Thursday, 27 March 2014

syria

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
Mariam dan kesilapan kita!
Mariam membakar dirinya sendiri apabila merasa terhina ketika UN memberikan bantuan kepadanya.
Mariam memerlukan satu kotak makanan untuk diberi kepada anaknya yang masih kecil lagi.
Mariam memerlukan duit untuk menyara perbelanjaan hariannya seperti kita juga.
Ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti Mariam.
Kami kesal kerana kami tidak dapat sampai kepada mereka ini yang seperti Mariam dan kami tidak mampu memberikan apa-apa.
Hari ini Mariam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mariam telah meninggalkan dunia dengan satu mesej,bahawasanya penderitaan yang dialami olehnya dan ramai lagi sepertinya sememangnya amat besar sampai tahap dia sanggup bakar dirinya sendiri.

Kita selalu dengar bahawa "tiada orang mati kelaparan" tetapi, bagaimanakah dengan orang yang membakar diri kerana kelaparan!

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Akaun Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

Bakar diri tak dapat makanan


Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) ketika mengesahkan kejadian itu berkata wanita berusia 50-an berkenaan kini dirawat di hospital kerana melecur teruk. 
Saksi, peniaga gerai Abu Riad al-Amudi yang berniaga berhampiran pusat pendaftaran PBB itu berkata, wanita berpakaian hitam itu mula menjerit ketika ratusan pelarian beratur mendapatkan makanan pagi kelmarin. 

“Dia menjerit: ‘Sudah tiga hari saya datang mendapatkan bantuan makanan bagi kami enam beranak. Setiap kali saya dihantar pulang dan dijanjikan bantuan jika datang keesokannya. Namun semuanya janji kosong belaka.’
Foto
KEADAAN wanita itu di hospital, semalam.

“Kemudian dia tiba-tiba mengeluarkan botol plastik kecil dari beg tangan dibawanya dan menuangkan isi kandungannya ke kepala dan badannya sebelum menyalakan pemetik api.

“Anak-anaknya berdiri di sebelahnya ketika itu,” katanya. 

Abu Riad yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata dia bersama orang ramai cuba memadamkan api menggunakan jaket masing-masing serta air sebelum pengawal PBB datang membantu dan membawanya ke hospital. 

Pengarah hospital Gabriel al-Sabeh memberitahu AFP wanita itu melecur pada muka dan anggota badannya. 


Wanita itu ditemui di hospital dengan wajah dan kakinya dibalut malah sukar bercakap kerana kesakitan. 

“Dada saya sakit. Kami tidak makan beberapa hari,” katanya. 

Suaminya, Khaled al-Daher yang turut berada di situ terkejut dengan perbuatan isterinya itu. 

“Selalunya kami mendapat bantuan sekali sebulan, namun kali ini memang bantuan lambat tiba,” katanya dalam satu kenyataan. 

Jurucakap UNHCR Joelle Eid mengesahkan kejadian dan berkata kakitangan PBB berusaha memastikan mangsa mendapat bantuan sewajarnya selain menyiasat dakwaannya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Wednesday, 26 March 2014

1,095 hari penuh liku di Syria

1,095 hari penuh liku di Syria
KETIKA dunia memberi tumpuan kepada krisis politik di Ukraine, pergolakan di Syria masih berlarutan tanpa penyelesaian.

Penderitaan 23 juta penduduk negara itu akibat perang saudara sejak tiga tahun lalu menjadikan ia sebagai konflik sivil paling kejam dan paling berpanjangan sejak Perang Dunia Kedua.

Pada ulang tahun ketiga revolusi menentang rejim Presiden Bashar al-Assad, lebih 140,000 dilaporkan terkorban manakala kira-kira 2.5 juta penduduk lagi terpaksa menjadi pelarian.

Kebangkitan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bermula pada 15 Mac 2011 di bandar selatan Daraa selepas revolusi di Tunisia merebak ke beberapa negara rantau Arab.

Pada awalnya, protes tersebut diadakan secara aman tetapi ia bertukar ganas selepas pasukan keselamatan menggunakan tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan hingga mencetuskan pertempuran berdarah di negara terbabit.

Menjelang Julai pada tahun sama, konflik tersebut bertukar menjadi pemberontakan bersenjata lebih dahsyat dan akhirnya menyebabkan negara itu terjerumus ke kancah perang saudara hingga kini.

1,095 hari telah berlalu, pergolakan di Syria didakwa semakin buruk akibat campur tangan dan kemasukan lebih 7,000 militan asing disokong kuasa Barat yang kononnya mahu membantu puak penentang utama, Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggulingkan Bashar.

Sampai bila kemelut ini akan berterusan?

2011

Keganasan tercetus pada pertengahan Mac selepas sekumpulan remaja dan kanak-kanak menghasilkan grafiti berbaur politik ditahan pihak berkuasa. Puluhan orang dilaporkan terkorban selepas pasukan keselamatan menggunakan tindakan kekerasan ke atas kumpulan penunjuk perasaan.

Menjelang April, puluhan ribu penduduk Syria menyertai Hari Kemarahan yang diadakan di seluruh negara untuk menyuarakan bantahan terhadap kekejaman rejim Bashar.

Sebagai respons terhadap bantahan berterusan, kerajaan Syria mengumumkan beberapa pelan untuk memuaskan hati rakyat termasuk rancangan mengkaji semula undang-undang darurat.

Bagaimanapun, menerusi ucapan Bashar yang disiarkan selama 45 minit menerusi stesen televisyen tempatan, beliau memaklumkan bahawa kerajaan tidak dapat memenuhi sebarang tuntutan rakyat selain tidak menawarkan sebarang perubahan konkrit.

Pada 21 April, Bashar menarik semula perintah darurat yang dikuatkuasakan selama 48 tahun di negara itu selain mengeluarkan dekri mengawal selia hak bantahan secara aman sebagai satu daripada hak asasi manusia dijamin Perlembagaan.

Tidak lama selepas itu, bekalan air dan elektrik serta perkhidmatan talian telefon dipotong oleh kerajaan.

Konflik semakin meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas Bashar dan enam pegawai kanan kerajaan pada 18 Mei.

Kira-kira tiga bulan selepas itu, Syria dikenakan sekatan ekonomi dan aset kerajaan turut dibekukan serta larangan mengimport minyak dari negara itu dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah (EU) selepas Bashar dituduh melancarkan kempen keganasan ke atas rakyatnya.

Pada 2 Oktober, pembangkang menubuhkan Majlis Kebangsaan Syria (SNC) yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Bashar dan mewujudkan sistem demokrasi.

Rusia dan China menggunakan kuasa veto mereka menyekat resolusi Majlis Keselamatan PBB bagi mengenakan sekatan ke atas Rusia hingga mencetuskan kritikan beberapa pihak.

Pada 16 November, Liga Arab memutuskan untuk menggantung keanggotaan Syria selepas digesa banyak pihak.

Syria akhirnya menandatangani kertas cadangan Liga Arab pada pertengahan Disember yang bertujuan menamatkan pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan selepas 19 negara anggota mengundi untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Damsyik.

2012

Pada 28 Januari, Liga Arab terpaksa menangguhkan misi mereka selepas keganasan semakin meningkat di Syria.

Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB juga berakhir tanpa sebarang kata putus terhadap draf resolusi yang bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Bashar supaya berundur.

Konflik yang semakin meruncing memaksa AS menutup kedutaan mereka di Damsyik dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) juga bertindak memanggil pulang duta mereka serta mengusir diplomat Syria pada 7 Februari.

Pada 16 Februari, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi tidak terikat yang bersetuju dengan rancangan Liga Arab untuk menggesa Bashar meletak jawatan selepas memperoleh 137 undi negara anggota.

Sekitar pertengahan Mac, Utusan Khas PBB ke Syria, Kofi Annan bertemu pegawai kerajaan dan wakil pembangkang di Turki untuk membincangkan pelaksanaan gencatan senjata, pembebasan tahanan serta membenarkan bantuan dihantar kepada penduduk.

Setahun selepas konflik tersebut tercetus, lebih 8,000 dilaporkan maut akibat insiden pembunuhan beramai-ramai di negara terbabit, namun kumpulan aktivis mendakwa angka sebenar mungkin mencecah lebih 10,000 orang awam.

Pada 1 April, SNC secara rasmi diiktiraf sebagai wakil sah penduduk Syria selepas kerajaan bersetuju dengan pelan keamanan Annan.

Menjelang pertengahan tahun, majlis Keselamatan PBB telah menghantar kira-kira 300 anggota pemerhati untuk menyertai misi keamanan selama 90 hari di Syria.

Untuk pertama kali, kerajaan dan pembangkang Syria sebulat suara bersetuju dengan prasyarat perjanjian yang dimeterai dalam rundingan damai pusingan pertama di Geneva.

Sekitar Jun, masyarakat antarabangsa dikejutkan lagi dengan insiden pembunuhan beramai-ramai yang didalangi militia Bashar (shabiha) di sebuah perkampungan di Houla dan tengah Hama.

Ratusan penduduk termasuk puluhan kanak-kanak dilaporkan dibunuh kejam dalam tempoh 14 hari di negara tersebut.

Tidak lama selepas itu, beberapa menteri dilaporkan berpaling tadah dan meletak jawatan termasuk bekas Perdana Menteri Riyad al-Hijab yang digantikan oleh bekas Menteri Kesihatan, Wael al-Halki.

Pada awal September, Lakhdar Brahimi dilantik sebagai wakil misi keamanan PBB yang baharu di Syria selepas Annan berundur berikutan pelan damainya gagal dilaksanakan.

Pakatan pembangkang akhirnya bersetuju untuk bersatu sebagai Gabungan Kebangsaan Syria dan Sheikh Ahmed Moaz al-Khatib dilantik sebagai pemimpin pakatan tersebut pada 11 November.

2013

Pada 12 Februari, Majlis Keselamatan PBB menganggarkan jumlah mangsa yang terbunuh dalam tempoh 24 bulan di negara itu mencecah 70,000 orang.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan lebih 1.5 juta penduduk Syria menjadi pelarian.

Pada 27 Mei, EU memutuskan untuk menamatkan embargo senjata ke atas FSA dan pada hari sama Senator AS, John McCain dilaporkan bertemu dengan kumpulan bersenjata
tersebut.

PBB dan AS menggesa satu siasatan segera dilakukan selepas kumpulan aktivis mendakwa kerajaan menggunakan senjata kimia di kawasan luar Damsyik hingga meragut 1,300 nyawa termasuk kanak-kanak pada 21 Ogos.

Susulan daripada insiden menggemparkan itu, badan amal Doctors Without Borders mendakwa 3,000 pesakit mengalami gejala keracunan neurotoksik dan 355 daripadanya dilaporkan meninggal dunia di tiga hospital.

Pada 26 Ogos, pemeriksa PBB tiba di lokasi serangan senjata kimia di Moadamiyet al-Sham berhampiran Damsyik.

Campur tangan asing cuba untuk meningkatkan lagi ketegangan di Syria selepas Presiden AS Barack Obama mengarahkan tentera ‘bersiapsedia’ untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Selepas menerima ancaman ketenteraan AS, Damsyik akhirnya bersetuju dengan cadangan Rusia untuk melepaskan kawalan senjata kimia mereka.

Pada 14 September, AS dan Rusia bersetuju untuk menghapuskan senjata kimia milik Syria selepas laporan PBB menunjukkan gas sarin digunakan dalam serangan yang mengorbankan ribuan penduduk.

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi 2118 yang menghendaki Syria melupuskan seluruh bekalan senjata kimia mereka yang turut dipersetujui oleh Bashar.

Sekitar Oktober, Syria mula menghapuskan program senjata kimia mereka dan perkara itu disahkan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW).

Ketika itu, PBB turut mendedahkan bukti yang menunjukkan kerajaan Syria melakukan jenayah perang.

Menjelang akhir tahun, kerajaan Syria didakwa melanggar tarikh akhir untuk menjayakan pelan penghantaran keluar bagi melupuskan lebih 1,000 tan senjata kimia di laut.

syria

Yabrood,
Sebuah bandar yang menjadi tumpuan orang ramai minggu lepas,
dan dari sinilah menjadi laluan puak perosak,
namanya Syiah Nusairi yang dengan angkuh bermaharajalela menghancurkan dan memusnahkan bumi Allah,
tetapi wahai Yabrood, jangan sesekali kalian mengucapkan perkataan 'risau'...kerana orang yang zalim tidak akan menang selamanya,
InsyaAllah, dengan berkat rahmat dan kasih sayangNya, kami tidak akan membiarkan tangan-tangan puak perosak itu berterusan merampas walau seinci tanah air yang tercinta ini.

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Akaun Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

Penentang kuasai kubu kuat Bashar


Beirut: Kumpulan penentang rejim Syria semalam menawan sebuah kampung tepi pantai Mediterranean ketika mereka mara untuk mengukuhkan kehadiran mereka di kubu kuat tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad berhampiran sempadan Turki.

Penawanan Samra di wilayah Latakia itu dicapai sehari selepas penentang yang berusaha menggulingkan Bashar menguasai kawasan sekitar Kasab, pos seberang sempadan terakhir dengan Turki yang dikuasai rejim itu.

Sebagai tindak balas, tentera Bashar mengebom kedudukan penentang di wilayah pantai barat laut itu yang menjadi tumpuan penduduk Syiah dan tempat pertempuran sengit meletus sejak Jumaat lalu.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, penentang yang terdiri daripada pejuang Barisan Al-Nusra menguasai Kampung Samra itu awal semalam.

“Pertempuran sengit meletus di pinggir kampung itu,” kata pengarah kumpulan pemerhati itu Rami Abdel Rahman.

Samra terletak di lembah antara sempadan Turki dan memberikan penentang akses ke laut.

Latakia begitu penting kerana lokasinya di kawasan pantai dan menjadi tumpuan penduduk Syiah Syria dan suku Bashar.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/26

Tuesday, 25 March 2014

Sepupu Assad dibunuh, Erdogan ucap tahniah

Sepupu Assad dibunuh, Erdogan ucap tahniah
Lokasi bedilan roket dilepaskan di wilayah Latakia . Gambar kecil: Hilal


LATAKIA - SYRIA. Sepupu Presiden Syria, Bashar al-Assad terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pejuang berhampiran sempadan Syria-Turki.

Hilal al-Assad yang juga Ketua Pasukan Pertahanan Syria, maut di Kasab di wilayah Latakia selepas terkena bedilan roket yang disasar ke arah kenderaannya.

Kumpulan Hak Asasi Manusia berpangkalan di Britain mengesahkan kematian itu.

“Roket pertama disasarkan ke kenderaan beliau diikuti roket kedua disasarkan ke rumah Hilal lima minit kemudian," menurut laporan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengucapkan tahniah kepada anggota tenteranya, sekali gus memberi amaran kepada pihak luar yang cuba mencabul keamanan negaranya.

“Pesawat Syria memasuki ruang udara kita secara haram maka itu kami arahkan pesawat F-16 untuk melakukan serangan,” katanya, laporan dipetik dari Al Jazeera.

syria

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
Secanggih manapun senjata diajukan Puak Kuffar keatas hamba-hambaNya, masih tidak berupaya menggugat ketetapan Iman di dada para pencintaNya.

Kerana kasih sayangNya keatas hambaNya terlalu luas, tiada sempadannya. Jadi, Mengapa perlu kita mengalah sekarang?

Ya Allah, kami menadah tangan memohon padaMu dikurniakan ketenangan dan pemahaman pada kami menempuhi hari-hari yang mendatang. Terkadang, diri ini sukar memahami hikmah disebalik ujian yang tertimpa. Oleh itu, cahayailah hati kami memahami hikmah itu. Kami yakin setiap setiap ujian itu adalah sebagai tanda bahawa Allah mahukan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Akaun Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

#CintaAllahPadaHambaNya #DoaBuatMH370 #PrayForSyria

Monday, 24 March 2014

syria

Allahu Akbar...!!

Satu lagi kemenangan yang besar bagi orang islam di Syria...
Akhirnya Shabbeh dan penjenayah yang paling dikehendaki di kawasan Al Latiqia di pantai Syria (Hilal Al Assad) terkorban melalui satu roket yang dilancarkan oleh para mujahidin ketika bermesyuarat dengan pasukan penjenayah dia yang lain di kota Al Latiqia (berita kematiannya dalam pertumpuran di Kasb adalah palsu dan dihebohkan oleh rejim Al Assad supaya menggambarkannya sebagai sorang pahlawan).

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana,

Hilal Al Assad adalah salah seorang dari keluarga penjenayah perang Bashar Al Assad yang diberikan kebebasan yang mutlak untuk menghapuskan kebangkitan rakyat di kawasan Al Latiqia maka Hilal melakukan segala perbuatan yang keji seperti membunuh, menangkap, menyembelih, merogol, memukul dan menyeksa penduduk Islam Sunni.

Dia juga mencuri duit orang sunni, menculik anak dan wanita mereka serta membakar rumah-rumah dan banyak lagi perbuatan dia yang kejam.

Akhirnya dia mendapat balasan yang setimpal di dunia dan sedang menunggu balasannya di akhirat kelak. Tujuh orang pembantunya termasuk Hilal telah terbunuh. Anaknya (Sulaiman), yang terkenal juga dengan jenayahnya membunuh dan menyeksa orang lain, menjadi gila dan terus menembak semua orang.

Oleh kerana kehilangan seorang penjenayah yang penting, Rejim Al Assad sasarkan orang awam di kawasan pantai Syria dengan menggugurkan tong gas barrel ke atas bandar-bandar kawasan itu seperti mana mereka menyerang Damsyiq dan Aleppo dan kawasan perkampungan yang terdekat.

Semoga Allah memberi balasan setimpal diakhirat.

Syria berang Turki tembak jatuh pesawat


2014/03/24 - 04:08:41
Damsyik: Syria menuduh Ankara melakukan pencerobohan terang-terangan selepas tentera Turki menembak jatuh sebuah pesawat perangnya di sempadan kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan ketegangan ketika tentera kerajaan bertempur dengan pemisah di kawasan itu.

Hubungan antara kedua-dua negara musnah ketika konflik Syria apabila Ankara menyatakan sokongan kepada pemisah yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.


Ia adalah insiden paling serius sejak September lalu apabila pesawat perang Turki menembak jatuh helikopter Syria yang didakwa Ankara berada kira-kira dua kilometer di ruang udaranya.

Sumber tentera Syria berkata, Turki menembak jatuh pesawatnya dan ia adalah tindakan pencerobohan yang menjelaskan bahawa Turki menyokong kumpulan pemberontak.

“Pesawat itu ‘mengejar’ kumpulan pengganas di Kasab di dalam wilayah Syria,” kata sumber berkenaan merujuk kepada sempadan yang menjadi punca pertelagahan kedua-dua negara.

Tentera Syria dan pemberontak bertempur sejak Jumaat untuk menguasai pusat pemeriksaan sempadan di Kasab yang di utara Latakia, kubu kuat pemberontak.
Perdana Menteri Turki memberi amaran kepada Syria agar tidak mengambil sebarang tindakan balas. - AFP

Sunday, 23 March 2014

syria

Walaupun mereka tidak menanggung kederitaan yang dialami oleh saudara syria kita... Penduduk bandar New York menunjuk perasaan mereka secara senyap sambil mengangkat roti tanda sokongan serta simpati mereka terhadap nasib penduduk kem Al Yarmok dekat Damsyik yang menderita akibat kebuluran bawah kepungan pemimpim yang zalim Bashar Al Assad...

Hasbunallah wa'nik mal wakil!!
20/03/2014

syria

Satu kumpulan aktivis yang bernama "Flash Mob kerana Syria" telah mempamerkan satu gambar di beberapa skrin yang besar dekat medan times square di New York menunjukan keadaan sebenar di kem pelarian Al Yarmok dekat Damsyik di mana penduduk kem itu merana teruk akibat sekatan makanan yang dikenakan oleh rejim Bashar Al Assad yang zalim...

Kumpulan Flash mob ini telah menganjurkan paparan ini di tengah-tengah pusat bandaraya New York yang padat dengan kerjasama agenci BBC, NBC, Reuters, serta AFP dan banyak lagi agenci berita di mana setiap peserta mengangkat roti ke atas tanda bantahan terhadap keadaan yang sungguh menyayat hati di bandar-bandar Syria yang berada dalam kepungan rejim Al Assad yang zalim, dan meminta pertolongan untuk bebaskan penduduk bandar-bandar itu dari sekatan itu..
https://www.facebook.com/photo.php?v=598272073601179

Saturday, 22 March 2014

syria

Manusia sering mengecewakan kita.. tetapi Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang bergantung harapan denganNya...

Alhamdulillah ribuan tan gandum dikuasai para mujahidin selepas mereka berjaya menawan gedung gandum yang terbesar di Dar'a selatan Syria..

Friday, 21 March 2014

Senjata kimia dibawa keluar


Gambar bertarikh 29 Ogos 2013 merakamkan pakar senjata kimia daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memakai penutup muka dan memeriksa beg plastik mengandungi sampel dari satu kawasan yang dipercayai diserang menggunakan senjata kimia di kawasan perumahan Ain Tarma di Damsyik. - REUTERS
BEIRUT 20 Mac - Hampir separuh bahan-bahan kimia yang digunakan untuk membina senjata kimia Syria telah dibawa keluar dari negara itu selepas dua lagi kargo mengandungi bahan tersebut dimuat naik ke atas kapal-kapal yang dihantar khusus untuk tujuan itu di Laut Mediterranean pada minggu lalu.
Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) berkata, sebanyak 45.6 peratus senjata kimia Syria telah dipindahkan dari pelabuhan Latakia untuk dimusnahkan di luar negara itu.
Pertubuhan itu berkata, dengan penghantaran keluar dua kargo terbaharu itu bermakna 29.5 peratus bahan kimia yang dianggap paling berbahaya yang dipanggil Keutamaan 1 milik Syria berjaya dipindahkan.
"Sebanyak 82.6 peratus bahanyang dikategorikan sebagai Keutamaan 2 turut dipindahkan dalam penghantaran terbaharu tersebut,’’ kata pertubuhan berkenaan.
Syria bersetuju menyerahkan senjata kimianya untuk dimusnahkan pada tahun lalu selepas menandatangani perjanjian dengan Rusia dan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, program pemusnahan tersebut tidak mengikuti jadual dan berisiko melebihi tarikh akhir yang ditetapkan untuk memusnahkan bahan-bahan kimia itu iaitu pada 30 Jun ini.
- REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140321/lu_03/Senjata-kimia-dibawa-keluar#ixzz2wZHjGdHV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 20 March 2014

Pendatang Syria, Eritrea antara diselamatkan

Pendatang Syria, Eritrea antara diselamatkan
 Ratusan pendatang asing diselamatkan tentera laut ketika berada di perairan di luar Itali.
20 Mac 2014
 ROM - Seramai 62 kanak-kanak antara 600 pendatang asing diselamatkan tentera laut Itali ketika mereka cuba melintasi Lautan Mediterranean dengan menaiki dua bot.

Menurut tentera, kapal frigat Grecale dapat menyelamatkan 323 pelarian Syria dan Palestin serta 273 lagi pendatang dari Eritrea, Isnin lalu.

"Kesemua mereka termasuk 103 wanita ditemui pesawat rondaan di perairan luar Itali," kata jurucakap tentera kepada AFP.

Difahamkan, langkah di bawah operasi Mare Nostrum itu dibuat selepas lebih 400 pendatang asing dari Eritrea dan Syria maut dalam dua tragedi bot karam Oktober lalu.

Sehingga kini, sebanyak 76 operasi dilancarkan selepas ribuan pendatang asing dilaporkan mendarat di pantai Itali setiap bulan.

Susulan daripada itu, seramai 10,134 pendatang asing termasuk 1,019 kanak-kanak diselamatkan tentera sejak beberapa bulan lalu.

Sebuah badan amal menganggarkan antara 17,000 dan 20,000 pendatang asing menemui ajal di laut ketika cuba untuk memasuki Eropah sejak lebih 20 tahun lalu.

26 maut tentera bedil tiga bandar di Syria


SEORANG penduduk Syria, mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang tidak sedarkan diri selepas dikeluarkan dari runtuhan bangunan dalam satu serangan dilancarkan tentera Syria di Aleppo, kelmarin. - AFP
DAMSYIK 19 Mac - Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan 25 lagi cedera apabila tentera Syria mengebom bandar Aleppo, Homs dan Damsyik, semalam.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, helikopter tentera Syria menggugurkan tong-tong berisi bom di Aleppo ketika tentera kerajaan memerangi kumpulan Barisan Al-Nusra dan militan al-Qaeda.
Jelas pertubuhan itu, seramai 11 orang maut termasuk dua kanak-kanak lelaki dalam serangan tersebut.
Agensi berita tempatan, SANA melaporkan, lima orang terbunuh dalam serangan bom mortar yang dilancarkan oleh kumpulan penentang di Damsyik manakala lima lagi maut di bandar Jaramana, tenggara bandar yang sama.
Menurut laporan itu, lima lagi mangsa terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam serangan mortar di Mahata dan Inshaat, wilayah Homs.
Sementara itu, tentera Israel menggempur kedudukan tentera Syria hari ini sebagai membalas serangan bom tepi jalan yang mengakibatkan empat askar rejim tersebut cedera di Bukit Golan, sehari sebelum itu.
Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata, pasukan tentera udara mengerahkan pesawat untuk melancarkan serangan tersebut ke atas sebuah ibu pejabat tentera Syria, sebuah pusat latihan dan pelancar artileri.
Jelasnya, serangan waktu malam itu mensasarkan kemudahan tentera Syria yang terdapat di Bukit Golan.
Bagaimanapun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam serangan terbabit. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140320/lu_04/26-maut-tentera-bedil-tiga-bandar-di-Syria#ixzz2wRo5AUkb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 19 March 2014

syria

http://youtu.be/XKpZJNkAj58

Kata-kata terakhir seorang Syahid...
Hasan Al Khalusi yang meninggal dunia akibat kebuluran kerana kekurangan bekalan makanan di kawasan Al Hajjar Al Asswad yang berdekatan dengan Damsyiq...

Monday, 17 March 2014

Syria usir pemisah di kubu terakhir Lubnan


2014/03/17 - 03:54:57
Syria usir pemisah di kubu terakhir Lubnan
Pemandangan di Yabroud yang berjaya ditawan semula tentera kerajaan Syria semalam.

BEIRUT: Tentera kerajaan yang disokong pejuang Hizbullah mengambil alih kawalan di bandar Yabroud, Syria semalam selepas mengusir keluar pemberontak, kata media tempatan.

Tindakan itu sekali gus membantu Presiden Bashar al-Assad menjamin laluan darat yang menghubungkan Damsyik ke hab komersial di Aleppo dan pantai Mediterranean.


Kejatuhan Yabroud, kubu pemberontak terakhir di sempadan Lubnan, juga akan menyekat rangkaian bekalan penting pemberontak dari Lubnan dan memastikan kawalan kerajaan ke atas kawasan yang meliputi Damsyik ke pusat bandar Homs.

Televisyen Negeri SANA berkata, tentera kerajaan beroleh “kawalan sepenuhnya” di seluruh bandar termasuk membunuh atau menangkap ramai pemberontak.

Satu sumber tentera memberitahu Reuters kebanyakan pemberontak diusir keluar dari Yabroud sekitar subuh, sehari selepas tentera kerajaan memasuki daerah timur dan menawan beberapa puncak bukit.

Askar juga menemui sebilangan besar bahan letupan yang ditanam pemberontak, kata SANA.

Seorang pejuang di Yabroud dari sempadan Nusra, mengesahkan kepada Reuters pemberontak memutuskan untuk menarik diri. Mereka menuju ke arah kampung-kampung berdekatan termasuk Hosh Arab, Rankos dan Fleita, katanya.
Beribu-ribu orang awam melarikan diri dari Yabroud, bandar yang menempatkan kira-kira 40,000 hingga 50,000 orang kira-kira 60 kilometer ke utara Damsyik, dan kawasan sekitarnya selepas dibom dan dibedil bulan lalu.

Imej yang disiarkan televisyen Al Mayadeen dari jalan utama di Yabroud menunjukkan jalan kosong, kedai bidai dan rumah-rumah terbengkalai. Tembakan dan bedilan menjadi latar belakang rakaman berkenaan, yang dilaporkan wartawan berlaku dekat dengan pertempuran antara tentera kerajaan dengan persembunyian pemberontak.

Kerajaan kembali menguasai kawalan di sepanjang jalan darat dan juga di sekitar Damsyik dan Aleppo sejak beberapa bulan lalu, mengembalikan semula inisiatif dalam konflik yang sudah memasuki tahun keempat.

Lebih 140,000 orang terbunuh dalam perang saudara membabitkan perbezaan mazhab yang bermula dengan protes jalanan besar-besaran terhadap Assad tetapi bertukar menjadi pemberontakan bersenjata selepas tindakan keras ke atas penunjuk perasaan. - Reuters

Tentera Syria kuasai bandar Yabrud


DAMSYIK 16 Mac - Tentera Syria, hari ini menguasai bandar Yabrud, benteng pertahanan kumpulan penentang kerajaan ketika negara ini memasuki tahun keempat perang saudara yang telah meragut lebih 146,000 nyawa serta berjuta-juta penduduk terpaksa berpindah dan menjadi pelarian.
Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, tentera turut menerima bantuan daripada pergerakan Hezbollah yang merupakan sekutu tentera Syria dalam usaha tersebut.
Sumber tentera berkata, 13 ketua penentang terbunuh di samping ramai anggota penentang kerajaan turut terkorban dalam operasi itu.
Stesen televisyen tempatan yang melaporkan dari pinggir bandar itu berkata, pasukan tentera telah memasuki bandar itu sejauh dua kilometer dan sedang menuju ke sebuah bulatan.
Yabrud merupakan pusat dan laluan utama penentang kerajaan bagi mendapatkan bekalan serta benteng pertahanan terakhir dalam wilayah Qalamun di sepanjang sempadan Lebanon dan lebuh raya antara Damsyik dan bandar Homs.
Kumpulan penentang yang menguasai sebahagian besar Syria kini berhadapan serangan balas tentera dan kumpulan pelampau yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.
Dalam pada itu, Ketua Gabungan Kebangsaan Syria, Ahmed Jarba, semalam mendesak pihak antarabangsa menyediakan peralatan senjata seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Kami meminta supaya rakan-rakan Syria menunaikan janji mereka untuk membekalkan senjata berkualiti kepada kumpulan penentang.
“Pejuang kami bukan sahaja berdepan tentera kerajaan, tetapi juga kumpulan pelampau, terutamanya Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL)," katanya ketika berucap di Istanbul, Turki.
Kumpulan penentang kerajaan gagal mencapai kata sepakat dengan wakil kerajaan dalam rundingan damai di Geneva, Switzerland, bulan lalu, manakala Presiden Syria, Bashar al-Assad kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya Presiden yang dijangka diadakan pada Jun ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140317/lu_04/Tentera-Syria-kuasai-bandar-Yabrud#ixzz2wAMag600
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 15 March 2014

Parlimen Syria lulus undang-undang baru


Damsyik: Parlimen Syria semalam meluluskan undang-undang baru pilihan raya yang membolehkan pelbagai calon bertanding jawatan presiden.

Langkah itu dibuat beberapa bulan sebelum pilihan raya diadakan.


Bagaimanapun, undang-undang baru itu menghalang pemimpin pembangkang dalam buangan bertanding menentang Presiden Bashar al-Assad kerana mensyaratkan calon perlu tinggal di Syria selama 10 tahun berturut-turut.

Antara syarat lain, calon perlu berusia lebih 40 tahun, warga Syria dengan ibu bapa Syria, tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah dan tidak boleh berkahwin dengan bukan warganegara.


Bagaimanapun, parlimen perlu meluluskan beberapa bahagian lain undang-undang berkenaan membabitkan pilihan raya umum dan pilihan raya majlis tempatan.


Damsyik belum lagi mengumumkan tarikh pilihan raya namun Bashir dijangka cuba dilantik selama tujuh tahun lagi pada pertengahan tahun ini walaupun negaranya berdepan konflik teruk yang mengakibatkan lebih 140,000 maut dan jutaan lain hidup sebagai pelarian.

Pilihan raya mesti diadakan antara 60 dan 90 hari sebelum penggal berakhir 17 Julai ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/15

Friday, 14 March 2014

syria

syria

Sebahagian daripada pembaharuan yang dibawa oleh pemimpin yang zalim Bashar al Assad.
Gambar ini menunjukkan keadaan jalanraya di bandar Homs sebelum dan selepas revolusi. 

Hasbunnallah wa'nik mal wakil!

syria

Apabila kuasa-kuasa besar dunia mendefinisikan punca peperangan di Syria sebagai suatu krisis ataupun perang saudara ataupun perbalahan antara kumpulan pembangkang bersenjata dan tentera regim... hakikatnya mereka sedang memutar belitkan kebenaran. Kuasa-kuasa besar dunia menggunakan andaian tersebut untuk melepaskan diri mereka daripada rasa tanggungjawab membantu rakyat Syria yang dizalimi Regim Kerajaan pimpinan Assad. 

Rakyat menentang pemerintahan yang zalim, menentang ketidak adilan, menentang Regim yang tidak menghormati hak-hak asasi kemanusiaan. Tetapi malangnya, dunia yang kononnya memperjuangkan 'Hak Asasi Manusia' tidak tampil membantu dan menutup sebelah mata akan kezaliman yang telah berlangsung selama 4 tahun lamanya.

Sejak 15 Mac 2011, telahpun berlaku pembunuhan beramai-ramai di Syria, rakyat awam yang tidak bersenjata dibunuh menggunakan jet-jet pejuang, serangan senjata kimia, bom kluster, bom barrel TNT, long range scud missiles dan terbaru serangan sekatan sumber asas yang memaksa rakyatnya mati secara perlahan-lahan.

Ya saudaraku, telahpun berlaku pembunuhan beramai-ramai di Syria dan kuasa besar dunia seperti tunduk akur akan kezaliman yang dilakukan Assad secara berleluasa terhadap rakyatnya yang tidak berdaya.

Esok, tanggal 15 Mac, hari yang memperingati kita pada permulaan kebangkitan Revolusi Kebebasan Syria. Dan kita akan meneruskan Revolusi ini walaupun ia mengambil masa puluhan malah ratusan tahun kerana telah 50 tahun pemerintahan zalim yang dipimpin para keturunan Assad.

Pada yang ingin menyumbang, teruskan..
Moga tiap tangan yang menghulur menjadi saksi di hadapan Allah.

Maybank: 562106630487

#IStandInSolidarityWithTheSyrianPeople♥ #DoaBuatMH370

Wednesday, 12 March 2014

Syria negara paling bahaya di dunia

Syria negara paling bahaya di dunia
Ribuan kanak-kanak menjadi korban akibat perang saudara di Syria sejak 2011. 
12 Mac 2014

 NEW YORK - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) memaklumkan bilangan kanak-kanak yang terjejas akibat krisis di Syria meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Lapor Press TV kelmarin, Unicef turut memaklumkan Syria kini merupakan salah sebuah tempat paling bahaya di dunia selepas tiga tahun negara itu terjerumus ke kancah perang saudara.

Berdasarkan angka dikeluarkan PBB, sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak terbunuh sepanjang konflik itu dan jumlah sebenar didakwa mungkin jauh lebih tinggi.

Selain itu, agensi tersebut turut mendedahkan bahawa budak seawal 12 tahun telah direkrut untuk bertempur dan ada juga yang dipaksa menjadi pemberi maklumat, pengawal serta penyeludup senjata.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pernah menggesa semua parti di Syria menyambung semula rundingan damai bagi mencari jalan penyelesaian politik untuk menamatkan krisis di negara terbabit.

Tuesday, 11 March 2014

Terpaksa makan kucing, anjing

Beirut: Tentera Syria didakwa mengguna kelaparan sebagai ‘senjata perang’ ketika mengepung Yarmuk, kem pelarian Palestin di pinggir bandar Damsyik.
Dalam laporan yang dikeluarkan Amnesty International semalam, kumpulan hak asasi manusia itu berkata, hampir 200 orang mati di kem berkenaan sejak tentera Syria mengetatkan kepungan mereka pada Julai 2013, termasuk menyekat bantuan perubatan dan makanan. 
Dalam laporannya berjudul “Menyelamatkan nyawa di Yarmuk: Jenayah perang ke atas orang awam yang dikepung” Amnesty berkata 128 daripada kematian itu berpunca daripada kelaparan.

“Keadaan di Yarmuk semakin buruk dengan penduduk yang terkepung kelaparan dan terperangkap tanpa mampu melepaskan diri,” kata jurucakap Amnesty, Philip Luther
Foto
PENDUDUK dan anggota penyelamat melihat mayat yang bergelimpangan di pekarangan hospital daerah al-Sakhour di Aleppo. Beberapa penduduk terbunuh selepas tentera Syria menggugurkan bom tong di kawasan berkenaan.

Kumpulan itu menyifatkan kepungan di Yarmuk sebagai ‘kepungan bersenjata paling kejam yang dilakukan tentera Syria atau pejuang antirejim ke atas suku juta penduduk negara itu”.

“Keadaan keluarga yang terdesak sehingga terpaksa menjadikan kucing dan anjing sebagai makanan serta orang awam yang ditembak dengan penembak hendap ketika sedang makan adalah pemandangan biasa di Yarmuk,” katanya.

Tentera yang menyokong Presiden Bashar al-Assad mengepung kawasan itu selepas saban hari bertempur dengan pejuang antikerajaan di pinggir Damsyik itu.

Keganasan itu memaksa 10,000 dari 170,000 penduduk Yarmuk melarikan diri dari kawasan berkenaan.

Mengikut laporan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 20,000 lagi masih terperangkap dan berdepan dengan kesukaran hidup serta kelaparan.

Sementara itu, Amnesty mendakwa tentera Syria dan sekutunya melancarkan serangan berulang kali termasuk pengeboman dari udara dan penggunaan senjata berat ke atas bangunan di dalam kawasan yang mereka kepung.

“Serangan yang dilancarkan ke atas kawasan orang ramai menyebabkan kematian dan kecederaan. Ia jelas jenayah perang”

“Serangan berulang kali yang dilancarkan di kawasan yang padat dengan penduduk hingga tidak membolehkan mereka menyelamatkan diri memberi gambaran kekejaman.

“Ia tindakan tidak berperi kemanusiaan dan serangan yang dilakukan atas arahan Bashar itu melanggar prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Philip.

Amnesty turut melaporkan 60 peratus daripada mereka yang masih terperangkap di Yarmuk menderita kekurangan zat makan.

“Tindakan tentera pro rejim menggunakan kebuluran sebagai senjata peperangan adalah jenayah perang,” kata Philip dalam satu kenyataan.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/11

Monday, 10 March 2014

Peluru penembak curi tembusi leher wartawan


Dubai: Seorang wartawan Syria maut ketika membuat liputan pertempuran antara tentera kerajaan dan pejuang pembangkang di Deir al-Zor.

Agensi berita Al Mayadeen yang berpangkalan di Beirut semalam melaporkan di laman web miliknya, jurukamera Omar Abdelqader maut ditembak di leher dalam kejadian Sabtu lalu itu.

Dia disahkan mati sejurus tiba di hospital.

Mangsa maut terkena peluru penembak curi ketika merakamkan ketibaan tentera kerajaan di kawasan dikuasai pemberontak.

Menurut kakak Omar, keluarganya sedang bersedia menyambut ulang tahun ke-27 mangsa ketika menerima berita itu.

Disember lalu, Jawatankuasa Perlindungan Wartawan mengumumkan Syria sebagai tempat paling berbahaya bagi wartawan untuk tahun kedua.



Sekurang-kurangnya 29 wartawan terbunuh tahun lalu ketika membuat liputan perang saudara yang berlangsung sejak tiga tahun lalu.

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/10

Sunday, 9 March 2014

Dua juta kanak-kanak Syria tidak dapat pendidikan sempurna


Sebuah keluarga Syria yang mempunyai anak-anak kecil, terpaksa menetap di sebuah tempat letak kereta di Kucukpazar, Istanbul, Turki, selepas meninggalkan negara mereka akibat perang saudara. - AFP
WASHINGTON 8 Mac - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, lebih dua juta kanak-kanak Syria tidak mendapat pendidikan yang sempurna ekoran perang saudara di negara itu yang berlarutan selama tiga tahun.
Setiausahanya, Ban Ki-moon berkata, kira-kira 40 peratus daripada sekolah-sekolah di Syria musnah ataupun digunakan sebagai tempat perlindungan oleh rakyat yang melarikan diri daripada rumah masing-masing.
"Lebih dua juta kanak-kanak Syria tidak bersekolah.
"Dalam kebanyakan zon perang di seluruh dunia, sekolah-sekolah dan hospital turut dijadikan sasaran atau terperangkap dalam serangan bersenjata,'' kata Ki-moon kepada Majlis Keselamatan PBB semasa satu debat tentang nasib kanak-kanak di negara bergolak itu.
Beliau berkata, satu daripada lima hospital awam di Syria turut berhenti daripada beroperasi ekoran perang itu yang mengorbankan lebih 140,000 penduduk sejak Mac 2011.
Sementara itu, wakil khas Ki-moon untuk kanak-kanak dan konflik bersenjata, Leila Zerrougui berkata, pembunuhan serta penyiksaan terhadap kanak-kanak dan serangan ke atas sekolah dan hospital berterusan tanpa henti dengan kanak-kanak diambil menjadi rekrut yang digunakan pelbagai kumpulan bersenjata.
"Kami tidak mampu kehilangan sebuah generasi di Syria,'' kata Zerrougui pada majlis itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140309/lu_05/Dua-juta-kanak-kanak-Syria-tidak-dapat-pendidikan-sempurna#ixzz2vPW7zfqe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 8 March 2014

17 anggota penentang maut di Syria


BEIRUT 8 Mac - Seramai 17 anggota kumpulan penentang terkorban dalam satu pertempuran dengan tentera kerajaan yang sedang berusaha mendapatkan semula kawasan kubu kuat kumpulan penentang itu di sempadan Lebanon, kata beberapa aktivis Syria semalam.
Badan pemerhati hak asasi manusia Syria di Britain berkata, kesemua mangsa dari kumpulan penentang itu terkorban dalam satu pertempuran dengan tentera Presiden Bashar Assad yang berlangsung sepanjang malam berhampiran Yabroud.
Bandar itu merupakan lokasi kubu kuat kumpulan penentang di wilayah pergunungan Qalamoun, Syria yang terbentang luas sehingga ke sempadan Lebanon.
Badan pemerhati itu berkata, pesawat kerajaan telah melakukan enam serangan udara di kawasan kumpulan penentang di pinggir Yabroud, kelmarin. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_01/17-anggota-penentang-maut-di-Syria#ixzz2vJhxTFWR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 7 March 2014

.FAKTA BICARA....SYIAH BERDUSTA LAGI

.

<<<< SYIAH BERULAH LAGI...SEKARANG PRESIDEN SYIAH SYIRIA BERDUSTA >>>>

"Kami tidak membunuh rakyat kami ... tiada kerajaan dalam dunia ini membunuh rakyat mereka sendiri melainkan jika negara itu dipimpin oleh orang gila." - Presiden Bashar Assad dalam temuramah dengan pemberita ABC, Barbara Walters.

Barbara Walters membincangkan tindakan keras kejam protes dengan Presiden Syria. Untuk maklumat lanjut mengenai cerita ini pergi di sini:http://abcn.ws/sQoUb4

?#Besieged? ?#Syria?

"We don't kill our people ... no government in the world kills its people, unless it's led by a crazy person." - President Bashar Assad during his interview with ABC News' Barbara Walters.

Barbara Walters discusses brutal crackdown of protests with Syria's president. For more on this story go here: http://abcn.ws/sQoUb4

Warning: This video contains horrifying scenes and we don't recommend it for weak hearted people.This scene is just to document the crimes that are being committed by Bashar al-Assad and his regime. It is not to shock our viewers or to encourage violence; we just want to document what is happening in Syria

Lihat videonya disini :

https://www.facebook.com/photo.php?v=647190241982885&set=vb.475813262453918&type=2&theater

SEBARKAAN !!

GAMBAR : ANAK KECIL AKIBAT SENJATA BIOLOGIS SYIAH LAKNAT DI SURIA

syria


“Kekejaman di Suriah sudah diluar batas akal manusia waras. Perang menjadi pilihan utama dalam menyelesaikan masalah, sudah tidak ada lagi etika agama, melainkan harus saling bunuh, saling menumpahkan darah dan pembantaian. Tidak ada teman, meskipun kemaren masih makan bersama di restoran atau di warung warung makan, Tidak ada kawan, meskipun sebelumnya saling canda, main game bersama di Internet. Yang ada hanya satu mempertahankan hidup dengan senjata atau mati berkalang tanah.

Thursday, 6 March 2014

WAJAH WAJAH MISSIONARIS BERPAHAM SYIAH RADIKAL RAFIDOhH



WASPADALAH...SEBARKAAN !!
 —

DARAYYA, SYRIA

DARAYYA, SYRIA

80% dari bandar ini musnah sepenuhnya, hasil serangan tentera rejim Bashar.
 

Tentera Syria serang Arsal


BEIRUT 5 Mac - Helikopter-helikopter Syria semalam melancarkan tiga serangan di kawasan Lebanon di bandar Arsal yang bersempadan dengan Syria.
Serangan tentera Syria itu dilancarkan di kawasan pergunungan yang tidak berpenghuni di pinggir Arsal berhampiran sempadan Syria.
Bagaimanapun masih tidak jelas sekiranya terdapat kemalangan jiwa dalam serangan itu, lapor National News Agency yang menambah serangan itu mengenai kawasan Khirbet Yunin dan Wadi Ajram.
Jet pejuang dan helikopter Syria sering melancarkan serangan udara dan roket di kawasan Lebanon yang bersempadan dengan negara itu.
Disember lalu, tentera Lebanon menggunakan sistem pertahanan udaranya terhadap helikopter tentera Syria selepas satu serangan di sekitar Arsal.
Serangan itu dipercayai tindak balas pertama tentera Lebanon terhadap pencerobohan tentera Syria.
Penduduk Arsal merupakan penyokong kepada revolusi menentang Presiden Syria, Presiden Bashar al-Assad dan bandar itu menempatkan puluhan ribu pelarian dari Syria.
Arsal sebelum ini dikenali sebagai laluan penyeludupan yang digunakan penentang Syria bagi membawa senjata dan anggotanya berulang-alik antara Lebanon dan Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140306/lu_10/Tentera-Syria-serang-Arsal#ixzz2v8CooWUv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 5 March 2014

Bantuan ke Yarmouk tergendala


DAMSYIK 4 Mac - Penghantaran bantuan makanan ke Yarmouk terhenti selepas perjanjian damai terbatal dan pertempuran antara tentera dan penentang kerajaan berlaku.
Laman web agensi berita al-Jazeera melaporkan, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Damsyik, Chris Gunnes menggesa semua pihak membenarkan penghantaran bantuan ke kawasan itu yang dihuni pelarian Palestin.
"PBB sangat bimbang terhadap situasi kemanusiaan di Yarmouk dan peningkatan ketegangan yang berlaku sehingga mengganggu penghantaran bantuan kepada orang awam,’’ katanya.
Aktivis menjangkakan lebih 100 orang mati kebuluran sejak sekatan bermula setahun lalu yang menghalang penghantaran bantuan makanan dan perubatan ke Yarmouk.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140305/lu_09/Bantuan-ke-Yarmouk-tergendala#ixzz2v2A34XVp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 2 March 2014

Kubur besar ditemui di Aleppo

Kubur besar ditemui di Aleppo

2 Mac 2014  ALEPPO - SYRIA. Satu kubur besar ditemui di sebuah daerah di bandar Aleppo iaitu kawasan yang pernah dikuasai militan Kumpulan Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Jurucakap Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, sebanyak 10 mayat dikeluarkan dari kubur terbabit yang terletak di Jabal Bursaya, utara Aleppo.

“Kami sedang menyiasat sekiranya terdapat laporan lain tentang penemuan kubur sama di Aazaz iaitu bandar yang pernah dikuasai ISIL,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini ISIL bertanggungjawab terhadap pembunuhan ratusan militan yang menyokong Tentera Pembebasan Syria.

“Jumaat lalu, ISIL mengeluarkan semua ahlinya di Aazaz, Lapangan Terbang Tentera Minnigh, Mayer dan kampung-kampung sekitar Deir Jamal serta Kafin selepas mendapat arahan daripada kumpulan militan Al Nusra iaitu sayap Al-Qaeda,” katanya yang dipetik Al Jazeera

Beliau berkata, menurut laporan, angka kematian dari Januari hingga Februari dicatatkan seramai 3,300 orang dan jumlah itu dijangka meningkat sekiranya terdapat penemuan beberapa lagi kubur besar dalam masa terdekat.

Ayuh selamatkan Syria!


Ayuh selamatkan Syria!
Rakyat yang memberontak di Syria berbuat demikian demi akidah dan hak mereka.
PESANAN Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Kota Damsyik di Syria tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan.
Bantulah mereka dengan dengan apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.
Itu antara ingatan yang mungkin sedikit sebanyak menyentak hati kita, bahkan dari situ sahaja dapat dilihat begitu pentingnya umat Islam menyelamatkan Syria daripada terus bermandi darah.
Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sani Araby Al Kahery berkata, beliau sebelum ini ada menerima persoalan mengenai bantuan Mapim ke negara luar termasuk Syria dan Palestin.
“Antara menolong rumah terbakar atau menolong membaiki rumah yang rosak, mana lebih penting?
Tentulah rumah terbakar dan itulah situasi yang berlaku di Syria, Palestin dan Myanmar.
“Mapim sentiasa prihatin dengan masalah umat Islam yang sedang berlaku di luar sana dan amat mengharapkan jasa umat Islam Malaysia supaya terus memberi sokongan yang padu dan berterusan,” katanya.
Nabi doakan Syria 

Riwayat Abu Daud, Nabi pernah menyebut ‘Sesungguhnya kota perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil
Dimasq (Damsyik). Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam’.
Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Di Syria sahaja, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah
bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.
Nabi pernah menyebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.
Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas
ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).
Sani berkata, beliau bersama rakan sukarelawan melihat kejadian yang berlaku sepanjang berada di Syria itu seperti berkaitan dengan apa yang dikatakan Rasulullah.
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW.
Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Rakyat Malaysia prihatin 

Nabi berkata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.
“Seperti di Syria, memang kelihatan seolah-olah dalam hadis Nabi katakan sudah mula ada yang terkepung, dan seolah-olah mereka yang cuba menyerang umat Islam yang tidak berdosa di Syria ini juga tahu ‘jalan cerita’ yang terdapat di dalam hadis Nabi,” katanya.
Walau apa pun yang akan berlaku, tegas Sani, ia tetap akan berlaku, namun tanggungjawab umat Islam di seluruh dunia adalah bangkit dan sedar.
Lelaki berusia 30 tahun itu juga sering mengadakan ceramah dan muncul di televisyen semata-mata untuk menyebarkan penderitaan yang sebenar berlaku di Syria.
“Semua ini dilakukan atas dasar peduli ummah, dan alhamdulillah sehingga kini rakyat di negara ini ada yang peka dan amat prihatin dengan menghulurkan pelbagai bantuan.
“Namun misi kami ke Syria akan masih diteruskan kerana pelbagai bantuan perlu diberikan kepada mereka,” katanya.
Bagi yang ingin membuat sumbangan, boleh melayari laman web www.tabungsyria.com atau terus menghubungi Sani di dalam laman Facebooknya, www. facebook.com/saniarabykahery.

Ayuh selamatkan Syria!


Ayuh selamatkan Syria!
Rakyat yang memberontak di Syria berbuat demikian demi akidah dan hak mereka.
PESANAN Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Kota Damsyik di Syria tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan.
Bantulah mereka dengan dengan apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.
Itu antara ingatan yang mungkin sedikit sebanyak menyentak hati kita, bahkan dari situ sahaja dapat dilihat begitu pentingnya umat Islam menyelamatkan Syria daripada terus bermandi darah.
Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sani Araby Al Kahery berkata, beliau sebelum ini ada menerima persoalan mengenai bantuan Mapim ke negara luar termasuk Syria dan Palestin.
“Antara menolong rumah terbakar atau menolong membaiki rumah yang rosak, mana lebih penting?
Tentulah rumah terbakar dan itulah situasi yang berlaku di Syria, Palestin dan Myanmar.
“Mapim sentiasa prihatin dengan masalah umat Islam yang sedang berlaku di luar sana dan amat mengharapkan jasa umat Islam Malaysia supaya terus memberi sokongan yang padu dan berterusan,” katanya.
Nabi doakan Syria 

Riwayat Abu Daud, Nabi pernah menyebut ‘Sesungguhnya kota perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil
Dimasq (Damsyik). Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam’.
Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Di Syria sahaja, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah
bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.
Nabi pernah menyebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.
Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas
ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).
Sani berkata, beliau bersama rakan sukarelawan melihat kejadian yang berlaku sepanjang berada di Syria itu seperti berkaitan dengan apa yang dikatakan Rasulullah.
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW.
Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Rakyat Malaysia prihatin 

Nabi berkata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.
“Seperti di Syria, memang kelihatan seolah-olah dalam hadis Nabi katakan sudah mula ada yang terkepung, dan seolah-olah mereka yang cuba menyerang umat Islam yang tidak berdosa di Syria ini juga tahu ‘jalan cerita’ yang terdapat di dalam hadis Nabi,” katanya.
Walau apa pun yang akan berlaku, tegas Sani, ia tetap akan berlaku, namun tanggungjawab umat Islam di seluruh dunia adalah bangkit dan sedar.
Lelaki berusia 30 tahun itu juga sering mengadakan ceramah dan muncul di televisyen semata-mata untuk menyebarkan penderitaan yang sebenar berlaku di Syria.
“Semua ini dilakukan atas dasar peduli ummah, dan alhamdulillah sehingga kini rakyat di negara ini ada yang peka dan amat prihatin dengan menghulurkan pelbagai bantuan.
“Namun misi kami ke Syria akan masih diteruskan kerana pelbagai bantuan perlu diberikan kepada mereka,” katanya.
Bagi yang ingin membuat sumbangan, boleh melayari laman web www.tabungsyria.com atau terus menghubungi Sani di dalam laman Facebooknya, www. facebook.com/saniarabykahery.

Saturday, 1 March 2014

19 maut akibat H1N1 di Syria

19 maut akibat H1N1 di Syria
Syria mengalami kekurangan katil akibat kes kecemasan dan penularan wabak H1N1. 
1 Mac 2014
DAMSYIK - SYRIA. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengedarkan vaksin H1N1 selepas sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut akibat dijangkiti virus itu di wilayah tengah Hama.

Menurut laporan - Press TV, Menteri Kesihatan Syria, Saad al- Nayef berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 40 individu lain berada di bawah pemerhatian.

“Semua petugas di hospital diarahkan mengambil vaksin H1N1 sejak peningkatan wabak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemindahan Penyakit Kronik Kanaz Sheikh berkata, 80 peratus daripada individu dijangkiti penyakit itu berusia antara 15 dan 50 dengan 60 peratus daripadanya adalah wanita.

“Kementerian Kesihatan menerima 100,000 vaksin dari Rusia. Keadaan ini amat membimbangkan kerana pesakit sukar dipindahkan ke hospital lain kerana kekurangan katil dan ubat-ubatan,” katanya.

Kali pertama H1N1 dikesan di negara itu adalah pada 2009 ketika krisis perang saudara mula tercetus.

Friday, 28 February 2014

Hasbunallah wa ni'mal wakiil

Jika di negeri kita, hari jum'at adalah moment berkumpulnya Kaum Muslimin di Masjid dalam rangka untuk menegakkan Sholat Jum'at..

Tapi di Suriah, hari jum'at adalah moment pembantaian kaum Muslimin dan penghancuran Masjid.

Berkumpulnya Umat Islam, menjadi sasaran empuk bagi rezim Assad, hingga sekarang Kaum Pria Suriah tak lagi sholat jumat dalam skala besar, mereka tak lagi sholat jum'at di Masjid, melainkan di tempat-tempat tersembunyi..

Hasbunallah wa ni'mal wakiil