Tuesday, 26 March 2013

Tentera Syria didakwa guna senjata kimia




PEGAWAI kerajaan Syria dan anggota tentera melawat seorang mangsa yang dikatakan terkena senjata kimia di sebuah hospital di Aleppo, Syria.


AMMAN - Dua tentera penentang Presiden Bashar Al-Assad maut dan 23 yang lain cedera selepas tentera Syria didakwa menembak senjata kimia di bandar Adra yang dikuasai tentera penentang dekat pinggir Damsyik, kata pihak pembangkang semalam.
Tentera rejim Bashar dilapor melepaskan tembakan itu menggunakan beberapa pelancar roket terhadap kumpulan penentang yang mengepung sebuah pangkalan tentera.
"Para doktor menyatakan senjata kimia yang digunakan adalah fosforus yang menyerang sistem saraf manusia.
"Dua pejuang tersebut berada terlalu dekat dengan letupan roket itu dan mati di tempat kejadian," kata seorang aktivis di bandar Douma, Mohammad al-Doumani.
Tiada pengesahan daripada pihak berkecuali mengenai serangan berkenaan.
Minggu lalu, seramai 26 orang terkorban dalam serangan roket berhampiran bandar Aleppo.
Pihak berkuasa dan penentang saling menuding jari ekoran tembakan senjata kimia di negara itu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2OeU1PC2g 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment