tegas.

Yang penghasutan perang yang berterusan dalam ucapan tidak logik Hollande adalah sangat menarik dalam setiap quote, dan corak yang konsisten: enggan menyokong pengganas di Syria adalah sama seperti menyokong pengganas di Syria; algojo yang ganas penyokong kerajaan Syria adalah penyokong kerajaan Syria; serangan udara adalah satu-satunya cara untuk mencegah serangan udara; perang adalah keamanan; kebebasan adalah perhambaan; kejahilan adalah kekuatan.

Jika ini kedengaran biasa, ia adalah kerana ia adalah doublethink, betul-betul seperti yang digambarkan oleh George Orwell dalam novel dystopian beliau Nineteen Eighty-Four - satu bentuk mencuci otak yang meyakinkan seseorang untuk mempunyai pandangan yang bercanggah secara langsung tanpa perasan percanggahan.

Satu lagi sumber hiburan telah MP terkenal Sir Malcolm Rifkind di UK, yang jengkel kerajaan dengan mencadangkan bahawa UK perlu bekerjasama dengan kerajaan Syria untuk memerangi ancaman Isil.

Sambil menyifatkan kerajaan Syria sebagai "amat jahat", untuk menyenangkan hati pengkritik, Rifkind mencadangkan Isil seorang pembantah yang lebih buruk. Beliau juga berbanding perikatan bakal dengan kerajaan Syria terhadap Isil untuk bekerja Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua untuk mengalahkan Nazi Jerman.

Masalah dengan penilaian Rifkind adalah bahawa Britain sebenarnya berperang semasa Perang Dunia Kedua. Perbandingan dengan Perang Dunia Kedua hanya mengesahkan bahawa Rifkind dan orang lain seperti dia hidup dalam dunia yang penghasut perang ini fantasi mencontohi Perang Dunia Kedua, di mana Britain adalah sentiasa berjaga-jaga terhadap rejim bermusuhan. Dalam dunia fantasi ini, tidak akan selama-lamanya perang adalah tidak dibenarkan "memujuk", dan perang yang berterusan terhadap beberapa musuh atau yang lain adalah satu-satunya cara untuk menjadi seorang negarawan yang besar.

Sebenarnya, campur tangan kuasa-kuasa asing telah menjadi masalah di Syria dari awal dan tidak akan pernah menjadi penyelesaian. Satu-satunya Syria "ancaman" pulih menentang Britain, seperti Perancis, telah disemai oleh tindakan berulang-ulang Jilatan untuk meyakinkan rejim AS yang semakin mengganggu dan paranoid.

Negara Amerika Syarikat adalah rejim ketenteraan didorong oleh raket perang dan pembunuhan. Selagi ia mempunyai apa-apa kuasa, ia akan menyebabkan tidak menahan diri dari penglibatan dalam zon konflik ganas, dan ia sentiasa akan mencari alasan untuk mencetuskan peperangan. Ia lebih suka menyerang sesiapa sahaja daripada no-ne.

Pengeboman kedua-dua pihak dan melakukan jauh dengan apa-apa matlamat politik yang realistik, dalam kes ini, ada jenaka. Sesungguhnya, apa yang pelik tentang sokongan Rifkind ini gabungan bakal dengan kerajaan Syria adalah bahawa dia adalah salah satu penyokong utama serangan udara AS bakal sasaran kerajaan Syria pada tahun 2013.

Anda akan berfikir saya telah membuat ini sebagai beberapa jenis tuntutan menyindir, tetapi saya tidak. Rupa-rupanya, Rifkind begitu taksub dengan peperangan yang dia tidak peduli siapa musuh adalah - satu tahun itu kerajaan Syria, tahun depan ia pemberontak. Mereka boleh berada di sisi yang berbeza daripada saluran, tetapi Rifkind dan Hollande kedua-dua mempunyai apa-apa takut bukan-penglibatan itu, dalam fikiran mereka, serangan udara pada sesiapa lebih baik daripada serangan udara sama sekali.

Francois Hollande dan Sir Malcolm Rifkind antara ramai yang telah melibatkan diri dalam kempen baring kekal sepanjang krisis Syria, untuk menyokong adventurisme rejim AS dalam usaha mendapatkan sebuah Iraq atau gaya Libya rejim-perubahan di Syria itu.

Hanya ketabahan dan keengganan kerajaan Syria runtuh telah menyebabkan kenyataan paradoks mereka semakin terdedah, diejek oleh sesiapa yang mempunyai perspektif yang jujur ​​pada peristiwa sebenar.

Apa yang kita telah belajar ialah rintangan bukan punca penderitaan, tetapi penyelesaian. Perang akan terus menjadi kebiasaan bagi rejim Amerika Syarikat dan negara-negara boneka bersifat menjilat, dan rintangan akan terus menjadi jawapan sehingga penyakit ketenteraan ini sembuh.

HJB / KAhttp://www.presstv.ir/detail/2014/09/02/377403/france-uk-going-mad-over-syria/

42 kanak-kanak terbunuh di Syria


ORANG ramai mengeluarkan mayat seorang penduduk yang terbunuh selepas kediaman mereka ranap dibom tentera kerajaan Syria di wilayah Aleppo kelmarin.


BEIRUT - Sekurang-kurangnya 42 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan bedilan meriam oleh tentera kerajaan Syria dalam tempoh 36 jam lalu, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria kelmarin.
Pertubuhan yang berpangkalan di Britain itu berkata, seramai 25 kanak-kanak terbunuh antara tengah malam Sabtu hingga tengah hari kelmarin dan lebih 17 lagi terbunuh antara Jumaat dan Sabtu malam.
Pengarah pertubuhan itu, Rami Abdul Rahman berkata, kebanyakan kematian berpunca daripada serangan udara dan bedilan meriam tentera Syria di seluruh negara, manakala wilayah Aleppo dan Idlib antara yang paling teruk terjejas.
Katanya, tentera Syria menggunakan sejenis bom yang dikenali sebagai bom barel yang tidak mempunyai ketepatan tetapi mampu menyebabkan kesan letupan yang besar.
"Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan lima penduduk dewasa maut dalam serangan bom berkenaan di bandar Hobait di wilayah Idlib kelmarin," katanya.
"Di wilayah Aleppo lima lagi kanak-kanak dan tiga dewasa terbunuh dalam satu serangan udara di barat wilayah berkenaan," tambahnya.
Sementara itu, pesawat pejuang Syria terus mengebom wilayah Jubar selepas tentera negara itu mula melancarkan operasi bagi menawan lokasi berkenaan yang kini ditawan pejuang pemberontak.
Kata pertubuhan tersebut, sekurang-kurangnya 15 serangan udara dilancarkan oleh tentera Syria di wilayah itu tetapi jumlah kematian masih belum diperolehi.
Seramai 191,000 penduduk Syria dilaporkan terbunuh sejak konflik di negara itu tercetus pada Mac 2011. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3C6WOdTFO 
Hakcipta terpelihara 

37 kanak-kanak terkorban dalam tempoh 36 jam di Syria


BEIRUT 1 Sept. - Seramai 37 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara di seluruh Syria dalam tempoh 36 jam lalu, kata Kumpulan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia.
Ketua kumpulan badan pemantau, Rami Abdul Rahman berkata, kematian yang paling teruk berlaku di wilayah Aleppo dan wilayah Idlib, barat laut negara ini.
Antara yang terkorban semalam termasuk lima kanak-kanak bersama lima dewasa dalam serangan bom di bandar Hobait di wilayah Idlib, manakala 20 yang lain dibunuh antara tengah malam Sabtu dan tengahari semalam dengan 17 yang lain dibunuh antara Jumaat dan Sabtu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_01/37-kanak-kanak-terkorban-dalam-tempoh-36-jam-di-Syria#ixzz3C6UszRPy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 1 September 2014

75 askar selamat


Perkara itu disahkan jurucakap tentera negara itu, Leftenan Kolonel Ramon Zagala. 
“Mereka kini berada di tempat selamat, bersama-sama senjata masing-masing, katanya di Manila. 

Kumpulan pertama terdiri daripada 35 anggota diselamatkan dengan mengguna kenderaan berperisai PBB Sabtu lalu selepas pemberontak Syria menyerang rakan mereka yang berada empat kilometer dari situ, katanya.
Foto
PANGLIMA tentera Filipina Jeneral Gregorio Catapang (tengah) bersama pegawai kanan tentera negara itu di Manila bergembira selepas dimaklumkan mengenai keselamatan tentera Filipina di Syria.

Menurutnya, 40 anggota lagi bertempur dengan pemberontak berkenaan selama tujuh jam namun berjaya melepaskan diri ke kawasan kawalan PBB yang terletak dua kilometer dari kedudukan mereka.

Mereka kemudian bergerak ke Kem Ziouani di kawasan kawalan PBB. 

“Kini tiada lagi masalah, semuanya selamat,” katanya. 

Menurutnya, pasukan berkenaan mengharungi cuaca sejuk dengan mengusung bekalan serta peralatan mereka untuk berjalan selama hampir dua jam untuk sampai kedestinasi dengan selamat. 

Pasukan keamanan Filipina itu diserang Khamis lalu namun enggan menyerahkan senjata mereka seperti dituntut pemberontak. 

Pada 23 Ogos lalu, kerajaan Filipina mengumumkan akan menarik balik kontinjen Filipina ke PBB yang membabitkan 331 anggota di Bukit Golan sebaik selesai tempoh perkhidmatan mereka bulan ini disebabkan keadaan keselamatan yang semakin meruncing. 

Israel merampas 1,200 kilometer persegi Bukit Golan ketika Perang Enam Hari pada 1967 sebelum bertindak menuntut kawasan itu sebagai miliknya - tindakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat dunia. 

Pasukan keselamatan PBB ditempatkan di situ sejak 1974 untuk memantau gencatan senjata antara Israel dan Syria.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

37 kanak-kanak terkorban dalam tempoh 36 jam di Syria


BEIRUT 1 Sept. - Seramai 37 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara di seluruh Syria dalam tempoh 36 jam lalu, kata Kumpulan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia.
Ketua kumpulan badan pemantau, Rami Abdul Rahman berkata, kematian yang paling teruk berlaku di wilayah Aleppo dan wilayah Idlib, barat laut negara ini.
Antara yang terkorban semalam termasuk lima kanak-kanak bersama lima dewasa dalam serangan bom di bandar Hobait di wilayah Idlib, manakala 20 yang lain dibunuh antara tengah malam Sabtu dan tengahari semalam dengan 17 yang lain dibunuh antara Jumaat dan Sabtu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_01/37-kanak-kanak-terkorban-dalam-tempoh-36-jam-di-Syria#ixzz3C0QfhVfP
© Utusan Melayu (M) Bhd