Monday, 17 February 2014

TAHUKAH ANDA?



Sejak bermulanya persidangan Geneva 2, tentera rejim Assad telah membunuh lebih 2247 nyawa saudara Syria kita

Sunday, 16 February 2014

Kem Yarmouk

Kancil mati tersepit.

'I want to go back to Yarmouk!'



Dua pertiga daripada 150,000 pelarian asal di Kem yarmouk, Syria kini hidup bergelandangan di sekitar Syria setelah melarikan diri dari serangan Assad ke atas kem tersebut.

47 maut di hadapan masjid


BEIRUT 15 Feb. - Sekurang-kurangnya 47 orang maut apabila sebuah kereta mengandungi bom diletupkan di hadapan sebuah masjid di utara Syria, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria menyatakan, angka kematian dalam kejadian di Yaduda, selatan Daraa itu dijangka meningkat kerana sebahagian daripada 150 yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Aktivis menyalahkan tentera mendalangi serangan tersebut.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 18 askar dan anggota kumpulan militia prokerajaan terbunuh apabila penentang kerajaan meletupkan bom di bawah Hotel Carlton di Aleppo yang digunakan oleh tentera.
Badan hak asasi manusia itu memaklumkan, penentang kerajaan menggali terowong ke bawah hotel tersebut dan meletupkan bom terbabit, awal pagi semalam.
Dalam kejadian berasingan, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dilaporkan membunuh berpuluh-puluh orang apabila kumpulan itu terpaksa berundur dari lima buah kampung termasuk Hreitan, Aleppo selepas diserang penentang kerajaan.
Walaupun kumpulan penentang kerajaan sebelum ini menyambut baik penyertaan ISIL dalam pemberontakan itu, namun penderaan dan penindasan dilakukan mereka menyebabkan ISIL dibenci.
ISIL dilaporkan membunuh 27 orang termasuk 15 anggota pergerakan Islam.
Sebanyak 15 anggota kumpulan penentang kerajaan turut terbunuh dalam serangan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140216/lu_02/47-maut-di-hadapan-masjid#ixzz2tQpT7Lfl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria berdarah

Senarai nama syahid dan syahidah (insyaAllah) pada tarikh 11 Januari 2014. Wahai umat Islam sekalian, lihatlah video ini dan doakanlah mereka. Semoga Allah swt makbulkan doa-doa ikhlas kita buat mereka.

1 - As Syahiid Ahmed Ghassan Arab - Hasarjiih - 2014/02/11 - selepas terkena roket SSM 

2 - As Syahiid Yahya Shahhood - Hasarjiih - 2014/02/11 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

3 - As Syahiid Mujahid Alaa Khader Mahalli - Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

4 - As Syahiid Samiyah Mahalli - Hasarjiih - 2014/02/11 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

5 - As Syahiid. Seorang budak bernama Rawwan - Hasarjiih - 2014/02/11 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

http://www.youtube.com/watch?v=lc6T0X7hAu0

6 - As Syahiid Seorang budak perempuan bernama Halaa Anwar Haider - Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

7 - As Syahiid Seorang budak perempuan bernama Ghanni Anwar Haider - Kampong Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

8 - As Syahiid Seorang anak lelaki bernama Khadr Mahalli - Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

9 - As Syahiid Imad Mahmoud Nafrah - Hawariin - 2014/02/11 - Meninggal dunia setelah berusaha mempertahankan agamanya dan negaranya.

p/s : SAM = Surface to Air Missile / SSM = Surface to Surface Missile.

Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=IVi-FQl_XU0
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=jaiAKGfEWFo
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=xcwsba3KvR4
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=37rWIrj05SE
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=MuDDeN2QzxA

Saturday, 15 February 2014

Dua minggu 400 terbunuh

Beirut: Serangan bom oleh tentera kerajaan mengakibatkan kematian kira-kira 400 orang di Aleppo, bandar kedua terbesar Syria sepanjang bulan ini.
Perkara itu didedahkan aktivis semalam ketika Amerika Syarikat (AS) dan Russia bertemu di Geneva dalam usaha menghidupkan semula rundingan damai yang sebelum ini terbantut.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria menganggarkan 51 orang terbunuh Rabu lalu akibat serangan bom tong yang dilepaskan dari helikopter iaitu sebahagian daripada kempen tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad untuk merampas semula kawasan yang dikuasai penentang sejak pertengahan 2012.

Menurutnya, ini bererti hampir 400 terbunuh sejak awal bulan ini, namun jumlah itu tidak dapat disahkan.
Foto
SEORANG kanak-kanak di luar bangunan yang runtuh di Aleppo, akibat diserang dengan bom tong oleh tentera rejim Bashar, semalam.

Sementara itu, gabenor Homs berkata, gencatan senjata di bandar itu - yang berakhir Rabu lalu - dilanjutkan tiga hari bermula kelmarin untuk membolehkan lebih ramai orang meninggalkan bahagian bandar berkenaan yang dikawal pemberontak.

Gabenor Talal Barrazi berkata, gencatan senjata akan diteruskan selagi ada orang yang mahu meninggalkan kawasan pemberontak di Homs.

Seorang pegawai di pejabatnya yang enggan namanya didedahkan berkata tiada pemindahan dilakukan di Homs sehingga Khamis namun pihaknya sedang berusaha memindahkan kira-kira 70 lelaki yang mungkin anggota pejuang.

Sesi pemindahan sebelum ini tidak termasuk lelaki berusia antara 15 dan 55 kerana dianggap berkemungkinan menjadi anggota pejuang, namun masih ramai juga yang terlepas.

Menurut pegawai berkenaan, proses pemindahan dijangka diteruskan semalam - yang kedua sejak gencatan senjata bermula minggu lalu.

Ratusan orang awam dipindahkan dari Homs sejak Jumaat lalu sebaik gencatan sejata diumumkan.

Ketua operasi Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC) Khaled Erksoussi berkata, 1,500 orang dipindahkan sejak Jumaat minggu lalu.

Sebelum itu, SARC menganggarkan sehingga 3,000 orang menderita akibat terperangkap di daerah dikuasai pemberontak yang dikenakan sekatan kerajaan sejak lebih setahun.- AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/15

32 maut serangan bom kereta di luar masjid Syria


2014/02/15
BEIRUT: Satu bom kereta meledak di luar sebuah masjid di perkampungan selatan Syria menyebabkan berpuluh dilaporkan maut.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, seramai 32 orang maut dan berpuluh lagi cedera dalam serangan di masjid sebuah kampung di Yadouda.

Stesen televisten tempatan mengesahkan, bom kereta yang meledak di luar masjid di Yadouda itu menyebabkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh.

Seorang aktivis di selatan Syria, Jamal al-Golani, berkata bom kereta itu meletup ketika jemaah baru meninggalkan masjid selepas solat Jumaat.

Beliau mempunyai senarai nama 18 orang yang semuanya terborban akibat letupan berkenaan. - AP 

Friday, 14 February 2014

Russia ancam veto

Moscow: Russia mengecam draf resolusi Arab-Barat Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai akses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Syria.
Ia menyifatkannya sebagai langkah persediaan untuk serangan tentera terhadap kerajaan Presiden Bashar al-Assad. 
Timbalan Menteri Luar Gennady Gatilov berkata, tujuan resolusi itu adalah untuk membuka ruang bagi mengambil tindakan ketenteraan terhadap kerajaan Syria jika tidak memenuhi syarat diketengahkan.

“Pada kami ia tidak boleh diterima dan kami pasti memveto draf ini kerana terlalu bersifat berat sebelah terhadap kerajaan Syria,” katanya.
Foto
BEBERAPA kanak-kanak menunggu untuk dipindahkan dari bandar Homs yang dikepung tentera Bashar hampir dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Russia dan sekutunya China bersedia merundingkan draf baru jika ia mampu membantu penghantaran bantuan.

Russia turut bersetuju membantu majlis berkenaan merangka draf baru malah menyerahkan pindaan dicadangkannya kepada anggota tetap Majlis Keselamatan yang dikenali sebagai P5.

Sehubungan itu, anggota P5 akan membincangkan cara terbaik untuk menggabungkan semua teks terbabit.

Russia menentang draf itu sejak menerimanya minggu lalu, malah Menteri Luar Sergei Lavrov menyifatkannya tidak realistik.- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

syria

#SYRIA

#SyriaNeedYou

#StopKillingInSyria

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Para doktor di Aleppo melakukan pembedahan tanpa elektrik!

#SyriaNeedsYou

The Unsung Hero! 

Para doktor di Aleppo melakukan pembedahan tanpa elektrik!

Semuanya manual.... dalam kegelapan mereka berusaha sehabis kudrat menyelamatkan nyawa rakyat Syria yang tidak berdosa...

Apa sahaja yang mampu mereka lakukan, mereka akan lakukan....

Mereka perwira!

(Bekalan elektrik telah diputuskan oleh rejim Bashar Assad semenjak dua tahun yang lepas. Hospital yang sempat kami ziarah kebanyakannya bergantung kepada penjana elektrik (generator) yang menggunakan diesel dan terpaksa menanggung kos yang mahal saban bulan bagi memastikan mereka terus beroperasi dan menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa)

Bantulah atas apa jua kapasiti yang termampu dari diri kita. Waima hanya doa agar mereka terus tabah dan tidak meninggalkan tanah air mereka dan terus berkhidmat walau tanpa gaji.

KEMPEN #SyriaNeedsYou:

Jumlah sasaran adalah untuk mengumpulkan dana bantuan sebanyak RM500,000 yang akan merangkumi bantuan kecemasan untuk hospital, pendidikan anak-anak Syria, makanan serta keperluan bayi.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui:

Maybank : Salam Suriah Resources
No. Akaun : 5645-5733-8496
E-mel: donation.mllfs@gmail.com
No. telefon : 03-41416732/013-2226057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://form.jotformpro.com/form/40387652728968

Ayuh, sebarkan kebajikan!

Gunakan #tag : #syrianeedsyou bagi sebarang kemaskini mengenai kempen ini.

"Demi Syria, untuk Ummah"

syria

Adakah kalian akan mati jika memberi makan kepada yang memerlukan?

Adakah kalian akan mati jika memberi makan kepada yang memerlukan?

Apa erti susah kepada kita?

Enggan mengaku kalah!



Muhammad Awda adalah antara bayi yang lahir di dalam sekatan dan himpitan Kem Yarmouk pada 20 Disember 2013 lepas.

Thursday, 13 February 2014

syria

syria

#syrianeedsyou

Serangan pada hari ini di الحيدرية, Aleppo. 

Hasbunallah wa nikmal wakiil. 

Dengarlah jeritan sang ayah, sambutlah ia dengan lakukan sesuatu!

https://www.youtube.com/watch?v=J7LV3CNBQcg

Maybank : Salam Suriah Resources
No. Akaun : 5645-5733-8496
E-mel: donation.mllfs@gmail.com
No. telefon : 03-41416732/013-2226057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://form.jotformpro.com/form/40387652728968

Ayuh, sebarkan kebajikan!

Gunakan #tag : #syrianeedsyou bagi sebarang kemaskini mengenai kempen ini.

"Demi Syria, untuk Ummah"

syria berdarah

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR

Syrian network for human rights documented up to this moment of Wednesday 12-02-2014 the kill of (5) tortured to death by Government Forces in different Syrian Governorates .

syria berdarah

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR

Syrian Network for Human Rights documented up to this moment of Wednesday 12-02-2014 , the kill of (20) children by Government Forces in different Syrian Governorates

syria berdarah

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR

Syrian network for human rights documented on Wednesday 12-02-2014 the kill of (10) tortured to death by Government Forces in different Syrian Governorates .

syria berdarah

syria

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR
Syrian network for human rights documented 156 victims killed by Syrian Government's Forces, Wednesday 12/2/2014 all across Syria, including 34 children, 10 ladies , and 10 tortured to death.
-----------------------
Aleppo: 85 victims
Daraa: 27 victims
Qunaitra: 15 victims
Damascus and countryside: 8 victims
Homs: 7 victims
Hama: 6 victims
Dier ez Zoor: 2 victims

syria

syria

Foto Global
KANAK-kanak Syria berbasikal di sepanjang jalan yang musnah teruk akibat peperangan yang berlaku di barat kota Syria. - FOTO AFP

Rundingan damai Syria gagal?

GENEVA 12 Feb. - Rundingan damai Syria yang sedang berlangsung di sini tidak menunjukkan sebarang kemajuan, semalam, sekali gus memberi amaran ia akan gagal ketika proses pemindahan orang awam dari kawasan yang ditawan pemberontak di bandar Homs ditangguhkan.
Kemajuan yang sedikit dalam rundingan damai itu agak jelas di sebalik rayuan Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi bagi menamatkan 'mimpi ngeri' rakyat Syria.
Pendamai veteran itu dilihat muram selepas sesi tiga jam mesyuarat, semalam yang menandakan rundingan bersemuka yang pertama antara kerajaan dan kumpulan penentang, bulan ini tidak mencapai banyak kemajuan.
"Permulaan (mesyuarat) minggu ini agak sukar, sama seperti mesyuarat pada minggu pertama. Kami tidak dapat mencapai banyak kemajuan,'' kata Brahimi kepada media.
Rundingan kali ini dijangka berakhir Jumaat ini. Bagaimanapun perbincangan itu yang bermula kelmarin dan sesi semalam tidak menunjukkan ia akan mencapai sebarang kemajuan, melainkan mengulangi kenyataan sebelum ini.
''Saya berpendapat Geneva berdasarkan keadaan semasa akan berakhir dengan kegagalan,'' kata Menteri Perdamaian Syria, Ali Haidar.
Jurucakap kumpulan penentang, Louay Safi pula berkata, mereka tidak akan 'melarikan diri' tetapi ketiadaan kemajuan. Adalah 'lebih jujur untuk menyatakan bahawa kami telah gagal'.
Sementara itu, operasi pemindahan kira-kira 3,000 orang awam yang terperangkap di bandar Homs dalam pertempuran, yang bermula sejak Jumaat lalu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setakat ini berjaya memindahkan seramai 1,132 orang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140213/lu_05/Rundingan-damai-Syria-gagal#ixzz2t9IbHAlF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Proses pemindahan penduduk di bandar Homs diteruskan


Penduduk Syria berkumpul berhampiran kenderaan-kenderaan PBB sebelum mereka dipindahkan dalam satu operasi di bandar Homs, kelmarin. - AFP
DAMSYIK 13 Feb. - Proses mengeluarkan penduduk awam dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke bandar Homs yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan Syria bersambung semula semalam, ketika rundingan damai antara kedua-dua pihak di Geneva masih menemuikan jalan buntu.
Delegasi kerajaan Syria dan kumpulan pembangkang mengadakan pertemuan buat hari ketiga dalam pusingan kedua rundingan bagi mencari jalan menamatkan perang saudara di negara ini.
Namun, perbincangan itu menemukan kebuntuan apabila kerajaan enggan membincangkan pelan peralihan kuasa seperti yang dimahukan oleh kumpulan pembangkang.
Rundingan tersebut tidak memberi kesan positif dalam peperangan di Syria apabila Pertubuhan Pemantau Hak Asasi melaporkan purata sebanyak 236 kematian dilaporkan setiap hari sejak kedua-dua pihak memulakan perbincangan pada 22 Januari lalu, angka tertinggi sejak konflik perang saudara meletus hampir tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, Gabenor Homs, Talal al-Barazi berkata, seramai 217 orang awam yang terperangkap dalam kawasan pertempuran, selamat dipindahkan dari bandar itu, sehari selepas bantuan kemanusiaan tertangguh.
"Operasi mengeluarkan orang awam berjalan dengan lancar," katanya.
Proses pemindahan yang dijalankan sejak Jumaat lalu, menjadikan lebih 1,400 daripada kira-kira 3,000 penduduk keluar dari bandar itu yang dikuasai kumpulan penentang selepas pihak terlibat bersetuju untuk membenarkan operasi kemanusiaan dilaksanakan.
Ketua operasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Syria, Khaled Erksousi berkata, pemindahan berkenaan dilakukan beberapa jam selepas 190 bungkusan makanan dan 4,700 peket tepung dibawa masuk ke Homs.
"Ada kanak-kanak di kawasan tersebut yang pertama kali melihat pisang dan situasi itu sangat menyedihkan.
"Malah situasi di situ menyebabkan pasukan sokongan psikologi kami perlu dirawat dari segi emosi mereka sebelum mereka menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan," katanya.
Bagaimanapun pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap nasib kira-kira 336 penduduk lelaki berusia antara 15 dan 55 tahun yang ditahan oleh pihak keselamatan Syria sebaik-baik mereka keluar dari Homs.
Difahamkan, 111 daripada mereka telah dibebaskan baru-baru ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140214/lu_07/Proses-pemindahan-penduduk-di-bandar-Homs-diteruskan#ixzz2tErUP5ap
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 12 February 2014

syria

syria berdarah

#syrianeedsyou

Remuknya hati sang ayah. Ketika sedang meletakkan mayat anaknya dan dalam masa yg sama seorang lagi masih tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka. 

Hanya di Aleppo. Serangan bom barrel saban hari meranapkan sebuah demi sebuah rumah, tempat berteduhnya rakyat Syria. 

Bashar sedang meragut nyawa rakyatnya yg tidak berdosa atas alasan pengganas!

Hasbunallah wa nikmal wakiil....

Sebarkan kasih sayang buat saudara kita di sana.

Maybank : Salam Suriah Resources
No. Akaun : 5645-5733-8496
E-mel: donation.mllfs@gmail.com
No. telefon : 03-41416732/013-2226057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://form.jotformpro.com/form/40387652728968

Gunakan #tag : #syrianeedsyou bagi sebarang kemaskini mengenai kempen ini.

"Demi Syria, untuk Ummah"

syria

#SYRIA

Mesin pembunuh Assad masih lagi menyerang dan membunuh rakyat yang tidak bersalah sedang mereka mendakwa mereka inginkan penyelesaian secara aman!

Tidak sampai sebulan persidangan Geneva II dilangsungkan..sekurang-kurang 1873 kematian telah dicatatkan angkara regim durjana..

*****
Assad's murdering machine is still attacking and killing innocent civilians. Even when he claims to want to negotiate peace!

Not even a month Geneva II conference held .. at least 1873 deaths have been recorded by this evil regime ..

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

#syrianeedsyou

syria

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR
Syrian network for human rights documented 95 victims killed by Syrian Government's Forces, Tuesday 11/2/2014 all across Syria, including 13 children, 5 ladies , 11 FSA, and 4 tortured to death.
-----------------------
Aleppo: 49 victims
Damascus and countryside: 13 victims
Daraa: 13 victims
Homs: 9 victims
Hama: 7 victims
Idlib: 3 victims
Dier ez Zoor: 1 victim

syria

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR 

A photo of Atma camp for Syrian refugees on the Syrian-Turkish border.

Tuesday, 11 February 2014

Operasi Homs dilanjutkan sehingga malam esok - PBB


2014/02/11
PBB: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan operasi bagi membolehkan orang awam meninggalkan bandaraya Syria yang dikepung, Homs, akan dilanjutkan sehingga malam esok.

Pengumuman awal pagi tadi itu susulan kejayaan misi pemindahan tiga hari yang sukar di Homs di mana tembakan dan serangan membantut kemajuan.


“Saya harap ini akan membolehkan kami memindahkan lebih ramai orang awam dan menghantar bekalan yang diperlukan," kata ketua bantuan kemanusiaan PBB, Valerie Amos, dalam satu kenyataan.

Orang awam yang dipindahkan dalam misi itu adalah antara 3,000 yang terperangkap sejak Jun 2012 di bandaraya yang dikuasai kumpulan penentang dan diserang tentera Presiden Bashar al-Assad. - AFP

Tentera udara Syria serang bandar Lubnan


2014/02/11
BAALBEK, Lubnan: Tentera udara Syria melancarkan dua serangan ke atas bandar sempadan Lubnan, Arsal semalam tetapi tidak menyebabkan sebatang kemalangan jiwa, menurut sumber keselamatan Lubnan.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan merentas sempadan terhadap Arsal.


Pada 17 Januari lalu, bedilan meriam ke atas bandar itu menyebabkan lapan penduduk, termasuk lima kanak-kanak terbunuh.

Serangan pada Disember lalu pula menyebabkan tentera darat Lubnan melepaskan tembakan anti-pesawat.

Penduduk Arsal menyokong penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assad dan menjadi tempat perlindungan ribuan rakyat Syria yang melarikan diri daripada konlik itu. - AFP

41 penyokong Bashar dibunuh

Beirut: Kumpulan penentang rejim Bashar semalam didakwa membunuh sekurang-kurangnya 21 orang awam dan 20 militan yang menyokong rejim berkenaan, Kejadian berlaku di sebuah perkampungan masyarakat Alawite di wilayah Hama.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, kumpulan penentang, termasuk anggota Jund al-Aqsa bertanggungjawab terhadap kejadian di Kampung Maan yang terletak di tengah Syria.
Pengarah kumpulan pemerhati, Rami Abdel Rahman berkata, belum ada maklumat mengenai bagaimana orang awam itu dibunuh tetapi sekurang-kurangnya 10 daripada mereka terdiri daripada satu keluarga.
Menurutnya, sekurang-kurangnya 20 anggota Pasukan Pertahanan Kebangsaan, kumpulan militia yang menyokong Bashar mati dalam serangan itu.
Video Youtube yang didakwa dimuat naik kumpulan Jund al-Aqsa, menunjukkan anggotanya masuk ke kampung berkenaan dan melepaskan tembakan.
Video berjudul ‘Pembebasan kampung Maan’ itu turut memamparkan seorang anggotanya menaikkan bendera hitam yang sering melambangkan kumpulan itu di atas sebuah menara komunikasi.
Seorang lelaki berseluar celoreng dilihat terbaring dengan dadanya dibasahi darah.
Presiden Syria Bashar al-Assad adalah anggota masyarakat Alawite, penduduk minoriti di negara itu.

Alawite ialah satu daripada cabang fahaman Syiah.
Kebangkitan menentang pemerintahannya dikuasai pengikut fahaman Sunni dan menarik sejumlah kumpulan pelampau yang menganggap pengikut selain daripada Sunni sebagai bukan Islam.- AFP
Foto
PENDUDUK dibantu aktivis menarik keluar mayat dari runtuhan di daerah Al-Haidariya di Aleppo selepas kawasan itu diserang dengan bom tong oleh tentera Syria, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11

syria

#SaveSyria from butcher Assad regime..

Look what have he done to his own country and his people!

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

#SyriaNeedYou

syria

#SaveSyria from butcher Assad regime..

Look what have he done to his own country and his people!

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

#SyriaNeedYou

800 orang dipindahkan

800 orang dipindahkan
Pasukan palang merah memindahkan kanak-kanak dan wanita. 
11 Februari 2014

HOMS - SYRIA. Pasukan penyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat memindahkan lebih 800 penduduk awam dari kepungan di bandar barat Homs, kelmarin.

Media tempatan melaporkan dalam Press TV, penduduk awam kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dipindahkan dalam suasana genting apabila gencatan senjata antara rejim Presiden Syria Basar al-Assad dan kumpulan pemberontak dicabuli.

“Sejurus operasi menyelamat bermula, kedua-dua kumpulan melakukan serangan balas. Akibatnya, puluhan orang awam cedera ketika lari bertempiaran ke pusat pemindahan di kejiranan al-Qarabis. Kesemua mereka dalam keadaan letih dan kelaparan,” menurut laporan itu.

Seorang pelarian wanita berkata, sepanjang berada dalam kepungan, hidupnya sekeluarga umpama malapetaka apabila tiada bekalan air dan makanan.

“Tiada apa yang tinggal, semua anak-anak saya sakit. Mereka dahaga dan kelaparan,” katanya.

Jumaat lalu, kedua-dua kumpulan bersetuju melakukan gencatan senjata.

Gencatan yang dibuat melalui rundingan PBB itu bertujuan untuk memindahkan penduduk awam yang terperangkap.

syria

They smile despite the pain
They deserve a bright future

syria berdarah

The #Syrian_Holocaust
Syria, Dara'a, Jasem.
.
.
.
.
Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

syria berdarah

This is not a scene from a film
This is Syria where thousands of daily stories put Hollywood to shame.
This man lost all his family members as they were killed by assad's barrels of death. As he was searching among the dead and injured in a field hospital he saw his daughter and hugged her tightly.


syria

Laporan dari wartawan Ahrar Al-Sham berkenaan dengan serangan terbaru Mujahidin ke atas penjara utama Aleppo.

Full Report: http://youtu.be/HsWTdZIsAjg

Pecahan FSA yang telah bermula sejak 2011,

Pecahan FSA yang telah bermula sejak 2011,
Kemudian tertubuhnya Pasukan Liberasi Islam Syria, serta 3 kumpulan (Jaishul Islam, Suqurush Sham dan Liwa At Tawhid).

Pecahan yang lain pula bermula pada 2012 , Pasukan Islam Syria dan kemudian tertubuhnya 3 kumpulan lagi ( Ahrar alsham, ansar alsham, liwa al haqq). Kemudian tertubuh lagi 7 kumpulan di bawah satu kumpulan besar iaitu (Islamic Front).

Setiap satu daripada mereka mempunyai 10-50 Panji-panji di bawahnya , kami akan siarkan tentangnya satu persatu nanti. 
Kumpulan tersebut adalah salah satu yang utama di Syria , seramai 10,000 Mujahid dan lebih.

PELUANG MENEMPAH TIKET KE SYURGA!



Untuk pertama kali di Malaysia!

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi pejabat Syria Care. Kami akan mulakan dengan menaja 10 orang kanak-kanak pada permulaan. Setakat ini (5 February 2014) hanya tinggal seorang anak yatim yang ingin ditaja.

- Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kategori Penaja :

1. Seorang untuk seorang anak yatim
2. Lebih daripada seorang untuk seorang anak yatim
3. Seorang untuk lebih daripada seorang anak yatim

Tatacara :

1. Sila membuat pembayaran terlebih dahulu menerusi :

Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl (luar Malaysia)

a) Kemudian dikehendaki melampirkan SLIP PEMBAYARAN berserta salinan KAD PENGENALAN untuk setiap transaksi di INBOX MESSAGE kami sebagai bukti dan pengesahan. Setelah itu, kami akan mengemukakan gambar anak angkat penaja tersebut.

b) Segala urusan pembayaran mestilah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum/pada 28 sehingga 5 haribulan pada setiap bulan.

2. Penaja boleh mendapatkan laporan lengkap tentang anaknya setiap tiga bulan atau berhubung secara langsung dengan anak angkat tersebut (jika boleh), bergantung kepada lokasi dan keadaan perang.

3. Mereka yang menaja selama setahun penuh adalah layak untuk diberi laporan penuh, gambar-gambar, nama dan lain-lain tentang kanak-kanak tersebut. Mereka yang menaja selama sebulan sahaja hanya berhak melihat nama dan gambar kanak-kanak tersebut sekali sahaja kerana kanak-kanak akan ditaja oleh orang lain pula.

4. Semua maklumat (nama, gambar-gambar dan laporan lengkap tentang kanak-kanak tersebut) adalah rahsia dan hanya boleh didapati di pejabat Syria Care.

Kami menyediakan tempat tinggal, pendidikan, makanan, tahfiz Al-Quran, penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, latihan sukan, bantuan psikologi, sekolah Syariah semua di dalam suasana perang di Syria. Anak-anak kami ini tinggal di sekolah-sekolah di dalam Syria atau Turki. Mereka tidak perlu untuk meminta NGO lain bagi mendapatkan wang.

Sekiranya berminat sila berhubung dengan Saudari Huurul 'Ain :
https://www.facebook.com/huurulain.syriacare

Tajaan 150 USD/sebulan = sekitar RM500/sebulan

syria berdarah

Mungkin ada diantara kita yang berfikir dan melihat bahawa ini hanyalah gambar semata-mata. Akan tetapi, hakikatnya inilah gambaran yang sebenarnya yang terjadi di Syria. Tubuh yang terkoyak, tengkorak dan tulang yang retak, dan gambar-gambar yang dilabel sebagai 'ngeri' ini adalah benar. Hanya sebahagian sahaja gambar-gambar sebegini yang terlepas sampai ke pengetahuan umum. Dan yang mengalaminya adalah saudara-saudara Islam kita. Sebuah lagi gambar yang telah diambil sejurus serangan teruk oleh rejim Assad keatas kota Halab (Aleppo) pada beberapa hari yang lepas. Hasbunallah wa ni'mal wakil

PROGRAM MENAJA ANAK YATIM SYRIA.



Untuk pertama kali di Malaysia!

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi pejabat Syria Care. Kami akan mulakan dengan menaja 10 orang kanak-kanak pada permulaan.

- Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kategori Penaja :

1. Seorang untuk seorang anak yatim
2. Lebih daripada seorang untuk seorang anak yatim
3. Seorang untuk lebih daripada seorang anak yatim

Tatacara :

1. Sila membuat pembayaran terlebih dahulu menerusi :

Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl (luar Malaysia)

a) Kemudian dikehendaki melampirkan SLIP PEMBAYARAN berserta salinan KAD PENGENALAN untuk setiap transaksi di INBOX MESSAGE kami sebagai bukti dan pengesahan. Setelah itu, kami akan mengemukakan gambar anak angkat penaja tersebut.

b) Segala urusan pembayaran mestilah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum/pada 28 sehingga 5 haribulan pada setiap bulan.

2. Penaja boleh mendapatkan laporan lengkap tentang anaknya setiap tiga bulan atau berhubung secara langsung dengan anak angkat tersebut (jika boleh), bergantung kepada lokasi dan keadaan perang.

3. Mereka yang menaja selama setahun penuh adalah layak untuk diberi laporan penuh, gambar-gambar, nama dan lain-lain tentang kanak-kanak tersebut. Mereka yang menaja selama sebulan sahaja hanya berhak melihat nama dan gambar kanak-kanak tersebut sekali sahaja kerana kanak-kanak akan ditaja oleh orang lain pula.

4. Semua maklumat (nama, gambar-gambar dan laporan lengkap tentang kanak-kanak tersebut) adalah rahsia dan hanya boleh didapati di pejabat Syria Care.

Kami menyediakan tempat tinggal, pendidikan, makanan, tahfiz Al-Quran, penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, latihan sukan, bantuan psikologi, sekolah Syariah semua di dalam suasana perang di Syria. Anak-anak kami ini tinggal di sekolah-sekolah di dalam Syria atau Turki. Mereka tidak perlu untuk meminta NGO lain bagi mendapatkan wang.

Sekiranya berminat sila berhubung dengan Saudari Huurul 'Ain :
https://www.facebook.com/huurulain.syriacare

Tajaan 150 USD/sebulan = sekitar RM500/sebulan