Friday, 30 August 2013

Britain hantar enam jet RAF Typhoon

LONDON 29 Ogos - Britain menghantar enam jet pejuang jenis RAF Typhoon ke Cyprus bagi mempertahankan kedaulatannya di rantau itu ketika meningkatnya ketegangan di Syria dan rundingan berhubung campur tangan tentera Barat di Damsyik.
Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, jet pemintas udara ke udara itu akan ditempatkan di Pangkalan Akrotiri Britain di Cyprus, hari ini.
"Ini adalah semata-mata sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kepentingan Britain dan mempertahankan kedaulatan pangkalan kami di rantau itu ketika ketegangan di rantau itu sedang memuncak.
"Langkah ini juga adalah untuk mempertahankan operasi aset udara ke udara dan bukan untuk terlibat dalam tindakan ketenteraan ke atas Syria," kata jurucakap itu.
Cyprus terletak kira-kira 200 kilometer dari perairan Syria.
Britain turut mempunyai kapal-kapal perang di Laut Mediterranean. - REUTER


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130830/lu_06/Britain-hantar-enam-jet-RAF-Typhoon#ixzz2dT6l5bEa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment