Thursday, 26 November 2015

PM Kanada Lanjutkan Tempoh Terima Pelarian


Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 1:22 PM

OTTAWA: Kepentingan keselamatan orang awam berikutan serangan Paris menjadi keutamaan Kanada untuk melanjutkan tempoh menerima 25,000 pelarian Syria, kata Perdana Menterinya, Justin Trudeau.
Kerajaan Pusat mengumumkan untuk menerima pelarian itu sehingga akhir Februari dan semua keperluan pemeriksaan keselamatan juga akan dilakukan.
Penganalisa dan pengkritik berkata, rancangan itu akan menyebabkan prosedur keselamatan dilakukan secara tergesa-gesa terutamanya susulan serangan 13 November di Paris yang melibatkan militan Negara Islam (IS).
"Antara yang berubah ialah persepsi rakyat Kanada terhadap apa yang berlaku di Paris," kata Trudeau kepada pemberita di London.
Kanada memperuntukkan sebanyak C$678 juta sejak lebih enam tahun lepas untuk pelarian Turki, Syria dan Jordan. Penerbangan pertama dijangka berlepas dari daerah itu pada awal bulan depan.
Pasukan perubatan menyambut baik kedatangan pelarian itu dan bersedia memberi perkhidmatan kepada pelarian yang akan tiba selepas kerajaan Konservatif mengurangkan penerimaan pelarian sejak sedekad lepas.
"Kebanyakan pertubuhan dan institusi menyambut baik kedatangan mereka dan ada beberapa minggu lagi untuk bersiap sedia," kata Pengarah Eksekutif Majlis Pusat Kanada untuk Pelarian, Janet Dench.
Kanada menerima pelarian pada beberapa tahun lepas termasuk 5,000 pelarian Kosovo pada 1999 dan 60,000 pelarian Vietnam pada 1979 dan 1980.
Menurut data kerajaan, jumlah kemasukan pelarian ke Kanada pada 2014 iaitu 23,286 menurun berbanding 35,775 pada 2005.
Penempatan semula pelarian menunjukkan banyak agensi ingin membantu pelarian ini dengan menyediakan perumahan, pekerjaan, persekolahan, kelas bahasa, program dan servis untuk tempoh sedekad.
"Pada 10 tahun lepas, kami nampak banyak pengurangan dalam sektor antara dua peratus hingga 100 peratus, yang mana ia sangat ," kata Pengarah Eksekutif Pusat Komuniti Arab di Toronto Huda Bukhari. -- Reuters

No comments:

Post a Comment