DAMSYIK 27 Ogos - Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi amaran kepada Syria bahawa negara itu akan berdepan dengan tindakan berhubung penggunaan senjata kimia yang disifatkannya mencabul moral.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130828/lu_09/AS-pula-beri-amaran-kepada-Syria#ixzz2dEWqpcZ3
© Utusan Melayu (M) Bhd
AS turut membatalkan mesyuarat dengan sekutu utama Syria iaitu Rusia berhubung konflik di negara itu yang dijadualkan diadakan di The Hague, minggu ini, menurut Jabatan Negara AS.
Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam pada itu menuduh kerajaan Presiden Bashar al-Assad terlibat dalam usaha menyembunyikan insiden tersebut.
Pembunuhan orang awam, wanita, kanak-kanak dan mereka yang tidak bersalah secara semberono oleh senjata kimia adalah satu pencabulan moral.
Perbuatan itu tidak dapat dimaafkan dan meskipun Syria menafikannya, dakwaan yang menyatakan tentera Syria menggunakan senjata kimia tidak dapat disangkal," katanya dalam satu kenyataan.
Kerry berkata, Washington akan menyediakan lebih banyak bukti tentang siapa dalang di sebalik serangan itu dan Presiden Barack Obama telah menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima balasannya.
Kami telah memperolehi maklumat tambahan tentang serangan itu dan maklumat masih sedang dikumpulkan serta diteliti secara bersama dengan sekutu kami.
Kami akan mendedahkan maklumat itu dalam tempoh beberapa hari lagi," ujar Kerry.
Dalam pada itu, Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem menegaskan, kerajaan akan mempertahankan negara terhadap mana-mana tindakan tentera yang dirancang oleh AS dan sekutunya.
Sama ada kami menyerah diri atau mempertahankan negara dengan kemampuan yang ada, maka saya akan pilih tindakan mempertahankan diri sebagai pilihan. - DPA/AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130828/lu_09/AS-pula-beri-amaran-kepada-Syria#ixzz2dEWqpcZ3
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment