Beirut: Helikopter tentera Syria melakukan serangan baru di Aleppo semalam dengan menggugurkan bom dalam usaha mereka meningkatkan tekanan kepada musuh.
Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia melaporkan serangan bom dari udara itu dijalankan di lokasi dikuasai pejuang antikerajaan yang juga diserang kelmarin dan menyebabkan 30 orang terbunuh.
Pusat Media Aleppo pula berkata, satu daripada serangan itu terkenal sebuah sekolah di kejiranan Masakan Hanano dan mengorbankan sejumlah kanak-kanak. Tiada butiran mengenai jumlah kematian dikeluarkan sehingga petang semalam (waktu Malaysia). Sepanjang hujung minggu lalu pertubuhan berpangkalan di Britain itu melaporkan, 85 orang maut dalam sehari akibat serangan udara rejim Presiden Bashar al-Assad. Serangan udara yang sengit memaksa orang awam berpusu-pusu meninggalkan kawasan dikuasai pejuang antikerajaan di timur dan utara Aleppo. Namun persengketaan di antara pejuang antikerajaan dan anggota Negara Islam Iraq Dan Syam di sekitar Aleppo menyebabkan pilihan kepada orang awam melarikan diri sangat terhad. Sesetengah daripada mereka berjaya melarikan diri ke Turki., manakala yang lain cuba memasuki kawasan dikuasai tentera Syria di bahagian lain Aleppo. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05
No comments:
Post a Comment