Wednesday, 5 February 2014

syria berdarah

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Ekoran dari kenyataan Syeikh Muhaisini yang menentang ISIS, maka seperti yang dijangkakan, maka bermulalah serangan ISIS keatas Syeikh tersebut.

Tweet seorang Syeikh ISIS, Muaz As-Safook, mengugut Syeikh Mohaisini dengan mengatakan, "eloklah engkau pulang ke negara kau, jika tidak, mungkin engkau akan dibunuh oleh orang yang telah membunuh Salih(Abdul Kadir Saleh)!"

Sedikit penjelasan: Syeikh Abdul Kadir Saleh, merupakan seorang komander Liwa' Tauhid yang disayangi ramai dan telah terbunuh dalam satu serangan udara Rejim pada tahun lepas. Ramai sangsi bagaimana Rejim dapat tahu posisi Abdul Kadir dengan tepat, dan ada teori mengatakan bahawa ada pembelot yang meletakkan kad signal kepada tentera udara Rejim pada posisi Abdul Kadir.

Dengan bukti tweet ini, secara tidak langsung terdapat sangkaan bahawa anggota ISIS yang meletakkan kad signal tersebut.

Wallahu a’lam bish-shawabi

No comments:

Post a Comment