Friday, 31 July 2015

Kuwait bongkar rangkaian IS



AGENSI - IMEJ menunjukkan pegawai masjid memeriksa kerosakan Masjid al-Imam al-Sadiq, Kuwait akibat serangan yang didalangi militan IS pada 26 Jun lalu.


KUWAIT – Kuwait mendakwa berjaya membongkar rangkaian Islamic State (IS) yang berperang di Iraq dan Syria selepas menahan beberapa anggota kumpulan militan itu, kata Kementerian Dalam Negeri semalam.
Anggota kumpulan tersebut termasuk lima warga Kuwait, kata kenyataan kementerian terbabit yang dipetik oleh agensi berita rasmi KUNA.
“Individu-individu terbabit mengaku diajar ‘sains organi­sasi pengganas’ dan latihan ketenteraan. Mereka terlibat dalam operasi peperangan di Syria dan Iraq,” ujar kenya­taan tersebut.
Negara Teluk telah me­lancar satu tindakan besar-besaran terhadap militan IS selepas serangan pada 26 Jun apabila pengebom berani mati Arab Saudi meletupkan dirinya dalam masjid Syiah dan mengorbankan 26 orang.
Kerajaan Kuwait mengisytiharkan mereka kini berperang melawan militan tersebut sambil menegaskan bahawa pengeboman itu adalah rekod serangan militan paling buruk di Kuwait selain bertujuan mencetuskan perselisihan di negara majoriti Sunni.
Sumber Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun memberitahu Reuters bahawa individu yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut tidak terlibat dalam serangan pada 26 Jun lalu dan diklasifikasikan sebagai kes berasingan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3hPozHRUn 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 29 July 2015

Budak Syria dipukul


Hanya kerana jual tisu kepada pelanggan di restoran
29 Julai 2015 12:47 AM




ISTANBUL 28 Julai - Hanya kerana menjual tisu kepada pelanggan, seorang pelarian kanak-kanak Syria dipukul dengan teruk oleh seorang pengurus restoran di Turki, sekali gus mencetuskan kemarahan dan meraih simpati rakyat di negara ini.
Kisah tragis budak lelaki yang dikenali sebagai Ahmed Hamdo Abeyd itu, tersebar luas dalam laman sosial menerusi gambar yang menunjukkan gambar kanak-kanak terbabit menangis dalam keadaan hidung berdarah.
Selain itu, beberapa gambar yang menunjukkan Ahmed Hamdo dibelasah beberapa lelaki turut dimuat naik.
Menurut portal Mail Online, insiden memalukan itu dipercayai berlaku di sebuah restoran di Dataran Basmane dekat bandar Izmir, barat Turki, sekali gus menarik perhatian Perdana Menteri, Ahmed Davutoglu yang mahu nasib budak lelaki berkenaan dibela.
Akhbar tempatan, Hurriyet Daily yang memetik kenyataan Ahmed Hamdo berkata, dia hanya menjual tisu kepada orang awam dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Bagaimanapun katanya, ketika dia menjual tisu kepada seorang lelaki di restoran itu, pengurus dan beberapa staf lain menariknya lalu memukul dengan teruk.
“Mereka turut memijak saya, tetapi mujur beberapa pelarian Syria yang berada di lokasi kejadian membantu saya,” katanya.
Berdasarkan laporan portal Daily Sabah, pengurus restoran itu marah dengan tindakan Ahmed Hamdo mengganggu pelanggan melalui aktiviti menjual tisu.
Disebabkan kanak-kanak berkenaan melawan, pengurus terbabit bertindak menampar dan terus memukulnya tanpa rasa bersalah, sekali gus memaksa orang ramai masuk campur untuk menyelamatkan budak itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap pengurus terlibat berhubung kejadian tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-syria-dipukul-1.118059#sthash.C6CrCvCw.dpuf

Tuesday, 28 July 2015

Turki tidak akan kerah tentera darat ke Syria


SEKUMPULAN penunjuk perasaan berkumpul di Ankara semalam kerana membantah serangan pengganas di sebuah bandar sempadan Turki baru-baru ini.


ISTANBUL – Turki tidak akan menghantar tentera darat memasuki sempadan Syria untuk menyerang kedudukan-kedudukan kumpulan Islamic State (IS) yang dibedil Ankara sebelum ini, kata Perdana Menteri Ahmet Davutoglu semalam.
Beliau berkata, kempen memerangi IS itu dibimbangi akan mengubah ‘imbangan kuasa’ di rantau berkenaan.
“Kami tidak akan mengerahkan tentera darat. Kami tidak mahu melihat anggota militan IS berada di sempadan Turki,” Kata Ahmet kepada akhbar Turki, Hurriyet.
Turki melancarkan serangan antikeganasan lintas sempadan terhadap anggota militan IS dan pejuang Parti Buruh Kurdistan (PKK) susulan keganasan di negara berkenaan.
Serangan itu melibatkan bedilan meriam dan pegeboman dari udara ke atas kubu IS dan PKK.
Tentera Turki melancarkan serangan baharu ke atas pejuang Kurdis di utara Iraq kelmarin ketika Ankara memanggil satu mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkaitan kempennya menentang pemberontak PKK dan IS.
Turki juga memberi kelulusan untuk Amerika Syarikat (AS) menggunakan pangkalan udara miliknya berhampiran sempadan Syria bagi mengebom sasaran IS.
Perjanjian bersejarah yang membenarkan penggunaan Pangkalan Udara Incirlik di selatan Turki itu menyusul beberapa bulan selepas perbincangan antara wakil Turki dan AS.
Ahmet enggan mendedahkan perincian perjanjian tersebut tetapi menyatakan penguatkuasaan zon larangan penerbangan yang diminta oleh Ankara telah dibincangkan dengan panjang lebar.
“Perlindungan udara adalah penting untuk pemberontak yang menentang IS. Kami tidak akan menghantar tentera darat. Justeru mereka yang bekerjasama dengan kami (pemberontak) perlu dilindungi,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3h8GXy0z2 
Hakcipta terpelihara 

Turki tidak kerah tentera darat ke sempadan Syria


Gambar bertarikh 24 Julai lalu yang diedarkan agensi berita Anadolu
Gambar bertarikh 24 Julai lalu yang diedarkan agensi berita Anadolu menunjukkan imej dari video kokpit jet pejuang Turki yang mengebom kedudukan militan IS di sempadan Syria. AGENSI
ISTANBUL 27 Julai – Turki tidak akan menghantar tentera daratnya ke kawasan bersempadan dengan Syria, lokasi yang menjadi sasaran pengeboman Ankara ke atas kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam satu kempen yang mampu mengubah keseimbangan di rantau itu.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu memberitahu sekumpulan pengarang akhbar sebagaimana yang dilaporkan akhbar, Hurriyet, Ankara tidak akan mengerahkan tentera daratnya ke kawasan bersempadan Syria untuk berhadapan dengan IS.
Turki melancarkan serangan merentas sempadan ‘antikeganasan’ dua penjuru ke atas militan IS dan dan Parti Pekerja Kurdis (PKK) selepas meningkatnya beberapa gelombang keganasan di negara ini, dengan melancarkan serangan udara dan artileri.
Tentera Turki semalam melancarkan serangan udara terbaharu ke atas kedudukan militan Kurdis di utara Iraq ketika Ankara meminta satu mesyuarat pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas kempennya menentang kumpulan pemisah PKK dan militan IS.
Davutoglu berkata, serangan Turki ke atas IS dan PKK di Iraq akan mengubah keseimbangan di rantau itu.
Turki, selain itu telah memberikan kebenaran kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan sebuah pangkalan udara utamanya berhampiran Syria untuk mengebom sasaran IS.
Perjanjian untuk menggunakan pangkalan udara Incirlik di selatan Turki dibuat selepas tempoh rundingan sukar selama berbulan-bulan antara pegawai Turki dan AS.
Davutoglu, sementara itu enggan memberikan butiran perjanjian itu tetapi berkata, kebimbangan Ankara, yang memberi tumpuan kepada zon larangan terbang dibuat untuk beberapa perkara tertentu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-tidak-kerah-tentera-darat-ke-sempadan-syria-1.117752#sthash.EmzGBD98.dpuf

Monday, 27 July 2015

AS, Turki setuju wujudkan zon bebas IS di utara Syria

ADDIS ABABA, Ethiopia: Amerika Syarikat (AS) dan Turki bersetuju untuk bekerja sama bagi membebaskan wilayah utara Syria daripada kumpulan IS, menurut seorang pegawai kanan AS.
"Matlamatnya ialah untuk mewujudkan zon bebas IS dan memastikan keselamatan dan kestabilan sepanjang sempadan Turki dengan Syria," kata pegawai itu kepada AFP semasa lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Ethiopia.
Menurutnya, butiran zon berkenaan "masih perlu diperincikan" tetapi sebarang "usaha bersama ketenteraan tidak akan membabitkan zon larangan terbang". - AFP
OBAMA (kiri) dan Perdana Menteri Ethiopia Hailemariam Desalegn mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat mereka di Istana Negara di Addis Ababa, Ethiopia. - Foto REUTERS

Turki perhebat serangan udara perangi IS, pemberontak


Sebuah pesawat pengangkut taktikal A400M Tentera Udara Turki dirakam
SEBUAH pesawat pengangkut taktikal A400M Tentera Udara Turki dirakam berada di Pangkalan Udara Incirlik di Adana, selatan negara itu. Turki turut membenarkan Amerika Syarikat menlacarkan serangan terhadap kedudukan IS di Syria di pangkalan udara sama. REUTERS
ISTANBUL 25 Julai - Tentera Turki memperhebatkan serangan udara terhadap kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria buat hari kedua berturut-turut selain memperluaskan kempen ketenteraan terhadap kubu kuat pemberontak Kurdis di utara Iraq.
Rangkaian televisyen CNN-Turk dan NTV melaporkan, serangan ter­babit dilancarkan dari pangkalan udara di bandar Diyarbakir, tenggara Turki, melibatkan penggunaan pesawat F-16 dan serangan artileri ke arah kedudukan kumpulan pelampau.
Kumpulan aktivis, Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, dalam laporannya berkata, sekurang-kurang­nya sembilan anggota militan IS terbunuh dan 12 lagi cedera dalam siri serangan pertama semalam.
Serangan udara itu mensasarkan tiga lokasi yang dikuasai militan IS dengan kedudukan kira-kira 14 ki­lometer di dalam kawasan Syria dan keputusan Ankara untuk terlibat dalam misi memerangi kumpulan pelampau dibuat susulan insiden pengebom berani mati yang meragut 32 aktivis di sempadan Syria-Turki pada Isnin lalu.
Sementara itu, kumpulan pemberontak Kurdish, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang beroperasi di Iraq, mengesahkan tentera udara Turki melancarkan serangan terhadap kedudukan mereka.
Jurucakap PKK di Iraq, Bakhtiar Dogan berkata, beberapa kubu kuat kumpulan berkenaan di kawasan pergunungan di utara wilayah Dohuk menjadi sasaran serangan udara Turki, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
“Beberapa buat jet tempur melintasi ruang udara pergunungan Qandil yang merupakan pusat kepimpinan politik PKK, tetapi tiada serangan dilancarkan di kawasan tersebut,” katanya.
Kumpulan PKK diharamkan di Turki dan mempunyai beberapa kubu kuat di Iraq termasuk pusat latihan di Dohuk, wilayah yang dikuasai majoriti puak Kurdis bersempadan dengan Syria. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-perhebat-serangan-udara-perangi-is-pemberontak-1.116871#sthash.4OfFTi66.dpuf

Sunday, 26 July 2015

Turki perhebat serangan udara perangi IS, pemberontak

Sebuah pesawat pengangkut taktikal A400M Tentera Udara Turki dirakam
SEBUAH pesawat pengangkut taktikal A400M Tentera Udara Turki dirakam berada di Pangkalan Udara Incirlik di Adana, selatan negara itu. Turki turut membenarkan Amerika Syarikat menlacarkan serangan terhadap kedudukan IS di Syria di pangkalan udara sama. REUTERS
ISTANBUL 25 Julai - Tentera Turki memperhebatkan serangan udara terhadap kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria buat hari kedua berturut-turut selain memperluaskan kempen ketenteraan terhadap kubu kuat pemberontak Kurdis di utara Iraq.
Rangkaian televisyen CNN-Turk dan NTV melaporkan, serangan ter­babit dilancarkan dari pangkalan udara di bandar Diyarbakir, tenggara Turki, melibatkan penggunaan pesawat F-16 dan serangan artileri ke arah kedudukan kumpulan pelampau.
Kumpulan aktivis, Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, dalam laporannya berkata, sekurang-kurang­nya sembilan anggota militan IS terbunuh dan 12 lagi cedera dalam siri serangan pertama semalam.
Serangan udara itu mensasarkan tiga lokasi yang dikuasai militan IS dengan kedudukan kira-kira 14 ki­lometer di dalam kawasan Syria dan keputusan Ankara untuk terlibat dalam misi memerangi kumpulan pelampau dibuat susulan insiden pengebom berani mati yang meragut 32 aktivis di sempadan Syria-Turki pada Isnin lalu.
Sementara itu, kumpulan pemberontak Kurdish, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang beroperasi di Iraq, mengesahkan tentera udara Turki melancarkan serangan terhadap kedudukan mereka.
Jurucakap PKK di Iraq, Bakhtiar Dogan berkata, beberapa kubu kuat kumpulan berkenaan di kawasan pergunungan di utara wilayah Dohuk menjadi sasaran serangan udara Turki, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
“Beberapa buat jet tempur melintasi ruang udara pergunungan Qandil yang merupakan pusat kepimpinan politik PKK, tetapi tiada serangan dilancarkan di kawasan tersebut,” katanya.
Kumpulan PKK diharamkan di Turki dan mempunyai beberapa kubu kuat di Iraq termasuk pusat latihan di Dohuk, wilayah yang dikuasai majoriti puak Kurdis bersempadan dengan Syria. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-perhebat-serangan-udara-perangi-is-pemberontak-1.116871#sthash.rmECPVHl.dpuf

Saturday, 25 July 2015

Tembok pisah Turki, Syria


Ankara: Turki membina tembok di sebahagian sempadannya dengan Syria selain memperkukuhkan pagar dawai serta menggali lebih banyak parit susulan serangan di Suruc, Isnin lalu yang mengakibatkan 32 orang - kebanyakannya pelajar - terbunuh.

Sumber berkata, tembok itu yang boleh diturunkan dan disambung semula bila dan di mana perlu akan dibina di beberapa lokasi di sempadan. Parit sepanjang 365 kilometer digali manakala 90 peratus dron dan pesawat pengawasan dihantar ke sempadan Syria.

Sekutu NATO Turki sudah lama menyuarakan kebimbangan terhadap sempadannya dengan Syria termasuk kawasan dikawal IS.

Timbalan Perdana Menteri Bulent Arinc berkata: “Kawasan kritikal di sempadan dikenal pasti dan diberi keutamaan.” - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 10:25 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65842#sthash.6R4lcJRO.dpuf

Turki lancar serangan udara terhadap IS di Syria

Tentera Turki meninjau kawasan sempadan berhampiran Syria dekat
TENTERA Turki meninjau kawasan sempadan berhampiran Syria dekat Kampung Elbeyli, di timur bandar Kilis, semalam. - AGENSI
DAMSYIK 24 Julai – Tentera Turki buat kali pertama melancarkan serangan udara terhadap kumpulan Negara Islam (IS) berhampiran sempadan Syria semalam.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, serangan udara menggunakan pesawat F-16 tersebut memusnahkan sepenuhnya tiga kubu IS di wilayah berkenaan.
Agensi penyiar BBC melaporkan, selain serangan udara, insiden berbalas tembakan turut berlaku di kawasan sempadan antara tentera Turki dengan militan IS, yang berakhir dengan kematian seorang anggota tentera Ankara.
Tindakan kekerasan terhadap militan IS itu disusuli serbuan pagi ini apabila pihak polis menangkap kira-kira 297 suspek anggota kumpulan terbabit di seluruh negara.
Ahli kumpulan Parti Pekerja Kur­distan (PKK) dan Parti Barisan Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) turut ditangkap di Ankara, Izmir dan wilayah Sanliurfa yang berhampiran dengan sempadan Syria.
Agensi berita Dogan melapor­kan, sebanyak 140 premis diserbu di 26 daerah di Istanbul dalam operasi melibatkan 5,000 anggota polis.
Serbuan tersebut dilancarkan selepas 32 orang terbunuh dalam satu serangan berani mati di sebuah masjid yang terletak dengan sempadan Syria pada awal minggu ini.
Dalam pada itu, menurut Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, operasi terhadap kumpulan IS akan berlanjutan sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.
Amerika Syarikat (AS) dijangka memulakan serangan pengembo­man terhadap IS selepas mencapai persetujuan dengan Turki untuk menggunakan akses menerusi Pang­kalan Udara Incirlik di selatan Turki.
Presiden, Barack Obama dan Erdogan telah memuktamadkan persetujuan itu menerusi perbualan telefon kelmarin dan perkara tersebut telah disahkan oleh seorang pegawai yang enggan dikenali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-lancar-serangan-udara-terhadap-is-di-syria-1.116609#sthash.7CU6LbbW.dpuf

Thursday, 23 July 2015

3 wartawan Sepanyol hilang di Syria

RABU, 22 JULAI 2015 @ 8:46 AM
 MADRID: Tiga wartawan Sepanyol dilaporkan hilang di Syria ketika membuat laporan dari wilayah Aleppo, kata presiden persekutuan wartawan Sepanyol pada Selasa. Jose Manuel Lopez, Antonio Pampliega dan Angel Sastre masuk ke Syria menerusi selatan Turki pada 10 Julai dan tiada lagi khabar berita daripada mereka sejak 12 Julai, kata Elza Gonzales, Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sepanyol. "Pertempuran sengit masih berlaku di wilayah itu, ...inilah yang membimbangkan kami," katanya kepada stesen televisyen nasional Sepanyol. "Setakat ini, kami anggap mereka sebagai hilang," katanya. Bagaimanapun, Gonzales berkata, pihaknya tidak pasti sama ada ketiga-tiga wartawan berkenaan bersama-sama membuat liputan di wilayah itu atau bergerak secara berasingan. Dalam pada itu, Gonzales berkata, beliau dimaklumkan pihak berkuasa Sepanyol belum dapat memastikan nasib wartawan berkenaan atau sama ada mereka diculik. Tiga wartawan berkenaan bertugas dengan beberapa agensi berita termasuk akhbar La Razon dan ABC. - AFP

 ANTONIO Pampliega antara 3 wartawan Sepanyol yang dilaporkan hilang di Syria. - Foto ihsan http://www.theguardian.com/

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69413

Pemimpin kanan veteran al-Qaeda maut

Muhsin al-Fadhli
Muhsin turut dikehendaki pihak berkuasa di Kuwait, Arab Saudi dan AS kerana didakwa terlibat dalam kegiatan keganasan.

DAMSYIK - SYRIA. Pemimpin veteran al-Qaeda, kumpulan Khorasan yang merancang serangan ke atas Barat dilaporkan terkorban dalam serangan udara dilancarkan gabungan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) di utara Syria.
 
Kelmarin, jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis memaklumkan Muhsin al-Fadhli terbunuh selepas kenderaan dinaikinya berhampiran Sarmada menjadi sasaran serangan pada 8 Julai lalu.

"Muhsin adalah antara pemimpin al-Qaeda yang menerima maklumat awal berhubung serangan 9/11 yang menggemparkan masyaraka dunia. 

"Kematiannya dijangka memberi kesan kepada operasi sulit al-Qaeda yang dirancang di AS dan negara sekutunya," jelasnya.

Sebelum ini, Jabatan Negara AS pernah menawarkan ganjaran AS$7 juta (RM26 juta) kepada pemberi maklumat yang boleh membawa kepada penahanan atau kematian Muhsin.  - AFP

Rezim Assad Luncurkan Versi Terbaru Al-Quran?


Rabu 5 Syawal 1436 / 22 Juli 2015 08:51

bvx
ADA yang luput dari pemberitaan pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan lalu terkait rezim Suriah di bawah kepemimpinan Bashar Al-Assad.
Pada Senin tanggal 13 Juli lalu, Presiden Bashar al-Assad telah menerima Menteri Agama dan Wakaf Muhammad Abdul-Sattar al-Sayyed dan anggota Komite Tetap Kementerian Suriah untuk urusan Al-Quran.
Yang menarik dari pertemuan itu adalah Menteri Sayyed memberikan penjelasan kepada Presiden Assad tentang versi standar baru Al-Quran, menyusul permintaan presiden untuk adanya ‘update’ dari Kitab Suci umat Islam tersebut.
Seperti dilansir dari situs Syria Observer, pada versi terbaru ini, surat-surat Al-Quran lebih disederhanakan sesuai dengan seperangkat standar terakreditasi untuk sarjana ilmu Alquran.
Presiden Assad memuji upaya Komite untuk menghasilkan Al-Quran tersebut, menambahkan bahwa pendekatan yang digunakan dalam menciptakan versi baru Al-Quran harus diadopsi oleh Kementerian untuk semua proyek di masa depan.
“Kita benar-benar membutuhkan tindakan seperti ini untuk mencegah distorsi dan penyesatan ketika Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw didakwahkan,” kata Presiden.
Presiden Assad mengatakan peluncuran versi baru Al-Quran, bertepatan dengan malam Lailatul Qadar (10 hari terakhir bulan Ramadhan), dengan mengambil dimensi spiritual yang signifikan sehingga menambah nilai dalam membawa orang untuk lebih dekat dengan Al-Quran.
Menteri al-Sayyed, pada bagiannya, mengatakan versi baru Al-Quran ini merupakan upaya perintis di dunia Arab dan Islam, sembari menyatakan bahwa Presiden Assad juga meminta versi audionya.
Setelah lima tahun dan 27 kali revisi, versi standar baru Al-Quran akan menjadi acuan bagi semua Al-Quran yang ada di Suriah.[fq/islampos]

Tuesday, 14 July 2015

Video Penyembelihan Tebusan IS Palsu, Dirakam Di Studio


Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 11:19 AM

SATU Klip video mendedahkan bagaimana rakaman penyembelihan tebusan dibuat oleh seorang lelaki yang didakwa sebagai Jidadi John yang mendapat cemuhan dari seluruh dunia sebelum ini.
Pendedahan itu sekaligus mendedahkan video sebenar mengenai penyembelihan tebusan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS) di Syria sebelum ini.
Menerusi video yang didedahkan tahun lalu, Jihadi John sering menyembelih tebusan di padang pasir yang didakwa di Syria, nama keaslian rakaman terus dipersoal.
Bagaimanapun rakaman terbaru yang didedahkan membuktikan kebenaran disebalik video-video penyembelihan tebusan yang didakwa dilakukan oleh militan IS itu.
Pada set pengambaran itu terdapat kru-kru berdiri di sekeliling manakala pelakon berada di depan skrin hijau.
Video ini telah dimuat naik ke YouTube oleh pengguna YAC pada Ahad.

Sunday, 12 July 2015

Dr. Iyadh Qunaibi : Membebaskan Islam dari kejahatan yang terjadi di Bumi Syam


Senin, 1 Zulqa'dah 1435 H / 25 Agustus 2014 22:14
Dr. Iyadh Qunaibi : Membebaskan Islam dari kejahatan yang terjadi di Bumi Syam
Dr. Iyadh Qunaibi
 

Bismillah, shalawat dan salam untuk Rasulullah
  1. Hal yang terpenting bagi saya adalah membebaskan syariah dari praktek-praktek menyimpang dan kejahatan yang dilakukan atas nama Islam dimana pelakunya meneriakkan Allahu Akbar, sedangkan Islam berlepas diri dari kejahatan-kejahatan tersebut.
  2. Hendaknya para penduduk syam, kaum muslimin dan seluruh dunia mendengar : Bahwa kami berlepas diri kepada Allah dari pembunuhan secara sembarangan yang kita lihat sedang terjadi di syam, dan hal ini sama sekali tidak disyari’atkan. Maka jangan kalian katakan kepada kami esok ketika kami menyerukan kepada syari’at dan khilafah, “kami sudah pernah mengalaminya”. Bukan syariat yang semacam ini yang kita perjuangkan, tidak pula Khilafah dan Daulah Islamiyah yang kita serukan dengannya.
  3. Islam berlepas diri dari membunuh tawanan orang-orang Islam hanya karena bai’at mereka terhadap jamaah tertentu, karena mengeksekusi seorang tawanan muslim dengan tuduhan kesetiaannya terhadap sebuah jamaah dan pembai’atan terhadapnya adalah sebuah kejahatan, siapa pun pembunuhnya dan dari kelompok manapun orang yang dibunuh. Jika memang diharuskan qishas terhadap tawanan muslim setelah ada ketetapan berdasarkan peradilan yang syar’i maka memang harus dilaksanakan, jika tidak maka kesetiaan pada sebuah jamaah bukan menjadi alasan dihalalkannya darah tawanan itu, sekalipun beberapa anggota jamaah tersebut melakukan praktek-praktek yang sesat.
  4. Islam berlepas diri dari menuduh sekelompok orang sebagai orang-orang yang murtad tanpa adanya bukti, seandainya sekelompok orang tersebut atau sebuah suku mengkhianati bala tentara kelompok yang lain, atau bahkan bala tentara sebuah negara yang berlandaskan syari’ah, maka tidak berarti ini menjadikan sekelompok orang tersebut murtad. Akan tetapi pengkhianatan itu adalah sebuah dosa yang tetap harus diperlakukan sebagaimana yang telah kami sampaikan diatas, yaitu dengan memberikan pilihan kepada orang tua sang terbunuh apakah qishas atau ampunan.
  5. Menuduh sekelompok orang dengan tuduhan kufur, salah satu akibatnya adalah orang yang menuduh menjadi kafir jika orang yang dituduh bukanlah orang yang benar-benar kafir, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan barangsiapa menuduh kaum muslimin murtad sedangkan kemurtadan tersebut tidak terdapat pada diri kaum muslimin, maka dia menanggung dosa pembunuhan mereka dengan cara yang sadis sebagaimana yang telah kita saksikan dengan cara memenggal kepala, menyalib dan mengeksekusi massal.
  6. Apabila sebuah jamaah mengeluarkan pernyataan tentang kemurtadan jamaah lain tanpa adanya bukti dan tanpa menerapkan konsekuensi darinya (kemurtadan), yaitu pembunuhan kepadanya, maka sesungguhnya kelompok ini tidak menghukumi dengan apa yang telah Allah turunkan dalam permasalahan ini.
  7. Islam berlepas diri dari melakukan hukum qishash dengan cara yang bodoh sebagaimana yang kita saksikan, yaitu ada sebuah jamaah yang melakukan pembalasan dengan keras dan menimbulkan efek jera, ia melampaui batas dalam membunuh, tanpa memberilkan pilihan kepada wali yang terbunuh untuk memilih antara qishash atau memberi ampunan. Maka sesungguhnya ini merupakan sebuah tindakan yang biasa dilakukan pada masa jahiliyah dan bukan bagian dari syariat sedikitpun. Sedangkan didalam Islam telah dijelaskan : “Dan barang siapa dibunuh secara lalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.
  8. Islam berlepas diri dari memberikan tuduhan shahawat dan khawarij tanpa membedakan seluruh jamaah dan menyusun rencana untuk membunuhnya.
  9. Islam menyangkal penerapan nash-nash (ayat Al-Quran) kepada kaum muslimin yang sejatinya ia turun mengenai orang-orang kafir, sebagaimana firman Allah : “Jika kamu menemui mereka dalam peperangan, maka cerai beraikanlah orang-orang yang di belakang mereka dengan (menumpas) mereka, supaya mereka mengambil pelajaran.”, dan berlepas diri dari mencoba menaklukkan kaum muslimin dengan menebar ketakutan dan memperlihatkan keganasan dalam membunuh.
  10. Barangsiapa menyatakan keislamannya dengan jelas maka tidak hilang darinya nama Islam kecuali dengan hal yang jelas pula. Diantara perilaku yang bodoh dan sesat adalah; para pengikut fanatik sebuah jamaah membenarkan vonis kafir terhadap kaum muslimin padahal para pelaku vonis kafir itu sendiri tidak dapat mendatangkan bukti yang jelas, dan padahal mereka pernah menghukumi para mujahidin yang terpercaya dengan hukum riddah, sebagaimana yang terjadi pada Abu Saad Al Hadhrami – Rahimahullah – mereka berkata tentangnya : “masih segar dalam ingatan kita tentang kasus Abu Saad Al Hadhrami, sesungguhnya tiga bulan yang lalu Daulah Islamiyah tidak ragu-ragu dalam menegakkan hukum Allah terhadapnya setelah terbukti kemurtadannya melalui pengakuan dirinya dan kesaksian dari pakar syariat yang memutuskan berdasarkan perbuatannya bahwa ia adalah perbuatan riddah dan kufur”. Seperti inilah ketidak jelasan itu, tanpa ada bukti satupun darinya. Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : ” Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata“. Ini adalah arahan dari Allah agar kita mendustakan siapa saja yang menuduh orang mukmin tanpa ada bukti yang jelas. Maka apalagi jika ada berita mengenai penghukuman seseorang sebagai murtad dari seseorang yang tidak diketahui kapasitasnya apakah seorang yang berilmu, terpercaya ataukah orang yang adil? Maka apakah tidak cukup dengan ilmu dan keadilannya itu seseorang menjadi seorang pejuang tangguh yang memerangi orang-orang kafir, sehingga berapa banyak para kelompok sesat yang berjuang dan dihukum.
  11. Seorang muslim tidak menikmati yang dia lakukan ketika membunuh, juga tidak mencari cara aneh dalam membunuh orang-orang kafir. Nabi kita Muhammad SAW bersabda : “Jika kamu membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik“. Dan ketika para laki-laki yahudi bani Quraidzah yang berkhianat terhadap kaum muslimin dibunuh, mereka dibagi menjadi beberapa kelompok. Sebagian dieksekusi jauh dari pandangan teman-teman mereka supaya mereka tidak melihatnya. Tidak pernah didapati sebelumnya ada kaum muslimin yang membuat lelucon ketika mengeksekusi atau menendang kepala mereka, padahal mereka adalah para yahudi yang berkhianat. Para fuqaha berbeda pendapat tentang orang kafir yang menyerupai kaum muslimin, apakah ia diperlakukan seperti kaum muslimin? Maka barangsiapa yang mendapati dirinya menikmati membunuh dengan menggorok kepala lalu kemudian difoto, maka hendaknya dia menyadari bahwa ia telah bertentangan dengan naluri dan kondisi psikisnya bermasalah. Lalu apalagi jika perlakuan semacam ini dilakukan terhadap kaum muslimin?!
  12. Sikap lemah lembut saya terhadap sebagian pemuda jamaah-jamaah ini ketika saya berbicara tentangnya, tidak lain adalah untuk menjadikan mereka condong kepada hidayah irsyad dan kebenaran, karena mereka ini berbeda, dan saya tahu ada beberapa diantara mereka yang merasa berkesan dan dengan karunia Allah ia meninggalkan jamaah ini. Kelemah lembutan perkataan ku bukan berarti tidak mengerti akan kejahatan yang telah dilakukan oleh sebagian orang dari jamaah-jamaah ini, dan bukan pula karena tidak mengerti akan penyelewengan dan rusaknya para pimpinan dan staf keamanan jamaah tersebut. Dan saya telah menjelaskan hal ini didalam makalah yang telah saya tulis berjudul “المحرقة” sehingga jangan sekali-kali mengira bahwa saya telah berlemah lembut terhadap orang-orang yang menyembelih kaum muslimin dan berlebihan terhadap takfir. Akan tetapi mereka ini adalah orang-orang yang berdosa dan saya berlepas diri kepada Allah dari perbuatan mereka dan kelakuan kriminal mereka terhadap jihad ini.
  13. Banyak terjadi kebusukan di medan perang Syam. Dalam memerangi para ekstrimis, terdapat kerjasama yang dilakukan dengan pihak antek barat yang hobinya pidato dari kalangan majelis-majelis kepemimpinan (majlis qiyadah). Jadi ghuluw ini bukan hanya satu-satunya permasalahan yang ada, akan tetapi ada masalah campur tangan dari pemerintahan arab dan internasional dalam revolusi Syam dan ada sejumlah kelompok yang menerimanya dengan tangan terbuka, serta ada sikap yang pengecut dalam memerangi musuh dari orang kafir, belum lagi ditambah dengan tumpukan masalah ekstrimis ini, yang perang terhadapnya (terkadang – red.) hanya dilakukan demi mendapat pengakuan dari para thaghut, ini semua dapat berubah menjadi ancaman yang merugikan revolusi Syam. Seorang muslim tidak boleh berperang di bawah naungan panji-panji semacam itu tadi, namun bukan berarti tidak ada panji yang bersih di medan perang Syam.
  14. Kami tidak menyebutkan nama-nama faksi (kelompok) disini, menunjukkan bahwa kami hanya berwala’ dan berlepas diri berdasarkan perbuatan saja sebagaimana yang telah kami jelaskan, bukan karena nama-nama kelompok.
  15. Dan hendaknya para penduduk Syam, kaum muslimin dan seluruh dunia mendengar : Bahwa menghukumi murtad seseorang tanpa adanya bukti, membunuh orang tersebut, dan memenggal kepalanya adalah sebuah kejahatan yang tidak dapat diremehkan dan dibiarkan begitu saja, sedangkan Islam sama sekali menyangkal perbuatan tersebut. Maka barangsiapa yang melakukan hal ini, ia bukanlah saudara semanhaj! Akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sesat. Dan kita berlepas diri dari kesesatan mereka. Kaum muslimin yang awam dan membuka diri dengan kami lebih kami cintai dari pada mereka, terlepas dari itu, di dalam banyak jamaah-jamaah semacam ini, orang-orang yang baik dan buruk bercampur, sehingga didalam jamaah tersebut terdapat perbuatan yang baik dan yang buruk. Akan tetapi kami hanya melihat akan kesucian perang itu beserta segala pernak-perniknya yang banyak mengandung kejelekan yang telah disebutkan, maka tidak ada yang dapat kita lakukan ditempat ini kecuali membebaskan diri dari kebatilan perbuatan tersebut sebagaimana syari’ah telah menyangkal apa yang dilakukan oleh para pelakunya, dan memperingatkan para pelakunya bahwa perbuatan mereka itu termasuk dalam kezhaliman, kejahatan, dan kefanatikan, sebagai bentuk upaya pencegahan dari orang tersebut dan apa yang telah ia tetapkan.
Kita memohon pada Allah untuk kebaikan kondisi kaum muslimin
- See more at: http://www.arrahmah.com/kajian-islam/dr-iyadh-qunaibi-membebaskan-islam-dari-kejahatan-yang-terjadi-di-bumi-syam.html#sthash.y418Xaqy.dpuf