Tuesday, 26 March 2013

Ketua pemberontak Syria terselamat serangan bom



ANKARA 26 Mac - Ketua kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Syria (FSA), Kolonel Riad al-Asaad dilapor terselamat dalam satu cubaan membunuhnya dalam serangan bom kereta di timur Syria semalam.
Seorang pegawai kerajaan Turki yang enggan dikenali berkata, Riad yang juga pengasas FSA, cedera parah di sebelah kakinya dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Turki.
"Kejadian tersebut berlaku di bandar al-Mayadin, di selatan Deir al-Zor apabila bom yang diletakkan di bawah keretanya diletupkan.
"Keadaan Riad kini dilaporkan stabil," kata pegawai terbabit. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130326/lu_01/Ketua-pemberontak-Syria-terselamat-serangan-bom#ixzz2OkqbCzyx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment