Wednesday, 21 January 2015

Syria mula musnahkan tapak penghasilan senjata kimia


Tiga anggota keselamatan memeriksa kawasan menghasilkan senjata
Tiga anggota keselamatan memeriksa kawasan menghasilkan senjata kimia di syria.
DAMSYIK 20 Jan. – Syria mula memusnahkan sisa tapak penghasilan senjata kimia, walaupun mengalami masalah cuaca buruk dan kekurangan logistik, lapor Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), hari ini.
Menurut jurucakap OPCW, Peter Sawczak, operasi memusnahkan tapak itu lewat sebulan daripada jadual berpunca daripada syarikat kontraktor terlibat dalam proses tersebut menarik diri.
Kerajaan Syria sebelum ini berkata, tugas memusnahkan 12 tapak dan terowong yang digunakan untuk menghasilkan senjata kimia sepatutnya bermula pada November lalu.
Tetap satu daripada dua syarikat tempatan yang ditugaskan untuk memusnahkan terowong tersebut terpaksa menunggu lama penghantaran bahan letupan dan peralatan lain, menyebabkan proses tersebut tertangguh.
Sumber yang rapat dengan OPCW melaporkan, proses memusnahkan bermula di bahagian terowong, tetapi masalah salji tebal melambatkan jadual.
“Damsyik menetapkan sasaran untuk memusnahkan satu terowong setiap bulan,” tambah sumber itu.
Julai lalu, OPCW yang ditugaskan untuk memantau proses memusnahkan tapak penghasilan senjata kimia di Syria, memberi masa selama 60 hari kepada kerajaan Syria untuk berbuat demikian.
Damsyik sebelum ini mematuhi perjanjian untuk menghentikan operasi penghasilan senjata kimia pada Oktober 2013, tetapi masih perlu memusnahkan lokasi pembuatan bahan berbahaya itu.
Sebanyak 1,300 tan metrik bahan senjata kimia telah dikeluarkan di Syria dan kebanyakannya dimusnahkan di luar negara oleh tentera Amerika Syarikat (AS). – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-mula-musnahkan-tapak-penghasilan-senjata-kimia-1.50252#sthash.Ob1LINqY.dpuf

Monday, 12 January 2015

Teman wanita suspek pengganas kini di Syria?


PARIS 11 Jan. – Teman wanita kepada suspek pengganas yang ditembak mati dalam insiden tebusan di sebuah pasar raya di sini, kelmarin, Hayat Boumeddiene, dipercayai memasuki Turki pada awal bulan ini dan kini mungkin berada di Syria.
Hayat Boumeddiene
Sumber keselamatan Turki melaporkan, Boumeddiene memasuki negara itu pada 2 Januari lalu dan dia turut mempunyai tiket pergi balik dari Madrid ke Istanbul.
Jelas sumber berkata, wanita berusia 26 tahun itu dipercayai berada di bandar Sanliurfa, tenggara Turki sebelum ke bergerak ke Syria, tetapi tiada bukti jelas yang mengesahkan dia berbuat demikian.
“Pihak berkuasa Turki tidak menahan Boumeddiene kerana tidak memperoleh maklumat risikan daripada Perancis.
“Kami tidak boleh menghalang semua orang memasuki negara ini tanpa perkongsian maklumat risikan dan jika Perancis memberi data tersebut, Boumeddiene mungkin telah ditahan dan diekstradisi ke Paris,” kata sumber itu yang enggan dinamakan.
Bagaimanapun sumber itu menambah, perkongsian maklumat risikan antara Perancis dan Turki semakin baik selepas kejadian serangan di ibu pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 nyawa.
Pihak berkuasa Perancis dalam pada itu mengesahkan Boumeddiene berada di luar Perancis ketika insiden serangan di Charlie Hebdo dan drama tebusan di pasar raya berlaku.
Boumeddiene, merupakan kekasih kepada seorang daripada suspek pengganas yang ditembak mati, Amedy Coulibaly, 32, dalam insiden tebusan di Porte de Vincennes, Paris. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/teman-wanita-suspek-pengganas-kini-di-syria-1.46917#sthash.cnFFOt2j.dpuf

Saturday, 10 January 2015

670,000 kanak-kanak di Syria terjejas dalam pendidikan


GENEVA 7 Jan. - Kira-kira 670,000 kanak-kanak di Syria tidak meneruskan persekolahan selepas militan Negara Islam (IS) mengarahkan penutupan sekolah bagi menukar kurikulum sekolah.
Menurut jurucakap Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), Christophe Boulierac, kanak-kanak yang mendaftarkan diri di sekolah rendah dan menengah di Raqqa, pedalaman Deir al-Zor dan wilayah Aleppo terjejas berikutan penutupan sekolah. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/670-000-kanak-kanak-di-syria-terjejas-dalam-pendidikan-1.45397#sthash.EkHM1X5H.dpuf

OPCW sahkan kerajaan Syria guna senjata kimia

Kanak-kanak Syria dibawa menaiki sebuah lori pikap dari kawasan
Kanak-kanak Syria dibawa menaiki sebuah lori pikap dari kawasan perumahan Bab al-Hadid di Aleppo, utara Syria selepas kawasan itu menjadi sasaran serangan roket pada 2 Januari lalu. – AFP
NEW YORK 7 Jan. – Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) dalam laporannya membuat rumusan ‘dengan keyakinan yang tinggi’ bahawa kerajaan Syria bertanggungjawab menggunakan gas klorin semasa melancarkan serangan di tiga buah kampung di negara itu pada tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 13 orang daripada kira-kira 500 penduduk terbunuh dalam serangan itu, me­nurut laporan menerusi misi mencari fakta oleh OPCW yang diperolehi agensi berita AFP, semalam.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membincangkan laporan itu, semalam mencetuskan perdebatan antara Britain, Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.
Duta AS ke PBB, Samantha Po­wer berkata, laporan terbaharu itu menyediakan ‘lebih banyak saksi tentang bukti penggunaan gas klo­rin oleh kerajaan Syria’.
“Syria mesti menjelaskan bahawa adalah tidak cukup dengan hanya memusnahkan senjata kimia yang diisytihar sahaja, tetapi mesti menghentikan menggugurkan bahan letupan kimia ke atas orang awam,’’ kata Power dalam tweet beliau.
Laporan OPCW, bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan se­ra­­­ngan gas klorin di Kampung Talmenese, Al Tamanah dan Kafr Zita yang bermula dari April hingga Ogos tahun lalu.
Power memetik laporan yang menyatakan 32 saksi melihat atau mendengar bunyi helikopter sebelum bom digugurkan dan 29 penduduk terhidu klorin.
Duta Chile ke PBB, Cristian Barros Melet yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 negara itu pada bulan ini menolak untuk menyediakan butiran tentang perbincangan itu dengan menyatakan bahawa majlis berkenaan akan terus menerima laporan daripada badan itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/opcw-sahkan-kerajaan-syria-guna-senjata-kimia-1.45576#sthash.3dwJs5XU.dpuf

Friday, 9 January 2015

ukti gas klorin digunakan di Syria


8 Januari 2015


THE HAGUE - BELANDA. Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW), kelmarin mendakwa mereka mempunyai bukti yang menunjukkan gas klorin digunakan dalam serangan di Syria antara April dan Ogos tahun lalu.

Menurut laporan agensi itu, sekurang-kurangnya 13 maut manakala ratusan lagi menunjukkan gejala keracunan klorin sejurus insiden serangan ke atas perkampungan Talmenese, al-Tamanah dan Kafr Zita tersebut.

Bagaimanapun, laporan terbabit tidak mendedahkan dalang yang bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia itu, namun keterangan 32 saksi menunjukkan gas klorin tersebut dilepaskan dari sebuah helikopter dipercayai milik tentera rejim Presiden Bashar
al-Assad. - Al-Arabiya

Ribut Huda landa negara rantau Arab

 8 Januari 2015
Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan.
Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan.

BEIRUT - LUBNAN. Ribut musim sejuk, Huda dilaporkan melanda sebahagian besar negara di Timur Tengah termasuk Lubnan, kelmarin. Media tempatan melaporkan fenomena itu telah menyebabkan penutupan lapangan terbang di ibu negara selepas kawasan sekitar dilanda salji, angin kencang dan sebahagian tempat turut ditenggelami banjir. Pihak berkuasa juga bertindak mengeluarkan amaran kepada pengguna lalu lintas supaya sentiasa mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Di Jordan, cuaca dijangka menjadi sangat sejuk disusuli hujan lebat di kawasan tengah dan utara negara itu. Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca memaklumkan suhu di sekitar Amman diramalkan menurun sehingga di bawah 5 darjah Celsius dan salji setebal 2.5 hingga 7.6 sentimeter dijangka melanda ibu negara terbabit. Sementara itu, agensi berita Lubnan, Daily Star melaporkan ribut salji tersebut akan turut melanda beberapa kawasan di Israel dan wilayah Palestin. - Al-Arabiya

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Pelarian Syria paling ramai

Geneva: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pelarian Syria kini lebih ramai daripada warga Afghanistan selepas terpaksa melarikan diri ke lebih 100 negara akibat perang saudara di tanah air mereka.
Pelarian Syria direkodkan lebih 3 juta orang pada 2014 iaitu hampir satu dalam empat daripada 13 juta pelarian di seluruh negara yang mendapat bantuan PBB.
Jumlah berkenaan - yang tidak merangkumi pelarian Palestin - yang paling tinggi sejak tahun 1996, kata badan dunia itu dalam satu laporan.
Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian PBB Antonio Guterres berkata, kira-kira lima juta pelarian Palestin pula menerima bantuan berasingan daripada agensi khas PBB, Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA).
“Selagi masyarakat antarbangsa gagal memikirkan penyelesaian politik bagi konflik sedia ada dan mengelak perbalahan baru, kita akan terus berdepan keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sekurang-kurangnya 200,000 orang mati dan separuh daripada populasi Syria kehilangan tempat tinggal sejak konflik bermula pada Mac 2011 ekoran protes yang berakhir dengan perang saudara.s
Sementara itu, Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNHCR) berkata, kira-kira 5.5 juta orang di seluruh dunia terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk menjadi pelarian dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:03 AM


DUA pelarian Syria duduk di kaki lima ketika salji melanda Istanbul, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22299#sthash.nc2jHooS.dpuf

Makam Imam 
Nawawi diletupkan

MAKAM Imam Nawawi rosak selepas dibom oleh kumpulan Barisan al-Nusra
MAKAM Imam Nawawi rosak selepas dibom oleh kumpulan Barisan al-Nusra di bandar Nawa di wilayah Daraa, kelmarin. – AGENSI
DARAA 8 Jan. - Kumpulan militan al-Qaeda cawangan Syria dilapor meletupkan beberapa makam ulama Sunnah termasuk makam Imam Nawawi yang terletak selatan negara ini, November lalu.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, tentera kumpulan Barisan al-Nusra yang merupakan anggota Militan Negara Islam (IS) menyamakan makam seperti tempat pemujaan menyebabkan kumpulan itu me­runtuhkan tempat pemujaan dan beberapa kuil dimusnahkan di kawasan tersebut.
Barisan al-Nusra telah meletupkan makam Imam Nawawi yang terletak di bandar Nawa di wilayah Daraa.
Kementerian Khazanah Islam yang hilang kawalan di wilayah Daraa kepada kumpulan penentang kerajaan mengutuk pengeboman tersebut sebagai satu serangan ke atas ‘sejarah negara’ dan warisan itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/makam-imam-8232-nawawi-diletupkan-1.45906#sthash.CsCkZY9x.dpuf

Kanada terima 13,000 pelarian dari Syria dan Iraq


OTTAWA 9 Jan. - Kanada semalam bersetuju menempatkan semula 10,000 pelarian dari Syria dan 3,000 pelarian Iraq untuk tempoh tiga tahun akan datang sebagai menjawab rayuan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberi bantuan kepada pelarian.
Penempatan tersebut memenuhi rayuan sebanyak 10 peratus daripada agensi PBB untuk memberi bantuan penempatan semula kepada pelarian yang melarikan diri daripada keganasan di kedua-dua negara.
Menurut laporan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, jumlah pelarian Syria mengatasi bilangan pelarian di Afghanistan yang merupakan pelarian paling ramai memerlukan perlindungan.
"Penduduk Syria dan Iraq berdepan dengan keganasan paling dahsyat di dunia," ujar Menteri Imigresen, Chris Alexander, yang menunjukkan Militan Negara Islam (IS) melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk Syria dan Iraq secara sistematik berikutan tidak mematuhi ajaran Islam.
Sejak 2009, Kanada menerima 20,000 pelarian dari Iraq dan lebih 1,000 pelarian Syria juga berhijrah ke Kanada sejak perang saudara bermula pada 2011.
Pembangkang bagaimanapun, mengkritik kerajaan kerana lambat bertindak dan tidak menerima pelarian dari pelbagai wilayah. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanada-terima-13-000-pelarian-dari-syria-dan-iraq-1.46053#sthash.5OkWy9Sk.dpuf

Tuesday, 6 January 2015

Lebanon perkenal visa untuk penduduk Syria

TO GO WITH AFP STORY BY SERENE ASSIR One of Umm Ali's eleven children
Lebanon terpaksa memperkenalkan penggunaan visa terhadap penduduk Syria berikutan kebanjiran rakyat negara itu di sempadan negaranya. – AFP
BEIRUT 5 Jan. – Lebanon hari ini mula menguatkuasakan penggunaan visa terhadap rakyat Syria selepas negara ini dibanjiri pelarian dari negara itu.
Sumber di agensi keselamatan awam Lebanon menyatakan, penduduk Syria yang mahu memasuki sempadan negara ini, perlu me­nunjukkan visa berkenaan.
Penggunaan visa itu diperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah di antara dua negara tersebut selepas lebih 1.1 juta pelarian Syria melarikan diri ke negara ini berikutan krisis perang saudara yang tercetus sejak tahun 2011.
Kebanjiran rakyat Syria di Lebanon menguji kesabaran penduduk tempatan berikutan masalah kekurangan sumber makanan serta keadaan keselamatan yang semakin merosot di Arsal, bandar di sempadan Syria yang menempatkan ribuan pelarian.
Beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan Lebanon menyuarakan kebimbangan tidak lagi mampu menampung kemasukan pelarian dari Syria kepada masyarakat antarabangsa.
Oktober lalu, Menteri Hal Eh­wal Sosial, Rashid Derbas berkata, pihaknya tidak dapat menerima lagi kemasukan pelarian Syria ke­cuali atas sebab kemanusiaan.
Jelas beliau ketika itu, pengenal­an visa perlu dibuat bagi berdepan kebanjiran pelarian. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lebanon-perkenal-visa-untuk-penduduk-syria-1.44891#sthash.ehAtcgHI.dpuf

Lebanon perkenal visa untuk penduduk Syria


TO GO WITH AFP STORY BY SERENE ASSIR One of Umm Ali's eleven children
Lebanon terpaksa memperkenalkan penggunaan visa terhadap penduduk Syria berikutan kebanjiran rakyat negara itu di sempadan negaranya. – AFP
BEIRUT 5 Jan. – Lebanon hari ini mula menguatkuasakan penggunaan visa terhadap rakyat Syria selepas negara ini dibanjiri pelarian dari negara itu.
Sumber di agensi keselamatan awam Lebanon menyatakan, penduduk Syria yang mahu memasuki sempadan negara ini, perlu me­nunjukkan visa berkenaan.
Penggunaan visa itu diperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah di antara dua negara tersebut selepas lebih 1.1 juta pelarian Syria melarikan diri ke negara ini berikutan krisis perang saudara yang tercetus sejak tahun 2011.
Kebanjiran rakyat Syria di Lebanon menguji kesabaran penduduk tempatan berikutan masalah kekurangan sumber makanan serta keadaan keselamatan yang semakin merosot di Arsal, bandar di sempadan Syria yang menempatkan ribuan pelarian.
Beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan Lebanon menyuarakan kebimbangan tidak lagi mampu menampung kemasukan pelarian dari Syria kepada masyarakat antarabangsa.
Oktober lalu, Menteri Hal Eh­wal Sosial, Rashid Derbas berkata, pihaknya tidak dapat menerima lagi kemasukan pelarian Syria ke­cuali atas sebab kemanusiaan.
Jelas beliau ketika itu, pengenal­an visa perlu dibuat bagi berdepan kebanjiran pelarian. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lebanon-perkenal-visa-untuk-penduduk-syria-1.44891#sthash.39vrX3X8.dpuf

Monday, 5 January 2015

Lubnan laksanakan sekatan visa ke atas Syria


5 Januari 2015

BEIRUT -LUBNAN. Lubnan mula mengenakan sekatan visa ke atas rakyat Syria buat pertama kalinya selepas menerima kemasukan lebih 1.1 juta pelarian di negara itu.

Peraturan baharu berkuat kuasa hari ini, disiarkan melalui laman web agensi Keselamatan Negara dan dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk pelancongan serta rawatan perubatan.

Difahamkan, langkah itu diambil dalam usaha negara terbabit untuk membendung kebanjiran warga Syria yang melarikan diri daripada kekejaman perang saudara di negara mereka.

Rakyat di kedua-dua negara sebelum ini bebas merentasi sempadan yang dikongsi bersama sejak Lubnan mencapai kemerdekaan pada 1943. - AFP

Saturday, 3 January 2015

76,000 orang terbunuh di Syria


Ramai kanak-kanak menjadi pelarian akibat peperangan di Syria, tahun lalu.
Ramai kanak-kanak menjadi pelarian akibat peperangan di Syria, tahun lalu.
BEIRUT - LUBNAN. Lebih 76,000 orang maut dalam konflik berpanjangan di Syria sepanjang 2014.

Jumlah berkenaan adalah yang tertinggi sejak perang meletus di negara itu, empat tahun lalu.

Konflik yang tercetus sejak 2011 itu juga menyaksikan kebangkitan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menguasai sebahagian besar wilayah di Syria serta negara jiran, Iraq.

Pemerhati Hak Asasi bagi Syria berkata daripada jumlah 76,021 yang maut tahun lalu, 18,000 adalah orang awam  termasuk 3,501 kanak-kanak.

"Sebahagian besar yang terkorban di Syria sepanjang tahun lalu adalah pejuang, termasuk hampir 17,000 militan lapor Press TV .

"Angka lain membabitkan pasukan pemberontak iaitu 15,747 orang serta anggota tentera kerajaan berjumlah 22,627 orang," katanya. 

Sukarelawan Itali rayu dibebaskan


Vanessa Marzullo (kanan) dan Greta Balqis merayu ke Rom untuk membuat usaha untuk membebaskan mereka.
Vanessa Marzullo (kanan) dan Greta Balqis merayu ke Rom untuk membuat usaha untuk membebaskan mereka.
ROM - ITALI. Satu rakaman video baharu menunjukkan dua pekerja bantuan wanita Itali yang diculik kumpulan militan di Syria merayu supaya Rom melakukan usaha untuk membebaskan mereka. Rakaman video terbabit memaparkan Vanessa Marzullo dan Greta Rameli yang diculik di Aleppo, Ogos lalu. Video berdurasi 23 saat itu dipercayai diterbitkan Barisan al-Nusra yang tidak berpuas hati dengan pembabitan Itali dalam tentera pakatan lapor Press TV . Sementara itu, Speaker Dewan Perwakilan Itali, Laura Boldrini berkata perkembangan terbaharu itu amat melegakan selepas mengetahui kedua-dua wanita terbabit masih hidup dan dalam keadaan sihat. Bagaimanapun, Kementerian Luar Itali yang sebelum ini menolak laporan wanita berkenaan diculik enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penyebaran video berkenaan.

Syarat kumpulan penentang sebelum berunding

Beirut: Sebuah kumpulan pembangkang baru Syria yang dikaitkan dengan ulama terkemuka semalam berkata Presiden Bashar al-Assad perlu melepaskan jawatannya untuk menyelesaikan perang saudara yang melanda negara itu.
Ia bertujuan memudahkan rundingan damai yang dijadualkan di Moscow, bulan ini.
Bekas ketua pembangkang yang juga bekas imam Masjid Umayyad di Damsyik, Moaz al-Khatib, mengeluarkan kenyataan dalam akaun Facebooknya semalam mengatakan penyelesaian tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya ketua regim berkenaan tidak berundur dari jawatannya.
Moaz berkata, kenyataan itu dikeluarkan bagi pihak pertubuhan Syria, al-Watan dan ditujukan kepada rakyat Syria.
Menurutnya, perbincangan hanya boleh dilakukan secara serius jika mereka mengarahkan kerajaan menghentikan serangan kejam ke atas rakyat Syria yang dianggap sebagai ‘jenayah paling besar dalam sejarah kemanusiaan.’
Bashar berulang kali menolak cadangan Khatib dan pemimpin penentang yang lain serta negara Arab dan Barat supaya dia meletakkan jawatan.
Negara Barat dan Arab yang berusaha membantu menamatkan sengketa bersenjata di negara itu menganggap Bashar sudah tidak lagi relevan dan tidak dihormati oleh rakyat Syria.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Russia selaku sekutu Bashar berusaha menemukan kerajaan Syria dan penentangnya pada hujung bulan ini bagi membincangkan cara menamatkan konflik hampir empat tahun itu yang sudah mengorbankan 200,000 orang.
Kerajaan Syria mendakwa perjuangannya dilakukan terhadap militan yang dibiayai negara luar.
Bashar semalam melawat tenteranya di daerah Damsyik dan memuji mereka yang sanggup berjuang untuk membanteras keganasan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:02 AM


PRESIDEN Syria Bashar al-Assad (tengah) memberi kata semangat kepada askar yang setia kepadanya ketika melawat kedudukan mereka di Jobar, timur laut Damsyik, kelmarin.
- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/21115#sthash.5JSDf1A7.dpuf

19 terbunuh di Aleppo


Beirut: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh semalam selepas penentang rejim Syria melepaskan tembakan terhadap kawasan yang dikuasai tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad di Aleppo.
Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, mereka yang maut termasuk lima kanak-kanak.
Tiga daripada mereka terbunuh bersama-sama ibu mereka apabila kereta dinaiki keluarga itu dibedil roket.
SOHR berkata, sekurang-kurangnya 32 lain cedera parah dalam keganasan kelmarin yang berlaku di barat bandar itu.
Aleppo yang pernah menjadi hab ekonomi Syria mengalami kemusnahan teruk selepas pertempuran tercetus pada pertengahan 2012.
Bandar itu kini terbahagi antara tentera kerajaan di kawasan barat manakala timur Aleppo dikuasai penentang Bashar.
Tentera kerajaan dilapor semakin mara di sekitar bahagian timur seterusnya mengancam lokasi yang dikuasai penentangnya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21117#sthash.GPAvluW2.dpuf

Wednesday, 31 December 2014

Ratusan tahanan mogok lapar

Ratusan tahanan mogok lapar | Harian Metro: "Ratusan tahanan mogok lapar
AFP
Beirut: Ratusan tahanan di sebuah penjara di Syria melancarkan mogok lapar untuk menuntut pembebasan mereka.

Tahanan itu yang ditahan di Homs, tengah Syria, termasuk mereka yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan apabila konflik meletus hampir empat tahun lalu.

“Secara umum, lebih 1,000 tahanan mengambil bahagian dalam mogok lapar itu yang kami mulakan empat hari lalu,” kata seorang tahanan yang enggan dikenali kepada AFP menerusi telefon.

“Kami ingin tahu nasib kami dan kami menuntut pembebasan,” katanya.

Sebahagian mereka dipenjara sehingga 30 tahun kerana menunjuk perasaan secara aman. Ada yang tidak tahu berapa lama mereka akan ditahan.

Kumpulan pemerhati hak asasi Syria (SOHR) yang berpejabat di Britain mengesahkan mogok lapar itu dilancarkan di penjara di Homs.

SOHR yang bergantung kepada sumber di Syria untuk memperoleh maklumat berkata, sebahagian besar tahanan sudah menamatkan hukuman mereka dan menanti untuk dibebaskan.

Mogok itu juga dilakukan sebagai membantah layanan buruk oleh pengawal penjara dan kekurangan makanan serta ubat.

Rejim Syria di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad memenjarakan kira-kira 200,000 orang sejak Mac 2011 apabila tunjuk perasaan menuntut penggulingan kerajaannya bermula.

Ia bertukar menjadi konflik bersenjata antara pemberontak dengan tentera kerajaan selepas rejim itu bertindak ganas untuk menamatkan tunjuk perasaan berkenaan.

Menurut SOHR, 12,000 tahanan mati di penjara sejak konflik itu meletus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:04 AM"



'via Blog this'

Simpati nasib Syria alasan sertai IS

Apa itu IS?

Simpati nasib Syria alasan sertai IS - Semasa - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR - "Bukan kamu seorang sahaja simpati dengan apa yang berlaku di Syria. Seluruh umat Islam bersimpati dan saya juga bersimpati sebagai seorang Islam.

"Kalau simpati kenapa perlu nak ke sana? Nak menyertai kumpulan pengganas? (kumpulan militan Islamic State)," tanya Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim sebelum menolak pengakuan bersalah seorang peniaga runcit atas tuduhan hendak menjadi ahli kumpulan militan tersebut.

Terdahulu, tertuduh Mohd Rosmadi Che Daud, 42, tidak setuju dengan fakta kes yang menyatakan dia "membuat persiapan menyertai" kumpulan tersebut.

"Saya hanya simpati rakyat Syria mati dibunuh tanpa belas kasihan dan tak berniat langsung menyertai IS," kata Mohd Rosmadi sambil menitiskan air mata.

Kamardin berkata mesti ada tujuan tertuduh hendak ke Syria dan setakat simpati tidak perlu ke sana, sebelum menolak pengakuan bersalahnya dan menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes yang dibacakan di Mahkamah, Mohd Rosmadi ditahan pada 25 Sept yang lalu bersama-sama beberapa orang yang lain di Balai Perlepasan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika tertuduh hendak mendaftar masuk bagi penerbangan Qatar Airways ke Istanbul, Turki.

Mohd Rosmadi yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan, menghadapi pertuduhan utama, hendak menjadi ahli kepada kumpulan IS.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, dan jika disabitkan boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara sehingga 30 tahun, atau denda dan harta yang telah digunakan atau niat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan tersebut, boleh dirampas.

Bagi pertuduhan pilihan, Mohd Rosmadi menghadapi tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan tersebut dan didakwa di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Abu Bakar manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Shukor Abu Bakar. - Bernama"



'via Blog this'

Saturday, 27 December 2014

45 maut serangan tentera Syria


seorang penduduk memerhati bangunan dan kenderaan yang rosak teruk
seorang penduduk memerhati bangunan dan kenderaan yang rosak teruk selepas tentera Syria melancarkan serangan di Duma, Damsyik, semalam. – REUTERS
AMMAN 26 Dis. – Sekurang-kurang­nya 45 orang awam terbunuh, manakala 175 orang lagi cedera apabila pesawat pejuang tentera Syria mengebom bandar di utara Syria yang dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS) ketika tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad meningkatkan serangan udara ke atas sasaran IS.
Helikopter dan pesawat pejuang Syria dilaporkan menggugurkan bom tong ke atas kawasan perumahan dan industri di bandar al-Bab dan bandar Qabaseen, sejak semalam.
Seorang penduduk Qabaseen, Yousef al-Saadi mempertikaikan tujuan Assad menyerang kawasan tersebut.
“Tiada orang bersenjata di kawasan ini. Yang ada hanyalah orang miskin,’’ katanya.
Media rasmi Syria tidak melaporkan serangan udara ke atas al-Bab itu, yang menjadi sasaran tentera Syria sejak permulaan kempen tentera udara Amerika Syarikat (AS) ke atas IS pada September lalu.
“Serangan udara tentera Syria ke atas kawasan yang dikuasai pemberontak dan kumpulan militan semakin meningkat sejak tiga hari lalu,’’ katanya.
Badan hak asasi itu berkata, sekurang-kurangnya 110 penduduk awam terbunuh dalam lebih 470 serangan udara yang dilancarkan di kawasan pemberontak, termasuk di Damsyik dalam tempoh 72 jam lalu.
Sementara itu, tentera Jordan dan AS, hari ini menafikan dakwaan IS bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Jordan di Syria dan menahan juruterbangnya.
Seorang pegawai tentera Jordan berkata, petunjuk pertama me­nunjukkan pesawat tentera Jordan yang terhempas di Raqa, Syria bukan disebabkan serangan kumpulan militan itu.
IS kelmarin mendakwa menembak jatuh pesawat F-16 milik Jordan di utara Syria dan juruterbangnya, Leftenan Maaz al-Kassasbeh ditangkap oleh IS.
Pesawat itu merupakan yang pertama terhempas sejak tentera bersekutu diketuai AS melancarkan serangan udara ke atas sasaran IS di Syria pada September lalu.
Jordan merupakan antara negara yang menyertai AS melancarkan serangan udara ke atas IS. – AFP/Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/45-maut-serangan-tentera-syria-1.41347#sthash.0x2LXclo.dpuf