
Friday, 21 February 2014
Thursday, 20 February 2014
She cries and says “We are hungry.”
#SYRIA16.02.2014
She cries and says “We are hungry.”
Her tears fell while she was in her wheel chair and repeated the word “Hungry” to remain a mark of shame to humanity that accepted imposing siege on helpless and innocent people.
Damascus Besieged Countryside,Syria: An Old Lady's Suffering due to the Siege in South Damascus
http://youtu.be/
Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :
NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
#SyriaNeedsYou
sources : https://www.facebook.com/
NO ONE CAN BREAK THE SYRIANS SPIRIT!!
#SYRIANO ONE CAN BREAK THE SYRIANS SPIRIT!!
#SyriaNeedsYou
Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :
NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Tentera, FSA setuju gencatan senjata
| Wakil FSA berjabat tangan dengan tentera kerajaan ketika rundingan di Babbila, tenggara Damsyik, kelmarin. Foto: Reuters |
Pelaksanaan gencatan senjata tersebut dibuat selepas pertempuran berlangsung di sekitar ibu negara selama 18 bulan.
Memetik laporan AFP, kedua-dua belah pihak terbabit juga bersetuju untuk membenarkan bekalan makanan dibawa masuk ke kawasan yang ditawan oleh FSA.
Difahamkan, puluhan ribu orang awam di kawasan diduduki FSA terpaksa hidup menderita akibat konflik yang berlarutan di negara itu.
Menurut kumpulan hak asasi manusia, kira-kira 100 penduduk dilaporkan maut akibat kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan di Moadamiyet al-Sham dan Yarmouk. - AFP
Syria guna bom berangkai baru
Beirut: Tentera rejim Syria didakwa menggunakan bom berangkai baru yang belum pernah digunakan dalam konflik negara itu.

“Tindakan tentera rejim Bashar al-Assad masih menggunakan senjata larangan ke atas rakyatnya sangat mengejutkan,” kata pengarah bahagian senjata HRW, Steve Goose.
“Bom berangkai itu membunuh rakyat Syria dan mengancam generasi Syria akan datang,” katanya.
Penggunaan bom berangkai diharamkan oleh 113 buah negara.
Menurut sumber, penggunaan senjata berkenaan menjadi kontroversi kerana ia tidak mengira mangsa dan letupannya boleh menjangkau jarak yang luas dan terus mengancam nyawa walaupun selepas lama digugurkan.
Di samping itu, lebih 140,000 orang terkorban di Syria sejak konflik tercetus pada Mac 2011. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20
Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) dalam laporannya semalam berkata gambar yang dirakam selepas serangan terbaru di pusat bandar Hama menunjukkan tentera yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad menggunakan bom berangkai jenis 300 mm 9M55K buatan Russia.
Senjata berkenaan dikenal pasti mula digunakan pada 12 dan 13 Februari dalam serangan yang membunuh dua orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain.
Kumpulan berkenaan memberi amaran, bom berangkai yang digunakan kali ini tiga kali lebih besar berbanding yang sebelumnya dan akan meningkatkan kadar korban orang awam di negara itu.
Kumpulan berkenaan memberi amaran, bom berangkai yang digunakan kali ini tiga kali lebih besar berbanding yang sebelumnya dan akan meningkatkan kadar korban orang awam di negara itu.
SEORANG kanak-kanak Syria duduk bersebelahan dengan mayat seorang remaja yang sudah berkafan di Aleppo, utara Syria, semalam.
“Tindakan tentera rejim Bashar al-Assad masih menggunakan senjata larangan ke atas rakyatnya sangat mengejutkan,” kata pengarah bahagian senjata HRW, Steve Goose.
“Bom berangkai itu membunuh rakyat Syria dan mengancam generasi Syria akan datang,” katanya.
Penggunaan bom berangkai diharamkan oleh 113 buah negara.
Menurut sumber, penggunaan senjata berkenaan menjadi kontroversi kerana ia tidak mengira mangsa dan letupannya boleh menjangkau jarak yang luas dan terus mengancam nyawa walaupun selepas lama digugurkan.
Di samping itu, lebih 140,000 orang terkorban di Syria sejak konflik tercetus pada Mac 2011. - AFP
Budak 4 tahun tidak sesat
Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR.
Gambar terbabit dikirimkan ke Twitter dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ia disebarkan secara meluas di internet.
Tetapi gambar sisipan lain yang dikirimkan Harper di Twitter menunjukkan bahawa Marwan sebenarnya tidak jauh daripada keluarganya dan juga berada di belakang sekumpulan pelarian lain ketika kanak-kanak yang kelihatan berjalan berseorangan itu didekati sekumpulan petugas bantuan agensi pelarian itu.
“Dia terpisah seketika tetapi tidak bersendirian,” kata Harper mengenai gambar yang mencetuskan ‘kekecohan dan kekeliruan’ mengenai pelarian yang melintasi sempadan antara Syria dan Jordan itu.
“Marwan didekati dan disatukan semula dengan ibunya kira-kira 10 minit selepas gambar terbabit diambil,” kata Harper yang mendedahkan bahawa setiap hari berlaku kejadian kanak-kanak yang sesat atau terpisah dari keluarga mereka ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.
Syria guna bom kluster baharu
BEIRUT 19 Feb. - Human Rights Watch (HRW) hari ini mendakwa, kerajaan Syria melancarkan serangan menggunakan bom roket berangkai baharu yang sebelum ini tidak pernah digunakan dalam konflik berdarah itu.
Badan hak asasi itu menyatakan, gambar yang diambil dalam serangan terbaharu di bandar Hama mencadangkan kerajaan melancarkan roket 300mm 9M55k buatan Rusia dan mampu membawa berpuluh-puluh bom.
Menurut HRW, roket tesebut dikenal pasti digunakan dalam serangan pada 12 dan 13 Februari lalu yang menyaksikan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 10 orang cedera.
Badan hak asasi tersebut memberi amaran, roket itu tiga kali ganda besar berbanding bom berangkai lain yang digunakan oleh tentera Syria dan boleh membunuh lebih ramai mangsa. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140220/lu_09/Syria-guna-bom-kluster-baharu#ixzz2toAwoI7J
© Utusan Melayu (M) Bhd
Gadis direjam sampai mati kerana Facebook
Gadis Syria bernama Fatoum al-Jassem direjam sampai mati hanya kerana membuka akaun Facebook. - GAMBAR HIASAN
DAMSYIK 19 Feb. - Seorang gadis Syria dijatuhi hukuman rejam sehingga mati kerana membuka akaun laman web sosial, Facebook, menurut satu laporan hari ini.
Mahkamah Syariah di bandar al-Raqqa, di sini menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Fatoum al-Jassem, selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral kerana memiliki akaun laman web itu.
Dia dibawa ke mahkamah oleh militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap ketika sedang melayari laman web itu.
Laman web berita, examiner.com menjelaskan, mahkamah tersebut yang berada di bawah penguasaan ISIS turut menjatuhkan hukuman sama terhadap kesalahan zina.
ISIS merupakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan ditubuhkan pada April, tahun lalu.
Kumpulan tersebut merupakan satu daripada pertubuhan yang menentang tentera kerajaan Syria, dan kini menawan bandar al-Raqqa pada Mac, tahun lalu.
Dilaporkan, terdapat penduduk yang menentang kumpulan itu ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara tanpa perbicaraan.
Penduduk wanita pula diarah untuk menutup aurat dan menurut laporan saluran televisyen CNN, mereka dilarang bertemu dengan doktor lelaki dan meninggalkan rumah tanpa ditemani saudara lelaki. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140220/lu_05/Gadis-direjam-sampai-mati-kerana-Facebook#ixzz2toA0dKkv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, 19 February 2014
Berpisah kasih di sempadan
![]() |
![]() |
Kem Za’atari (Jordan): Sambil memegang beg plastik mengandungi barangan miliknya, kanak-kanak Syria berusia empat tahun, Marwan berjalan melintas sempadan untuk masuk ke Jordan.
Kanak-kanak itu ditemui kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sempadan berkenaan selepas dia terpisah dengan keluarganya.
Marwan adalah antara lebih sejuta kanak-kanak Syria yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka kerana peperangan.
Tidak dapat dipastikan berapa lama Marwan terpisah dengan keluarganya. Seorang wartawan semalam memetik kenyataan seorang pegawai agensi itu sebagai berkata, Marwan hanya kira-kira 20 tapak di belakang keluarganya apabila mereka terpisah ketika kekeliruan tercetus ketika hendak menyeberang sempadan berkenaan.
Gambar mengharukan itu dirakam oleh Andrew Harper, wakil agensi pelarian PBB di Jordan.
Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) Andrej Mahecic berkata: “Perjalanan merentas padang pasir memakan masa sehari atau beberapa minggu.
“Keadaan amat berbahaya kerana pertempuran yang berterusan dan pada musim sejuk ini, cuaca boleh mencapai tahap beku pada sebelah malam.” Marwan memasuki Jordan berhampiran kem Za’atari yang menempatkan lebih 100,000 pelarian Syria kelmarin.
Menurut UNHCR, terdapat ratusan ribu kanak-kanak menghadapi situasi sama dengan Marwan.
“Konflik bersenjata di Syria kini sudah berlanjutan hampir tiga tahun dan buat masa ini kami menangani lebih 2.4 juta pelarian. “Tetapi, statistik paling penting ialah lebih sejuta pelarian itu kanak-kanak. Kerana mereka tidak dapat bersekolah, kami menggelar mereka ‘generasi Syria yang hilang’.
“Marwan hanya satu daripada generasi itu. Ramai lagi yang sepertinya di luar sana,” kata Mahecic. - Agensi
Serangan di Dara'a oelh tentera rejim Bashar Assad yang menyasarkan kanak-kanak.
#syrianeedsyouSerangan di Dara'a oelh tentera rejim Bashar Assad yang menyasarkan kanak-kanak.
Hasbunallah wanikmal wakiil...
Lelaki di dalam video ini begitu marah dengan apa yang terjadi. Berikut adalah sedikit terjemahan mengenai apa yang dikatakan oleh lelaki ini seperti di dalam video di pautan ini : http://www.youtube.com/
"Inilah hasil Persidangan Geneva!"
"Inilah hasil pertolongan Sauid, Qatar, Kuwait, mereka semua adalah penyembelih!"
"Mereka bertawaf di Mekah, tetapi mereka penipu,semua bersekongkol dengan Amerika dan Assad dan dengan semua orang!"
"Adakah budak kecil ni pengganas? Mana orang-orang Arab? Mana orang-orang Islam?"
"Islam dah hilang dari diri kamu!"
"Kalau pemimpin Arab ada maruah perkara ni takkan berlaku"
Hulurkan bantuan seikhlasnya:
Maybank : Salam Suriah Resources
No. Akaun : 5645-5733-8496
E-mel: donation.mllfs@gmail.com
No. telefon : 03-41416732/013-2226057
Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://
Ayuh, sebarkan kebajikan!
Gunakan #tag : #syrianeedsyou bagi sebarang kemaskini mengenai kempen ini.
"Demi Syria, untuk Ummah"
Tareq Al Sad- Daraa

Kanak-kanak merupakan manusia paling hebat diatas muka bumi!!
Mereka didera fizikal dan mental sejak celik mata di atas muka bumi, mereka diserang bedilan bom yang memusnahkan rumah dan keluarga tercinta, disekat sumber makanan sehingga mengalami masalah nutirisi yang akhirnya menjadi penyebab kematian mereka, dan mereka jugalah yang menjadi saksi penyeksaan, kezaliman, tubuh badan bergelimpangan hasil tangan-tangan Kuffar Syiah dan sekutunya selama hampir tiga tahun berlangsungnya Revolusi Syria.
Dan, mereka masih mampu mengukir senyuman paling manis daripada hati yang paling ikhlas meskipun mereka sudah tidak punya apa-apa kerana mereka tahu mereka masih ada Allah.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157
27 lagi anggota Hizbullat mati di Syria.
Good morning, Good news 27 lagi anggota Hizbullat mati di Syria.
http://www.yalibnan.com/
Menyayat hati!

Seorang budak lelaki berusia 4 tahun ditemui para sukarelawan UN berjalan berseorangan melintasi padang pasir. Dia dipercayai terpisah daripada keluarganya sewaktu cuba keluar dari Syria menuju ke Jordan untuk meneruskan hidup sambil membawa bungkusan yang tingginya hampir separuh badannya.
Alhamdulillah, dia kini telah selamat berada di sisi keluarganya. Cuba bayangkan perasaannya terpisah daripada keluarganya, dan bergelut dengan kehausan, kelaparan, dan ketakutan berseorangan.
Teringat sejenak kisah Nabi Yusuf AS yang terkenal dengan kisah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, yang akhirnya, ditakdirnya Allah menjadi kepala bendahara negara Mesir.
Sungguh, ujian itu terjadi untuk membentuk kita mempunyai jati diri yang kuat!
Sumber: http://abcnews.go.com/m/
syria berdarah
Kepada mereka yang tidak berasa terpukul melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, tontonlah rintihan hati adik lelaki ini yang memanggil-manggil nama dua orang kakaknya yang terbunuh dalam serangan bedilan bom.Tidakkah hati anda berasa sebak/pilu melihat tangisan keluarga ini?!
__________________________
Ukhuwwah itu ibarat satu jasad
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" al-Hujuraat
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudara seperti mencintai dirinya sendiri" [Hr Bukhari dan Muslim]
Ukhuwwah merupakan satu kata yang mudah dtutur tetapi susah diamal, ia mudah digambarkan tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Selari dengan sabda rasulullah SAW, "mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu jasad, bila satu bahagian terasa sakit bahagian lain turut terasa sakit". Jika hati kita tidak sakit melihat rintihan saudara kita di sana, wajiblah kita audit semula hati ini sama ada kita ini mukmin berkualiti mahupun tidak.
Link Video: http://www.youtube.com/
syria berdarah
Hari ini satu berita yang agak mengejutkan yang diterima dari Babila, Ghoutah Barat, Damsyik, Syria. FB disensasikan dengan berita mengatakan FSA telah berdamai dengan SAA. Buat pengetahuan pembaca Ghoutah adalah antara kawasan yang paling teruk dikepung tentera rejim, ramai penduduk menderita kebuluran dan sebarang bantuan tidak dibenarkan masuk ke Ghoutah. Pihak kami juga tidak pasti atas alasan apa FSA mengadakan perjanjian genjatan senjata tersebut. Semoga penerangan dari Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini membuat kita berfikir dan bukannya melontarkan cacian.Yusuf Al-Qaradhawi dalam karyanya “Aulawiyat al-Harakahal-Islamiyah”.
Menurutnya, fiqh muwazanah meletakkan konsentrasi pada tiga perkara:
(i) Konflik antara maslahah dengan maslahah lain;
(ii) Antara mafsadah dengan mafsadah lain; dan
(iii) Antara maslahah dan mafsadah (Al-Qaradhawi, 2001).
Ketika proses penetapan hukum berhadapan dengan salah satu tiga senario di atas, para ulama dituntut untuk lebih berhati-hati dalam meletakkan skala prioriti dan level kepentingannya. Parameter berikut mesti dijadikan sebagai titik dalam menetapkan prioriti dan keutamaan.
Pertama, jika maslahah bertentangan dengan maslahah yang lain, maka prioriti diberikan kepada maslahah yang lebih besar. Ini sejalan dengan kaedah fiqh:
jika terjadi konflik antara satu manfaat dengan yang lainnya maka diambil manfaat yang paling tinggi. Dalam perspektif maqashid syariah, maslahah dikategorikan dalam tiga hirarki: DHARURIYYAH, HAJIYYAH DAN TAHNISIYYAH
Peringkat DHARURIYYAH adalah tingkatan tertinggi yang tidak boleh lepas dari kehidupan manusia, terkandung dalam pemeliharaan lima keperluan dasar: agama, jiwa,akal, harta dan keturunan.
Sementara peringkat HAJIYYAH akan menciptakan kesulitan jika tidak terpenuhi, manakala TAHNISIYYAH pula terkait dengan kesempurnaan dan perbaikan kualiti hidup. Dalam perspektif fiqh muwazanah, prioriti mesti diberikan kepada level yang lebih tinggi. Jika terjadi konflik antara DHARURIYYAH dan HAJIYYAH, maka DHARURIYYAH mesti didahulukan, tetapi jika peringkat HAJIYYAH bertentangan dengan TAHNISIYYAH, maka HAJIYYAH akan mendapatkan prioriti.
Selanjutnya, apabila dua maslahah dalam tingkatan yang sama bertentangan, maka pemeliharaan terhadap agama didahulukan, lalu pemeliharaan jiwa, akal, keturunan dan harta secara berurutan. Jika konflik terjadi pada maslahah yang sama dan pada aspek yang juga setara, maka kepentingan awam didahulukan daripada kepentingan peribadi.
Kedua, jika terjadi konflik antara sesama mafsadah, maka mafsadah yang lebih besar harus dihilangkan dan mengambil mafsadah yang lebih ringan. Ini sesuai dengan bunyi kaedah fiqh: “Jika terdapat pertentangan antara dua mudharat maka diambil mudharat yang paling ringan”, dan kaedah fiqh: “Mafsadah yang lebih besar dihilangkan dengan mengambil mafsadah yang lebih ringan”.
Ketiga, apabila terjadi konflik antara maslahah dengan mafsadah, maka penetapannya berdasarkan dua senario: jika nampak mengambil maslahah lebih besar daripada menghilangkan mafsadah, maka mengambil maslahah lebih diutamakan, tetapi jika kesan
maslahah lebih rendah atau sama dengan kesan mafsadah, maka menghilangkan mafsadah lebih didahulukan daripada menciptakan maslahah.
Ini berdasarkan kaedah fiqh: “MENGHILANGKAN BAHAYA LEBIH DIDAHULUKAN DARIPADA MENCIPTA MANFAAT".
Tuesday, 18 February 2014
Maafkan kami atas kelewatan ini...

Dengan izin Allah swt, Misi Kemanusiaan ke 3 AP ke Syria kali ini telah berjaya menembusi masuk ke Kem Pelarian Yarmouk di Damsyik, Syria. Misi ini juga turut disertai oleh wartawan BH dan TV Hijrah.
Kawasan ini adalah di antara kawasan yang paling teruk terkesan daripada dengan tragedi yang berlaku di Syria sejak Mac 2011 lagi.
Kebanyakan rumah tempat mereka berteduh runtuh akibat bedilan bom dan peluru. Mereka hidup dalam kesejukan kerana tidak mempunyai bekalan elektrik yang terputus buat sekian lama.
Mereka hidup dalam keadaan berlapar sejak terkepung di dalam kem pelarian ini sejak 8 bulan yang lalu. Mereka mungkin 'terjumpa' dengan makanan asasi seperti roti hanya setiap 3 atau 4 atau 5 hari sekali.
Ada sahaja yang mati kebuluran pada setiap hari, bahkan pernah berlaku kematian seramai 46 orang dalam satu hari akibat kelaparan dan kesejukan musim dingin baru-baru ini.
Anak-anak juga tidak punyai tenaga dan suara untuk menangis dan mati di dalam pelukan ibu bapanya yang tidak boleh berbuat apa-apa.
Bayi-bayi yang kecil juga tidak dapat meminum susu ibu mereka yang kekeringan akibat kebuluran tanpa bekalan makanan.
Saudaraku...
Ingati mereka dalam doamu.
Jangan biarkan mereka kebuluran !
Teruskan menyumbang melalui apa jua cara.
Atau dengan melalui :
https://www.facebook.com/
SEBARKAN !
Ya Allah.....

Entah kenapa secara tiba-tiba dada ini menjadi sebak dan kelopak mata menjadi pemurah dengan titisan air hangat apabila memikir situasi anak kecil ini....
Wartawan CNN, Hala Gorani berkongsikan foto seorang anak kecil yang berumur 4 tahun yang ditemui oleh petugas PBB ketika anak kecil ini menyeberangi gurun yang kontang di Syria selepas kehilangan ahli keluarganya.
Hala Gorani berkata bahawa pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjumpai Marwan yang sedang melintasi padang pasir bersendirian dan kesepian selepas terpisah daripada keluarganya yang melarikan diri daripada tragedi di Syria.
Doakan yang terbaik untuk anak ini dan keluarganya...
Sumber foto :
https://www.facebook.com/
FSA tukar ketua tentera baharu
BEIRUT 17 Feb. - Tentera Pembebasan Syria (FSA) berkata, kumpulan itu telah memecat Ketua Turus Tenteranya, Jeneral Selim Idriss (gambar) ekoran kegagalan yang sering dihadapi oleh pasukan tersebut dalam pertempuran menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Dalam satu rakaman video di internet, kumpulan FSA berkata, majlis ketenteraan FSA memutuskan untuk menggantikan Selim dengan Brigadier Jeneral Abdel al-Ilah al-Bachir.
Jurucakap FSA, Kolonel Qassem Saadeddine berkata, keputusan itu dibuat untuk menyusun semula struktur pasukan itu.
Selim yang dilantik pada Disember 2012 dikritik kerana beberapa kali gagal di medan perang. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140218/lu_05/FSA-tukar-ketua-tentera-baharu#ixzz2tdOrXdeg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 17 February 2014
Keperitan yang amat dahsyat....
Dr Zainur Rashid ZainuddinSebelum ini saya pernah terbaca beberapa kali mengenai keperitan yang dilalui oleh mangsa tragedi Syria yang berlaku yang menyebabkan mereka kebulur sehinggakan ada yang terpaksa memakan anjing dan kucing untuk terus hidup.
Bahkan ada beberapa ulama di sana yang telah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan mereka berbuat demikian dalam keadaan darurat.
Saya sempat menemui 2 aktivis kemanusiaan yang berjaya masuk ke Kem Pelarian Yarmouk di Damsyik setelah melepasi kepungan tentera Bashar al Asad dan juga pihak bersenjata yang menguasai kawasan kem tersebut. Ya, mereka mengesahkan bahawa insiden penduduk Syria yang terpaksa memakan anjing dan kucing sebenarnya memang berlaku.
Ribuan di kalangan mereka telah terkepung selama 8 bulan di kem tersebut. Mereka hanya bertemu dengan makanan asasi seperti roti pada setiap 3 atau 4 atau 5 hari sekali. Ramai di kalangan mereka telah mati kebuluran dan kesejukan sehinggakan pernah berlaku seramai 46 orang yang mati kebuluran dalam tempoh satu hari sahaja di musim dingin baru-baru ini.
Wahai teman kenalan, jangan lupakan mereka.
Sekurang-kurangnya mendoakan kebaikan dan mengambil peduli apa yang berlaku.
Apakah cara lain untuk membantu? Baca lagi :
https://www.facebook.com/
SEBARKAN !
syria
Kanak-kanak di kem pelarian menulis " Ya Allah, hentikanlah daya tarikan graviti bumi supaya tong-tong letupan bom tidak jatuh keatas kami!'..-----------------------
Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :
Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl
syria
Jika orang awam berada di kawasan yang dikepung, dimana mereka hendak mendapatkan makanan dan air yang boleh diminum atau ubat atau keperluan-keperluan yang lainnya bagi menghangatkan badan mereka?

syria berdarah ·
#Syrian_Network_for_Human_#SNHR
Since the beginning of #Geneva II Peace conference, Government Forces killed 2247 civilians .
syria berdarah
#Syrian_Network_for_Human_#SNHR
Syrian network for human rights documented 59 victims killed by Syrian Government's Forces, Saturday 15/2/2014 all across Syria, including 5 children, 3 ladies ,8 FSA , and 4 tortured to death.
-----------------------
Damascus and countryside: 19 victims
Aleppo: 15 victims
Hama: 10 victim
Daraa: 5 victims
Idlib: 4 victims
Homs: 3 victims
Dier ez Zoor: 1 victim
Qunaitra: 1 victim
Tartus: 1 victim
syria berdarah
#Syrian_Network_for_Human_#SNHR
Syrian Network for Human Rights documented up to this moment of Sunday 16-02-2014 , the kill of (5) children by Government Forces in different Syrian Governorates
syria berdarah
#Syrian_Network_for_Human_#SNHR
Syrian network for human rights documented up to this moment of Sunday 16-02-2014 the kill of (3) tortured to death by Government Forces in different Syrian Governorates .
syria berdarah
#Syrian_Network_for_Human_#SNHR
Syrian network for human rights documented 54 victims killed by Syrian Government's Forces, Sunday 16/2/2014 all across Syria, including 5 children, 4 ladies ,19 FSA , and 3 tortured to death.
-----------------------
Aleppo: 22 victims
Damascus and countryside: 11 victims
Idlib: 9 victims
Hama: 5 victim
Homs: 4 victims
Qunaitra: 2 victims
Daraa: 1 victim
Subscribe to:
Posts (Atom)
























