Friday, 30 August 2013

HANYA 3 SAHAJA LAGI MARKAS YANG PERLU DIBEBASKAN. JIKA KETIGA-TIGA INI BERJAYA DIBEBASKAN, 100% BANDAR, DAERAH, NEGERI AL-RAQQAH BERADA DITANGAN MUJAHIDDIN

al-Raqqah, Syria

HANYA 3 SAHAJA LAGI MARKAS YANG PERLU DIBEBASKAN. JIKA KETIGA-TIGA INI BERJAYA DIBEBASKAN, 100% BANDAR, DAERAH, NEGERI AL-RAQQAH BERADA DITANGAN MUJAHIDDIN

A- Lapangan terbang Tabqa
B - Kem Tentera Divisyen 17
C - Kem Tentera Briged 93

Ini adalah sebahagian peta negeri Al-Raqqah (juga dieja sebagai Rakka). Ibu negerinya juga bernama al-Raqqah. Populasi penduduknya sekitar 220 ribu orang (berdasarkan laporan pada 2004). Pernah menjadi ibukota pada zaman Empayar Abbasiah. (Baghdad kekal sebagai pusat pemerintahan empayar ini). ketika Revolusi Syria bermula pada Mac 2011, Negeri al-Raqqah adalah negeri yang paling lambat menerima gelombang kebangkitan tetapi menjadi negeri yang pertama berjaya dikuasai oleh mujahiddin sepenuhnya. Pada penghujung tahun 2012, mujahiddin telah berjaya menguasai daerah Tal Abyad (bahagian utara al-Raqqah), kemudian pada awal 2013, mujahiddin berjaya menguasai Empangan Tabqa dan bandar Tabqa. (Tabqa juga dikenali dengan nama al-Thawrah). Pada awal bulan Mac 2013, mujahiddin berjaya menguasai ibukota al-Raqqah sepenuhnya. Tugu Hafiz al-Assad yang terletak ditengah-tengah kota dijatuhkan dan disebarkan meluas diinternet. Rejim tidak ada cara lain untuk bertindak balas melainkan hanya melalui serangan udara sahaja.

Buat masa ini, hanya 3 tempat sahaja lagi yang tinggal yang masih dikuasai oleh rejim dan sehingga kini, para mujahiddin kita terus menerus mengepung dan membuat serangan ke atas kawasan ini.
Kesemua kawasan tentera, pusat pemeriksaan tentera dan lain-lain kesemuanya telah berjaya dibebaskan oleh mujahiddin.



Status asal pada 26 Mac lalu. http://on.fb.me/15ARs69

No comments:

Post a Comment