Tuesday, 7 June 2016

Puluhan terbunuh di Aleppo

Aleppo: Tentera Syria membunuh puluhan orang awam dengan serangan udara di sekitar bandar Aleppo kelmarin, walaupun selepas bersetuju membenarkan konvoi membawa bantuan makanan ke 12 kawasan yang dikepungnya di bandar itu.
Serangan terhadap bandar Aleppo itu adalah yang paling sengit dalam masa sebulan.
Koresponden AFP berkata, lebih 12 bom tong digugurkan di daerah yang dikuasai kumpulan penentang di timur bandar itu.
Empat belas orang mati apabila bas yang mereka naiki turut menjadi sasaran pengeboman.
Kumpulan pertahananan awam yang digelar Helmet Putih berkata, sekurang-kurangnya 43 orang awam terbunuh dalam keganasan terbaru tentera Syria itu.
“Sebahagian mangsa ditimpa runtuhan bangunan,” kata seorang sukarela yang hanya mahu dikenali sebagai Khaled.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, semua yang bergerak menjadi sasaran, dalam serangan itu tidak kira orang atau kenderaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:05 AM


SUKARELAWAN pertahanan awam Syria yang dikenali sebagai Helmet Putih mengusung seorang lelaki yang cedera akibat serangan udara tentera Syria di Aleppo, kelmarin.

17 terbunuh dalam serangan udara di timur Syria


syria
Gambar bertarikh 28 April ini menunjukkan pasukan sukarelawan pertahanan awam Syria membantu salah seorang mangsa yang cedera dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas kejiranan Bab al-Nayrab di Aleppo - AFP
BEIRUT 7 Jun - Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas satu serangan udara dilancarkan ke atas sebuah pasar awam di wilayah Deir al-Zour, timur Syria.
Menurut Kumpulan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), serangan tersebut berkemungkinan didalangi oleh Rusia atau tentera Syria. - Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/17-terbunuh-dalam-serangan-udara-di-timur-syria-1.339405#sthash.8fHx0rEd.dpuf

Aleppo terus dibedil


Berpuluh-puluh penduduk terkorban, persiapan Ramadan bertukar tragedi

PENDUDUK Syria melihat kesan kemusnahan akibat serangan mortar
PENDUDUK Syria melihat kesan kemusnahan akibat serangan mortar oleh kumpulan penentang kerajaan di kawasan perumahan al-Midan yang dikuasai tentera kerajaan di Aleppo, baru-baru ini. AFP
AMMAN 6 Jun - Persiapan menyambut Ramadan bagi penduduk di Aleppo, Syria bagaikan tiada erti apabila kawasan kediaman mereka berterusan menjadi ‘medan pertempuran’ antara tentera Syria dan kumpulan penentang kerajaan yang saling bertelagah, sama ada menerusi serangan udara mahupun bedilan mortar, semalam.
Menurut portal Al Jazeera, sekurang-kurangnya 53 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran tersebut, ketika tentera kerajaan buat pertama kali berjaya memasuki wilayah Raqqa sejak Ogos 2014.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria melaporkan, berpuluh-puluh bom tong digugurkan melalui helikopter tentera di kawasan perumahan al-Qatriji manakala sebuah pesawat pejuang tidak dikenali terhem­pas di selatan Aleppo.
Badan itu menyatakan 32 orang terkorban dalam serang­an udara berkenaan manakala 20 orang lagi maut diserang kumpulan penentang kerajaan di kawasan dikuasai tentera kerajaan di bandar Aleppo.
Kumpulan sukarelawan White Helmets pula menyatakan, sekurang-kurangnya 50 serangan udara dilancarkan ke kawasan dikuasai kumpulan penentang di Aleppo semalam.
Jelas sukarelawan tersebut, kumpulan penentang turut membedil kawasan perumahan dikuasai tentera kerajaan di bahagian barat bandar berkenaan di kawasan Hamadaniyah dan Midan.
Dalam perkembangan ber­asingan, tentera Syria dilaporkan mula memasuki wilayah Raqqa kelmarin, kali pertama selepas mereka diusir kum­pulan mi­litan IS pada Ogos 2014.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria memberitahu, serangan udara tentera Rusia di timur wilayah Homs berhampiran Raqqa pada Jumaat lalu memudahkan kemaraan tentera Syria ke wilayah berkenaan.
Jelas badan berkenaan, sebanyak 26 anggota militan IS dan sembilan anggota tentera kerajaan dan sekutunya terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Tambahnya, tentera Syria membuat kemaraan dari kawasan Athriya, timur wilayah Hama berhampiran sempadan wilayah Raqqa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aleppo-terus-dibedil-1.339484#sthash.t3YvTzA2.dpuf

17 terbunuh dalam serangan udara di timur Syria


syria
Gambar bertarikh 28 April ini menunjukkan pasukan sukarelawan pertahanan awam Syria membantu salah seorang mangsa yang cedera dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas kejiranan Bab al-Nayrab di Aleppo - AFP
BEIRUT 7 Jun - Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas satu serangan udara dilancarkan ke atas sebuah pasar awam di wilayah Deir al-Zour, timur Syria.
Menurut Kumpulan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), serangan tersebut berkemungkinan didalangi oleh Rusia atau tentera Syria. - Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/17-terbunuh-dalam-serangan-udara-di-timur-syria-1.339405#sthash.atJWmQL2.dpuf

Tuesday, 31 May 2016

Foto Pasca Serangan Teroris Rusia ke Pemukiman dan Rumah Sakit di Idlib

 


HasbunAllahu wa nikmal wakil
lebih dari 35 warga sipil gugur, lebih dari 100 luka-luka akibat serangan dari teroris Rusia sekutu teroris ASSad diatas pemukiman sipil dan rumah sakit di kota Idlib
dini hari 30-31 Mei 2016 waktu Idlib, Suriah
Foto pasca serangan udara brutal dari teroris Rusia ke kota Idlib dini hari tadi :
13330985_287514991586232_3674327586650196787_n
13315265_287515038252894_8007941291222765377_n13327606_1101112809932120_2766539564547439588_n12871495_1101112823265452_4399059817886618371_n13322090_287515361586195_6215238009090557945_n13307413_287514968252901_1131863187946901892_n13327493_1101112793265455_5981905362535227270_n13315584_287515388252859_5318270410768091830_n13315673_287515404919524_702271243481745707_n13310325_287515424919522_9116321260264614243_n13319983_287515338252864_9072770852217784085_n
Foto dari Civil Defense Idlib dan aktifis lokal lainnya.

Sunday, 29 May 2016

Syria dakwa Turki bekalkan senjata 29 MEI 2016 Syria dakwa Turki bekalkan senjata

Syria dakwa Turki bekalkan senjata
Rakyat Syria mengangkat barang disumbangkan PBB dan Bulan Sabit Merah Syria. Foto: AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Wakil Syria di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menuduh Turki membekalkan senjata kepada beberapa kumpulan militan, di sebalik tindakan kerajaan negara tersebut menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria.
Dakwaan itu dilontarkan Bashar al-Ja’afari, semasa pembentangan laporan bulanan bantuan kemanusiaan ke Syria oleh PBB, kelmarin.
Dalam pembentangan tersebut, Ketua Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien mendakwa Kerajaan Syria menyekat banyak bantuan kemanusiaan untuk melalui negara tersebut ke negara Arab yang lain.
Namun, Ja’fari menempelak dakwaan O’Brien dengan mengatakan Kerajaan Syria melakukan pemeriksaan ketat ke atas kesemua bantuan tersebut.
“PBB perlu bekerjasama dengan Kerajaan Syria supaya segala urusan berjalan dengan lancar,” katanya. - Press TV

PBB gesa henti sekat bekalan makanan, ubat


Ratusan ribu penduduk Syria terperangkap dalam konflik

Sekumpulan penduduk Syria dirakam berada di sempadan negara itu
SEKUMPULAN penduduk Syria dirakam berada di sempadan negara itu dengan Turki selepas perang saudara selama lima tahun memburukkan krisis kemanusiaan di Syria. AGENSI
NEW YORK 28 Mei - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan Syria dan kumpulan penentang supaya berhenti daripada menyekat serta mencampuri urusan penghantaran makanan dan ubat-ubatan kepada 592,700 orang penduduk yang terperangkap dalam konflik di negara itu.
Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien berkata, tindakan mengepung dan membiarkan mangsa konflik itu dalam kebuluran sebagai ‘senjata perang’ di Syria adalah satu perbuatan keji.
“Berdasarkan maklumat terbaharu, sebanyak 592,700 orang penduduk hidup dalam kepungan (terperangkap) dengan kebanyakan mereka dikepung tentera kerajaan,” katanya.
O’Brien memberitahu, kerajaan Syria dan sebahagian kecil kumpulan penentang dilihat sengaja menghalang penghantaran bantuan itu.
Jelasnya, PBB meminta pihak bertanggungjawab supaya memudahkan pergerakan konvoi bantuan ke 35 buah kawasan yang dikepung dan sukar dihampiri.
“Bagaimanapun kerajaan hanya membenarkan akses sepenuhnya kepada 14 buah kawasan dan separa akses kepada lapan lagi tempat,” katanya.
Dalam perkembangan berasin-
gan, lebih 100,000 orang penduduk Syria berhampiran sempadan Turki dilaporkan terpe-rangkap di sebalik serangan demi serangan oleh kumpulan militan IS yang menghampiri bandar Azaz di utara Aleppo selepas kumpulan itu menawan beberapa kawasan penting daripada kumpulan penentang kerajaan.
Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Syria, penduduk yang kebanyakannya berada di medan pertempuran itu dan sempadan Turki yang ditutup sejak setahun lalu tidak mempunyai tempat lain untuk meneruskan kehidupan.
Tambahnya, kebanyakan kawasan penempatan penduduk telah jatuh ke tangan kumpulan militan yang melakukan serangan secara rambang sehingga membedil rumah penduduk, menyaksikan sebanyak sembilan orang awam terbunuh di Kampung Kaljibreen, baru-baru ini.
Selain itu, sebanyak 15,000 orang penduduk di Marea, kira-kira 15 kilometer dari sempadan Turki, kini hidup dalam terkepung. – AFP/DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-gesa-henti-sekat-bekalan-makanan-ubat-1.335879#sthash.3qRX3oVK.dpuf

592,700 rakyat Syria hidup dalam kepungan - PBB


NEW YORK 28 Mei - Sebanyak 592,700 penduduk Syria dilapor hidup dalam kepungan tentera kerajaan tahun ini sekali gus mencetuskan kebimbangan akan nasib orang awam yang berdepan krisis kemanusiaan yang buruk di negara itu.
Stephen O’Brien
Stephen O’Brien
Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephen O’Brien memberitahu Majlis Keselamatan badan dunia itu bahawa langkah kerajaan Syria dengan menjadikan kepungan ke atas orang awam sebagai senjata perang adalah keji dan mesti dihentikan segera.
Jumlah itu adalah pertambahan sebanyak 75,000 orang berbanding 517,700 orang yang direkodkan sebelum ini. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/592-700-rakyat-syria-hidup-dalam-kepungan-pbb-1.335673#sthash.RBVHFaY6.dpuf

Monday, 23 May 2016

Syria rampas bekalan bantuan IS


Trak tersebut didakwa membawa lebih 25 tan bekalan perubatan untuk IS di Syria dan Iraq.
DAMSYIK - SYRIA. Tentera Syria telah merampas sebuah trak yang membawa bekalan perubatan berjumlah AS$100,000 (RM407,700) dari Turki yang dihantar untuk kumpulan militan IS di Iraq dan Syria.
Kelmarin, agensi berita SANA melaporkan trak milik syarikat perubatan al-Yaman yang membawa lebih 25 tan bekalan itu ditahan di wilayah barat laut Aleppo.
"Syarikat berpusat di Istanbul itu dipercayai menghantar bekalan perubatan dan peralatan kepada IS di Manbej dan Mosul serta kumpulan militan lain. Seorang komander kumpulan militan tersebut turut diberkas," jelas laporan itu lag.
Minggu lalu, pasukan risikan Syria memaklumkan mereka telah merampas 25 tan bekalan perubatan dan peralatan hospital termasuk mesin dialisis dari Turki berhampiran Aleppo. - Press TV 

Sunday, 22 May 2016

60,000 maut dalam penjara Syria sejak Mac 2011

SABTU, 21 MEI 2016 @ 11:54 PM


 BEIRUT: Sekurang-kurangnya 60,000 maut dalam penjara kerajaan Syria, sejak lima tahun lalu akibat diseksa atau penderitaan akibat kekurangan makanan, menurut badan pemantau hari ini. Ketua kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman, berkata beliau mengumpul jumlah kematian itu daripada sumber rejim. "Sejak Mac 2011, sekurang-kurangnya 60,000 maut kerana diseksa atau keadaan penjara teruk terutamanya kekurangan perubatan atau makanan dalam pusat tahanan rejim," kata Abdel Rahman. Katanya, jumlah kematian tertinggi direkodkan di penjara Saydnaya dan pusat tahanan yang dikendalikan unit risikan tentera udara Syria. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/156123

Thursday, 19 May 2016

Wilayah dikuasai Daish semakin kecil

Pentagon: Wilayah yang dikuasai kumpulan pengganas Daish di Syria dan Iraq semakin kecil apabila kawasan berkenaan ditawan semula berikutan kejayaan serangan yang menyasarkan mereka.
Jurucakap Pentagon berkata semalam, ia termasuk separuh daripada wilayah di Iraq yang pernah dikuasai kumpulan itu.
Jabatan Negara Amerika Syarikat sebelum ini menganggarkan, Daish kehilangan kira-kira 40 peratus daripada wilayah yang ditawannya di Iraq dan 10 peratus lagi di Syria.
Bagaimanapun, keluasan kawasan yang terlepas dari cengkaman mereka meningkat sejak beberapa minggu lalu.
“Kawasan yang dikuasai mereka di Iraq kini tinggal 45 peratus daripada jumlah wilayah yang pernah mereka tawan. Di Syria, mereka kehilangan 10 peratus daripada wilayah yang mereka kuasai sebelum ini,” kata jurucakap Pentagon, Peter Cook.
Militan Daish melancarkan serangan besar-besaran dan menawan sebahagian besar Iraq dan Syria pada 2014 dengan sedikit tentangan daripada tentera Iraq dan mengambil kesempatan terhadap perang saudara di Syria.
Sejak Ogos 2014, Amerika Syarikat mengetuai pakatan memerangi Daish, termasuk melancarkan serangan udara di samping melengkapkan sekutu tempatannya dengan latihan dan senjata.
Di Iraq, Daish sudah kehilangan kuasa di Ramadi dan Heet. Bagaimanapun, mereka masih berkuasa di bandar lain, termasuk Mosil dan Fallujah.
Di Syria, kumpulan itu masih menguasai Raqa, ibu negeri kerajaan khalifah yang mereka tubuhkan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 12:18 PM

Wednesday, 18 May 2016

Kubur besar ditemui 
di sempadan Turki


Abdel Halif al-Jasim menunjukkan ke arah gaung yang dijadikan
Abdel Halif al-Jasim menunjukkan ke arah gaung yang dijadikan kubur besar oleh militan IS di bandar Suluk dekat sempadan Turki. AGENSI
DAMSYIK 17 Mei – Sebuah kubur besar mengandungi lebih seribu mayat penduduk Syria, termasuk wanita dan kanak-kanak ditemukan di sebuah gaung di daerah utara negara ini dekat sempadan Turki.
Kubur besar itu ditemukan Unit Perlindungan Penduduk Kurdis (YPG) di bandar Suluk, kira-kira 20 kilometer dari da­erah Tal Abyad, yang ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS) selama sebulan pada Februari lalu.
Militia YPG berjaya mengusir anggota militan IS itu dari Suluk pada Mac lalu selepas mereka menawan daerah Tal Abyad yang terletak berhampiran de­ngan pusat pentadbiran militan IS di Raqqa.
“Kami menemukan ribuan mayat penduduk di sebuah gaung,” kata Komander YPG, Mohamed Jirkis yang dipetik akhbar Daily Express, semalam.
Jirkis berkata, kebanyakan mangsa adalah lelaki, dengan mangsa terlebih dahulu diseksa sebelum dibunuh.
Seorang penduduk, Abdel Halif al-Jasim ketika diminta mengulas insiden berkenaan berkata, anggota militan IS akan membawa mangsa ke gaung berkenaan dengan mata mereka ditutup.
Katanya, anggota militan itu kemudian melepaskan tembakan di kepala mangsa bagi menakutkan mereka.
“Mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri dan mereka kemudian jatuh ke dalam gaung berkenaan, manakala penduduk yang mati ditembak akan dibungkus dengan selimut sebelum dihumban ke dalam cenuram berkenaan,” kata Abdel Halif.
Penemuan kubur besar itu dipercayai yang kedua pada tahun ini, selepas tentera kerajaan menemukan sebuah kubur besar mengandungi 25 mayat di bandar purba Palmyra di wilayah Homs yang berjaya ditawan semula daripada militan IS awal April lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kubur-besar-ditemui-8232-di-sempadan-turki-1.331486#sthash.SRFgIuUE.dpuf

Kuasa besar dunia setuju sambung rundingan damai Syria


Syria map
VIENNA 18 Mei - Kuasa besar dunia dilaporkan telah bersetuju untuk memulakan semula rundingan damai Syria menjelang awal bulan hadapan, kata Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault.
“Matlamat utama kami adalah untuk mengekalkan proses perdamaian politik bagi Syria.
“Kami telah meminta Duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Staffan de Mistura untuk mengumpulkan kesemua pihak yang terlibat untuk meneruskan rundingan pada bulan hadapan,” kata Ayrault kepada pemberita. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kuasa-besar-dunia-setuju-sambung-rundingan-damai-syria-1.331547#sthash.Lz64ou7j.dpuf

Monday, 16 May 2016

Tentera Syria patahkan serangan IS


Perang saudara selama lima tahun di Syria turut mengakibatkan
PERANG saudara selama lima tahun di Syria turut mengakibatkan kemusnahan besar di bandar Deir Ezzor. AGENSI
BEIRUT 15 Mei - Tentera Syria berjaya mematahkan cubaan kumpulan militan IS) untuk menawan sebuah hospital di bandar Deir Ezzor.
Agensi berita Amaq melaporkan, anggota militan IS melancarkan serangan besar-besaran di barat daya Deir Ezzor, pagi semalam dan menggempur Hospital Assad.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria memaklumkan, sekurang-kurangnya 35 tentera Syria terkorban dan beberapa kakitangan hospital berkenaan ditawan militan IS.
Pertempuran sengit di sekitar hospital itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 24 anggota militan IS terbunuh.
Kumpulan militan terbabit juga bertindak memusnahkan laluan yang menghubungkan pangkalan udara tentera Syria dan lapangan terbang di wilayah tersebut.
Militan IS menguasai sebahagian besar Deir Ezzor dan mengepung kawasan itu sejak Mac tahun lalu sehingga ke kawasan yang dikuasai tentera kerajaan di bandar berhampiran di sempadan timur Syria dengan Iraq.
Bandar Deir Ezzor menghubungkan bandar Raqqa yang dikuasai militan IS dengan kawasan lain yang dikuasai kumpulan itu di Iraq.
Militan IS mendakwa pihaknya berjaya menawan sebuah pusat pemeriksaan, balai bomba, pusat penginapan universiti, selain beberapa kawasan berhampiran lapangan minyak al-Tayyam.
Agensi berita Rusia, RIA yang memetik sumber melaporkan, tentera Syria berjaya mematahkan serangan militan IS di kawasan pangkalan udara di bandar itu.
Namun, badan pemantau hak asasi manusia bagi Syria dan Amaq melaporkan, berlaku pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan anggota militan IS di kawasan berkenaan.
Militan IS mendakwa sekurang-kurangnya 80 orang askar kerajaan terkorban selain beberapa kereta perisai tentera dimusnahkan dalam serangan itu. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-syria-patahkan-serangan-is-1.326558#sthash.coZDgcvv.dpuf

Saturday, 14 May 2016

30 budak Syria didera seksual


Puluhan kanak-kanak lelaki didakwa menjadi mangsa penderaan seksual di kem pelarian Nizip di Turki.
ANKARA - SYRIA . Puluhan kanak-kanak Syria berumur antara 8 dan 12 tahun telah didera secara seksual di kem pelarian di wilayah tenggara Gaziantep di Turki selama beberapa bulan.
Kelmarin, akhbar berhaluan kiri, BirGun melaporkan seorang tukang cuci didakwa telah melakukan serangan seksual ke atas 30 budak lelaki di dalam bilik air di kem pelarian Nizip sejak September 2015 hingga awal tahun lalu. 
Lelaki berumur 29 tahun yang hanya dikenali sebagai E E itu telah membuat pengakuan melakukan perbuatan itu ke atas kesemua mangsa tanpa dikesan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan turut memberikan wang sebanyak AS$0.51-1.69 (RM2.06-6.80) kepada mereka.
Difahamkan, perbuatan tidak senonoh lelaki itu terbongkar selepas salah seorang mangsa dikenali sebagai H I mengadu kepada bapanya.
Berang dengan insiden itu, keluarga mangsa tampil membuat aduan manakala selebihnya enggan mengambil sebarang tindakan kerana bimbang dihantar pulang ke negara asal.
Susulan itu, suspek kini diletakkan dalam tahanan praperbicaraan dan jika disabit bersalah dia bakal berdepan hukuman penjara 289 tahun. - Press TV

Komander Hizbullah terbunuh di Syria

Beirut: Pergerakan Hizbullah di Lubnan berkabung semalam atas kematian seorang komander tentera kanannya, Mustafa Badreddine dalam satu letupan di Damsyik, Syria.
Kematian Mustafa, 55, dianggap satu tamparan hebat terhadap pergerakan Syiah berkenaan yang memainkan peranan penting dalam konflik di negara jiran itu.
Mustafa adalah perancang utama pembabitan Hizbullah dalam perang saudara di Syria sejak pejuangnya menyertai tentera negara itu bagi menentang kumpulan yang mahu menumbangkan Presiden Bashar Assad.
Hizbullah dan Iran adalah antara penyokong kuat Bashar.
Bagaimanapun, maklumat mengenai letupan yang membunuh Mustafa itu masih tidak jelas.
Hizbullah memberitahu, serangan itu berlaku berhampiran lapangan terbang Damsyik tetapi tidak memberi maklumat lanjut.
Lapangan terbang itu terletak berhampiran makam Sayida Zeinab yang dianggap suci oleh pengikut Syiah dan lokasi markas pejuang Hizbullah dan beberapa kedudukan tentera.
Menurut Hizbullah, beberapa lagi cedera dalam serangan itu dan ia menyiasat letupan itu sama ada ia berpunca daripada serangan udara, peluru berpandu atau meriam.
Bila letupan berlaku juga tidak dinyatakan dan pejabat media Hizbullah memberitahu, mereka juga tiada maklumat mengenai masa kejadian itu.
Pada malam Selasa lalu, Hizbullah menafikan laporan bahawa tentera udara Israel menyerang konvoi nya di sempadan Lubnan-Syria. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2016 @ 5:03 AM

Kumpulan pemberontak guna senjata kimia


hell

DAMSYIK 13 MEI - Gambar fail AFP menunjukkan pemberontak menggunakan senjata yang dinamakan hell cannon ketika melakukan serangan terhadap tentera kerajaan Syria di Aleppo pada 24 Oktober 2014. - AFP/GETTY IMAGE
DAMSYIK 13 Mei - Kumpulan pemberontak Syria yang menguasai beberapa kawasan di bandar Aleppo didakwa menggunakan senjata kimia termasuk roket dinamakan `hell cannon’ yang diperbuat daripada kanister gas.
Amnesty International seperti dipetik laman berita Al Jazeera mendakwa, kumpulan tersebut, Jaish al-Fatah juga telah melakukan serangan secara sembarangan di daerah Sheikh Maqsoud.
Menurut kumpulan hak asasi manusia itu, kumpulan berkenaan menggunakan senjata kimia dan menyasarkan rumah-rumah penduduk tempatan, pasar dan masjid selain membunuh dan mencederakan orang awam.
“Antara senjata yang digunakan adalah mortar, roket buatan sendiri dan roket kanister gas,” dakwa kumpulan berkenaan. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kumpulan-pemberontak-guna-senjata-kimia-1.325621#sthash.j9Zkevb3.dpuf

Friday, 13 May 2016

EU rancang pelan B


Kompleks Olimpik Helliniko di pinggir selatan Athens dijadikan sebagai kem pelarian sementara yang menempatkan migran kebanyakannya dari Afghanistan. - Foto: AFP
BERLIN - JERMAN. Kesatuan Eropah (EU) sedang merancang pelan alternatif untuk membendung kemasukan pelarian di rantau itu jika perjanjian yang dicapai bersama Turki gagal menangani  permasalahan tersebut.
Kelmarin, akhbar Das Bild melaporkan pegawai EU kini merangka 'pelan B' yang meletakkan tanggungjawab kepada Greece untuk memberi perlindungan kepada pelarian dan pencari suaka.
Menurut laporan itu, Athens juga diberi hak untuk mengusir mana-mana pelarian secara langsung untuk pulang ke negara asal mereka atau negara ketiga yang diisytihar 'selamat'.
"Di bawah pelan alternatif itu, Greece akan mendapat peruntukan kira-kira 6 bilion euro (RM27.5 bilion) yang dicadangkan dalam perjanjian pelarian EU-Ankara sebelum ini," jelas laporan tersebut lagi.
Sementara itu, seorang ahli politik di Berlin turut mengesahkan laporan terbabit dan menyatakan ia adalah satu tindakan normal untuk mempertimbangkan pelan B.
"Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan Turki kerana pelan alternatif diperlukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan," kata ahli Parlimen, Kesatuan Demokratik Kristian Jerman, Karl-Georg Hellmann. - Press TV

Tuesday, 10 May 2016

Usaha tamatkan mogok di penjara Hama


Imej yang dimuat naik ke dalam media sosial menunjukkan anggota keselamatan turut berkawal di luar penjara Hama
DAMSYIK - SYRIA . Satu perjanjian lisan telah dicapai sebagai usaha untuk menghentikan mogok di penjara Syria yang menempatkan hampir 800 tahanan politik, menurut kumpulan aktivis, semalam.
Persetujuan itu dicapai, lewat kelmarin bertujuan untuk menamatkan pemberontakan di penjara Hama di tengah Syria yang tercetus selepas lima tahanan dibawa ke pusat tahanan Sadnaya untuk menjalani hukuman mati pada minggu lalu.
"Kerajaan telah bersetuju dengan hampir kesemua tuntutan untuk membebaskan tahanan politik yang ditahan tanpa dikenakan sebarang dakwaan," kata aktivis.
Sementara itu, Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) turut mengesahkan seramai 26 tahanan akan dibebaskan di bawah perjanjian itu.
Sebelum ini, pihak berkuasa  membebaskan 46 tahanan di bawah usaha Palang Merah sebagai pengantara, namun rundingan itu akhirnya menemui jalan buntu. - Reuters 
Imej yang dimuat naik ke dalam media sosial menunjukkan anggota keselamatan turut berkawal di luar penjara Hama.