"Ini adalah Tentera Udara Turki dalam kawalan. Anda sedang memasuki ruang udara Turki. Ubah haluan anda ke selatan dengan segera," demikian suara dari salah satu pita rakaman yang dikeluarkan.
Rakaman suara itu didedahkan selepas seorang daripada juruterbang pesawat pengebom Su-24 Russia yang terselamat memberitahu, pesawat itu tidak menerima apa-apa amaran dari Tentera Udara Turki dan pesawat tidak terbang di ruang udara negara itu.
Turki sebelum ini mempertahankan tindakan pesawat F-16 negara itu menembak jatuh pesawat Russia berkenaan selepas memberi 10 amaran dalam masa lima minit sebaik pesawat dikesan menceroboh ruang udara.
Russia semalam sebaliknya menegaskan kejadian itu sebagai satu perbuatan 'provokasi terancang'.
Kejadian itu dikatakan mengancam hubungan kedua-dua negara yang memainkan peranan besar dalam menangani konflik di Syria serta meningkatkan kebimbangan ia boleh merebak kepada konflik geopolitik. - AFP
No comments:
Post a Comment