Monday, 2 September 2013

Keputusan senjata kimia 3 minggu lagi

THE HAGUE 1 Sept. - Kumpulan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, proses analisis dan penilaian terhadap sampel bahan dipercayai senjata kimia yang didakwa digunakan oleh tentera kerajaan Syria mungkin memakan masa selama tiga minggu.
Sumber Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) melaporkan, sebuah kapal terbang kerajaan Jerman membawa 13 ahli kumpulan penyiasat tersebut ke Rotterdam, semalam sebelum dibawa ke makmal di The Hague menggunakan kereta.
"Setiap usaha akan dilakukan bagi mempercepatkan proses analisis bahan itu dan laporan keputusan penilaian akan dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon oleh ketua pasukan penyiasat, Dr. Ake Sellstrom," jelas sumber terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130902/lu_08/Keputusan-senjata-kimia-3-minggu-lagi#ixzz2djFZPvoI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment