Monday, 22 September 2014

Militan Malaysia: Abu Turob Maut Di Syria


Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 10:19 AM

Abu Turob lebih mesra dikenali sebagai Pak Long maut di Syria pada Selasa.

PETALING JAYA: Anggota militan rakyat Malaysia, Abu Turob dilaporkan maut dalam konflik yang berlaku di Syria.

Lelaki berusia 52 tahun ini dipercayai rakyat Malaysia pertama yang terkorban dalam pergolakan tentera Presiden, Bashar al-Assad menentang puak pelampau yang berhasrat menyingkirkannya.

Bukan nama sebenar, Abu Turob dikatakan mengalami kecederaan teruk di dada yang meragut nyawanya dalam pertempuan di Hama pada Selasa.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang pada 19 Ogos lalu selepas diserang penembak hendap kata sumber yang rapat dengan mangsa kepada The Star.

Dikenali sebagai Pak Long di kalangan pejuang militan Malaysia di Syria, jenazah Abu Turob dikebumikan di Kafer Zeta.

Tiga lagi rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Abu Aisyah, Abu Tolhah dan Abu Ain bagaimanapun mengalami kecederaan akibat letupan bom di Arzaa.

Bekas pemain drum kumpulan rock, Akel Zainal mengesahkan jenazah Abu Turob sudah dikebumikan di negara itu.

"Ketika saya mendengar berita itu pada tengahari Selasa mengenai ramai rakyat Malaysia cedera dalam pertempuran dan kematian Abu Turob, saya berharap ia tidak benar," katanya.

Akel, yang ditugaskan untuk mempertahankan Arzeh ketika diserang berkata, dia sempat melihat jenazah Abu Turob semasa dalam perjalanan ke medan pertempuran.

Beliau juga menyifatkan Abu Turob sebagai seorang yang mudah mesra dan berkeperibadian pemurah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wisma Putra berkata, pihaknya akan mendapat pengesahan pihak berkuasa Syria berhubung kejadian yang dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, proses pengesahan bagaimanapun akan mengambil masa beberapa hari.

"Kami mengambil maklum dakwaan bahawa tiga rakyat Malaysia terbabit dalam kegiatan militan di Syria di mana seorang meninggal dunia, manakala dua lagi mengalami kecederaan," katanya.

Konflik Syria: Angka Kematian Lebih 191,000 Orang


Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 5:10 PM

GENEVA: Lebih 191,000 orang maut di kawasan bergolak di Syria, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai konflik yang berlaku hampir tiga setengah tahun di negara itu.
Pillay berkata, seramai 191,369 orang terbunuh di kawasan bergolak Syria, sekali gus mencatatkan lebih sekali ganda berbanding angka kematian pada tahun lalu seramai 93,000 orang. - AFP

Turki Siap Sedia Hadapi Kebanjiran Pelarian Syria


Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 8:26 PM
Ratusan ribu pelarian Syria menunggu di sempadan Turki untuk memasuki negara itu sejak beberapa hari lalu.

ANKARA: Jumlah pelarian Syria yang tiba di Turki sejak empat hari lalu mencecah 130,000 dan angka itu dijangka meningkat.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus bagaimanapun berkata, negara itu bersedia menghadapi apa saja kemungkinan jika keadaan itu benar-benar berlaku.

"Saya berharap Turki tidak dipaksa menerima lebih banyak pelarian perang dari Syria namun jika ia berlaku, kerajaan mempunyai perancangan dan langkah perlu sudah diambil," katanya.

Turki yang bersempadan dengan Syria adalah antara negara paling banyak menerima kebanjiran pelarian perang sejak krisis meletus beberapa tahun lalu.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila militan Negara Islam (IS) mengganas dan membuat kemaraan dari satu wilayah ke wilayah lain ketika tentera rejim Presiden Bashar al-Assad masih bergelut menghadapi kebangkitan pemberontak.

Jumlah pelarian yang meninggalkan Syria setakat ini dianggar seramai lebih sejuta orang.

Numan berkata, ada kemungkinan gelombang kebanjiran pelarian perang itu mencecah ratusan ribu orang dalam tempoh tidak lama lagi.

Kedatangan terbaru berlaku sejak Khamis lalu apabila militan IS mengganas dan membawa konflik itu semakin hampir ke sempadan Turki.

Kata Numan, masalah yang berlaku bukanlah disebabkan bencana alam.

"Apa yang Turki hadapi kini ialah bencana buatan manusia.

"Kami tidak pasti berapa banyak petempatan akan diserang IS, berapa ramai pelarian akan terpaksa meninggalkan Syria. Kami tidak tahu.

"Ia dikawal pihak lain yang berada di seberang sana sempadan namun kerosakan yang dilakukan mereka jauh lebih dahsyat berbanding bencana alam semula jadi," katanya.
mstar

42 terbunuh dalam serangan udara Syria

ISNIN, 22 SEPTEMBER 2014 @ 2:50 PM

 
BEIRUT: Serangan udara kerajaan Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang termasuk 16 kanak-kanak di wilayah Idlib di timur laut negara berkenaan.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata serangan udara itu berlaku petang semalam dan malam tadi, membunuh 19 orang termasuk enam kanak-kanak di luar bandaraya Saraqeb dan 23 orang lagi, antaranya 10 kanak-kanak, di bandar Ehsim.

Sebahagian besar wilayah berkenaan dikuasai pemberontak di luar ibu negerinya, bandaraya Idlib. - AFP

Lebih 130,000 pelarian Syria masuk ke Turki

ANKARA: Sejumlah 130,000 pelarian Syria yang melarikan diri daripada militan Negara Islam (IS), memasuki Turki sejak empat hari lalu.
Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus berkata Turki bersedia untuk menerima senario paling buruk andainya pelarian berkenaan terus memasuki negara berkenaan.
Walaupun jumlahnya tinggi, Turki menyatakan ia bersedia untuk bertindak balas: setakat ini konflik di Syria menyebabkan lebih sejuta orang menyeberangi ke sempadannya sejak 3 1/2 tahun lalu. -

70,000 masuk Turki


Kira-kira 70,000 etnik Kurdis Syria memasuki Turki sejak Jumaat lalu selepas melarikan diri dari serangan militan Negara Islam (IS) di utara Syria.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, ia kini berusaha membantu Turki menghadapi kebanjiran pelarian berkenaan.

Seorang pelarian, Mohammed Osman Hamme berkata, dia tiba di sempadan Turki bersama-sama isteri dan anak mereka sejak meninggalkan Dariya di Raqqa 10 hari lalu selepas mendengar mengenai kemaraan IS di wilayah itu.

Keluarga itu berjalan selama tiga hari, melintasi bandar Tell Abiad berhampiran sempadan Turki, tempat mereka melihat empat kepala dipenggal digantung di tepi jalan raya.



Dalam pada itu, pasukan keselamatan Turki semalam melepaskan gas pemedih mata dan menembak meriam air terhadap puluhan penduduk Kurdis di sebuah kampung bersempadan dengan Syria.

Polis Turki berkata, tindakan itu diambil dalam usaha menghalang militan Kurdis memasuki negara itu dari Syria.

Bagaimanapun, laporan televisyen memetik penduduk Kurdis itu sebagai berkata, mereka mahu ke Syria untuk membantu saudara mereka di negara itu.

Kumpulan IS dilapor semakin hampir menawan bandar Kurdis ketiga terbesar di Syria.


Seorang komander militan etnik itu berkata, IS kini berada 15 kilometer dari bandar strategik itu, Ain al-Arab atau juga dikenali sebagai Kobani dalam kalangan penduduk Kurdis.

Setakat ini, IS menawan 64 kampung di sekitar daerah berkenaan sejak melancarkan serangan Selasa lalu.


Pejuang Kurdis di kawasan itu dengan bantuan etnik Kurdis dari Turki berusaha menyekat kemaraan IS di bandar terbabit.

Seorang ahli politik Kurdis dari Turki, Ibrahim Binici yang melawat Kobani berkata, penduduk tempatan memberitahunya IS memenggal orang ramai dalam kemaraannya di setiap kampung.

“Ini bukan peperangan.

Ini pembunuhan beramai-ramai.

Mereka memasuki kampung dan memenggal kepala beberapa orang lalu menunjukkannya kepada penduduk lain.

Ia sama sekali tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Parti Pekerja Kurdistan (PKK) menggesa golongan muda di wilayah majoriti Kurdis di Turki untuk bangkit bagi mempertahankan Kobani.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/22

18 pejuang Negara Islam maut di Syria

Ribuan penduduk di Ain al-Arab melarikan diri ke sempadan Turki. Foto: AFP
Ribuan penduduk di Ain al-Arab melarikan diri ke sempadan Turki. Foto: AFP
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 18 pejuang kumpulan Negara Islam (IS) terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Kurdish di utara Syria, semalam. Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, seramai 18 pejuang termasuk seorang daripada mereka adalah warga China  terbunuh dalam pertempuran berhampiran bandar Ain al-Arab. Difahamkan, IS dapat merampas 60 kampung puak Kurdish berhampiran sempadan Turki dalam tempoh dua hari sejak serangan berganda dilancarkan di Ain al-Arab. "Pertempuran di kawasan itu menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri ke Turki, selepas sempadan negara itu dibuka sejak Jumaat lalu lapor Al Arabiya. Sementara itu, stesen televisyen Islam menganjurkan kempen global untuk menentang kemaraan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kempen bertajuk ISIL, the ignorance of the Kharijites, and penetrating the intelligence disiarkan di lebih 25 saluran tv satelit bermula petang kelmarin termasuk seluruh Arab Saudi selama seminggu.Saluran Saudi, Iqraa dan stesen Mesir Al-Rahma juga mengambil bahagian dalam usaha terbabit untuk menerbitkan beberapa dokumentari berkaitan asal usul dan sokongan gerakan ini.

Saturday, 20 September 2014

15 budak maut tersilap vaksin


Idlib: Kira-kira 15 kanak-kanak di utara Syria mati apabila pasukan perubatan yang melakukan operasi suntikan demam campak tersilap vaksin.

Menurut laporan awal, pasukan berkenaan sebaliknya menyuntik kanak-kanak berkenaan dengan atracuriam, sejenis dadah yang digunakan dalam anestetik untuk mengendurkan otot terhadap 75 kanak-kanak.


Kesilapan itu dipercayai berlaku kerana pembungkusan dadah berkenaan sama dengan cecair yang hendak dibancuhkan dengan vaksin demam campak itu.



Dadah itu boleh membawa maut kepada jika diberikan kepada bayi.


Kanak-kanak yang mati itu berusia antara enam dan 18 tahun.


Mereka menunjukkan tanda negatif selepas setengah jam disuntik dadah itu, mengalami cirit-birit dan kesukaran bernafas. Kebanyakannya mati sebelum sempat dihantar ke hospital.

Pegawai penentang Syria yang menguasai wilayah utara Syria mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kematian itu sementara menteri sementaranya meletak jawatan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/20

Friday, 19 September 2014

Turki Buka Sempadan Kepada Puak Kurdish Syria


Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 7:21 PM
Pelarian Syria - kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak berbaris untuk menerima bantuan makanan dan selimut.

ANKARA: Kerajaan Turki pada Jumaat telah membuka sempadannya kepada beribu rakyat Syria berbangsa Kurdish berikutan keadaan tidak aman di Syria.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, mereka telah membuka pintu sempadan kepada warga Syria berbangsa Kurdish atau lain-lain etnik atas dasar kemanusiaan.
"Kita akan terima saudara kita yang mahu ke Anatolia (Turki) dari Syria atau ke mana-mana tempat yang mereka mahu tanpa ada diskriminasi," ujar Davutoglu kepada pemberita di Azerbaijan.
Katanya, warga Syria berbangsa Kurdish telah mula memasuki pintu sempadan Turki dan jumlah yang menyeberangi sempadan kini telah mencecah kepada 4,000 pelarian.
Ini adalah soal kemanusiaan bukan politik, katanya lagi.
Keputusan untuk membuka pintu sempadan di Syria itu buat selepas Ankara, yang setakat ini telah menanggung kemasukan lebih 1.5 juta pelarian Syria sejak konflik di negara itu tercetus dikatakan tidak dapat menanggung beban daripada jumlah pelarian yang semakin ramai.
"Selagi Turki mampu, dan mempunyai kapasiti untuk menampung jumlah pelarian, kita akan terus membantu mereka yang memerlukan perlindungan," ujar beliau lagi.
mstar

Dana PBB kian meruncing salur bantuan makanan kepada Syria

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini semakin kekurangan dana untuk menyalurkan bantuan makanan kepada lebih enam juta pelarian Syria akibat konflik di negara itu sehingga terpaksa mengadakan catuan bekalan dalam masa terdekat.
Jurucakap Program Pemakanan Dunia PBB, Bettina Luescher, berkata bekalan makanan untuk dua juta pelarian Syria yang masih berada di negara itu akan dikurangkan manakala makanan dan baucar makanan untuk pelarian di negara jiran juga akan dicatu.
Luescher berkata, agensi itu memerlukan lebih AS$1 bilion untuk program kecemasannya bagi tahun ini khusus kepada pelarian Syria namun setakat ini hanya memperoleh AS$410 juta.
Operasi bantuan kemanusiaan terutama penyaluran makanan kepada penduduk Syria yang menjadi pelarian di tanah air sendiri memerlukan peruntukan AS$915 juta namun hanya menerima AS$324 juta sahaja.
Makanan untuk empat juta pelarian Syria di negara jiran juga akan dikurangkan bermula bulan depan dengan hanya menerima kurang daripada 60 peratus nilai makanan berkhasiat. - AP

Pentagon latih pemberontak Syria


Sukarelawan Syiah yang membantu tentera Iraq menentang kumpulan militan IS menjalani latihan ketenteraan di padang pasir di wilayah Najaf pada 16 September lalu. - REUTERS
WASHINGTON 18 Sept. - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) memberi lampu hijau untuk melaksanakan pelan yang memberi kebenaran kepada Pentagon untuk melatih dan menyalurkan bantuan senjata kepada kumpulan pemberontak di Syria, sebagai usaha memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).
Pelan tersebut hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya jika Dewan Senat meluluskan usul tersebut pada hujung minggu ini.
Pelan itu juga akan mengenepikan cadangan Pengerusi Ketua-Ketua Turus Tentera AS, Jeneral Martin Dempsey yang mendedahkan rancangan Washington untuk membantu tentera Iraq melancarkan serangan darat bagi menawan semula kebanyakan kawasan di utara negara itu yang dikuasai militan IS.
Bagaimanapun pelan berkenaan mendapat tentangan daripada segelintir wakil Parti Demokrat dan Parti Republikan, yang khuatir AS akan terjerumus dalam kancah peperangan di Iraq sekali lagi selepas menceroboh negara itu pada 2001 untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein.
Malah pelan yang dikemukakan itu akan mengheret sejumlah pegawai tentera AS menyertai barisan hadapan perang ke atas IS, walaupun Presiden Barack Obama sebelum ini berikrar memastikan tiada rakyat negara ini terlibat dalam peperangan di Iraq.
Wakil Demokrat dan Republikan turut menyuarakan keraguan terhadap strategi White House dan kemampuan pasukan keselamatan Iraq dan Syria untuk memerangi IS, selain mempersoalkan sama ada Obama mempunyai kuasa untuk melancarkan operasi jangka panjang.
Lebih 1,600 penasihat tentera AS dikerah membantu pasukan keselamatan Iraq.
Obama tidak membenarkan tenteranya terlibat dalam operasi di darat dan hanya melancarkan serangan udara ke atas kedudukan IS.
AS telah melancarkan lebih 160 serangan udara ke atas sasaran IS di Iraq dan Obama turut meluluskan tindakan yang sama ke atas kubu kuat militan itu di Syria. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140919/lu_03/Pentagon-latih-pemberontak-Syria#ixzz3Di6PQvGj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 18 September 2014

Mati di Syria tidak semestinya syahid


  • Prof. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii - Foto Sinar HarianProf. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM – Individu yang terkorban ketika berjuang mengangkat senjata di tanah Syria tidak semestinya ditakdirkan sebagai mati syahid, demikian kenyataan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor, Prof. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii.
Berkata kepada Sinar Harian Online hari ini, Mohd Mokhtar menjelaskan, syarat pihak yang menyertai peperangan di Syria perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum ditentukan individu tersebut mati syahid.
“Kematian orang kita (rakyat Malaysia) di Syria belum dapat dipastikan syahid atau tidak kerana kita tidak dapat pastikan dia berjuang di pihak mana.
“Kita kena ambil tahu (siasat) individu itu berperang bagi pihak siapa dan adakah syarat-syarat dia menyertai peperangan tersebut bersesuaian dengan maksud jihad.Kalau tidak (sesuai) itu belum tentu lagi dia mati syahid,” katanya.
Sebelum ini, rakyat Malaysia adalah antara pihak yang tergerak untuk melibatkan diri dan berjuang di Syria.
Antaranya ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah, Ustaz Lotfi Ariffin dan bekas anggota kumpulan music 90-an Ukays, Akel Zainal.
Menurut Mohd Mokhtar lagi, syahid atau tidak, ia sebenarnya terpulang kepada ALLAH untuk menentukannya.

“Terpulang kepada ALLAH untuk tentukan status kematian dia (pejuang yang terkorban di Syria),” jelasnya.

Wednesday, 17 September 2014

IS tembak jatuh pesawat Syria

Beirut: Kumpulan Negara Islam (IS) menembak jatuh sebuah pesawat Syria yang melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat mereka di Raqqa, semalam.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, anggota IS melepaskan tembakan ke arah pesawat berkenaan menyebabkan ia terhempas. 
“Ia pesawat pertama yang ditembak jatuh sejak rejim Bashar melancarkan serangan udara ke atas kumpulan berkenaan pada Julai lalu, sejurus selepas ia mengisytiharkan penubuhan kerajaan Khalifah dan menawan sebahagian wilayah Syria,” kata kumpulan pemerhati itu. 

Pengarahnya, Rami Abdel Rahman memberitahu media, pesawat berkenaan terhempas di sebuah kediaman di Lembah Efrat namun tiada kecederaan dilaporkan.
Foto
PENYOKONG IS meletakkan rangka pesawat Syria di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas kapal terbang itu terhempas di Raqqa, semalam.

Menurutnya, tentera udara Syria melancarkan lima serangan mengejut ke atas IS di bandar Raqqa pagi semalam.

Gambar yang dimuat naik ke akaun Twitter kumpulan berkenaan menunjukkan rangka pesawat terbabit. 

Sebuah akaun lagi memuat naik status: “Allahu Akbar! Bersyukur kepada Tuhan, sebuah pesawat tentera Syria berjaya ditembak jatuh di Raqqa.” 

Rejim Presiden Bashar al-Asssad meningkatkan operasi serangan udara ke atas IS di timur negara itu sejak beberapa minggu lalu, menjadikan Raqqa dan wilayah Deir Ezzor serta kawasan yang dikuasai kumpulan berkenaan di timur laut wilayah Hasakeh sebagai sasaran utama. 

Satu serangan udara yang dilancarkan di kem latihan IS di Tibni, wilayah Deir Ezzor Sabtu lalu mengorbankan 17 anggota kumpulan itu dan seorang kanak-kanak. 

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama mengumumkan peluasan operasi serangan udara ke atas IS di Syria minggu lalu selepas melancarkan serangan berkenaan sejak awal bulan lepas. 

Setakat ini masih tiada serangan udara dilakukan AS di Syria namun pengumuman yang dibuat Obama itu mencetuskan protes di Damsyik serta Iran dan Russia, sekutu kuat negara itu. 

Ia bukan kali pertama pesawat tentera Syria ditembak jatuh kumpulan penentang. 
Kejadian seperti itu pernah berlaku di Aleppo pada 2012. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17

Tuesday, 16 September 2014

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi

Status upacara pengebumian Mohd Lotfi yang dikemas kini rakannya melalui Facebook.
Status upacara pengebumian Mohd Lotfi yang dikemas kini rakannya melalui Facebook.
ALOR SETAR - Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib.

“Sepatutnya jenazah dijangka tiba esok (hari ini), Alhamdulillah tiba lebih awal dari jangkaan. Jasadnya masih lagi berpeluh dan darah terus mengalir dari kesan-kesan luka walaupun selepas sehari syahid. Ketika jenazah diturunkan ke liang lahad, azan Isyak berkumandang,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang turut berada di Syria, Ahmad Salman Abdul Rahim turut memuat naik status berhubung urusan pengebumian Mohd Lotfi.

“Kelewatan urusan pengebumian berlaku kerana beberapa proses dokumentasi dan sebagainya yang perlu diselesaikan di Hospital Antarkia, Turki, sebelum dibawa masuk ke Syria.

Namun syukur pengurusan Ajnad Al Sham khususnya bertungkus lumus menjaga dan menguruskan proses rawatan di Turki sehinggalah kembali ke Syria,” katanya.

Beberapa gambar ketika urusan pengebumian Mohd Lotfi turut dirakamkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kafr Zatay, berdekatan pusara sahabatnya, yang terkorban dalam kejadian serang hendap itu, Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, atau diberi gelaran Abu Muhajir.

Kejadian terbaharu ini menjadikan tiga rakyat Malaysia terkorban di Syria setelah menyertai kumpulan Ajnad Al Sham memerangi tentera Bashar al-Assad.

Sebelum ini, dalam kejadian 20 Ogos lalu, Zainan Harith, 52, atau dikenali Mat Soh dengan gelaran Abu Thurab meninggal dunia selepas dibedil kereta kebal tentera al-Assad.

Gambar ini ialah tentera Perancis yang memegang kepala muslimin

 

Gambar ini ialah tentera Perancis yang memegang kepala muslimin Algeria sebaik selepas mereka menjajah negara tersebut. Merekalah kaum yang apabila menjajah, memenggal kepala muslimin yang dijajah dan diabadikan dalam foto. Kini mereka juga yang mengatur perang persepsi menggambarkan Islam yang ganas memenggal kepala orang di Syria dan Iraq.

‘Pergi’ selepas lima hari koma


Kuala Lumpur: Seorang lagi rakyat Malaysia yang berjuang di Syria disahkan meninggal dunia selepas koma hampir lima hari.
Pendakwah dari Baling Ustaz Lotfi Ariffin, 48, dilapor kritikal selepas diserang tentera Presiden Bashar al-Assad ketika berada di kawasan mereka di Hama, Syria Selasa lalu.
Dia bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam (waktu Syria), kelmarin di Hospital Antarkia, Turki.

Dalam serangan kira-kira jam 8 pagi, Selasa lalu, rakan seperjuangan Lotfi iaitu Mohamad Fadzlan Shahidi, 21, yang juga rakyat Malaysia meninggal dunia beberapa jam selepas serangan berkenaan sebelum jenazahnya dikebumikan di Syria.
Foto
USTAZ Lotfi (kiri) bersama rakan.

Lotfi yang sebelum ini pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilaporkan cedera di beberapa bahagian badan selepas dia dan rakannya terkena bedilan tentera Bashar.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/15

500 pendatang maut akibat kapal karam


ROME 16 Sept. - Kira-kira 500 orang pendatang dikhuatiri mati lemas selepas kapal pedagang haram karam akibat kemalangan di perairan pantai Libya kelmarin, menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) semalam.
Menurut satu kenyataan IOM, pihak polis kini sedang menjalankan penyiasatan ke atas kemalangan kapal yang paling teruk dalam tempoh beberapa tahun itu.
Mangsa yang terselamat melaporkan, pendatang dari Syria, Palestin, Mesir dan Sudan bertolak dari Damietta di Mesir pada 6 September lalu dan mereka dipaksa menukar bot beberapa kali ketika dalam perjalanan ke Eropah.
Pedagang haram yang menaiki bot berlainan kemudian mengarahkan mereka berpindah ke bot yang lebih kecil dan tidak sesuai dengan jumlah penumpang.
Jurucakap IOM, Flavio Di Giacomo berkata, seramai sembilan orang mangsa terselamat dalam kejadian tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140916/lu_06/500-pendatang-maut-akibat-kapal-karam#ixzz3DQWqGZkP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 15 September 2014

Warga Britain jadi korban baharu

David Haines
David Haines
LONDON - BRITAIN. Seorang pekerja bantuan warga Britain menjadi korban terbaharu kumpulan ekstremis selepas rakaman perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dikeluarkan, kelmarin.

Menerusi video 'Mesej kepada sekutu Amerika Syarikat', David Haines, 44, menyatakan dia menerima 'hukuman' tersebut akibat keputusan Perdana Menteri, David Cameron menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Iraq untuk memerangi kumpulan ekstremis di rantau tersebut.

Pada akhir video berdurasi dua minit 27 saat itu, seorang lelaki bertopeng turut mengancam membunuh seorang lagi warga Britain, Alan Henning jika Cameron terus menyokong kempen untuk menghapuskan kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Susulan daripada itu, Perdana Menteri Britain berikrar untuk memburu dalang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu dan membawanya ke muka pengadilan.

Sebelum ini, dua wartawan AS, James Wright Foley dan Steven Sotloff turut menerima nasib sama dibunuh tanpa belas kasihan selepas Presiden Barack Obama melancarkan serangan udara di Iraq, dipetik dari laporan AFP.

Keluarga Lotfi terima khabar gembira dalam duka

Mohd Zainon Ariffin
Mohd Zainon Ariffin
ALOR SETAR - Ahli keluarga Mohd Lotfi Ariffin yang menetap di Kampung Tembak, Kuala Ketil, Baling menerima berita kematiannya di Syria dengan tenang dan reda.

Abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, berkata, mereka sekeluarga dimaklumkan oleh seorang rakan Mohd Lotfi yang turut berada di Syria, tentang kematian Mohd Lotfi.

“Selepas solat Subuh, saya ke Madrasah Nurul Hidayah, Pondok Pengajian Islam yang diasaskan keluarga untuk mengajar kelas tambahan. Isteri menerima panggilan telefon berhubung perkara itu dan segera menyuruh anak, maklumkan pada saya,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendengar berita itu, dia berasa sedih namun pada masa sama gembira kerana  adiknya, pergi menemui Ilahi dengan cara yang diberkati.

“Sedih kehilangan anggota keluarga, terasa bagaikan suatu kekosongan dalam diri ini. Gembira kerana dia dapat capai apa yang dihajati sebaik menjejakkan kaki ke bumi Syria, berjuang ke jalan ALLAH memburu syahid. Saya bangga dengan pengorbanannya,” katanya.

Mohd Zainon mendoakan agar adiknya itu diterima sebagai gugur syahid di sisi ALLAH SWT.

“Kami sekeluarga reda dengan berita itu kerana itulah yang dia mahu dalam hidupnya selepas berhijrah ke Syria pada 31 Januari lalu,” katanya.

Anak sulung Mohd Lotfi, Salahuddin, 17, kelihatan tenang sebaik menerima berita kematian itu malah mengukir senyuman apabila Mohd Zainon menepuk bahunya ketika menyampaikan berita sedih itu.

“Salahuddin berada dalam kelas saya ketika itu. Saya lihat dia tenang sahaja terima berita itu, dia langsung tidak tunjukkan kekesalan, malah tersenyum. Selepas itu, dia meneruskan pengajian seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Saya kagum dengan ketabahan dirinya,” katanya.

Mohd Zainon berkata, isteri Allahyarham juga tenang dan tabah menerima kematian suaminya, malah sejak zaman remajanya, dia berhasrat bersuamikan seorang pejuang.
“ALLAH SWT makbulkan permintaan isteri Allahyarham, malah hasrat Allahyarham juga dimakbulkan. Kami bersyukur,” katanya.

Mohd Zainon turut memaklumkan, pihaknya tidak berhasrat mengadakan solat ghaib untuk Allahyarham di kampung halamannya, kerana Allahyarham mati syahid di medan perang, dan ia bukan suatu keperluan.

Mohd Zainon juga akan memastikan amanat Mohd Lotfi, sebelum ini, agar dia dan keluarga menjaga dan membangunkan  Madrasah Nurul Hidayah, yang diasaskan keluarga itu agar terus berkembang dan muncul sebagai pusat pengajian terkemuka.

“Dia pesan jangan fikirkan perkara lain, tumpu pada madrasah. Mohd Lotfi antara yang terawal membangunkan madrasah itu dan juga bekas tenaga pengajar,” katanya.

Kali terakhir mereka berhubungan adalah pada 28 Ogos lalu melalui aplikasi WhatsApp dan lebih banyak berbincang mengenai isu semasa terutama yang melibatkan agama Islam.

Sunday, 14 September 2014

Setelah as-syahid pergi ana boleh bercerita.....

Setelah as-syahid pergi ana boleh bercerita.....

As syahid datang dengan ust Dr Abu Bakar Abdullah selaku pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP kepejabat ana akhir tahun lepas. Beliau round negeri2 untuk menghantar sumbangan mangsa banjir bagi pihak DUPP. 

Dlm kesempatan itu kami bertemu dlm bilik pejabat ana. "Ust..ana nak minta pandangan ust, apa maknanya..ana mimpi tiga kali minum air dari sungai yg rasanya madu. Setiap kali ana mimpi,ana rindu nak mimpi lagi sehinggalah datang mimpi yg ke empat. Ana mencari2 dimana sungai itu. Puas ana cari. Akhirnya ana bertemu seorg prempuan yg MasyaAllah..cantik dan sgt sopan. Ana rasa bidadri kut ( waktu itu beliau gelak kecil). Dia tanya ana, akhi cari apa?.. ana kata cari sungai yg rasanya madu yg telah saya minum sebelum ini. Gadis itu senyum. Ya Akhi..kalau mau minum lagi dtg lah kesyria, ana tunggu akhi di sana".. sampai disitu beliau berhenti. Ada cahaya bersinar dlm matanya. Apa ust fikir tentang mimpi ana itu? Ujar beliau. Ana jawab; anta selesaikan hutang2 anta..anta pergi lah ustaz.

Doakan ana bila anta temui apa yg anta cari disana". Lepas itu kami berpelukan dan as syahid mohon izin bertolak ke Johor pula. Itulah pertemuan terakhir dgn as syahid teman setahanan ana di kemunting selama 3 tahun lebih. Moga Allah membeli dagangan as syahid.

Aamiin.
الله أكبر

-Al-Faqir Ust Mokhtar Senik-

Filipina siasat rakyatnya pergi ke Syria


MANILA 13 Sept. - Kerajaan Filipina sedang menyiasat penglibatan rakyatnya yang beragama Islam dalam konflik di Syria selepas dua warga Filipina dilaporkan terbunuh ketika berjuang untuk kumpulan militan Negara Islam (IS).
Menurut pegawai perisik, hari ini Manila juga sedang memantau penduduk Islam Filipina yang pernah ke Syria dan Iraq serta usaha mereka cuba mempengaruhi orang lain untuk mengikut jejak langkah mereka selepas mereka pulang ke tanah air.
"Perkembangan membimbangkan ini mampu memberi kesan kepada situasi keselamatan dalam negara.
"Kami telah mengimbas data mereka berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai agensi termasuk daripada Jabatan Hal Ehwal Luar. Kami sedang bertukar-tukar maklumat risikan dengan pihak luar, bagi membolehkan kami membangunkan pangkalan data kami," kata pegawai yang enggan dikenali itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_05/Filipina-siasat-rakyatnya-pergi-ke-Syria#ixzz3DG3S21BH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Allah..perkhabaran terbaru dari Syria..Ustaz Lotfi telah syahid menemui Ilahi.

Saturday, 13 September 2014

31,500 sertai IS


Perangkaan itu melebihi anggaran 10,000 anggota sebelum ini. 
Di kalangan mereka yang berjuang di Syria, 15,000 adalah warga asing termasuk 2,000 warga Barat yang menyertai IS. 

Jumlah berkenaan didedahkan sehari selepas Presiden Barrack Obama berikrar meluaskan operasi menentang IS dalam rancangan yang mungkin menyaksikan serangan udara baru ke atas kumpulan itu di Syria, peningkatan serangan di Iraq dan bantuan tambahan untuk tentera Iraq.
Foto
GAMBAR fail menunjukkan anggota IS berarak di Raqqa, Syria, selepas menawan bandar itu beberapa bulan lalu.

Jurucakap CIA, Ryan Trapani dalam satu kenyataan menyebut anggaran berkenaan adalah berdasarkan semakan terbaru terhadap semua sumber laporan perisikan dari Mei hingga Ogos tahun ini.

“Jumlah terbaru ini menunjukkan peningkatan keanggotaan kerana proses merekrut anggota baru yang giat dijalankan sejak Jun lalu berikutan kejayaan di medan perang dan pengisytiharan penubuhan khalifah yang dilakukan IS,” katanya 

Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran pejuang asing dikalangan warga Barat dalam kumpulan bersenjata Sunni itu kerana ia mewujudkan kemungkinan mereka akan melakukan serangan di Eropah dan AS apabila kembali dari Syria dan Iraq. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Syria mahu sertai pakatan


“Keganasan tidak bermula di Syria hari ini.
Ia bermula empat tahun lalu apabila kebangkitan menentang kerajaan bermula.
“Kerana ia mangsa keganasan, maka adalah penting Syria ikut serta dalam pakatan itu,” kata Buthaina Shaaban, penasihat Presiden Bashar al-Assad semalam.
Dia berkata demikian sebagai mengulas langkah Amerika Syarikat membentuk pakatan untuk memerangi IS yang beroperasi di Syria dan Iraq.
Pakatan itu secara terang tidak mahu Damsyik menyertainya sementara Washington berkata, ia merancang serangan udara di Syria, menyasarkan IS, tetapi tidak akan bekerjasama dengan rejim Bashar.
Sekutu Bashar lain, termasuk Russia, China dan Iran, juga tidak dipelawa menyertai pakatan itu.
“Semua negara yang menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam IS mesti menjadi sebahagian daripada pakatan yang memerangi keganasan,” kata Buthaina.

- AFP
Foto
SEORANG askar Iraq memeriksa mayat anggota IS yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di pinggir bandar Haditha, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Serangan udara di Syria, 42 terkorban


BEIRUT 12 Sept. - Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak adalah antara 42 orang yang terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di kawasan yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik, semalam.
Pertubuhan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, serangan itu menjadikan bandar Douma dan Ghouta di timur bandar ini sebagai sasaran.
Kumpulan pemantau berpangkalan di Britain itu menjangkakan angka korban akan terus meningkat dan ramai yang cedera dalam serangan itu.
Tentera Presiden Bashar al-Assad telah mengepung kubu pemberontak di Douma lebih setahun lalu dan beberapa minggu kebelakangan ini telah meningkatkan serangan ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menguasai wilayah utara dan timur Syria. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_09/Serangan-udara-di-Syria-42-terkorban#ixzz3D90yyMzp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Malaysia bawa isteri, dua anak 'berperang' di Syria


SINGAPURA 12 Sept. - Seorang lelaki rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang membawa keluarganya warga Singapura ke Syria untuk berjuang menyertai kumpulan militan dan jihad di negara itu.
Akhbar The Star melaporkan, isteri lelaki itu yang merupakan warga Singapura adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 18 dan 14 tahun.
Laporan yang memetik sumber berkata, lelaki itu membawa keluarganya ke Syria pada November tahun lalu tetapi mereka tidak tinggal bersama.
"Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra dan anak lelaki (anak tirinya) menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS)," katanya sumber kepada akhbar tersebut.
Menurut sumber itu, isteri lelaki itu pula bekerja sebagai tukang masak, manakala anak perempuan (anak tiri lelaki itu) mengajar kelas bahasa Inggeris kepada anak-anak anggota kumpulan militan di Syria.
Keluarga tersebut dipercayai berada di beberapa lokasi di Syria, dan kemungkinan tinggal di timur Hama, lokasi kumpulan militan ditubuhkan.
Pihak berkuasa cuba menyiasat mengapa mereka membuat keputusan untuk ke Syria, dan menurut sumber, pihak berkuasa percaya keputusan mereka itu mempunyai kaitan dengan bekas suami wanita tersebut.
Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan perkara itu di Parlimen dan menyatakan terdapat beberapa rakyat Singapura menyertai 12,000 warga asing mengambil bahagian dalam konflik bersenjata di Syria termasuk pasangan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak mereka.
Seorang lagi lelaki, Haja Fakkurudden Usman Ali, 37, membawa isteri dan tiga anaknya berusia 2 hingga 11 tahun ke Syria.
Haja merupakan rakyat Singapura kelahiran India, kata Teo ketika mengumumkan kes tersebut pada Mac lalu.
Beliaumendedahkan beberapa orang rakyat Singapura merancang menyertai kumpulan pemberontak di Syria tetapi mereka berjaya ditahan sebelum berlepas dan sebahagian daripada mereka masih disiasat.
Akhbar The Star sebelum ini melaporkan lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan di Syria.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_05/Lelaki-Malaysia-bawa-isteri-dua-anak-berperang-di-Syria#ixzz3D8zbzz00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS dapat sokongan lancar kempen agresif ke atas IS


KERRY bergambar bersama menteri-menteri luar negara Arab semasa sesi bergambar di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah selepas menandatangani pakatan antara Amerika dan sepuluh negara Arab bagi menyelaras kempen ketenteraan ke atas IS, kelmarin. - REUTERS
JEDDAH 12 Sept. - Amerika Syarikat (AS) berjaya mendapatkan sokongan Perancis dan 10 negara Arab dalam kempennya untuk melancarkan serangan 'lebih agresif' ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS).
Hasrat AS itu disokong 10 negara Arab yang bersetuju membentuk pakatan bagi menyelaraskan kempen ketenteraan menentang kumpulan IS, satu langkah besar dalam memberi sokongan serantau kepada rancangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk menyerang kumpulan militan itu.
Pakatan itu disertai Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Iraq, Jordan dan Lebanon selepas satu pertemuan menteri-menteri luar negara Arab itu dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di sini.
Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande tiba di Baghdad, Iraq hari ini bagi menyatakan sokongannya kepada rakan sejawatnya, Fuad Masum dalam melaksanakan langkah serupa.
Perancis dilaporkan sudah bersedia untuk menyertai serangan udara ke atas kumpulan militan IS di Iraq, sekiranya diperlukan dan menganjurkan diadakan persidangan antarabangsa tentang Iraq pada 15 September ini.
Dalam pada itu, Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan kira-kira 20,000 hingga 31,500 anggota IS kini berada di bumi Iraq dan Syria, jumlah yang lebih tinggi daripada anggaran sebelum ini iaitu 10,000 orang.
"Jumlah baharu ini menggambarkan peningkatan keahlian mereka (IS) kerana pengambilan keanggotaan yang lebih banyak dilakukan sejak Jun lalu ekoran kejayaan pertempuran dan pengumuman pembentukan kerajaan Khalifah, peningkatan aktiviti pertempuran dan ditambah dengan faktor risikan,'' kata jurucakap CIA, Ryan Trapani.
Bagaimanapun, Presiden Syria, Bashar al-Assad dan sekutu kuatnya, Rusia mengutuk rancangan Amerika untuk campur tangan di bumi Syria.
"Sebarang tindakan dalam apa juga bentuk tanpa mendapat kebenaran kerajaan Syria adalah merupakan satu serangan ke atas Syria," kata Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar.
Jurucakap kementerian luar Rusia berkata, tindakan satu pihak itu adalah satu 'perlanggaran mentah-mentah' ke atas undang-undang antarabangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_04/AS-dapat-sokongan-lancar-kempen-agresif-ke-atas-IS#ixzz3D8yb2XAX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 12 September 2014

'Saya tak akan balik Malaysia'

Jenazah Mohammad Fadhlan disemadikan di bumi Syria
Jenazah Mohammad Fadhlan disemadikan di bumi Syria
ALOR SETAR - “Saya tak akan balik ke Malaysia,” itu kata-kata, Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir, setelah menjejakkan kaki ke Syria untuk bersama sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sana, menyertai perjuangan Ajnad As Syam.
Ketegasan itu seiring dengan niatnya untuk berjihad selain bersedia berdepan apa jua keadaan, walaupun berdepan kematian.

Mohammad Fadhlan antara kumpulan kecil yang berhijrah ke Syria bersama puluhan rakyat negara ini untuk memerangi tentera Bashar al Assad, yang berpusat di Kafr Zayta, Hamah.

Mereka yang menganggotai kumpulan itu diberi gelaran seakan nama penduduk tempatan dan dia digelar Abu Muhajir.

Mohammad Fadhlan yang masih bujang itu, turut aktif mengemas kini aktivitinya di Syria melalui laman Facebook dan kali terakhir Allahyarham berbuat demikian pada 23 Ogos lalu.

Anak muda berusia 21 tahun dari Kulim, Kedah ini sanggup meninggalkan ahli keluarga tercinta demi mengejar ‘jihad’ di bumi Syam (Syria).

Dia dilaporkan meninggal dunia pagi kelmarin, setelah kumpulan yang dianggotainya, Ajnad As Syam yang memerangi tentera Bashar al-Assad di Syria diserang hendap.

Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian itu, manakala Mohd Lotfi Ariffin masih tidak sedarkan diri serta seorang lagi, Abu Afghan cedera di kedua belah kakinya.

Mereka adalah antara sebahagian rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, memilih jalan berjihad dan berani mati dalam mempertahankan saudara Islam daripada terus ditindas kerajaan Bashar.

Sebelum terkorban, Mohammad Fadhlan sempat berkongsi pandangannya mengenai jihad yang ingin dicapai serta perjalanannya ke Syria.

Temubual eksklusif ini dibuat melalui laman Facebook kira-kira sebulan lalu.

Mohammad Fadhlan berkata, di Malaysia tidak ramai yang mengambil berat mengenai jihad kerana kurang pendedahan.

“Niat untuk berjihad sudah lama ada, cuma tidak tahu caranya. Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi saya peluang mendalami agama sebelum berangkat ke Syria. Semuanya ada hikmah,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia bertanya pada rakan-rakan yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah, namun tiada maklumat diperoleh untuk membolehkan dirinya berjihad.

“Apabila saya dimaklumkan, Mohd Lotfi berada di Syria, saya menghubungi dia melalui Facebook. Dia maklumkan apa yang perlu untuk saya buat persediaan ke sana, selain pesan, jangan tinggalkan solat sunat hajat, agar diberikan hidayah,” katanya.

Tambah Mohammad Fadhlan, bukan mudah untuk dirinya berhijrah ke luar negara, kerana berdepan pelbagai kesukaran.

“Kesukaran tu ada, sebab saya perlu sediakan belanja perjalanan, bukan sedikit jumlahnya.

"Alhamdulillah, bila kita niat nak buat benda elok, Insya-ALLAH, akan mendapat pertolongan.

"Berbekalkan belanja tu, saya beli tiket dan uruskan semuanya, susah juga sebab maklumlah selama ini tinggal di kampung sahaja, mana tahu semua tu tapi dipermudahkan,” katanya.

Ditanya sama ada wujud aktiviti merekrut ahli dari Malaysia, diketuai Mohd Lotfi, seperti didakwa, Mohammad Fadhlan tegaskan, ianya tidak wujud.

“Tidak ada aktiviti rekrut ahli, cuma ALLAH SWT gerakkan hati saya, untuk cintakan jihad. Tambahan pula selepas lihat saudara Islam di sini diseksa, dibunuh, ditanam hidup-hidup tanpa sebab hanya kerana berlainan fahaman,” katanya.

Tambahnya, insiden itu menimbulkan keinsafan pada dirinya kerana pembunuhan berlaku setiap hari di bandar-bandar didiami saudara Islam.

“Tentera Bashar sengaja sasarkan tempat orang ramai, selalunya di masjid pada hari Jumaat dan hospital.

"Bunyi bom barmil dan bom kimia menjadi lumrah. Susah payah di sini tak terasa sangat, sebab sejak kecil hidup sederhana. Penduduk pula terima kami macam ahli keluarga, rasa seperti berada di Malaysia,” katanya.

Mengulas segelintir pihak yang melabel rakyat Malaysia yang berjihad di Syria sebagai militan, Mohammad Fadhlan berkata, tidak dinafikan berasa sedih dengan tuduhan itu.

“Sedih juga bila orang panggil kami macam tu, tapi saya tak kisah. ALLAH SWT tahu apa yang kami buat. Rasulullah SAW pun banyak menyertai peperangan, Baginda cintakan jihad. Takkan kita yang cintakan Rasulullah nak tinggalkan jihad?,” katanya.

Ustaz Lotfi makin stabil

 Gambar kenangan Mohd Lotfi semasa di Syria.
Gambar kenangan Mohd Lotfi semasa di Syria.
ALOR SETAR - Keadaan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang dilaporkan koma selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria, semakin pulih.

Perkara itu dimaklumkan oleh abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan di laman Facebook bahawa Ustaz Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan.

“Sehingga kini, saya belum terima apa-apa gambar atau lain-lain bukti yang boleh mengesahkan perkara itu, tetapi besar harapan saya supaya beliau kembali stabil dan dapat meneruskan perjuangannya,” katanya.

Mohd Zainon juga gagal menghubungi Ustaz Lotfi sejak beberapa hari lalu.

Sinar Harian hari ini melaporkan, salah seorang rakyat Malaysia yang bersama kumpulan Ajnad As-Syam memerangi tentera Bashar as-Assad di Syria, Mohd Lotfi dikatakan koma selepas diserang hendap pada Selasa.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak akan balik Malaysia']

Menurut laporan itu, berdasarkan maklumat yang dipetik daripada laman Facebook milik Abu Talhah II yang turut berada di Syria, pasukan itu dikatakan sedang bersedih kerana kehilangan seorang rakan, manakala dua lagi cedera parah.

Serangan itu berlaku apabila pasukan dari Malaysia diserang hendap menyebabkan Ustaz Lotfi koma.

Berdasarkan maklumat terakhir yang diperoleh, keadaan Ustaz Lotfi tidak sedarkan diri dan cedera di bahagian kaki, tangan serta muka.