26 Mac 2013
TEL AVIV - Israel, kelmarin melancarkan serangan balas ke Syria dengan memusnahkan mesingan yang ditempatkan di Bukit Golan.
Dipetik Reuters, menurut jurucakap perdana menteri, Ofir Gendelman menerusi Twitter, tindakan itu diambil selepas kenderaan milik tentera terkena tembakan peluru sesat yang didakwa melangkaui garisan sempadan gencatan senjata di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, tiada askar dilaporkan cedera dalam insiden itu.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon menyatakan dengan angkuh bahawa mereka tidak akan membenarkan tentera Syria atau pihak lain mencabul kedaulatan Israel dengan cara menembak ke wilayah mereka.
Pada masa ini, sempadan Jordan dan Israel didakwa telah menjadi medan pertempuran antara askar prokerajaan dan Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Difahamkan, Israel menawan Bukit Golan selepas Perang Enam Hari 1967 dan turut meluaskan dataran strategik di kawasan itu pada 1981, namun langkah tersebut tidak diiktiraf negara antarabangsa.

No comments:
Post a Comment